Ahad, 25 April 2010

Juara Hulu Selangor hari ini gambaran kemenangan Pakatan@Barisan bagi RPU ke-13



Penyokong BARISAN

Malaysia Hari Mengundi 25 April:
SEPANJANG HARI INI, SEHINGGA SEBELUM PENGUMUMAN DIBUAT SPR, DIMINTA PENGUNJUNG INFO KINI DAPAT MEMBUAT KOMEN (MENEKA BN@PR SEBAGAI JUARA RAKYAT) DIRUANGAN KOMEN BAGI MENYATAKAN PENDAPAT SIAPA AKAN MEMENANGI HATI PENGUNDI PARLIMEN HULU SELANGOR. SILA BERBUAT DEMIKIAN. POST KALI INI CULAAN BERBENTUK KOMEN/PENDAPAT
Penyokong PAKATAN

Hingga saat ini, didalam harakahdaily menyatakan terdapat desas desus Pakatan akan menang besar, tetapi sekiranya peratus keluar mengundi kurang dari 60%, PR akan kalah, dan sekiranya peratus keluar mengundi melebihi 61% PR akan menang. Apapun itu hanya spekulasi. Dari sudut lain pula, ada spekulasi menyatakan BN pula akan menang besar. Jadi sapa yang menang besar sebenarnya? hehe.. entahlah. Sama-sama nantikan Malam ini waktu malaysia.
Penyokong BARISAN

Sehingga jam 11.30 pagi waktu malaysia sebanyak 38.21% pengundi telah keluar, iaitu seramai 24645 orang telah keluar mengundi.

Penyokong PAKATAN

Nyatakan pendapat anda Barisan atau Pakatan yang akan menang PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN HULU SELANGOR? Sila beri komen pandangan anda sebelum pengumuman malam ini waktu malaysia.

Bagi anda BARISAN atau PAKATAN akan menjadi JUARA hari ini?

Malaysia Hari Mengundi 25 April: - Seperti yang dijangka, hangat lagi meletop. Suasana PRK hulu selangor memang mendebarkan, sama ada bagi pihak Parti bersatu Pakatan Rakyat atau Parti bersekutu Barisan Nasional, saling berdebar-debar. Kalau dilihat, habis kesemua kepimpinan penting bagi BN dan PR turun padang untuk menarik hati pengundi. Pimpinan PR dari lim kit siang, Tok guru Nik Abd Aziz, presiden Pas Tok Guru Haji Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Tamrin anak bekas timbalan PM Tun Ghafar Baba dan pimpinan-pimpinan PR ternama lain. Pihak BN pula menurunkan dari atas sampai bawah, Pm sendiri berkempen habis-habisan, TPM juga ada, Bekas PM Tun Dr.Mahathir dan lain-lain. Semua bersemangat memenangkan calon masing-masing.

Apa petanda ini semua? Boleh dilihat, pilihan raya kecil kali ini mencerminkan PRU akan datang yang sudah tidak lama lagi. PR sudah begitu bersedia mengambil alih pentadbiran negara, BN risau dan cuba kekalkan Apa yang ada. Jadi masing-masing sedaya upaya untuk memastikan calon dipihak masing-masing memenangi kerusi parlimen hulu selangor kali ini. Ini kerana kawasan parlimen P094 ini sokongannya sama rata. BN boleh dikatakan mendapat 50% sokongan, dan PR juga dibayangkan 50% sokongan. Mana-mana diantara BN dan PR, memenangi kerusi parlimen ini dengan mejoriti agak besar, mampu menggambarkan pihak mereka mungkin menjadi pilihan rakyat disemua kawasan di malaysia, itu dari segi memenangi jiwa rakyat.

PR menyatakan, semalam memperlihatkan sokongan mejoriti cina menyokong PR sebanyak 78%. Lim Kit Siang menyebut, sekiranya pengundi cina menyokong sebanyak 85% dari mereka, mampu memenangkan calon PR dengan agak selesa kali ini. manakala PR mensasarkan sokongan melayu agar sedikit bertambah. BN pula selesa dengan sokongan tinggi dari kaum melayu, tetapi cabaran BN bila mereka meletakkan calon bukan Melayu. BN cuba menguji sokongan bila sekali lagi berani meletakkan calon bukan melayu di kawasan melayu ini. Dibawah merupakan kajian dari Zentrum Future Studies NGO bebas.
Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua belah pihak. Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.


Pemuda sokong Pakatan


Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.
sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.

Sementara itu, semakan dengan Zentrum Future Studies Malaysia, mendapati Pakatan terus mendahului BN apabila mereka tiba di penghujung kempen.

Berikut statistik yang diberikan.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

Jumaat, 23 April 2010

Tragis pekerja Indonesia, diperkosa 6 pemuda mesir dikawasan sampah

Dari Web 23 April 2010: - Tragis pekerja Indonesia dimesir, diculik, diserkap, diperkosa 6 pemuda mesir ditempat pembuangan sampah ini disiarkan INFOKINI sebagai renungan bagi semua supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Berita tragedi ini disiarkan semalam oleh laman Web " eramuslim.com " (bertarikh pada 22 April).

Negeri "Ketika Cinta Bertasbih" Ternyata Tak Seindah Kisah "Ayat-Ayat Cinta"

Admin membuat posting (copy post) tentang kejadian yang dilaporkan dilaman web http://www.eramuslim.com/ kepada umum disebabkan atas permintaan pengunjung bernama " RINDA ". Post kali ini diharap sedikit sebanyak dapat diambil pengajaran supaya diambil langkah berhati-hati oleh semua warga asing dibumi mesir.

Sejauh mana kebenaran sumber berita dibawah, itu perkara kedua, tetapi pengajaran wajar diambil dari hal yang berlaku, kerana sudah sering kita dengari. Admin sendiri mempunyai rakan-rakan pelajar indonesia dimesir. Kebanyakkan mereka mengiyakan kejadian-kejadian yang berlaku seputar hal pelajar indonesia dimesir yang kita ketahui, berkaitan dengan kejadian pemerkosaan, cabul, pukul, buli dan lain-lain.

Sekadar ingin bertanya pada pembaca, bukankah " ABIDIN " yang dimaksudkan dalam post dibawah itu tempatnya dicairo? Apa ia hayyu ashir? Seandainya, tepat dan benar ABIDIN itu tempat yang dimaksudkan (hayyu ashir cairo), langkah dan waspada lebih hebat perlu diambil. Warga mahasiswa/wi kita berbondong-bondong disana.

