Isnin, 21 September 2009

POLITIK LAGI... BUT " POLITIK IN BISNES "

INFO ZAGAZIG 21september 2009: Pada tarikh 11 dan 15september lepas, zagazig menerima kedatang pelajar baru seramai lebih dari 100 orang mahasiswa dan siswi dari pelajar medic. Rasanya tidak terlambat untuk admin ucapkan Selamat datang ke bumi Mesir. Info kali ini membongkar situasi yang berlaku pada hari tersebut. Apa yang terjadi, sambutan kedatangan pelajar baru tersebut agak menyedihkan. Ini kerana, kedatangan pelajar-pelajar tersebut tidak diuruskan dengan baik. Bukan tak terurus langsung, tetapi kurang terurus.

Dimaklumi, Adhoc USMB ditubuhkan oleh pihak Agensi. Apa yang ingin dikatakan disini, berlaku kecacatan dan pengurusan yang tidak tersusun serta penuh kekurangan dan kelemahan. Ia tidak boleh dipersalahkan kepada Adhoc dan ajk yang terlantik. Ini kerana mereka sendiri merupakan pelajar baru dan tiada pengalaman. Masalahnya, mengapa pihak atasan agensi tidak menjalin hunbungan dengan pelajar lama atau persatuan yang ada di zagazig, yang tersangat boleh membantu untuk pengurusan kedatangan pelajar? Dari apa yang INFO KINI dapat maklumat dari pelajar-pelajar baru sampai ni, agak banyak komen yang diluahkan kepada adhoc usmb pada hari orentasi, dan pihak atasan Agensi hanya berdiam diri dan membiarkan segala urusan diuruskan oleh para adhoc. apa adhoc yang mereka lantik itu bekerja dimesir ini atau pun mereka datang sebagai pelajar?? tidak sepatutnya agensi berlepas tangan, ambil keuntungan kemudian kerja-kerja pelajar-pelajar yang harus buat. Sungguh memalukan, pelajar diguna-gunakan untuk kepentingan dan keuntungan pihak tertentu. Sepatutnya pihak atasan Agensi perlu dipertanggungjawabkan atas banyak keralatan yang berlaku, berikutan banyak komen dan bebelan dari pelajar-pelajar baru yang sampai melalui agensi mereka, bukan para adhoc atau ajk yang mereka lantik yang mesti dipersalah dan dipertanggungjawabkan, kerana mereka bukan badan kebajikan mahasiswa bukan juga berniaga tetapi mereka pelajar yang sekadar membantu, sebaliknya agensi yang berniaga, sebarang kelemahan dan kesusahan serta keuntungan dan kerugian pihak agensi lah yang kena tanggug, dan pengurusan kedatangan pelajar sudah sememangnya telah dibayar kepada pihak agensi. ape hel pulak bebudak yang kene. Sian admin dan INFO KINI tengok budak-budak adhoc dan ajk, dibelasah suruh buat kerja, and then sebarang kelemahan mereka yang kena tanggung.

Ambil mudah dan lepas tangan setelah meletakkan janji-janji manis kepada pihak keluarga dimalaysia, tentu sekali mengecewakan harapan mahasiswa dan keluarga, kekecewaan tergambar dikalangan mahasiswa/wi yang hadir bila terpaksa menempuhi keadaan tidak sama dengan apa yang digambarkan semasa janji-janji manis dihamburkan kepada mereka. Ini tergambar jelas bila rasa hati mereka, mereka sampaikan kepada abang-abang dan kakak-kakak yang ada di zagazig.

