Selasa, 22 Disember 2009

please give us... light of islam... (episod 3)

light of islam Pictures, Images and Photos

INFO BICARA 21 DISEMBER 2009: akulah pengkritik tegar,pengkritik contra siri demi siri kecelaruan akal dan fikiran manusia celaru. berfikir... adalah seruan aku kepada kamu. jangan di ingat,segala pujian menjela-jela dari mereka-mereka yang terkasima dengan kamu,tanda kebenaran setiap inci tulisan dan perbuatan.bukan semestinya tanda pahala atau kebenaran kalau anda dipuji manusia dan disanjung tinggi. kerana syaitan juga dipuja serta manusia jahil murakkab sanjungi.terkasima dengan ayat aku?tak jugak..aku pun tidak..

aku ubah kewajipan mu setiap saat memuja-muja sebelum ini dengan pujaan tuhan digandingkan dengan samurai mu, kepada kewajipan bagiku pula mengangkat pujian sebenar terhadapnya,nah... :

*ingat Allah,ingat rasul,ingat rasul ingat Allah, Salla ala nabi,alaihi solatu wassalam*

jangan memuja manusia..pujilah Allah dan rasulnya,baru mendapat pahala.memuja-muja manusia hanya akan menggelapkan hati,dari kita hendak berdamping dengan Allah,menjadi diri kita jauh lagi dari allah. sebab??? kerana terlalu bangga dengan indah manusia selain nabi.jadikan Allah dan rasul cinta kita. jadikan sirah rasul sebagai panduan, bukan pakwe atau makwe kita. eheh..macam ustad lak aku.maafkan aku.. ter emosi sekejap..

saranan kepada empunya blog hurul ummi,kalau benar ingin penunjuk kearah jalan lurus,carilah insan yang sewajarnya,pembimbing diri(alim ulama',pakar kaunseling,pakar motivasi,cari suami yang soleh yang mampu membawa kejalan lurus),bukan dengan cara penyebaran kepelbagaian bentuk kecelaruan didalam alam internet ini.dan alangkah baiknya,blog diluruskan kepada kepentingan ummat didunia ini yang menghadapi masalah besar,mangsa tsunami,palestin, atau pun gunakan kepakaran anda menyentuh jiwa-jiwa kami dengan hal kebenaran benar-benar ada golongan yang kehausan,dengan cara sesuai,bila dibaca khalayak yang tidak mengetahui(macam budak bawah umur)tidaklah mereka caca merba silap pahaman. lagi besar pahalanya kalau gunakan pandai kamu semanusia mungkin,aku juga selalu terkurang.kita hamba sama,banyak berdosa.

habis masalah peribadi macam mana?takkan tak boleh kongsi?erm..carilah mereka yang selayaknya,dampinglah alim agama yang sebenar-benarnya..tak paham? kalau dah jiwa itu berasa kusut,sakit jiwa dengan gangguan dunia,doktor tak boleh ubat,pergilah jumpa pengubat,alim ulama' dan para ustad(yang betui2 ulama' dan betui2 ustaz),rasanya dah jumpa bukan,ada insan seperti contoh panglima laksamana,salah satu bahagiannya.

dah tahu diri itu keliru,pegilah majlis-majlis ilmu,dengar majlis ilmu sahaja janganlah merasa beku,mengapa begitu,membeku?sebab tiada ilmu,itulah kau samalah seperti aku,tak ada ilmu sebab rujuk buku tanpa berguru,ditakuti diakhir sekali mengaku jadi maha guru,baca buku agama tanpa tok guru,last-last ada yang mengikut juga celaru,mengikut aku engkau yang keliru,mengikut tanpa mengkaji dahulu,main ikut main meluru,sokong sesuatu ikut nafsu,ada akal tak diguna dijadikan beku.aduhh....!!! aku juga hamba biasa juga tak mampu..nasihat bersama, jangan kita asyik duduk mengutuk dan mengarut dalam internet tak menentu..kemudian jangan disalahkan orang tidak menyeru.. aku jugalah tu..aku,kamu samalah tu.hamba tuhan yang tak mampu..

HUH..!! cukup banyak masalah kalau nak diceritakan.semua manusia hadapi masalah.siapa yang tak ada masalah itu penipu,mati sahaja baru hilang masalah,itu pun masalah dunia. HISAB..!!! alam barzah. AKHIRAT..!! angpa pikiaq sendirik.. no...

aku bukan sang pendakwah,jadi mungkin kalam aku tidak berhikmah.cuma saranan aku,agar mampu sang hurul berjumpa penunjuk jalan,yang boleh membimbing,nun disana malaysia cukup ramai bisa membantu.cukup,admin pun tak mahu memanjangkan topic ini.sekiranya hendak berjidal juga,tanpa faedah,admin mengundur diri kerana admin mengetahui,ada hadith menyebut dengan baginda bermaksud:

"barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhiratnya,maka berkata baiklah(berkata yang bermanfaat,tidak maksiat),atau sekiranya tidak mampu berkata baik,maka lebih baik ia diam" sodaqa rasulullahi sallallahi alaihi wasalam

sebab apa baik senyap,diam kalau tak pandai cakap perkara baik?cakap maksiat tentu sebabnya menambah banyak lagi dosa kita.. itulah aku,mereka dan kamu,sama-sama selalu capoi..berdosanya kita.. amboi.. macam ustad lak aku.. aku gak sedih tengok ummat,sama sama sedih,nak cari jalan penyelesaian,kena bijak,bukan main hentam karomo.. aku jugalah tu, mereka dan kamu.. samalah tu.. ADUH... AKU TERSENTAP SEBENTAR DAN TERKASIMA MELIHAT KEAJAIBAN TUHAN YANG PELBAGAI...

fahamilah, ustazah2 kalau jalan tunduk,kemudian anda keluarkan hujah anda tanpa bertanya kepada dia,mengapa ia tunduk?ini satu contoh.jawabnya mudah,tunduk itu jaga pandangan,dan jawpan yang seangkatan.kalau anda kata ramai orang agama mesir sombong,itu pandangan anda yang tidak berkenalan,cuba dekati mereka,kalau ingin tahu.kalaulah betul mereka mencemuh anda,sudah pasti mereka diluar negara sebelum ini,antara golongan yang tidak bercampur orang,atau kata lain kera sumbang.golongan sumbang-sumbang ini terlalu sedikit,jadi jangan hukum semua.anda kata pelajar medic juga sama, ada juga angkuh sombang dengan keterpelajaran yang ada, pandangan aku. >> ikut bahasa aku. maksud admin, bukan boleh kita hukumkan semua bersalah disebabkan yang sedikit, tetapi yang sedikit itu sahaja yang bermasalah. so jawapannya, tidak semua boleh dipersalahkan, tetapi golongan yang sedikit itu yang bersalah bukan semuanya bermasalah.

aku juga bukan budak syumul.sesungguhnya yang baik itu datangnya ilham dari Allah, yang silap dan jahat itu dari syaitan laklantullah alaihim.. tuih..tuih..tuih!!! (ludah 3kali ke kiri meludah pada syaitan,sunnah)..jangan marah(pinjam sat kata hurul,takpa kalam macam ni untuk setan kit ludahkan). ok,dengar lagu tobat maksiat dalam blog ini(bukan rentak rocknya,tapi seni katanya),bersama beristighfar ingat Tuhan dan rasulnya.

admin nak tutup topic. banyak isu lain lepas ni nak kupas. maaf to you i lov you (cinta kerana islam.sebab innamal mu'minuna ikhwah,fa aslihu baina akhawaikum/setiap ummat islam itu bersaudara,maka perelokkanlah diantara sesama kamu)>>(edit) saya tak bermaksud menyebut ayat quran dalam surah hujuraat(saya junjungi kalimah quran,tak akan sebut, dengan "ayat quran menyebut" dengan tulis rumi).saya tulis diatas menyebut lafaz arab(niat),jadi tak ada masalah berlaku mengubah ayat quran.tak ada pun saya sebut kalamullah diatas.nak sebut ayat quran tak boleh guna tulisan rumi,kena tulis jawi,apapun thanks tegur

Ya Allah kurniakan kepada kami cahaya islam...