Berita yang baru disiarkan semalam (dibawah), bukanlah satu-satunya kes kejadian seumpama itu dimesir, akan tetapi kes seperti ini sudah biasa, cuma kurang diambil prihatin oleh mahasiswa kita serta sebahagian besar mahasiswa/wi tidak mempercayai kes-kes yang berlaku (kerana kes-kes seperti ini tidak disebarkan kepada umum).

Dibawah merupakan laporan berita dari sebuah laman web kepunyaan warga indonesia, moga ia dapat difahami oleh warga malaysia dengan maksudnya yang mendalam, walaupun sedikit perbezaan gaya bahasa antara kita, yang jelas, maksud begitu jelas dan difahami. SILA AMBIL PENGAJARAN SEBELUM ANDA DIBERI PENGAJARAN

http://www.eramuslim.com/berita/dunia/tragis-tkw-indonesia-itu-diculik-disekap-lalu-diperkosa-6-pemuda-mesir-di-tempat-sampah.htm
--------------------------------------------------------------
Negeri "Ketika Cinta Bertasbih" Ternyata Tak Seindah Kisah "Ayat-Ayat Cinta"
Kamis, 22/04/2010 14:31 WIB | email | print | share
IlustrasiIlustrasi

Mungkin sudah selayaknya pemerintah Indonesia untuk mengkaji kembali 'ekspor' TKW ke negara-negara Arab, karena faktanya para TKW Indonesia di negara-negara Arab lebih memprihatinkan nasibnya dibandingkan dengan teman-teman mereka yang menjadi TKW di negara-negara bukan Arab dan non Muslim seperti, China, Taiwan, Hongkong, dan Korea.

Kisah tragis dan mengerikan kembali menimpa Tenaga Kerja Wanita (TKW) Indonesia di Timur Tengah. Kali ini, kasus yang menimpa srikandi devisa negara Indonesia itu terjadi di negeri "Ayat-Ayat Cinta", Mesir.

Kejadiannya sangat tragis: TKW tersebut diculik, disekap, dan diperkosa secara bergiliran oleh 6 orang pemuda Mesir. Lebih tragisnya lagi, aksi tersebut dilakukan di gudang pembuangan sampah.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kairo yang kemudian mengetahui kasus ini, segera bertindak dan mendesak pihak kepolisan Mesir untuk mengungkap dan menangkap keenam pelaku tindakan bejat tersebut. Kini, keenam pelaku telah ditahan kepolisian dan menjalani proses hukum.

Surat kabar Mesir al-Yahum as-Sabi (21/4) mengabarkan, kasus tersebut bermula ketika seorang TKW Indonesia tengah berjalan di kawasan Abidin, bilangan yang dahulu menjadi pusat pemerintahan dan istana masa dinasti Muhammad Ali Pasha, karena disuruh majikannya untuk membeli sesuatu.

Tanpa disangka-sangka, tiga orang pemuda Mesir menodongkan senjata tajam ke arah TKW itu. Ketiganya lalu menyeretnya dan memperkosanya beramai-ramai di sebuah gudang sampah.

Ulah bejat pemuda Mesir itu tak berhenti hanya sampai sana saja. Mereka lalu membawa dan menculik TKW tersebut ke sebuah flat rumah, masih di kawasan yang sama, menyekapnya dan kembali memperkosanya. Lebih naas lagi, di flat tersebut ternyata ada tiga orang pemuda Mesir lainnya yang juga ikut memperkosa korban.

Setelah puas menuntaskan hasrat binatang mereka, keenam pemuda Mesir itu lalu "membuang" korban begitu saja dalam kondisi yang sangat memprihatinkan. Beruntung, ada orang Mesir baik hati yang tak tega melihat korban dan membawanya ke KBRI.

Korban kini tengah menjalani perawatan serius di salah satu rumah sakit Mesir atas biaya KBRI. Pihak KBRI sendiri tengah mengupayakan untuk mendesak pemerintahan Mesir agar menjatuhkan "hukuman mati" kepada keenam pelaku.

Kasus pelecehan dan kejahatan seksual di Mesir yang menimpa perempuan asing terbilang sangat tinggi. Sekitar setahun yang lalu, salah satu surat kabar terkemuka Amerika bahkan mengatakan Mesir adalah negara yang paling tak aman dan nyaman untuk perempuan asing.

Kondisi ini tentu saja sangat ironis, mengingat Mesir adalah negeri yang digambarkan "indah" oleh Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih, juga karena di Mesir banyak ulama besar dan juga terdapat Universitas Al-Azhar. (ys)

Isnin, 19 April 2010

Lagi kes cubaan mencabul siswi kita

selamatkan sisiwi kita dari gangguan arab
Muhafazah 19 April - Ada satu Kisah benar berlaku di satu muhafazah, kisah ini mungkin akan menyebabkan para mahasiswi dan mungkin juga mahasiswa akan merasa mual, jijik, nak termuntah, rasa nak pitam, geli geleman dan yang seangkatan dengannya. Ceritanya berkenaan seorang pemandu teksi arab kemaruk PEREMPUAN.

Ini bukan kisah lucah, dan blog ini juga bukan blog lucah, kisah yang akan disebut dibawah bukan juga cerita yang diada-adakan, tapi ianya adalah kisah yang benar ada dan berlaku beberapa waktu yang lalu. Apa yang diberitakan kepada semua, diharapkan sedikit sebanyak dapat diambil sebagai pengajaran serta sebagai salah satu langkah berjaga-jaga, dan jangan terlalu berasa selamat dan terlalu berasa melampau takut, kedua-duanya akan menimbulkan padah pada diri sendiri, kerana sikap yang melampau-lampau sama ada terlalu berani atau terlalu berasa selamat atau terlalu merasa takut atau terlalu berasa tidak selamat sampai menyusah diri, kesemuanya merosak diri.

Apa yang nak diceritakan, sekarang memang susah nak mempercayai seseorang, walaupun seseorang itu nampak perwatakannya baik, belum tentu selamat bersama dengannya. Maka hati-hatilah dalam apa juga keadaan pun. Satu kes, ada mamat arab ni, cukup nampak baik, hafal quran dan siap bertaranum dan membaca ayat-ayat suci didepan pelajar malaysia, perwatakan amat dan teramat baik, muka berseri-seri (pandai berlakon) mengalahkan tok imam (pelajar malaysia siap merasa siqah pada dia), last-last satu kes, mamat arab ni minta lihat dan pinjam (bahasa lembutnya,curi sebenarnya) sebentar barangan berharga pelajar kita, pinjam yang sekejap itu sampai tak nampak-nampak batang hidungnya selepas itu, benda berharga tadi buat seperti hartanya dunia akhirat.