Mengecewakan bila berita-berita seperti ini dikhabarkan kepada admin dan kaki-kaki INFO KINI, serta tersebar kepada warga zagazig. Berita seperti Kedatangan mahasiswa/wi ini dihidangkan dengan jamuan berbuka puasa dari mat'am pelajar bukan warga malaysia selama dua hari dan pelbagai lagi info yang didapati, boleh dipersoalkan, mengapa tidak meminta bantuan dari badan kebajikan yang sedia ada di zagazig, yang selama ini telah berpengalaman serta telah biasa dan mudah menguruskan hal kedatangan pelajar baru, tak cukupkah pelajar malaysia di zagazig sehinggakan terpaksa meminta bantuan dari pelajar bukan rakyat malaysia? Ini sungguh membuatkan mahasiswa/wi kita merasa terkilan dan kecewa dengan sikap agensi, yang pelik lagi penuh politik entah apa-apa, karut marut dan semacam kebudak-budakan.huhu. sedey ni sedey..

2 ulasan:

Syazwan Mnor berkata...

kesian jugak diorang, baik adik2 bru, baik yg mnymbutnye.. tp pape hal pun bgus jugak mereka mrasakan bgaimana mnyambut adk2 bru tnpa prsedian n bntuan plajar lama.. jd, nk xnak, prtolongan dri sume mmg dperlukan

biar pun ada ralat, skurang2nya mreka dh cuba sdaya upaya.. kalo xada ralat, payah jugak, sbb free2 agensi dpt credit.. bukan apa, yg mnguruskan plaja, yg mngarahkn org atasan.. mana boleh lembu punya susu, sapi dpt nama..

mgkin teladan bg semua pihak yg berkaitan supaya, sama2 boleh beri kerja sama supaya tiada cacat-cela dlm pkndalian program sperti ini.. mana2 pihak (ni istilah global) yg xtahu mnahu psl keadaan di sesuatu tmpat, jgn la pula berlagak lebih tahu.. org stempat lebih arif.. tmbahan yg dh duduk betahun2 d bumi zagazig ni..

skadar pndapat, agensi bkn xmahu bantuan plaja lama, mgkin pnah blaku dimana2 (wallahu a3lam) plaja lama mntak duit lebih2 atau kes songlap duit, maka pihak agensi berhati2.. btul jugakn, mne ade org luar ble msuk sesuatu kg/kwsan dh boleh pcaya 100% org2 kt situ.. nmun, xsmestinya pihak AJKT mahasiswa xboleh dpercayai, sdangkan mereka mnerajui kpimpinan dsini..

apa2pun biarla ia djadikan teladan bsama

INFOKINI berkata...

admin tgok ulasan pretender ok ja. tp bagi admin lah, mcm mana pon, bebudak baru yg jd ajk ni tak leh gak dipesalahkan. semua org ada kelemahan, so sapa pon kerja tak kan baguih 100%. mesti ada kekurangan. maksud admin kat post ni, bukan kekurangan yg dbuat oleh ajk, tapi kekurangan tu bepunca dari agensi. dok peguna2 bebudak baru ni.

pasal kata songlap2 duit nuh, admin dapat juga info benar dari bebudak agensi sendiri dok kata, yg songlap duit tu org atasan depa gak. so xleh nak salahkan org lama ka apa ka. tu pasai admin pelik sgt agensi ni cam ada hajat besaq hantaq bebudak mai mesir, politik. hai.. bohsang tul lah klu dok politik kan pelajaq ni.

erm.. ada sempat admin akan tulis gak berita pasai apa yg admin dpt semasa jd wartawan beberapa hari nih ngn kengkawan lain. gabung2 nanti byk lah kisah. antaranya pasai ada satu agensi ni duk sorok budak kat musallas asyir. adoi.. dah macam tawanan perang dah. sampai siap pegawai kedah ngamuk lah, sebab bebudak baru ni agensi sekat tak bg mai rumah negeri.. pegawai negeri kata apa... apa lagi..pegawai marah ligan balik agensi tu, tanya "pasai pa halang budak baru mai umah negeri saya" haha.. ha.. kelam kabut ketua agensi tuh.. minta ampun kat pegawai kedah bila kes dah bocok.. nanti sat sat ada masa admin taip kes ni no..