INFO KINI harapkan,ada pembaikpulihan selepas dari apa yang berlaku, iaitu kesan + bukan - , dan ternyata kesan baik lebih banyak dari buruk selepas entri-entri INFO KINI sebelum ini, disiarkan, ini setelah mendapat maklumat dari para infomer cawangan di mesir. Kesan baik itu dapat dilihat Sama ada pada yang terlibat (sebahagiannya) dan memberi kesan baik(kesedaran dan lain-lain) pada masyarakat mahasiswa mesir secara totalnya. ini yang anda perlu tahu.
INFO KINI tidak bertujuan mengaibkan sesiapa, tetapi bermatlamat menyedarkan pihak terlibat, pihak yang berniat melakukan hal pergaulan bebas serta keruntuhan moral, juga bertujuan menyedarkan masyarakat serta pihak bertanggungjawab untuk membuka mata dari perihal yang berlaku,kian meruncing masa kini dibumi mesir.Melihat dari situasi sekarang, INFO KINI tidak mahu ada pihak yang terkandas (bahasa diumumkan),dan seterusnya akan mengambil inisiatif menukar gambar artikel sebelum ini demi menjaga banyak perkara, setelah motif sebenar tercapai iaitu mencegah gejala sosial melalui media global ini, walaupun disana wujud kesan negatif, tetapi kesan positifnya terlalu banyak dan amat banyak juga kebaikkannya. diharap semua pihak dapat study dengan sukses sekali, menumpu pelajaran dengan bantuan hidayah tuhan,tanpa gangguan maksiat. dalam masa sama, admin mendapat info sebahagian pihak yang terlibat berganjak kepada kesedaran yang ketara. ini mendorong kepada penukaran gambar,kerana tujuan asal,untuk kesedaran dan bukan disebabkan dengki,dendam atau lain-lain.
Sedikit kekesalan admin, ada kerabat(diantara mereka) yang membaking perilaku penggejala, seolah-olah pihak si anu tidak bersalah dan pihak si ini yang salah. dikhabarkan, ada pihak yang bersungguh ingin mengambil tindakan susulan dari hal yang berlaku sebelum ini, dan admin merasakan ia langkah kurang bijak, kerana boleh menyebabkan seluruh pihak disebut sebelum ini terkait (tidak semua keluarga yang terlibat tahu) dan seterusnya si pelaku dan keluarga akan menghadapi malu, hal mereka akan diketahui ramai,tidak mustahil melalui akhbar dan lain-lain,sekiranya hal ini diperbesarkan. membela pihak sendiri yang melakukan hal yang kurang enak, ia memalukan. admin bukan manusia yang takut berhadapan cabaran, tetapi anda perlu fikir maruah pihak-pihak lain yang terlibat, sebelum mencabar/menyaman admin atau apa sahaja,fikir-fikirkan.
admin masih menyimpan rasa perlu diberi penekanan kepada masalah sosial mahasiswa dengan memberi kesedaran melalui penulisan,masalah yang agak ketara,yang sehingga sekarang masih belum lagi terbendung,terutama masalah pelajar perubatan dibawah agensi-agensi tertentu seperti dimansurah,alex dan beberapa tempat lain,yang tidak terkawal atau dikawal mana-mana pihak hingga saat ini. membolehkan timbulnya gejala keruntuhan akhlak,diberitakan masalah seks bebas(walau pun kesnya agak sedikit dan terpencil),menogak arak dikalangan pelajar dan macam-macam lagi permasalahan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan