Rabu, 31 Mac 2010

Pemaparan berita berkepentingan, memalukan. Orang yang telah meninggal menjadi taruhan

Kaherah 31 Mac - Bagi mendapatkan popularity terdapat sesetengah pihak sanggup memutar kebenaran menjadi tonggang terbalik. Info kini mengesan terdapat kecelaruan bentuk berita yang disampaikan oleh sebuah club dimesir. Laporan berkenaan kematian mahasiswa perubatan yang belajar ditanta telah disalah laporkan. Berikut merupakan laporan salah yang dilaporkan oleh Club Umno Luar Negara.
----------------------------------------------------------------

PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH
Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.

Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.

Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.
-------------------------------------------------------------
Berita diatas merupakan berita rasmi yang dikeluarkan oleh laman web Kelab Umno Luar Negara (http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=321:pelajar-luar-negara ). Kejadian yang melibatkan kematian seorang pelajar malaysia dimesir pada awal Mac lalu diketahui oleh umum, dan berita tentang kejadian tersebut tersebar didada akkbar mahasiswa melalui web-web dan blog-blog rasmi oleh banyak pihak dimesir.

Apa yang info kini ingin kupas disini, berkenaan kenyataan berita dari laman ini (kelab umno luar negara ) adalah satu berita yang tidak mempunyai mutu. Segala laporan dan jalan cerita kejadian amat tidak tepat. Lebih menyedihkan, berita yang dikeluarkan seolah-olah bertujuan untuk mencari popularity club mereka dan sanggup memutar berita benar kepada jalan kisah kejadian seumpama cerita dongeng.

KELAKAR BIN AJAIB, banyak kesangsian dari berita yang disebarkan oleh club ini yang berkaitan dengan kejadian pelajar perubatan maut jatuh banggunan awal mac lalu, Antaranya kesangsian dan kenyataan yang salah, pertamanya berkenaan penambahan cerita supaya sedap didengar mungkin, adakah benar mangsa dalam keadaan bergelak ketawa dan bergurau senda dengan rakan ketika kejadian? Kesalahan Kedua ialah pada nama mangsa iaitu nama sebenar mangsa Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan yang ditukar kepada nama baru Wan Farhan Bin Wan Han. Kesalahan ketiga laporan mangsa jatuh dari banggunan dikaherah, sedangkan kes berlaku diiskandariah. kesalahan keempat mengikut laporan polis tiada saksi yang mengetahui bagaimana dia (mangsa) boleh terjatuh, manakala dalam laporan web club umno mangsa terjatuh disebabkan bergurau dengan teman, dan terjatuh disebabkan duduk di atas kerusi. Kesalahan kelima kenyataan kedudukan Universiti tempat mangsa belajar adalah Universiti Tanta yang terletak di Kaherah, nama pun Universiti Tanta, bagaimana Tanta boleh disamakan dengan Kaherah. Bahkan kes ini dikatakan berlaku di Kaherah oleh web club umno luar negara.

Banyak lagi kesalahan lain, antaranya pengurusan jenazah diuruskan oleh pelajar-pelajar ahli kelab umno adalah satu laporan dan fakta yang salah. Pengurusan jenazah diuruskan dari awal lagi di iskandariah oleh persatun pelajar Perubatan,Jam'eyah Al-malayuwiyah PMRAM serta pegawai selangor, dan pihak kedutaan malaysia mesir. Solat jenazah pula dilaksanakan didataran hayyu asyir oleh orang ramai termasuk pihak kedutaan, YB-YB dari perak termasuk YB IR Nizar dan YB Idham Lim dan rombongan, persatuan perubatan, mahasiswa-mahasiswa yang tidak berlambangkan mana-mana parti atau mewakili mana-mana parti serta orang ramai yang turut hadir.
Dalam laporan kelab ini, berita yang ditulis ringkas, tetapi berita ringkasnya dari mula hingga akhir penuh kesalahan fakta. Adakah laman web ini boleh dijadikan sumber berita? Demi untuk mencari popularity adakah sampai sanggup menipu? Diharapkan selepas ini laporan tidak cenderung kepada penipuan dan penyelewengan fakta.Sama-sama fikirkan

Rabu, 24 Mac 2010

Lagi kisah mahasiswa mesir disiar dalam akhbar

laporan akhbar tempatan

Kaherah Sabe', 24 Mac - Baru-baru ni sepasang pelajar azhar telah di ijab qabulkan. Pengantin lelaki bernama Mohd Zahid Abu Bakar dan pasangannya bernama Yasidah Abu Bakar. Tetapi pernikahan ini dilaksanakan secara nikah wakil. Apa yang menarik dimesir, pernikahan jarak jauh (PJJ) atau biasa kita kenali dengan nikah wakil ni sudah lali didengar dan sudah alah biasa kita hadiri majlis seperti ini. Adapun begitu, bagi rakyat malaysia, hal seperti pernikahan (PJJ) atau nikah wakil ini agak pelik, jarang-jarang didengar, dan kadang-kadang sampai masyarakat tidak tahu, adakah nikah ini sah atau macam mane?(bagi rakyat di malaysia)

Agak kerap juga berita mahasiswa mesir keluar didada-dada akhbar malaysia. Sama ada berita baik mahupun buruk, bencana dan sebagainya. Kali ini sekali lagi berita pelajar mesir disiarkan. Berita kali ini dikatakan berbentuk sejarah. Berita pernikahan dilaporkan seolah-olah diantara perkara ajaib didunia oleh akhbar, sehinggakan laporan berita keluar dimuka hadapan surat kabar tempatan dan media elektronik. Tahniah kerana anda (pengantin) telah membuka mata masyarakat (ilmu baru bagi mereka).

Bagi mahasiswa yang belajar ditimur tengah, hukum nikah seperti ini sudah sedia ma'ruf, sama ada belajar jurusan agama atau perubatan atau lainnya semua sedia tahu hukum ini, kerana biasa dilaksanakan dimesir, hukumnya sah, agama tidak melarang, cukup syarat nikah, maka sah nikah. Tetapi dimalaysia, masyarakat merasakan ia suatu yang pelik bin ajaib mungkin. Apa pun tahniah pada pasangan penganting kerana berjaya mendirikan rumah tangga, dalam masa sama dapat membuka ruang rongga mata masyarakat, bahawa nikah ini jangan disusah-susahkan, hukum agama jangan dipandang sukar untuk dilaksana, kerana agama itu datang untuk memudahkan, bukan menyusahkan.

Dengar berita, pengantin lelaki (Mohd Zahid Abu Bakar) adalah salah seorang dari exco kepimpinan rumah negeri perak mesir, dan juga adalah merupakan salah seorang dari calon kepimpinan yang bertanding diperingkat kepimpinan tertinggi " Jam'eyah Al Malayuwiyah Bi Jumhuriah Masriyah Al Arabiah" tahun ini. Kalau begitu, calon ini nampaknya mudah dikenali kerana telah terkempen oleh akhbar secara tidak terancang. Kepada beliau selamat pengantin baru dan selamat bersedia memimpin pelajar dan keluarga.
-------------------------------------------------------------------------
Berikut Paparan asal berita dari MyMetro (Harian Metro) bertarikh 21 Mac dialamat Web: http://www.hmetro.com.my/
laporan media elektronik
Harian Metro
21 Mac 2009
Pengantin Cipta Sejarah Berkahwin Melalui Sidang Video
LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.
CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.
“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.
“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.
Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.
“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.
“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.
Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.
“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.

Selasa, 23 Mac 2010

Tak cukup berlaga RUGBY dipadang, nak berRUGBY di luar pula

TANTA, 23 Mac - 12 mac lalu pelajar perubatan dimesir, mengajurkan perlawanan bermain RUGBY. Pertandingan rugby ini disertai oleh seluruh wakil pelajar perubatan malaysia dari seluruh mesir. Game ini dilaksanakan disalah satu muhafazah dimesir, dibawah anjuran salah satu cawangan persatuan perubatan.

Apa yang menariknya, pertandingan RUGBY ini tidak pernah dianjurkan dimesir oleh mana-mana persatuan pelajar malaysia Mesir, dan senang cerita tak terfikir pun tentang permainan ini boleh dijayakan dibumi bernama mesir, yang keras & padat tanahnya dengan pasir dan debu, memungkinkan mudah mendapat kecederaan ketika bermain. Kebiasaannya minat mahasiswa terlonjak-lonjak dan bergelojak hanya nak bermain sepak bola (bola sepak dalam bahasa melayu).

