Jumaat, 4 Jun 2010

kontroversi perubatan mesir

MESIR 4 JUN : - Tergelak lagi dengan gelagat student medic kita di mesir. Tak sangka ye, waktu-waktu periksa macam-macam idea boleh timbul. Kali ini, tak tahu nak sebut, sama ada rakaman ni pentomen atau tayangan tari.

Rupa-rupanya, mahasiswa/wi sekarang macam-macam bakat ada. Admin tergelak besar melihat telatah budak-budak la ni. Tak kering gusi gigi dibuat nya. Nak suka-suka ke apa, yang penting jangan lupa tuhan sudah. Harap-harap kalau kita sebagai pelajar tension time study, Allah buka hati kita, diberi ketenangan. Dah tu jangan lupa lah bila nak membaca tu baca ayat penerang hati, bagi terang sikit hati-hati kita yang gelap, kalau gelaplah. Tapi kalau dah rasa cukup amal, ikut masing-masinglah.



To pelakon-pelakon handalan yang ada ni, muka hangpa memang lawak, nanti masuk raja lawak..Jangan marah admin post entri ni. Saja post, sebab tengok muka hangpa nak tegelak. Saranan pada semua pelajar-pelajar, dimana jua anda berada, kalau selepas ni tension study ka, pakat-pakat buat majlis makan-makan, sedekah bagi pahala, talipon mak ayah minta restu dan lain-lain, kot-kot mudah nak mengapal dan lulus sebab bagi bakti pada orang lain ,beramal baik dengan orang lain. Bezikir jangan lupa, itu untuk diri sendiri pulak.

Khamis, 3 Jun 2010

Toyol jadian...


MESIR 3 JUN : Baru-baru ini, ada lah entah siapa yang bagi in put pada INFO KINI pasal cerita toyol ni. Tak ada nak komen apa-apa sangat. Biasa ja tengok, video ni pun dah agak lama. (upload 2009). Kisah musim cerita periksa kot, sebab tension baca buku atau ape entah tak dapat nak ditafsirkan, mungkin juga sebab suka suki sahaja. Yang pasti, benda ni ditayangkan untuk tontonan umum (kalau bukan untuk tontonan umum, takkan dimasukkan dalam youtube kan).

Just nak mengingatkan, benda-benda macam ni jangan dibuat main-main. Makhluk tu sebenarnya memang ada, cuma gelarannya tak sama, orang malaysia sahaja yang gelar toyol, dalam bahasa arab rasanya ada nama khas, nak tahu, tanya pakar-pakar bidang perubatan islam. Bila kita sentuh-sentuh alam mereka, kalau dia mengamuk nanti sapa susah? percaya or not, itu terserah. Dekat-dekat periksa, atau time periksa janganlah buat benda macam ni, nanti tak pasal-pasal dirasuk atau diganggu makluk halus yang marah dengan kita atau suka dengan kita.



Post ringkas, just nak mengingatkan, benda semacam ini jangan di buat main-main. And lagi tak syari'e kalau kita menokok tambah benda karut marut tentang hantu-hantu ni, memang hakikat makhluk ini wujud, cuma jangan tokok tambah, takut rosak iman. Perenggan ini tak ada kena mengena dengan video diatas. admin sentuh tentang kepercayaan muda mudi sekarang, yang macam-macam hal, mumuja hantu, minta nombor ekor dari makhluk seperti ini yang dipanggil atok dan macam-mcam lagi.

Admin sebenarnya, nak tergelak melihat telatah student zaman morden sekarang ni, macam-macam ada, ada yang menggelikan, ada yang menyeramkan, ada yang menyayatkan. Apa yang ada, kadang-kadang tak tahu nak kata apa.

Selamat berimtihan kepada semua warga mesir. Jangan sampai ada yang takut masuk toilet, dibilik atau dirumah berseorangan, takut pandang belakang (jangan pandang belakang), terganggu sebab permainan-permainan seperti ini nanti.

Selasa, 1 Jun 2010

Adakah benar mahasiswa tidak diberi kebajikan?

Email pembaca berkenaan karikatur KJ

MESIR 1 JUN : -Sejak kebelakangan ini, bisik-bisik, dan cakap-cakap mahasiswa berderas kencang sudah. Ini semua berkaitan dengan hal kebajikan mahasiswa terabai. Adakah benar spikulasi yang menyebut kebajikan mahasiswa dimesir terabai? Katanya kebajikan mahasiswa tidak diuruskan dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab, benarkah? ada pula yang menyebut, pelajar dimesir dianak tirikan, kalau nak dibandingkan dengan pelajar timur tengah di jordan, dan lain-lain tempat, mereka begitu di emas-emaskan, sedangkan pelajar malaysia dimesir kebajikan tidak diberikan oleh pihak bertanggungjawab. Adakah benar?

Sebab apa ada jurang perbezaan dan standart perkhidmatan antara pelajar yang belajar dimesir dan di jordan atau mana-mana timur tengah lain? Banyak persoalan yang timbul dikalangan mahasiswa, dan INFO KINI sendiri ingin mencari apakah sebab dan puncanya. Pelajar yang dikatakan dianak tiri dimesir ini dikhususkan pula pada mereka yang belajar aliran agama/dirasat. Gambar kartun ciptaan mahasiswa dibawah adalah antara salah satu tanda mahasiswa dimesir tidak berpuas hati dengan layanan ini. Ada yang menyebut, bila mereka berjumpa pegawai JPMK, kalau asal dari kelantan dan beberapa negeri tertentu, akan dibasuh dengan lemparan kata-kata kurang bagus. Kalau mahasiswa datang dengan berkupiah putih yang biasa dipakai oleh pelajar agama dimesir, akan dilayan dengan kurang baik,sinis dan dipandang serong.
Ada lagi yang INFO KINI sembang-sembangkan dengan ramai mahasiswa, mereka kata: " kalau student tu datang dengan pakaian sempoi-sempoi, perempuan tak pakai tudung ka, dan laki perempuan pakai terjuluq sana terjuloq sini ,akan dilayan sopan, yang pakai siqoh-siqoh,kupiah, tudung labuh,dilayan hampas..yang pakai niqab dipaksa bukak.. " adakah benar ini berlaku? macam-macam ada kat mesir ni ye. sapa yang betul sebenarnya? mahasiswa kah atau orang atas? Ke semuanya salah? entahlah, sendiri rasa, sendiri fikir, sendiri lihatlah kan, and lepas tu semua boleh buat penilaian sendiri.

Lama juga isu berkenaan nama pelajar qiraat tak naik untuk menghadapi peperiksaan, nama pelajar medic yang juga tak naik, permasalahan pelajar-pelajar dimesir antaranya urusan keselamatan mahasiswa, Visa, keterlibatan mahasiswa dengan dengan politik mesir yang membahayakan tidak dibendung dan pelbagai permasalahan lain juga dibangkitkan, sehingga menjadi isu dan perbahasan besar pada mahasiswa, menuntut JPMK bekerja menjalankan amanah yang diperintahkan kerajaan malaysia kepada mereka untuk laksanakan iaitu amanah kebajikan. INFO KINI menulis berpandukan beberapa email luahan yang disend kepada email info kini. Harap-harap selepas ini semuanya berjalan baik, mahasiswa didahulukan inshaallah negara maju kehadapan.