********peace to all *********

13 ulasan:

Fatimah Az-Zahrah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fatimah Az-Zahrah berkata...

aku bukan sang pendakwah,jadi mungkin kalam aku tidak berhikmah.cuma saranan aku,agar mampu sang hurul berjumpa penunjuk jalan,yang boleh membimbing,nun disana malaysia cukup ramai bisa membantu.cukup,admin pun tak mahu memanjangkan topic ini.sekiranya hendak berjidal juga,tanpa faedah,admin mengundur diri kerana admin mengetahui,ada hadith menyebut dengan baginda bermaksud:

"barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhiratnya,maka berkata baiklah(berkata yang bermanfaat,tidak maksiat),atau sekiranya tidak mampu berkata baik,maka lebih baik ia diam" sodaqa rasulullahi sallallahi alaihi wasalam

.................

salam, semua yang bersyahadah adalah pendakwah,bezanya sama ada berilmu atau tak mengendalikan dakwah. apa yang berlaku ambil pengajaran. saya menegur admin, admin perlu fahami situasi mad'u (orang yang kita nak dakwah), di sini yang saya lihat admin tidak memahami situasai mad'u, kenapa tidak menegurnya secara berhikmah,kenapa perlu beri dia pukulan hebat dengan mengeluarkan kenyataan dia sesat, admin kaji sejarah hidup dia,admin baca luahan perasaan dia selepas admin kata dia sesat, celaru perasaan dia admin,dia boleh kata diri dia boleh benar2 sesat kalau dia tidak sandarkan dugaan ini pada Allah,alhamdulillah Allah masih menyayangi dia,dia dapat atasi dugaan paling hebat ini dalam hidup dia bilamana orang kata dia sesat. admin risau orang kafir tak masuk islam dengan gayanya tapi bagaimana jika dia islam kembali murtad kafir setelah orang tidak mahu memahami dia?..begitulah juga orang yang masih tercari2 haluan hidup yang sebelum ni dirinya penuh dosa silam,tapi bila nak bangun,masyarakat hukum dia,pukul dia,ini semua bagi tekanan pada dia lalu si pendosa terus kembali menjadi pendosa..ini yang saya nampak. jangan terus pukul hentam kuat,tapi berlembutlah dulu. perubahan memakan masa.bukan senang nak ubah apa yang telah terbiasa dalam diri.jika kaedah lembut tak jalan,bersabarlah.diam itu lebih baik,biar yang lebih arif menasihati sambil kita mendoakan dia, dengan mengatakan dia sesat,itu pukulan dasyat,bukan langkah selamat. dengan memaki dia kembali? bukan juga langkah yang baik. jika tak tahu apa nak buat,diam-sabar-doakan- anda salah ambil pendekatan,hasilnya pun salah,boleh memburukkan lagi keadaan. harap semua ambil pengajaran apa yang berlaku.

Fatimah Az-Zahrah berkata...

lau pempuan jumpa pempuan,mahu tunduk juga ke? tak perlu tak perlu..senyum :) tunduk dengan bukan mahram, tapi lau dah pak cik orang kampung tegur jawab molek la..jangan tunjuk muka cam pe je..itu pun leh buat masyarakat salah tafsir kan?

Hurul Ummi berkata...

admin.hehe

saya nak bagi soalan sama macam fatimah.
apa perlunya ustazah nak jaga pandangan sesama wanita lain?saya senyum,dia jeling.giler bukan?apa maksudnya?berlagak hebat kah?

cari guru?alim ulama?HELLO!! mai sini datang sabah lah tengok berapa kerat guru2 agama kat sini.boleh dihitung dengan bulu ketiak saye taw.auw.hahaha.

dan bila dah ada ustazah pulak,semua buat muka pecah kepala macam nak aku lempang sampai gila.tahu dari kilang mana?MESIR!UIA!

habis?saya ke salah seratus peratus dalam membuat tuduhan?

kedua.
pasal perpecahan umat mesir.berpuak-puak.
saya sendiri tengok blog2 budak mesir bertelagah sesama sendiri.ada bukti.tak cakap kosong.

jadi adakah sesat bila saya mengatakan kumpulan ini BERSIKAP BODOH dikhalayak ramai?tahu tak berapa peratus masyarakat skrg jadikan BLOG sebagai bahan bacaan?

saya salah ke?

pasal teguran suka menjadi JURI HAKIM dan menghukum.
heh,saya buat kesimpulan pendek berdasarkan maklumat daripada blog admin jugak.bakpe nak kecoh satu dunia sebar aib sedara sehingga tergamak keji nak tayang gambo?

adakah ini perbuatan sesat?

ketiga.
saya tak nampak ketulusan anda secara terbuka cakap macam ini 'HURUL UMMI SIGADIS MANIS, dengan penuh kerendahan diri..saya meminta maaf dan ampun atas tuduhan sesat yang saya lakukan terhadap blog anda disebabkan kajian melulu saya..selaku BUDAK MESIR yang bijak pandai..saya minta maaf"

saya tak jumpa perenggan ini.ternyata bukan anda seorang pelajar mesir yg ego,berlagak hebat dan mulia depan saya budak hina neh.tepat tidak tuduhan saya?adakah ini sesat?

dan paling saya tak puas hati..
admin macam tada pon ulas berkenaan SETIAP TUDUHAN saya dengan jawapan paling adil dan ilmiah.tada pon.tada pengakuan yg sememangnya WUJUD sebilangan kecil pelajar mesir seperti yg dituduh?tiada?yang ada dan berulang kali anda utarakan adalah KESILAPAN saya sahaja.KENAPA ADMIN??takboleh terima kenyataan?atau bagaimana?

heheh tapi takpa.saya maafkan dan halalkan apa saja..saya anggap saja ini satu hiburan maya dan pencarian GLEMER kehkehkeh.anda budak 19 tahun.belum cukup umur nak menilai setiap perkataan budak 22 tahun.betapa tinggi pon ilmu yg anda ada,tak mampu lawan beribu garam yg saya dah telan.

jadi belajar yang ini.
sikap merendah diri.
saling menghormati.
dan adil dalam menghakimi.

kalau saya yang KEPALA KERAS DEGIL ini sanggup buat satu entry PEMBETULAN DOSA siap mengakui kebodohan saya pada umum.kenapa anda tidak?Sedangkan kita sama hina dari setitis mani yg tiada nilainya.

*senyum*sama2 ambil pengajaran.
hurul ummi hebat tak?hebat!hahaha.kenanglah nama ini ditanah mesir sampai bila2.HURUL UMMI SRIKANDI PALING BERANI MEMECAH TRADISI MESIR.

bye.

panglima_khalid berkata...

""adalah seruan aku kepada kamu. jangan di ingat,segala pujian menjela-jela dari mereka-mereka yang terkasima dengan kamu,tanda kebenaran setiap inci tulisan dan perbuatan.""
Allah!!

bagaimana sih kamu tertipu?? salah fahamin?

bro, orang yang puji ummi memahami mesej dibawanya, antaranya memecahkan comfortzone budak azhar, menyeru pendakwah jangan lupakan kami (watak) dan disisihkan, menyeru yang senasib bahawa ALLAH ada di setiap ketika untuk kita kembali. bukannya maksudku Allah itu tertakluk kepada masa okeh! kang ceramah tauhid pulak sini...

yang masalahnya kau tak paham, kau paham silap dan kalu salahkan orang lain...!

dan satu masalahnya, kenapa kau masih menganggap seumpama ummi tu budak perfect, xlayak bertutur begitu? takkan tak boleh bayangkan sejenak bahawa blog itu satu luahan minah gothic kat KL nun? turunkan sikit ego, rendahkan sikit tahap yang ko letakkan kepada masyarakat awam. minah gothic tu tak paham agama, tapi nak kembali kepada agama, sambil mencari, dia bersyair ketuhanan, mungkin kita nampak sesat kerana tahap kita letakkan terlalu tinggi!

sejenak je bro..tak perlu lama...bayangkan sekejap..rendahkan ego kita, pikirkan dia budak awam, selahi batas syarak membenarkan maka kita kata dia masih Islam, boleh tak? kalau nak tau batas terendah syarak tu kena belajar lah..jangan dengan semangat kau umumkan itu salah ini salah, kang tak pasal-pasal ada tuduh ko wahabi pulak...

puja-puji..aduh, ko memang xde hati sastera la bro, ko baca la novel yang sastera berat sikit, asyik baca buku medic kang nampak nombor2 dan istilah medic je...

teringat satu hadis nabi kalau tak silap aku, atau kalam ulamak, kawan yang baik adalah jika melihat wajahnya kita teringatkan Allah...Allah!! mana nak letak makna hadis/kalam nih?

selagi mana tak melanggar batas syarak, selagimana tak melanggari perkara yang di-ijmak-kan ulamak padanya, kita tasamuh, dan berilah nasihat..bak kata ummi, tolong beri jalan penyelesaian, jangan maki hamun je.. ok bro!!

okeh...nak masuk satu isu agak besar yang dah agak lama aku dan budak2 mengaku salafi bincangkan, iaitu keberkesanan dakwah dan tarbiyah kepada umum manusia melalui alam maya. walaupun bukanlah satu tajuk khusus kami bincangkan tapi intipati dari berjela-2 debat dengan mereka ini antara yang aku dapat fahami..

iaitu, dakwah melalui alam maya ini banyak kekurangannya dan mudah disalah ertikan. tidak termasuk video2 ceramah (pengecualian-macam kitab fekah je ayat aku). ini kerana ayat2 tulisan ini banyak maksudnya, boleh difahami dengan banyak sudut, tidak sama seperti video yag dijelaskan dengan gaya muka dan gerak badan.

ummi cuba mengkritik dengan caranya disalah ertikan oleh orang seperti anda, penyampaian anda juga disalah ertikan oleh ummi. baik, penyelesaiannya adalah kita berdakwah dan menyampaikan mengikut keumuman manusia. manusia umumnya terima dengan teguran lembut, dan itu juga sepatutnya kita buat dalam seluruh tindakan. dan aku tak nafikan ada teguran keras, tak gitu?

panglima_khalid berkata...

bila kita boleh terima ini, kita bertegur sapa dengan rahmah dan kasih sayang, tak menjadilah silap paham, kutuk mengutuk, buruk sangka. bila ada yang silap dan ditegur dengan sepatutnya, masih melampaui batas maka kekerasan juga balasannya. tak pernah baca blog ust nazrul nasir akhir-akhir ini?? ust nazrul cuba menjawab dengan sebaik mungkin walaupun ada juga nada kerasnya, namun mereka yang melampaui batas itu memang sepatutnya dikenakan dengan yang setimpal, tetapi ust nazrul tak membalasnya seperti itu, masih berlembut dengan mereka.

memang benar, alam maya ini tidak layak dijadikan guru, samada aku atau kau atau sesiapa saja, hanya boleh menjadi sekadar maklumat bukan sandaran. namun jika dah sumber terhad, bagaimana caranya lagi nak mencari pengisian kalau tak di alam maya ini? namun peringatan, hanya maklumat bukannya pegangan tetap.

""jangan kita asyik duduk mengutuk dan mengarut dalam internet tak menentu..kemudian jangan disalahkan orang tidak menyeru..""ya..! betul...!

limataquuluuna MA LA TAF'ALUun - gapo mu nih, mu kato mu tak buat, tapi buat sebaliknya..

sambil kata ""jangan asyik mengutuk dan mengarut"" kita kata ""ko sesat, eh, pengikut ko sesat"" fahamilah! dan jangan mohon maaf kerana masing-masing ada ego, kalau kita mintak maaf kita dah buang ego kita, kita bukan lagi manusia..

nabi pun mohon maaf, mohon ampun pada tuhan lagi, nabi bukan manusia ikutan kita?

"" "barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhiratnya,maka berkata baiklah(berkata yang bermanfaat,tidak maksiat),atau sekiranya tidak mampu berkata baik,maka lebih baik ia diam" sodaqa rasulullahi sallallahi alaihi wasalam""

ya, benar, jika kau tak mampu untuk merubah dengan sebaiknya, di blog umi janganlah kau gunakan kata keji (lawan bagi kata baik dan diam) di blog engaku atau mana2. serahkan kepada yang mampu merubah.

kadangkala maksiat itu kita ubah dengan cakap, dengan tangan, tapi kadang-kadang hanya dengan hati. semoga ada orang lain yang lebih bijaksana dari aku yang mampu ubahkannya.

kesan dari kita yang tak memanipulasi keadaan dengan baik, kita akan dipandang serong oleh keadaan. kalau tak mampu tegur blog umi tanpa membangkitkan kemarahan pengikut blog, jangan cuba memburukkan keadaan. jangan risau, Allah turunkan islam dan berjanji akan menjanganya, kalau kau mesir, sampaikan kepada yang lebih tahu dan lebih diyakini untuk merubahnya. dalam masa yang sama berdoa. semuanya aman dan selesai dengan baik..

kawan aku asalnya tak setuju dengan blog ummi, sampaikan kepada aku, dan aku setelah kaji, aku terangkan kepadanya punca masalah yang aku dapati, akhirnya dia dapat menerima, tanpa perlu kami tulis di blog masing-masing. tanpa kami perlu mengatakan si dia sesat, si dia kufur.

panglima_khalid berkata...

""fahamilah, ustazah2 kalau jalan tunduk,kemudian anda keluarkan hujah anda tanpa bertanya kepada dia,mengapa ia tunduk?ini satu contoh.jawabnya mudah,tunduk itu jaga pandangan,dan jawpan yang seangkatan.kalau anda kata ramai orang agama mesir sombong,itu pandangan anda yang tidak berkenalan""

aku pun jalan tunduk..kalau nak kenal aku, sebelum atau selepas klas syeikh ahmad, aku memang berjalan tunduk, bukan apa, elakkan kaki aku terpijak kotoran, nanti nak solat. dan mengelak juga pandangan yang tak sepatutnya. dan kalau kau tegur dia begini di blog dia, alangkah baik. tak memanjang isu ini kan?

masalahnya bila ditegur ustazah itu dia angkat kepala hanya jeling, itu titik masalah yang rasanya semua setuju, masalah tunduk masa berjalan perkara khilaf yang sepatutnya kita ketepikan.

satu nasihat pengajaran yang Allah bawakan kepada kita, walaupun masalah ini remeh, kalau kita pandang besar maka kita boleh mencapai taraf wali atau mengikut jejak nabi. ayatnya di mana? surah ABASA...abasa wa tawalla...juzuk ke 30, memang perkara ini nampak remeh, tapi bila kita berjaya atasinya dengan baik, kita mengikut jejak langkah nabi SAW yang kita semua cintai.

dan kita jangan lupakan peranan orang. ada orang yang memikirkan benda-benda yang besar, ada yang memikirkan soal kecil, ada pendamai, ada berbagai ragam di sekeliling kita, kenapa nak nafikan peranan masing2??

""so jawapannya, tidak semua boleh dipersalahkan"" penulis blog dah mohon maaf tentang ini..masih tak berpuas hati ke? aduhai..

""ludah 3kali ke kiri meludah pada syaitan,sunnah"" just sedikit penjelasan...bukan umumnya sunnah ini diamalkan. kerana sunnah ludah ke kiri 3 kali hanya isyarat bukan ludah betul dan hanya jika tiada orang tidur di sebelah kiri. perkara ini diajar nabi jika mimpikan yang buruk-buruk kerana lazimnya yang buruk dari syaitan. jika nampak syaitan di hadapan selain dalam mimpi, ludah atas kepalanya, bukan di kiri.

bila mendapat bisikan syaitan, istighfar, mengucap, dan doa dijauhkan syaitan. tak perlu diludah ke kiri. namun tak salah.

""innamal mu'minunal ikhwah,fa aslihu baina akhawaikum/setiap ummat islam itu bersaudara,maka perelokkanlah diantara sesama kamu""
betulkan lagi ayat quran nih...innamal mukminuna ikhwaTUN -xde mukminunAL...

dan intipati ayat nih...betulkan sesama saudara tanpa perlu memburukkan keadaan yang harmoni..

dan apa salahnya kita merendahkan ego kita dan mengaku salah dan meminta maaf kan?

kan! kan! kan! (^,^)

Harap Maaf jika tuturku ada salah dan silap..


panglimakhalid[@]putera.com

jemput admin datang rumah...tak tahu tanya Ust Hairul Nizam, Ust Nazrul Nasir atau Husaini pun boleh atau dr hamdan saparwan...ummi pun jemput la kalau datang mesir eh..kita pekena teh mesir yang best...

3 post serangkai...maaf le panjang sikit..

Khaulah Al-Azwar berkata...

salam..

betul jugak..
minta tolong perbetul ayat Quran tu

innamal mukminuuna ikhwatun
fa aslihuu baina akhawaikum

al-Hujuraat ayat 10

wallahu a'alam

budak bijak berkata...

22 Dec 09, 06:21 AM
hurul ummi: saya terima ini sbagi hukum karma.tp plis tak wajar tuduh sesat kan?tp takpa kenangan adalan kemanisan cinta dua benua.wadefak ummi mengarot apakah?KAHKAHKAH.moh kitee bermaafaan.sekian makaseh
22 Dec 09, 06:20 AM
hurul ummi: alahai gadoh2 sayang bah..kihkih..dah saye emo, bakpenyee turuti keemoan budak comel neh.haiyaaa.tp takpa syabas dkt admin sbb satu2nya MANUSIA DEGIL menyentap hati saya.ewah.hebakkkk.
22 Dec 09, 06:16 AM
hurul ummi: admin, u buat jantung i bergetar hebat detak kencang..sama ada u pompan atau lelaki.i paksa u nikahi i skrg jugak!wakakakaka.i love u.BAHAHAHA sila lempang aku
.........................

apa kahabar semua.nak bagi pendapat juga.pada saya apa yang dilontarkan admin blog ini ada hikmahnya juga.admin memberi kita berfikir,supaya lebih bijak dalam berkata-kata.saya tak nampak admin menyesatkan individu(orang-orang yang disebut),tetapi admin menegur kita supaya elok dalam berkata2(sebab kata2 kita kadang2 banyak dah sesat jalan,so kembali kepada pankal jalan,kalimah tayyibah),elok dalam berdakwah,sebab mungkin admin lihat ramai dah leka berhibur,sampai lupa memperbetulkan kawan-kawan

saya lihat,admin berjaya menyedarkan sedikit sebanyak hurul ummi,sedikit sebanyaklahkan.lihat,dengan artikel admin ini,nampaknya gaya bahasa hurul ummi dah ada sedikit perubahan.hurul ummi pun dah sedikit sedar

yang penting,nampaknya admin cuba menyedarkan orang yang disamping ummi,bukan hurul ummi itu tujuan dia 100%.betul juga,lihat orang disamping ummi agak leka,kalau sebelum ini dalam chat box hurul ummi,ayat-ayat tak sedar(sedikit sebanyak),pengunjung layan sekali,sekarang tuan blog dan pengunjungnya dah sedar dan buka mata,sikit sebanyak.

bawak sudah-sudah,lihat admin dan blog emosi pun dah dua-dua beri faedah pada pembaca.jangan pula orang lain salah sangka.lebih-lebih api-apikan.hehe

pasal ustazah jeling tu,jangan disalahkan semua yang bergelar ustazah.entah betul atau tidak yang hurul jumpa itu benar2 ustazah,silap2 dia hanya orang biasa pemakai tudung labuh,hurul pun kata entah mesir entah UIA(tak pasti).kalau benar pun dia ustazah,mungkin dalam 18 juta itu dia yang satu.sebab saya pernah ke mesir melancong,orang malaysia dimesir,baik sekali.saya ada ramai kawan pelajar mesir,hebat dan baik sekali.jadi rasanya yang macam hurul sebut tu, 1 dari 18 juta je bemasalah.hehe

pasal hurul kata warga mesir betelagah pecah belah,itu yang hurul ummi lihat.tapi sebenarnya mereka itu orang bijak pandai,mereka tu berkhilaf(bertukar2 pandangan) bukan bergadoh.kalau orang agama berdebat,jangan campor,itu urusan orang alim ulama',untuk cari jalan pemutus setiap masalah,belum putus jangan kita orang biasa campur,sebab kita tak tahu apa2.urusan mereka,bertukar-tukar pandangan,saling betul membetulkan.untuk kebaikkan ummat juga.sebeb tu ada fatwa,sebelum dapat fatwa,ulama' berkumpul,berdebat,berbincang,tak payah kita campur masuk nak bincang sama.hehe,tunggu je keputusan mereka.

oklah nampak hurul ummi pun dah ok,faham maksud admin.sama-sama dapat kebaikkan admin dan hurul ummi..teruskan perjuangan

jangan gado-gado kepada pembaca,hurl dan info kini ok je,korang yang lelebih.huhu

nasihat..dari saya
bijak membaca

madsha_88 berkata...

salam

sudah2 la tu!..

wat entry lain lak..

tutup buku isu ni ye..hehe

panjang giler sekor2 "ceramah"..xpaham aku?..hehe

Fatimah Az-Zahrah berkata...

sekor? cakap org bahasa teruk. dia tu? hmm teruknya persepsi aku kt korang budak medic ni..blaja sikit jadi matang.

Budak biasa berkata...

maaf~ saya bukan berilmu sgt macam kamu.. saya x pernah masuk SMKA, UIA, G mesir.. tapi.. dah sampai menuduh org ajaran sesat? saya hilang hormat kat admin blog nie.. serius.. sedangkan fatwa2 nak declare sesat pun.. berkumpul mufti, ustaz2, org2 alim ulama.. baru la kata sepakat.. ini.. baca skit.. x tau la admin nie wat macam tu jugak ker.. tapi.. hmm.. jgn sampai admin sendiri yg kene suatu hari nnti... Igt senang ker nak declare sesat2 nie?

Tanpa Nama berkata...

apelah budak bisa ni.admin kan dah bagi tahu,dia tak kata tuan punya blog tu sesat.admin kata aliran pemikiran dia boleh menyesatkan,sampai ramai yang ikut dan setuju dengan cara tuan blog tu,temasuk ustat2,pade hal blog tu sebelum ni blog maki sana sini,mencaci,lucah, ada pulak orang setuju dengan perkataan2 blog tu.

bagi aku,admin dah berjaya menyedarkan tuan blog tu,buktinya,tuan blog tu dah menulis dengan agak elok sikit,dan tak banyak maki-mai dan lain2.

dan paling penting dah menyedarkan pembaca blog dan pengikut blog tu. tahniah admin! teruskan lagi ber entri.

dari
pemerhati