Tetapi terbaru, minat mahasiswa bertambah dengan beralih kepada minat sukan lasak seperti RUGBY ini. Awalnya, ucapan tahniah kepada persatuan perubatan kerana berjaya menganjurkan satu permainan yang jarang-jarang berlangsung dimesir, sekurang-kurangnya membuka mata rakyat mesir yang begitu ta'asub dengan permainan bola sepak mereka. Dengan adanya permainan ini dimainkan oleh kita dimesir, sekurang-kuangnya membuka hati rakyat mesir untuk beralih arah minat mereka kepada RUGBY pula atau lain-lain game.

INFO yang hendak disampaikan disini, bagus jugalah bermain permainan lasak ini, uji antibody kot, tetapi ape halnya nak bermain terlalu lasak sampai berlarutan hingga ke luar padang? Rasanya permainan ini dianjurkan oleh persatuan untuk bersukan, ukhuwah, berprogram. Tapi peserta telah memesongkan tujuan permainan ini nampaknya.

Hal yang baru-baru ini terjadi, diberitakan, ketika perlawanan berlangsung diantara satu pasukan dengan satu pasukan yang lain, ada berlaku sedikit percakaran, yang melibatkan pengadil dan sebuah pasukan pemain. Diberitakan, pengadil memihak kepada satu pasukan, dan pasukan yang satu lagi tidak berpuas hati lalu berselisih fahaman dengan pengadil. Akhirnya, pecakaran berlarutan apabila pasukan yang dimenangkan pengadil tadi membackup suara pengadil yang kemudiannya bercakaran pula dengan pasukan lawan tadi. Hal percakaran tersebut tidak berakhir disitu hingga terbawa-bawa keluar.

pada hari keseterusnya (luar dari kotak perlawanan rugby), satu pasukan dari muhafazah menghantar satu kumpulan (yang menaiki tremco) ke tanta untuk menyerang kumpulan ditanta, akibat tidak berpuas hati dengan hal yang berlaku di padang perlawanan.kumpulan ditanta bersedia menyambut perlawanan lasak ini. Pergaduhan ini berjaya disekat oleh para ustaz ditanta. Wakil ustaz ditanta ini meminta mereka bersurai, dan meminta pasukan dari kumpulan tremco tadi pulang ke muhafazah mereka. Bagaimana pun, kumpulan bertremco ini masih tidak mahu berganjak, selagi tidak dapat bersua tumbuk sesama mereka(antara dua kumpulan ini). Untuk mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku, Wakil ustaz tadi, meletakkan dua kumpulan yang ingin berentap siku ini didalam satu rumah (langkah bijak untuk mengelak dari dua kumpulan ini berentap dikhalayak ramai) untuk mereka menyelesaikan percakaran mereka, dikhabarkan maka bercakarlah mereka disitu. Setelah selesai, maka mungkin mereka pulang kerumah masing-masing dalam keadaan berpuas hati, namun, kejadian atau musibah teruk yang tidak dingini tidak terjadi dan mungkin dapat ditangani oleh mereka yang berada disitu dengan baik.

Sebenarnya, INFO KINI berasa kelakar untuk melaporkan berita ni, tapi nak buat macam mane, dah berita, sebarkan sahajelah untuk pengajaran semua. Pengajarannya, diharapkan perselisihan sikit sebanyak yang berlaku di padang permainan, cukup-cukuplah diselesaikan cara baik dipadang. Setiap kali anjuran permainan yang besar, mesti ada sesi pergaduhan. Cubalah ubah, tanamkan bersukan untuk kesihatan dan kukuhkan kesatuan.Tujuan permainan pun untuk ukhuwah, dan bukan untuk berpecah. Harap mane yang terlibat bermuhasabah. Bagaimanapun, INFOKINI berharap sukan seperti RUGBY ini dapat dianjurkan pula oleh pihak-pihak yang lebih besar. Majulah sukan dengan cara ISLAM

Isnin, 22 Mac 2010

Golongan Cilakak Kuasai Mahasiswa Di Mesir

Mansurah, 22 Mac - cilakak itu (untuk) setan, cilakak itu celaka habuan setan diakhirat, setan itu telah kuasai manusia yang hantu-hantu (setan yang menghantui manusia).. Habis.. dari malaysia hingga ke bumi nabi, budak-budak sekarang berani bawa TAIK, BUAT TAIK.. Haram.. tambah Haram bi jaddah, yakni haram jaddah!!! semua nak jadi taiko, tailong, ahlong.. haram... ape dah jadi?? Ape pasal INFO KINI keluar ayat kasau banget..

