Isnin, 14 September 2009

QIAMULLAIL MEMANG BAGUS, TAPI KESELAMTAN BAGAIMANA?

INFO ZAGAZIG 13september 2009: INFO KINI membuat tinjau-tinjau dizagazig. Berita yang INFO KINI dapat semasa tinjau-tinjau menjadi perisik maklumat dikalangan warganya, didapati persatuan dizagazig ini menganjurkan program qiamullail. Satu perkembangan baru juga rasanya, sebab agak jarang didengari program yang bersangkutan dengan arab nih, kalau tak silap lah, persatuan pernah menyebut, kita dilarang keluar malam lagi-lagi dengan berpakaian islamic fesion, larangan keterlibatan dengan arab dalam berprogram dan macam-macam lagi peraturan. Permasalahannya disini, persatuan pula menganjurkan program yang punyai keterlibatan dengan arab, macam mane pula tu? persatuan ni larang orang, tetapi mereka pula buat, ada kuasa VETO ke?

Admin rasalah, i'tiqaf ni memang bagus, tetapi agak tak sesusailah dengan keadaan setempat yang kita tinggal, lagi-lagi bumi yang bernama zagazig, tak pasal-pasal ada student kita yang berpuasa di jail atau bersama amn daulah atau kita kenali dengan nama pak dolah tu. Bukan apa, admin rasa macam risau pula, macam mana dengan keselamatan para akhawat kita, keluar malam-malam untuk beri'tiqaf, memang lah baik, tetapi kalau-kalau apa-apa terjadi macam mana, tentu mak ayah mereka susah hati, yelah mereka itu keluar dah larut malam, dan pulang seawal dua atau tiga pagi, bahaya tu kan.

Apapun, moga-moga Allah menjaga keselamatan kita semua, admin cakap ni bukan apa, maklumlah sayangkan rakyat malaysia, sebab NEGARAKU MALAYSIA. Tapi apa yang bagusnya, persatuan DPM sediakan juadah makanan untuk bersahur, katanya selama sepuluh hari dengan hanya bayaran L.E 10, wow!!! murahnya. Kalau makan dimat'am sahaja L.E10 tu hanya boleh membayar untuk sekali makan dan satu juadah sahaja. Kira gempak juga lah kebajikan mereka-mereka ni. Tapi jangan ada udang disebalik batu sudahlah, sama-sama ikhlaskan niat macam mana yang INFO KINI tunjukkan, blog ni ditubuhkan untuk memberi maklumat, membantu menyampaikan berita kepada anda.

2 ulasan:

hunterjb berkata...

salam...

selalunye kalau pihak DPM yang buat program, sudah pasti mereka akan fikirkan akan keselamatan terlebih dahulu.. misalnya menyediakan musyrif yang akan mengambil dan menghantar akhawat pulang.. dan sudah pasti juga program tersebut telah dimaklumkan kepada pehak amni daulah.. untuk urusan keselamatan.. Alhamdulillah setakat yang diketahui phk DPM pasti telah fikir benda tu terlebih dahulu sebelum membuat program...

INFOKINI berkata...

thanks lah kepada pengkomen ruangan ni. admin dah jelas, dpm ada hubungan dgn amn dolah, admin just risau akhwat kluaq mlm ja. kan apa, post admin pasal topic sebenaqnya kes risaukan pelajaq kita. so klu dah tejamin keselamatan tu, baguih ar.. soryy to dpm no, bukan nak prasangka, post pasal ni nak penjelasan ja. to yg komen kat atas ni. thanks to u gak lah bg terang kat admin.