Rabu, 23 Disember 2009

YES, WE CAN !

gambar lakaran hasil tangan http://madsha88.blogspot.com/ dengan izin

INFO PEPERIKSAAN 22 DISEMBER 2009: Kita adalah pejuang,pemuda adalah pejuang,harapan agama bangsa dan negara..jangan sia-siakan masa muda mu.angkatlah pedang membela ummat.membela ummat?dengan pedang?apa salahnya angkat senjata,kalau dah sampai serunya.

Tapi disini,tugas mahasiswa/wi ilmu dan pena, adalah mata pedang kita(mengaji manhaj mendalami ilmu).sesuai dengan waktu sekarang,hampir dengan saat exam,jangan lupa asah otak,lepaskan dikertas peperiksaan dengan pena menerusi jasad yang telah bersedia.selamat menempuh imtihan.

Bagusnya dunia mesir,walaupun belajar bukan aliran agama,tetapi mampu mendapat tarbiah,kerana dikelilingi suasana ilmu dunia dan ilmu agama.syabas kepada madsha mampu mengimeginasikan satu lakaran gambar " KITA SEDANG BERPERANG ". macam-macam boleh ditafsirkan, berperang menghadapi exam, berperang dengan diri sendiri,melawan nafsu dan macam-macam peperangan yang lain.student medic mesir,student yang mantap mantop.

INFO HARI INI, seluruh mahasiswa dan mahasiswi mesir pada waktu ini menghadapi waktu kecemasan.masing-masing berjuang menghadapi saat-saat getir. banyak silibus perjuangan perlu dikhadam.kecemasan dan mencemaskan bagi pejuang-pejuang yang memikirkan banyak taklifan dan urusan yang belum selesai.suasana ini berada dimana-mana ceruk mesir. INFO KINI meninjau gambaran suasana Kaherah,syubro,tanta,zagazig,mansurah,shibin el-kom,dumyat,damanhur,desuq,iskandariah, melalui pengkhabaran kawan-kawan yang berada disana,semuanya rata-rata menyatakan merasakan saat mencemaskan ini.

Waktu dan saat ini adalah waktu mahasiswa/wi mesir memperdalamkan kajian manhaj yang telah disusun oleh pihak kuliah masing-masing.ada jadual peperiksaan bagi kuliah masing-masing yang sudah dikeluarkan dan ada yang masih menanti-nanti menunggu bila saatnya peperiksaan.diucapkan selamat mendalami manhaj yang telah diamanahkan kepada anda untuk diselami.selamat menghadapi imtihan.

Gagal...!!! adalah kalimah yang pahit buat warga malaysia mesir.mengulang tahun bagi pelajar medic rumit sekali,biaya pebelajaran cukup besar sekali.mengulang tahun bagi warga azhar sukar sekali,terpaksa menunggu setahun lagi.mari ayuh semua habiskan buku.masih belum terlambat kita mampu " CHANGES " percaya dan berjaya! (ayat madsha).kita masih ada waktu untuk mengubah,kuatkan study, semoga semua najah.

INFO KINI MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA MENEMPUHI PEPERIKSAAN FASA PERTAMA

selamat menghadapi dan menempuhi exam 2009/2010.

6 ulasan:

Fatimah Az-Zahrah berkata...

petua kuno cemerlang exam,
sebelum gi exam minta maaf dengan sume kenalan, tak kira la kenalan ke tak asal terasa penah buat silap ke penah kurang hajar ke minta maaf la sebelum apa-apa berlaku masa pekse..lupa memori ke kan..tinggal bas ke kan..sakit perut tecirit ke kan..nanti gagal exam salahkan orang doakan teruk2 kat korang,padahal prangai korang..

madsha_88 berkata...

hehe..panjang pulak admin tafsir gambar tu ye..

sy pun ade maksud sendiri gak edit gmbar tersebut, tp xleh cakap!..bahaya!..hahaha..(byk la ko bahaya!)..

percaya dan berjaya!..sedikit pembetulan fakta..tu bukan ayat saya!

dan yg penting!..sekiranya admin beul ikhlas puji tu(perasan la ko), ketahuilah bahawa admin telah memuji org yg salah!..xlayak pun utk pujian tersebut!

akhirnya!..segala puji-pujian hanya utk Allah!

dan selamat berimtihan utk semua!

INFOKINI berkata...

buat fatimah,saya tengok blog awak hebat,mcm blog mahasiswa bertarbiah,bagus..tp gaya awak komen ni,macam emosi je(just pendapat),tak elok ada berfikiran mendoakan utk muslim lain yg tak baik,klu ada yg tak baik pd org lain " fa aslihu..."ila akhirihi. .bg saya apa yg awak ckp tu bukan pendapat kuno,tp islam mengajar mcm tu.apepun,respek awak, sebab betul2 syg islam.

madsha,klu nak ikut panjang,byk lg nak hurai dlm kepala otak ni,tp takut orang penat nak bace.

gambar ada maksud tersendiri?ha..klu nak kongsi bgtahu ler.kot2 idea tu cukup hebat bagi semangat pd pembaca.

percaya dan berjaya ayat sape??mesti mak dan ayah bagi ye..hehe(yola tu jang). dan betul pujian utk Allah,aku pun puji hang sebab hakikatnya aku puji Allah(sebab Allah maha hebat,menjadikan manusia yg berbagai2 imeginasi,dan manusia boleh berkongsi2 fikiran),

berceramah mcm aku syekh kabir pulak..hehe

tabik spring lepasan mesir berkata...

student mesir semua, selamat study.cayalah..korang semua memang harapan agam bangsa dan negara.

sapa yang kutuk korang anggap je tu semua dugaan untuk korang lagi bertambah hebat.

sebab ape orang tumpu nak komen student mesir,sebabnya lepasan mesir memang hebat.sikit je silap orang nampak,tp klu keluaran tempat lain,luar negara lain,org tak komen pon,klu buat ayah segala kesilapan.

tabik keluaran mesir...

Fatimah Az-Zahrah berkata...

saya fatimah mengakui kesilapan, dengan ini saya meminta maaf pada Allah dan semua, perkataan kuno keterlaluan akibat emosi membaca komen sorang hamba Allah yang kurang hajar ayat dia membahasakan orang,dengan itu saya membetulkan bahasa saya, bukan kuno, tetapi petua sepanjang zaman.. insyaAllah mari amalkan.

tiada niat mendoakan yg buruk,itu bukan point nya, point utama perilaku kita, bilamana orang tak redha pada kita maka dengan izinNYA kita rasa tidak tenteram akibat tidak menjaga hubungan sesama makhlukNYA. yg muda disayangi,yg tua dihormati, hakikatnya slg menyayangi dan slg menghormati. wlupn blaku ksilpn, hormat mhormati mesti,disitulah kesabaran diuji.

slg mendoakan.
slmt beramal dgn petua sepnjg zmn,
slmt maju jaya,
ikhlas dari
fatimah az-zahrah http://gurindamrasa.blogspot.com/

Fatimah Az-Zahrah berkata...

trima kasih menegur,
saya mendoakan org yg sudi menegur
tanda amat menghargai
moga admin sntiasa dlm rahmatNYA
bjya dunia dn akhirt
amin..