Mau taknye, Mesir sekarang nak jadi macam bumi gengster, nak dijadikan oleh pelajar malaysia yang tak ada akal, ade ke patut! Hangin.. memang hangin, memang kurang adab melampau, dan kurang sopan langsung mahasiswa sekarang (sebahagiannya). Ape kes? Sampai nak main bunuh-bunuh ni, mak bapak hantar mesir suruh study, GMN (Global Medic Network bawah orang UMNO) hantar sini untuk study, hangpa mai datang mesir, buat taik.. haram! Dimesir, Kes bersekedudukan laki perempuan (serumah tinggal), pesta arak, disco-disco, hubungan seks laki perempuan semalaysia, dengan arab pun ada, apa dah jadi dengan pelajar malaysia di mesir! nasib baik bukan pelajar agama, kalau tidak lagilah malang.

Terbaru, Banyak info yang INFO KINI dapat tentang kes yang baru-baru ini berlaku di mansurah, kes ugut, ancaman dibelasah belasan orang terhadap seorang student, ancaman bunuh bil buaya. INFO KINI merasakan kes ini perlu di publishkan, bukan untuk mendapat sensasi, tetapi satu amaran, berita ancaman kepada yang suka mengancam ketenteraman awam, supaya jadi amaran pada pihak berkenaan.
Cukup tak ada akal, tak layak digelar mahasiswa. Kes yang berlaku baru-baru ini, pada awal Mac dihari sabtu jam sekitar 12 tengah malam, Tim. Pengerusi PCM (perubatan cawangan mansurah) diugut pukul oleh lebih 10 orang student, diseksa dengan diacu penumbuk,di tarik baju, ditengking beramai-ramai, diancam dengan dilepaskan buaya hidup berukuran 1.5 meter dari sangkarnya pada Tim. Pengerusi PCM untuk mengancam mangsa, nasib baik buaya tu ada lebih akal sikit dari tuan buaya yang melepaskan buayanya tu (kata sindiran pada orang tak ada otak) tak membaham si mangsa. Buatnya buaya tu sedang lapar, tak ke habis dikunyah Tim. pengerusi PCM tu. Memang kejam dan zalim. Ini hal, memang kena lapor polis!

Hal yang berlaku, diberitakan president GMNSC mempelawa Tim pengerusi PCM berbincang tentang hal yang berkaitan surat yang dihantar kepada pihak dimalaysia yang melaporkan Annual Dinner anjuran mereka berunsur maksiat itu telah maklumatnya sampai pada pihak dimalaysia, ceritanya anjuran pesta itu yang mana pemenang program akan menerima hadiah sebuah bilik hotel untuk pasangan kekasih bermadu kasih (menyetan). president GMNSC menuduh Tim pengerusi PCM yang melaporkan hal itu kepada pihak dimalaysia.

Bagaimanapun dilaporkan tim pengerusi PCM menafikan bahawa dia yang melaporkan hal itu pada pihak dimalaysia, dengan alasan dia sendiri tidak tahu menahu program annual dinner itu bakal dianjurkan, hal perbincangan ini berlaku disuatu tempat (rumah). Selepas itu belasan orang keluar dari bilik persembunyian kesemuanya dari kalangan GMNSC menegangkan lagi keadaan. Tim pengerusi PCM ini di ugut dengan penumbuk dan ugutan belasahan serta kekerasan. Mereka yang mengugut ini sendiri dikatakan tiada bukti untuk membuktikan bahawa tim pengerusi PCM yang melaporkan agenda maksiat mereka. Sememangnya, kalaulah benar Tim peng ini melaporkan hal tersebut pada mak ayah atau agen mereka, sememangnya amat berpatutan, bahkan lebih layak dilaporkan pada KPT atau kementerian, surat khabar lagi baik, supaya ada sikap serik nak bermaksiat. Ada ke patut merancang program maksiat laknat.

Berotak ke tidak? sanggup mengajak orang bertumbuk, dan bila tidak ada respon untuk bertumbuk dari tim peng PCM(yang ketika itu duduk tidak mahu melawan), di ugut pula mangsa ni dengan seekor buaya yang dibuka sangkarnya, dalam masa sama sang samseng taik minyak yang berbelas tadi terus mencaci mangsa, mana pergi belas ehsan?! dahlah hangpa rancang program maksiat keterlaluan, sanggup pula menegakkan dan membela maksiat hangpa, dan sanggup tengok kawan dibaham buaya?! Bila sangkar buaya dibuka, mangsa (tim peng PCM) terkejut dan terus bangun takut dibaham buaya. Nasib baik buaya itu sedikit berotak, tak membaham ketika itu (kiasan untuk orang tak berotak).

Apa lagi kesnya, geng taik minyak ini dalam keadaan mangsa di ugut dengan buaya tadi, terus dikecam dengan kecaman kata-kata bahawa PCM tidak bertolak ansur didalam hal ikhtilat dan pergaulan bebas. Hey!!!! bedengung betul le beb..!!! dah buat maksiat, duduk campur tidur serumah jantan tina, tunggang arak, pesta arak, apa kejadahnya nak tolak ansur!!! ni hukum minum arak kena sembat puluhan kali ( hudud ni). ni kes tidur serumah jantan tina, zina-zina ni apatah lagi. nak biaq ja kah!!! memang hangin satu badan... Apa pun tabik buat PCM ( Perubatan Cawangan Mansurah).

Apa hal lah sanggup buat kerja terkutuk ini pada sahabat sendiri. Belajar silat sampai tinggi-tinggi kerja nak gaduh je kah? pekeda la apa la, semua tu belajar nak hentam orang kah? belasan orang mengganyang seorang student baik, nampak berani. Tetapi, bila ada pihak kedepan ingin bersua muka dengan hangpa yang kununnya pandai bersilat itu, haram!!! senyap tidak berani kedepan bersemuka. ini dinamakan samseng taik minyak.

Kes ini memang keterlaluan, admin tahu, sebenarnya banyak lagi kes-kes keterlaluan di bumi mansurah, terutama melibatkan student GMN. Diharapkan Harakah akhbar yang dikunjungi oleh orang baik-baik tidak lagi mempromok GMN diakhbarnya, merosakkan anak-anak muda bila mengikuti agensi perosak.

Marilah bersama kita berdoa dan pastikan golongan cilakak (iaitu syaitan) tidak dapat kuasai peribadi mahasiswa dimesir dengan langkah-langkah mencegah maksiat amar ma'ruf nahi mungkar. Dengar cerita JPMK nak tubuh skuad ala-ala unit hisbah, satu perkembangan baik, moga dengan tertubuh unit hisbah peringkat safarah walaupun nama bukan hisbah (tak jadi masalah) tak kisahlah, asalkan melaksanakan tuntutan cegah kemungkaran menegak kema'rufan, amatlah cantik dan baik. Harap-harap terhapuslah gejala keruntuhan akhlak moral dan maruah pelajar dimesir seperti contoh kes diatas.

Kes ini boleh dirujuk di laman blog : http://sanggahzalim.blogspot.com/2010/03/di-mana-kemanusiaan-kamu.html

Isnin, 15 Mac 2010

Pelajar Perubatan Tanta Meniggal Dunia


Kaherah, 15 Mac - Baru-baru ini, diberitakan Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di jurusan Perubatan Tanta, meninggal dunia akibat terjatuh dari balkon tingkat 4 di sebuah bangunan di Iskandariah. Allahyarham dikenali sebagai Mohd Sarhan bin Ahmad Khan, penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Tanta.

Kejadian tersebut berlaku pada malam 11 mac kira-kira jam 10 malam waktu mesir (4 pagi waktu Malaysia). pihak polis (tempatan) mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut, berikutan hasil dari siasatan yang dilakukan pihak polis, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku, dan tiada sebarang tanda atau bukti berbentuk jenayah.

Pihak persatuan pelajar telah bergegas ke iskandariah untuk menguruskan jenazah allayarham sejurus maklumat diterima, turut bergegas ke tempat kejadian ialah pegawai negeri selangor mesir.

Kira-kira jam sepuluh pagi (sabtu 13 mac), Jenazah allahyarham dibawa ke Dataran Hayyu 'Asyir untuk disembahyangkan. Jenazah telah disembahyangkan di dataran tersebut dengan kehadiran/disolatkan oleh ratusan mahasiswa perubatan dan azhar, turut bersama dalam solat jenazah pada pagi itu terdiri dari rombongan Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak YB dato' seri Hj. Nizar, Pesuruh Jaya PAS negeri perak Ustaz Abu Bakar, YB. Khalil Idham Lim (adun titi serong perak), Hj. Asmuni Awi (peguam pas perak), dan beberapa orang lagi pimpinan PAS negeri. Rombongan MB pakatan perak benar-benar ingin bersama melaksanakan solat jenazah ini, apabila pengumuman tentang kematian mahasiswa ini diumumkan didataran didalam satu acara anjuran SUARA. Turut hadir sama ketika solat jenazah wakil dari safarah. Sesudah solat, jenazah Seterusnya di bawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia.

Jumaat, 12 Mac 2010

Sheikh Al-Azhar sayed Tantawi ke rahmatullah

KAHERAH 12 Mac - Dunia islam hari ini dikejutkan dengan berita kelmarin tentang pemergian Sheikh Al-Azhar sayed Tantawi ke rahmatullah. Sheikhul Azhar ini diberitakan meninggal dunia (akibat serangan jantung) pada hari kelmarin di baqee madinah ketika turun dari flight, untuk ke satu majlis diraja Saudi. Orang terdekat dengan Seikh Al-Azhar ini menyatakan, " dia ( sayed Tantawi ) berada didalam keadaan yang sihat sebelumnya, dan berita pemergiannya ke rahmatullah amat mengejutkan "

Pemergian Sayed Tantawi ini juga mengejutkan warga Mesir, serta seluruh pelajar Al-azhar terutamanya. Berita pemergian Sayed Tantawi ini cepat tersebar dikalangan pelajar Azhar dimesir sejurus sahaja Sheikh Al-Azhar ini meninggal dunia, dan ramai dikalangan pelajar seakan-akan tidak percaya dengan berita ini pada awalnya. Kebenaran berita ini disahkan lagi dengan berita media.

Sumber maklumat REUTERS melaporkan:

Jenazah Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi hari ini selamat dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara- mara dan sahabat Nabi Muhammad SAW, selepas jenazahnya disembahyangkan di Masjid Nabi.

Jenazahnya sebelum itu diterbangkan dari Riyadh selepas menghembuskan nafas terakhir, setelah mengadu sakit dada dipercayai akibat diserang sakit jantung.

Sementara itu, jawatan Sheikh Al-Azhar akan dipangku oleh timbalan beliau, Mohamed Wasel sehingga Presiden Mesir, Hosni Mubarah melantik ketua baru institusi Islam tersebut.

Wasel, sebelum ini mengepalai jawatankuasa dialog antara agama Al-Azhar, yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir yang menghantar sarjananya untuk mengajar di negara dunia Islam.

"Kerajaan biasanya memilih ulama berfahaman sederhana dan apa yang kami minta adalah seorang yang akan bekerja untuk kepentingan rakyat dan tidak akan berat sebelah kepada kerajaan tetapi mengutamakan kebenaran," kata Sheikh Mahmoud Hamdy Mugahed, bekas sarjana Al-Azhar yang kini menganggotai Parlimen.

Semasa dilantik pada 1996, Tantawi dilihat sebagai ulama yang berpandangan liberal terhadap isu seperti hak asasi wanita namun dikritik ramai kerana menurut perintah kerajaan.

Semasa memegang jawatan itu, beliau menentang amalan berkhatan pada wanita sekali gus mencetus kritikan kumpulan hak asasi sebagai tidak menurut cara Islam.

Penasihat Tantawi, Abdullah el-Naggar memberitahu televisyen Nile News bahawa pemergian beliau adalah satu kejutan kerana sebelum bertolak ke Arab Saudi beliau berada dalam keadaan sihat. - REUTERS