Tinggalkan kisah mamat arab muka siqah itu. Ape pun, kali ini nak diceritakan hal lain sebenarnya. Kisahnya, satu peristiwa berlaku, mengisahkan seorang pemandu teksi (arab), terlalu kronik keadaannya, dilaporkan oleh pelapor dimuhafazah tersebut: " pemandu teksi arab tu, syahwatnya tidak sejahtera, keadaannya amat kronik, wajahnya serabut kerana ketidaksejahteraan pada diri dia ". Kejadiannya termaktub dibawah.

Disuatu tempat, pada satu masa, saat petang hari, pintu sebuah rumah pelajar malaysia disuatu muhafzah telah diketuk. Bila penghuni (siswa malaysia) itu membukan pintu rumahnya, kelihatan seorang pemuda arab terpacak dimuka pintu. Arab itu memperkenalkan dirinya sebagai seorang pemandu teksi. Setelah dia (arab) memberi salam, dia bertanyakan kepada siswa penghuni rumah itu, dengan pertanyaan (setelah diterjemahkan): " dimanakah letaknya rumah pelajar perempuan malaysia? ". Mendengar persoalan arab tadi, siswa terbabit bertanya kembali, tujuan apa arab itu mahu tahu penempatan sisiwi malaysia. Jadi, arab tadi memberikan kata penyedap, tujuannya untuk memulangkan wang dalam nilaian RM yang tertinggal didalam teksinya, yang tertinggal oleh siswi malaysia yang menaiki teksinya.

Mendengar jawapan pemandu teksi arab tadi, menyebabkan penghuni rumah (siswa malaysia) itu terus melontarkan kata: " tak mengapa, berikan saja duit itu pada saya, dan saya akan serahkan kepada ketua pelajar, untuk uruskan, biasanya sesiapa yang ada mushkil akan merujuk ketua pelajar ". Tetapi, pemandu teksi itu, tidak mahu menyerahkan wang tersebut, dia berkata, nak serah duit itu face to face dengan siswi tersebut, dengan dalih nak pastikan duit itu selamat sampai pada tuan empunya. Seterusnya, pemandu teksi tadi, terus bertanya dimana letaknya rumah siswi-siswi malaysia. Melihat cara persoalan pemandu teksi itu, sahabat siswa ini merasa agak lain, dan membalas jawab dengan mengatakan dikawasan itu tiada rumah siswi (langkah bijak diambil siswa tersebut untuk menyelamatkan keadaan).

Akibat tidak berpuas hati dengan jawapan siswa malaysia tadi, pemandu teksi ini terus turun kebawah (ardhiah), dihadapan imarah siswa tadi, lalu menunggu dihadapan imarah tersebut (disamping teksinya). Sambil-sambil menunggu, wafiddin yang melalui lorong sempit dikawasan itu ditanya olehnya, dengan pertanyaan: " ada tak rumah siswi malaysia berhampiran kawasan ini? ". Riaksi arab ini, diperhatikan beberapa siswa penghuni rumah tempat arab teksi tadi bertanya, mereka (siswa malaysia) memerhatikan dari balakon, akan tingkah laku arab, dan merasa amat ganjil perbuatannya.

Semasa pemandu teksi berbual dengan siswa dihadapan pintu rumah, salah seorang dari ahli bait siswa yang berbual dengan pemandu tadi memerhatikan gerak geri arab itu dari belakang rakannya. Rakan kepada siswa yang sedang berbual itu melihat, arab (pemandu teksi) seolah-olah meramas-ramas ANUnya yang dikeluarkan dari karungan pakaiannya. Malang sekali, rakan siswa yang sedang berbual tidak perasan tindakan arab ketandusan itu. Lalu setelah beredar arab tadi ke ardhiah, rakan siswa yang memerhatikan sahabatnya yang rancak berbual itu, terus menegur sahabatnya itu " kau tak nampak ke ape arab tu buat masa tanya mana rumah akhwat malizi!? dia ramas-ramas ANUnya..(onani) eeee.. bahaya ni " siswa yang berbual dengan arab tadi, tidak perasan hal itu.

Disebabkan siswa yang berbual tadi tak perasan hal perbuatan arab teksi itu, maka sahabat ahli baitnya terus meluru ke balakon bersama siswa yang berbual dengan arab teksi tadi, untuk memastikan keadaan sebelumnya. Ringkas cerita, akhir sekali, rakan yang tidak percaya tindakan arab itu, melihat sendiri, pemandu teksi itu sedang melakukan ONANI akibat syahwatnya yang tidak sejahtera (cover line), sambil bertanya sesiapa yang berlalu lalang disitu dengan pertanyaan " dimana rumah pelajar perempuan malizi " wajahnya dah terlalu kronik. Nasib baik, petang itu, tiada siswi malaysia yang keluar lalu lalang dikawasan itu. Teguran demi teguran dari siswa-siswa dari balokon tadi menyebabkan pemandu teksi itu akhirnya beredar dengan teksinya dari kawasan itu.

Hari keseterusnya, aduan diterima, ada arab ikut siswi malaysia hingga kehadapan imarah (banggunan) pelajar perempuan, bahkan sampai mengikut sisiwi hingga ke tangga dan sampai kedepan pintu, pasti lagi comferm pemandu teksi yang sama. Siswi yang diekori itu ketakutan dan cuak, Arab itu bertanyakan siswi yang menaiki teksinya, kalau-kalau ada tinggal dirumah salah seorang sisiwi malaysia disitu. Kebetulan, rumah siswi tersebut bukan di syaqah tersebut. Siswi yang ditanya tadi, terus meluru masuk rumah ketakutan. Arab teksi tadi, cuba ingin bertanya lagi, tetapi tidak dilayan oleh sisiwi didalam rumah itu, terus ia tidak tentu hala. Apa yang pasti, kes ini tidak habis begitu sahaja, pemandu teksi tadi masih belum berpuas hati kerana masih tidak ketemu siswi yang dicarinya. Apa yang ditakutkan, disebabkan kekemarukan arab itu, ditambah pula syahwatnya yang tidak sejahtera, memungkinkan seribu satu kemungkinan tindakan jahat darinya.

Oleh yang demikian, Admin INFO KINI menyarankan agar siswi waspada dan hati-hati. Langkah seperlunya perlu diambil oleh siswi muhafazah terbabit. Antara langkah bijak, ambil number daftar kereta teksi tersebut dan edarkan maklumat supaya tidak dinaiki teksi tersebut oleh mana-mana siswi malaysia disana, serta langkah lain, laporkan kepada ketua pelajar dan ambil tindakan laporan polis. Apa pun, kes ini diberitakan telah diambil berat oleh pihak berwajib.

Kepada yang suka melakukan sesuatu yang menyalahi apa yang telah ditetapkan Allah dan rasulnya, semacam suka berfoya-foya, suka layan berbual dengan arab (berlainan jantina) sehingga membahayakan diri, menonjol-nonjolkan apa yang tak perlu tertonjol, mengetat-ngetatkan apa yang tak patut ketat, moh...!!! marilah cepat-cepat kembali kepada jalan kebenaran, ditakuti punca-punca yang disebut diatas, merupakan sebab kepada arab benar-benar mahu mencabul sisiwi kita. Sesali kejahilan dan bawa diri pada taubat kepada Allah dan mencari perelokan untuk diri dunya dan akhirat. Maaf diatas bahasa yang kurang ditapis, diharapkan maksud mesej sampai dan bermakna untuk pembaca agar diambil langkah waspada, untuk pengajaran muhafazah terbabit dan seluruh mahasiswa dan sisiwi malaysia dimesir.

Sabtu, 17 April 2010

P094 HULU SELANGOR UMNO/BN TAK TUNAI JANJI

Dari kiri Chandran(calon bebas,pimpinan MIC),P Kamalanathan (Calon BN,ketua penerangan MIC),Dato' Zaid Ibrahim(Calon PKR/Pakatan Rakyat,Bekas Menteri),Johan(calon bebas,AJK pemuda UMNO Shah Alam)

Hulu Selangor 17 April: - Hari ini merupakan hari penamaan calon MP baru bagi P094 iaitu Parlimen kawasan Hulu Selangor, berikutan kematian penyandang ahli parliman kawasan tersebut yang menjadi pilihan rakyat pada PRU lepas dari PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak Apa yang menarik bagi kawasan P094 ini, mejoriti bagi kependudukan kaum dipunyai oleh bangsa melayu (islam) lebih dari 50%. tetapi calon pilihan sejak beberapa PRU lepas disusun oleh BN dengan menawarkan calon bukan melayu dari parti MIC.
P Kamalanathan (Calon BN,ketua penerangan MIC) bersama rombongan BN
Janji dari umno (BN) akan memastikan calon BN adalah dari anak tempatan, dan menempelak pakatan rakyat apabila meletakkan calon bukan dari anak tempatan yang mewakili MP kawasan itu dari calon PKR Dato' Zahid Ibrahim (bekas menteri kerajaan UMNO) dianggap meludah ke langit jatuh menimpa muka sendiri. Ini kerana, pada dada akhbar BN dan media BN sebelum ini menyatakan bahawa mereka akan meletakkan calon anak tempatan serta menganggap BN akan menang besar disebabkan PR meletakkan calon bukan anak tempatan.
Ribuan penyokong Pakatan Rakyat
Suasana sekarang melihat PRK di hulu selangor kali ini nampak lebih berpihak kepada Pakatan rakyat. Ini kerana awal-awal lagi BN telah tidak mengota janji bila mereka sendiri telah mengemukakan calon bukan dari anak tempatan, yang akibatnya akan tertempelak diri sendiri, setelah mereka mengapi-apikan calon semestinya anak tempatan, dan menyatakan PR gagal melakukan hal itu. Akhirnya mereka BN juga sama

Gambaran lain pula, kelebihan pada Pakatan amat ketara, diantaranya calon yang diletakkan Pakatan mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan sebelum ini seperti pernah menjadi menteri dijabatan perdana menteri serta dikenali rakyat satu malaysia. Manakala BN menghadapi dugaan dan cabaran hebat apabila calon yang peringkal awal dicanang-canangkan adalah bekas calon PRU lepas iaitu Timbalan presiden MIC Datuk G Pananivel tidak terlantik kembali dan merupakan calon pilihan MIC pusat dan cawangan, dan seorang lagi calon pilihan MIC (Timbalan Ketua Pemudanya), V. Mugilan juga tidak dipilih.
Calon bebas Chandran pimpinan MIC
Ditambah lagi calon yang dilantik BN hari ini adalah bukan calon pilihan MIC iaitu P Kamalanathan (ketua penerangan MIC). Kedapatan pula seperti wujud ketidakpuasan hati dikalangan pemimpin MIC sendiri apabila seorang calon bebas (dari MIC) turut bertanding iaitu Chandran. Presiden MIC Datuk Seri S Samy Veelu berkata Chandran, yang menjadi naib pengerusi dari tahun 2003 hingga 2009, dan kini digantung setahun, akan dipecat daripada MIC.
Calon bebas Johan dari AJK Pemuda Umno Shah Alam
Agak menyesakkan BN untuk menang kali ini apabila Johan yang juga AJK Pemuda Umno Shah Alam turut bertanding atas tiket bebas. Ini seolah-olah menunjukkan wujud ketidakpuasan hati dikalangan Ahli UMNO yang sebelum ini berkeras mahukan calon di hulu selangor ini diwakili UMNO berikutan peratus pengundi dan penduduk adalah mejoriti melayu dan sebelumnya juga UMNO pernah bertanding disini. Johan akan menghadapi pemecatan keahlian UMNO yang akan diusulkan oleh ketua pemuda UMNO khairy.

Apa yang pasti, PECAH UNDI akan berlaku secara besar-besaran, apabila pengundi akan mencampakkan undi protes didalam kotak undi. Ini semuanya akan menguntungkan Pakatan Rakyat dan sudah sepastinya Calon pakatan menjadi pilihan kerana calonnya Melayu dari parti campuran Melayu, India, dan Cina. BN seolah-olahnya akan ditolak oleh pengundi kali ini kerana berlaku banyak gejala tidak puas hati dari pengundi dengan calon yang diletakkan.

Apa yang diutarakan diatas adalah pandangan Admin INFOKINI berdasarkan mood rakyat One Malaysia dan pengundi dikawasan Hulu Selangor.

Khamis, 15 April 2010

Tun Dr. Mahathir Mohamad kasihkan ISLAM ?

ALBANIA 15 April : - Rupanya jiwa mantan perdana menteri malaysia ini, sayang juga pada Islam. Kalau sebelum ini kita biasa lihat Tun Dr. Mahathir Mohamad bercerita tentang islam, kelihatan bertujuan politik. So, apa pandangan anda? adakah sekarang ini, ketika tidak lagi menjadi perdana menteri ataupun seakan berkepentingan politik, Tun masih menyebut hal berkaitan sayangkan islam sebagai retorik?




http://chedet.co.cc/chedetblog/
-----------------------

1. Saya sekarang berada di Albania, sebuah negara Islam yang dahulu menjadi sebahagian daripada Empayar Othmaniah. Setelah merdeka ia diserang dan dijajah oleh Itali. Pada penghujung perang dunia ke-2, Albania sekali lagi bebas tapi dikuasai oleh pemerintahan kuku besi puak kiri.

2. Pemerintah ini diketuai oleh seorang diktator, Enver Hoxha, yang menolak agama Islam sehingga sanggup mengharamkan Allah, Nauzubillah.

3. Rakyat tidak dibenar menganuti Islam atau apa-apa agama.

4. Akhirnya pemerintahan puak kiri ini jatuh dan diganti dengan pemerintahan pro-demokrasi pimpinan Sali Berisha.

5. Saya ke Albania buat kali pertama pada tahun 1993. Terdapat kemiskinan di mana-mana sahaja. Muka penduduk muram belaka. Tirana, ibu kota, tidak menunjukkan aktiviti ekonomi. Tidak ada kedai selain kedai kopi di tepi jalan. Tidak ada kenderaan. Bangunan-bangunan ternampak tua dan uzur. Ada beberapa masjid lama yang uzur dan sunyi sepi. Tidak ada sesiapa yang menunaikan solat Jumaat atau solat waktu di situ.

6. Kali ini saya sampai di Tirana pada hari Jumaat. Program saya termasuk solat Jumaat di masjid yang tertua, Masjid Ethem Beu, di tengah Bandar Tirana.

7. Alangkah terkejutnya saya apabila saya sampai ke masjid dan melihat jemaah melimpah sehingga ke tepi jalan besar jauh dari masjid. Saya amat gembira kerana Islam sudah kembali ke Negara ini. Alhamdulillah.

8. Kemudian saya berjumpa beberapa penuntut Albania yang telah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kita bermesra dan mereka nyatakan perasaan hutang budi mereka kepada Malaysia. Mungkin juga UIA memainkan sedikit peranan dalam memperkenalkan semula Islam di Albania, wallahu'alam. Kalau pun tidak, saya bersyukur dengan kembalinya Albania ke pangkuan Islam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanawata'ala.

Isnin, 12 April 2010

AWAS! kini Mahasiswi malaysia sering dicabul

sekadar hiasan
MESIR 12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan, mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya tidak biasa keluar berseorangan.

Sudah takdir, hari itu dia keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu, berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita. ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah, kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun, dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan penumpang lain.

Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).

Saat itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor) meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan oleh kondaktor tadi.

Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama, akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.

bagaimana akhwat ini dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi. Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku, baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa troma)

kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang termampu oleh kita sebagai hambanya.

Kejadian seperti ini buat pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i tak pernah kena pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah, janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat mesir.."

Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas. WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.

Ahad, 11 April 2010

Isteri Ketua Cawangan UMNO Ugut Bogelkan Wanita

JOHOR malaysia 11 April - Satu kejadian yang berlaku pada 3 april lepas amat memalukan bagi bangsa melayu islam. Sungguh umat islam amat cetik imannya dan ilmu, sehingga sanggup menggadai maruah diri mencaci maki orang lain dan sanggup pula cuba mencabul maruah orang lain. Dibawah adalah entry dari satu blog pemuda sebuah parti politik http://kentong-suhaizan.blogspot.com/ blog yang dipunyai oleh Suhaizan Bin Kaiat salah seorang exco pemudah sebuah parti. Mari bersama baca, tentang suasana rakyat melayu malaysia sekarang
--------------------------------------------------------------

" Malam ini saya mendapat laporan daripada seorang wanita berusia awal 40 an bersama suaminya. Wanita ini telah didatangi oleh isteri seorang Ketua Cawangan UMNO di Johor bersama seorang rakannya dan cuba menarik baju dan kain wanita ini dengan tujuan untuk membogelkannya. Secara tiba-tiba anak jiran wanita ini keluar dan isteri ketua Cawangan UMNO telah memberhentikan pelakuan sumbangnya itu. Isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah melemparkan kata-kata kesat kepada wanita ini seperti babi, sial, baliklah Kelantan dan lain-lain. Sebelum beredar isteri Ketua Cawangan UMNO ini telah mengugut akan membogelkan semula wanita ini dihadapan orang ramai jika mereka bertemu lagi. Isteri Ketua Cawangan UMNO ini jugak mengugut akan menarik bantuan sekolah anak wanita ini.

Kesannya wanita ini dalam keadaan yang malu, geram dan benci. Hatinya sentiasa diruntun kebimbangan setiap masa sehingga mahu menaiki lif pun berasa takut berjumpa isteri Ketua Cawangan UMNO ini. Yang sangat membimbangkan adalah wanita ini sentiasa membawa pisau untuk mempertahankan dirinya jika berlaku usaha untuk membogelkannya. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah jenayah berlaku.

Tindakan mengugut ini dilakukan adalah berikutan perasaan tidak puas hati isteri Ketua Cawangan UMNO yang telah melihat wanita ini mentertawakan perobohan warong suaminya oleh Penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah baru-baru ini. Semasa kejadian perobohan itu wanita ini kebetulannya berada dihadapan warong tersebut. Apabila warong ini roboh maka terdapat sorakkan berlaku dan wanita ini kononnya telah mentertawakan warong yang telah roboh itu.

Semua rakaman perbualan & gambar ada dlm disimpanan. Tunggu masa untuk dikeluarkan sahaja. "

Sumber: http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/04/isteri-ketua-cawangan-umno-ugut.html

Hukum Mendedahkan Kesalahan @ mengumpat


SALAM SATU MESIR
11 April - Pos kali ini bukan ingin menggambarkan pandangan admin didalam berpolitik. Tetapi post kali ini ingin mengambil beberapa point penting untuk tatapan umum, didalam islam sebenarnya membenarkan umpatan pada keadaan-keadaan tertentu.

Beberapa point penting didalam kertas kerja yang dibuat oleh ketua pemuda salah satu parti politik dimalaysia ini menjadi antara rujukan admin didalam membuat post-post yang dianggap kontrovesi sebelum ini. Atas dasar keperihatinan admin terhadap hal-hal seputar mesir yang begitu membimbangkan, maka lahirlah satu BLOG menyatakan isu-isu seputar mesir untuk tatapan umum, agar diambil perhatian oleh rakyat malaysia dimesir terutamanya dan seterusnya bertindak dari apa yang termampu.



Didalam penulisan (dibawah) yang boleh dikira seumpama kertas kerja ini, admin mengambil beberapa point berkenaan kebenaran mengupat didalam islam, kebenaran menyebarkan aib bila ia dibuat secara terang-terangan, dan dalam beberapa keadaan tertentu yang membenarkan kita menyebarkan sesuatu berita walaupun pada asalnya hukum tersebut haram tetapi kemudian berubah menjadi harus.

Admin mengambil beberapa isi penting didalamnya dan mengubah kesesuaian kertas kerja tersebut mengikut kesesuaian berhadapan permasalahan dimesir, Antara point penting terciptanya blog seperti ini kerana:

1) Perbuatan mengumpat itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran

2) Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

3) Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

4) Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan pihak tertentu adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan pihak tersebut yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keadaan.

5) Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pihak tertentu pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih jalan pihak terbabit sebagai jalan yang konon-kononnya halal disisi syara'. Namun apabila penyelewengan ini didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong kita untuk mencegah kemungkaran yang mana amanah mencegah mungkar terpangku atas kita sebagai umat islam.

6) Kemungkaran yang dibuat oleh sebahagian mahasiswa/wi pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam.

7) orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.

Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.

* Hujjah-hujjah diatas berdasarkan pemerhatian admin pada kertas kerja yang telah dibuat dibawah ini. Sejauh mana betulnya kertas kerja dibawah dan apa yang admin kupas diatas, marilah bersama kita renungi dan mentaddabur lebih tinggi kesucian islam itu sendiri.

Dibawah merupakan kerjas kerja asal dari Al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, ia juga boleh dirujuk didalam blognya : http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/08/hukum-dedahkan-kesalahan-pemimpin.html
--------------------------------------------------------

Hukum Dedahkan Kesalahan Pemimpin

Hukum Mendedahkan Kesalahan Pemimpin

Hukum mengumpat

Mengumpat ialah mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.

Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[1] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Kesimpulan

Hasil daripada 6 keadaan yang dibolehkan mengumpat ini, kita dapati bahawa mendedahkan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah UMNO pada hari ini adalah dibenarkan oleh Syarak atas sebab-sebab berikut:

1. Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih UMNO sebagai parti yang memerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin-pemimpin UNMO didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong mereka untuk menggantikan pemimpin-pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan mereka adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan mereka yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keputusan negara.

Al-Imam Al Nawawi menyatakan di dalam syarah Sohih Muslim contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan:
ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله
فلا يغتر به ويلزم الاستقامة
Maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah, seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru, maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.

2. Kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan UMNO pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam.

Al Iman Al-Ghazali berkata:

وكانوا يقولون ثلاثة لا غيبة لهم الإمام الجائر والمبتدع والمجاهر بفسقه

Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telah pun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.

Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.

3. Pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia.

Penutup

Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada rakyat kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang zalim, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran iaitu membiarkan kuasa penentu adalah ditangan manusia dan bukannya Islam.

Namun, seandainya kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin adalah kemungkaran yang hanya berkait antara dia dan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada insan lain atau rakyat seperti berzina dan minum arak, maka haram hukumnya kita mendedahkan kejahatan yang disembunyikan oleh pemimpin tersebut kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang itu. Selagi mana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak." (Hadis riwayat Muslim)

Menjelaskan mengenai perbuatan mendedahkan keaiban ini, Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan,

pertama ialah orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan.Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpat yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.

Kedua , orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.

Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.

[1] Nas Al-Imam Al-Nawawi adalah seperti berikut:
قال الإمام النووي في شرح مسلم باب تحريم الغيبة:

"والغيبة ذكر الانسان في غيبته بما يكره واصل البهت أن يقال له الباطل في وجهه وهما حرامان لكن تباح الغيبة لغرض شرعي وذلك لستة أسباب

أحدها التظلم فيجوز للمظلوم أن يتظلم الي السلطان والقاضي وغيرهما ممن له ولاية أو قدرة علي انصافه من ظالمه فيقول ظلمني فلان أو فعل بي كذا

الثاني الاستغاثة على تغيير المنكر ورد العاصي إلى الصواب فيقول لمن يرجو قدرته فلان يعمل كذا فازجره عنه ونحو ذلك

الثالث الاستفتاء بأن يقول للمفتي ظلمني فلان أو أبي أو أخي أو زوجي بكذا فهل له ذلك وما طريقي في الخلاص منه ودفع ظلمه عني ونحو ذلك فهذا جائز للحاجة والاجود أن يقول في رجل أو زوج أو والد وولد كان من أمره كذا ومع ذلك فالتعيين جائز لحديث هند وقولها أن أبا سفيان رجل شحيح

الرابع تحذير المسلمين من الشر وذلك من وجوه
· منها جرح المجروحين من الرواة والشهود والمصنفين وذلك جائز بالاجماع بل واجب صونا للشريعة
· ومنها الاخبار بعيبه عند المشاورة في مواصلته
· ومنها اذا رأيت من يشتري شيئا معيبا أو عبدا سارقا أو زانيا أو شاربا أو نحو ذلك تذكره للمشتري اذا لم يعلمه نصيحة لا بقصد الايذاء والافساد
· ومنها اذا رأيت متفقها يتردد إلى فاسق أو مبتدع يأخذ عنه علما وخفت عليه ضرره فعليك نصيحته ببيان حاله قاصدا النصيحة
· ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله فلا يغتر به ويلزم الاستقامة

الخامس أن يكون مجاهرا بفسقه أو بدعته كالخمر ومصادرة الناس وجباية المكوس وتولي الامور الباطلة فيجوز ذكره بما يجاهر به ولا يجوز بغيره الا بسبب آخر

السادس التعريف فاذا كان معروفا بلقب كالاعمش والاعرج والازرق والقصير والاعمى والاقطع ونحوها جاز تعريفه به ويحرم ذكره به تنقصا ولو أمكن التعريف بغيره كان أولى والله اعلم"

Sabtu, 10 April 2010

Post penambahan ini juga Tranungkite.net perlu siarkan: " CEGAH MAKSIAT "


Mesir 10 April - Baru-baru ini, entry dari blog INFO KINI telah disiarkan didalam web tranungkite.net. post berkenaan annual dinner tersebut disiarkan melalui postcopy dari satu blog: http://anakfelda09.blogspot.com . Maka itu, admin merasakan didalam post ini, Terpaksa menghurai panjang, bila cerdik pandai dikalangan pelajar atau lain-lain golongan tidak memahami ringkasan ayat (didalam post sebelum).

Mengapa pembaca hanya memahami tulisan admin dengan bacaan satu skop yang dikecilkan? sedangkan apa yang admin sampaikan begitu luas maksudnya, bukan hanya tertumpu dengan apa yang berlaku didalam program annual dinner, mengapa ini yang difokuskan?. Bukankah kita golongan bijak pandai, yang boleh memahami bacaan?. Admin mengulas post dengan mengaitkan gejala diseluruh mesir (bukan fokus hal annual dinner sahaja, yang tidak keterlaluan itu, didalam post tersebut). Bila anda membaca dengan satu nada, dan hanya menumpu dengan hal annual dinner, seolah-olah anda cuba menutup perihal lebih teruk (diseluruh mesir) yang admin cuba maksudkan didalam post tersebut dengan bahasa-bahasa tertentu.

Pembackup-pembackup (yang menyangkal admin) dari pelajar mesir, seolah-olah cuba menutup masalah pelajar dimesir yang begitu banyak perlu diselesaikan, lalu mengalihkan pandangan hal yang tak terkawal dimasudkan admin hanya disatu program, dan pula kononya admin berpandangan salah kerana program itu sebenarnya tidak mempunyai masalah (nak menggambarkan bahawa dimesir tiada masalah keruntuhan dari segi hal agama). Ini satu kesalahan besar, kerana admin tidak menumpu hal annual dinner, tetapi hal yang lebih teruk dari itu yang berlaku diseluruh mesir contoh-contohnya telah dan disebut dalam post ini dan lain-lain post). So, yang cuba digambarkan pembackup ini, dimesir sebenarnya baik-baik belaka, hanya admin yang berpandangan salah. Kalaulah anda kata begitu, maka jawabnya, anda adalah golongan yang duduk dicelahan batu, tidak bermasyarakat, kerana tidak sedikitpun tahu masalah pelajar dimesir. MAKA WAJARLAH ADMIN MEMBUAT POSTING SETERUSNYA BERKENAAN GEJALA MAKSIAT DIMESIR DAN MALAYSIA.

Anda menghujum admin yang kononya admin terlalu kejam menafsirkan hal annual dinner, sedangkan apa yang admin post dan sampaikan bukan fokus berkenaan annual dinner, bahkan ia hanya contoh kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan, dan yang difokuskan admin, adalah hal yang lebih merosakkan selain dari annual dinner, diseluruh mesir yang admin utarakan didalam post tersebut. Nah, maksud inilah yang cuba ditutup. Adakah sebab kita malu bila ditempat kita belajar mempunyai masalah, maka tak perlu disiarkan (supaya diambil tindakan)? malu untuk itu lebih penting atau malu dengan Allah lebih utama?. Sebagai seorang pelajar atau orang yang terpelajar dari kalangan mereka yang belajar di universiti perlulah memahami tulisan ayat dengan mendalam. Kalaulah kalimah-kalimah mudah untuk difahami yang diutarakan admin tidak difahami (bahkan cuba dipesongkan), ini memperlihatkan kita seolah-olah orang yang tidak terpelajar (untuk memahami tulisan-tulisan pembacaan).

Admin kesal, dengan komen-komen yang membuat provokasi, lalu memusatkan maksud admin hanya kepada satu hal iaitu annual dinner ( maksud admin cuba disempitkan), sedangkan apa yang admin sampaikan adalah contoh (dengan mengutarakan satu contoh kesalahan mahasiswa/wi yang tidak begitu berlebihan, contohnya bab aurat dalam program itu, serta menunjukkan rasa protes admin terhadap mereka kerana berbangga dengan kadaan mereka dengan ucapan-ucapan pada gambar di FB mereka sendiri), dan didalam post tersebut bukan satu tuduhan, akan tetapi satu pertanyaan, yang mana sebelumnya hangat diperkatakan berkenaan hal " bilik hotel".

Admin sebenarnya lebih memusatkan hal keadaan dimesir yang banyak lebih teruk dari itu (melalui ayat-ayat susunan secara bersahaja oleh admin), yang mana permasalahan dimesir pada pandangan admin, seperti telah wujud jenis-jenis pelajar yang sering mengunjungi PUB-PUB diseluruh mesir, minum arak, party-party minum arak, bersekedudukan tanpa segan silu seumpama suami isteri dan lain-lain permasalahan yang tidak terbendung (tapi tidaklah seteruk dimalaysia, yang lebih memalukan kerana disana ada pihak berkuasa yang lebih tinggi tidak dapat membendung walaupun dengan mempunyai kuasa), cuba diketengahkan admin untuk kita bersama mengambil jalan penyelesaian setelah pihak-pihak yang sepatutnya bergegas menyelesaikan hal ini tidak beriaksi baik. Apapun, jelas permasalahan dimesir agak terkawal sekiranya hendak dibandingkan dengan pelajar malaysia dinegara luar lain dan dimalaysia itu sendiri. Hal ini mahasiswa malaysia mesir bangkitkan kerana begitu prihatan dengan ISLAM yang perlu dijulang.

pengkomen-pengkomen yang banyak mengkomen bersandarkan terpengaruh dengan komen atas komen (tidak membaca artikel admin dengan teliti), mereka cuba membela pihak tertentu atau lainnya, sedangkan mereka tidak membaca post admin dengan teliti, lalu melenting dengan tidak berhikmah (ambil ayat anda semua). maskud admin cuba dipesongkan. adakah anda hendak menjaga maruah pelajar mesir dengan sanggup memokuskan sesungguhnya maskud admin kemaksiatan itu berpunca dari annual dinner?! begitu kah? kalaulah begitu, sememangnya yang berniat sebegini adalah zalim pada agamanya sendiri. Kerana sanggup menutup maksud admin yang lebih utama dari annual dinner, yang perlu dibenteras diseluruh mesir (kes-kes zina, bersekedudukan, berfoya-foya, meng PUB kan diri di club malam dlln yang berlaku diseluruh mesir). Rasanya tidak perlu untuk menjaga " busuk " yang tidak perlu dijaga kerana membawa mala petaka kepada kita ummat islam, khususnya untuk rakyat dimalaysia.

Marah admin kerana mengayat panjang dalam post ini? jangan marah! sebabnya, admin membuat entry seringkas mungkin didalam post sebelum, tetapi kedapatan ramai cerdik pandai tidak dapat membaca ringkasan karangan dengan tepat, layak kah kita dapat A+ dalam BM? (kalian menghentam bahasa admin yang hancur, sedangkan admin hanya menulis cara bersahaja guna bahasa pasar) yang penting adalah maskud cuba disampaikan dibenak fikiran pembaca dengan gaya mudah bahasa bersahaja, tetapi kita sendiri yang sangat tidak bijak memahami karangan didalam post bersahaja. Lalu terciptalah post panjang kali ini, demi memberi maksud tepat pada pembaca, tanpa mahu ada lagi yang menafsir membabi celik.

Admin sendiri tidak menyukai cara PEDAS, KASAR, BAHASA PASAR, BERSAHAJA, yang admin sampaikan. Tetapi bila bahasa lembut, sopan santun tiada yang mendengar dan membaca dan seterusnya untuk memahami, TIADA. TINDAKAN MEMBENTERAS JUGA KURANG.Maka jalan ini diambil, untuk semua membuka mata. NAK MEMBERI TAHU, MAHASISWA/WI RAKYAT MALAYSIA DIMANA-MANA SEKARANG INI, SUDAH HANCUR LEBUR. HANGUS DITELAN GOLONGAN PENJAHAT IAITU SYAITAN. Jadi apa perlunya kita? Apa lagi, bertindaklah bersama membenteras dengan kepelbagaian kaedah membenteras maksiat yang ada, sama ada melalui teguran face to face, penulisan dan lain-lain. Salam perjuangan buat semua.

Jumaat, 9 April 2010

Biarlah Diri Ini Beralah Walau Difitnah - Info Kini

Mesir 9 April - Tajuk diatas adalah tajuk kepada entri dibawah, tulisan salah seorang pelajar mesir. Dibawah adalah postcopy dari salah sebuah blog terkenal dimesir untuk tatapan umum. Admin sebenarnya tunggu dan lihat, siapakah dikalangan mahasiswa yang cerdik pandai bisa mampu menghurai kalimah-kalimah spontan dan bersahaja dari admin dengan baik dan tepat. Maka disini, admin terbaca satu entry dari pelajar mesir yang dapat memahami dan menghurai kalimah admin dengan baik dan cantik. selamat menjamu selera pengisian rohani dibawah.

Dari : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/04/biarlah-diri-ini-beralah-walau-difitnah_09.html
---------------------------------------------------------

Pada mulanya, saya memang tidak berniat untuk mengulas isu Annual Dinner yang agak panas di pasaran baru-baru ini, dan ia kembali sejuk pada hari ini. Selama ini saya hanya mencopypaste daripada blog "sanggahzalim" dan kenyataan rasmi daripada Presiden Perubatan, sebagai jawapan kepada "sanggahzalim".

Akhirnya, percubaan mendedahkan apa yang berlaku, melantun kembali kepada pembuatnya. Macam-macam kata-kata kesat yang dilemparkan. "Ini memang kerja korang... fitnah memanjang.." dan bermacam-macam lagi. Nilailah sendiri.

Pada pandangan saya secara peribadi, apa yang menjadi isu ialah "bilik sepasang kekasih", yang cuba diketengahkan. Ya, memang saya akui bahawa MEMANG TIADA BILIK TU.. Saya ulangi sekali lagi.. MEMANG TIADA..

Tetapi apabila membaca semula, seolah-olah INFO KINI benar-benar membuat fitnah dan menjaja cerita tentang bilik kekasih ini, hakikatnya INFO KINI tidak berbuat demikian. INFO KINI sendiri menyebut bahawa "bilik pasangan kekasih itu" sememangnya BELUM kepastian :

seperti yang didengari sebelum ini, pasangan juara akan dihadiahkan bilik hotel tempat bermadu kasih. Moga apa yang diberitakan tentang tentatif majlis (yang berbentuk maksiat) tidak dilaksanakan dan tidak ada dalam perancangan mereka hendaknya,

INFO KINI memberitahu bahawa ia hanya khabar angin sahaja. Dan INFO KINI sudah memberitahu bahawa ISU BILIK KEKASIH ini hanya khabar angin, dengan menggunakan ayat "seperti yang didengari". INFO KINI juga meletakkan harapan supaya tiada sebarang unsur maksiat dalam program ini. Bukannya menuduh program ini berunsurkan maksiat.

Kemudian, apabila terbaca artikel daripada Tranungkita, dan dibandingkan pula dengan email yang dikirimkan kepada saya bertarikh 8 April (saya AJK Annual Dinner), mendapati bahawa si penghantar email tersebut tersalah faham dengan apa yang dikemukakan oleh INFO KINI.

Kalau anda perasan, semua wajah telah diputihkan, untuk tidak mendedahkan wajah sebenar si pembuat tersebut dan INFO KINI berkata :

Ulasan ringkas yang diberi pada setiap gambar tidak ada kena mengena dengan status mereka, sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ia (ulasan ringkas digambar) hanya sekadar pandangan dari mata kasar admin, tercetus pemberian berdasarkan staillo milo masing-masing (berpandukan dari pemerhatian admin).

Saya tidak beranggapan ia sebagai satu fitnah. Bahkan ia hasil daripada pandangan INFO KINI berdasarkan perwatakan masing-masing yang sengaja dizahirkan. Perwatakan itu dicipta oleh diri masing-masing, dan ia bukanlah kecaman atau tuduhan membabi buta daripada pihak INFO KINI.

INFO KINI cuba memberi nasihat dan peringatan ... :

Jangan jadikan bumi anbiya' seperti amarika atau pun university di malaysia yang sering menganjurkan band-band, kugiran, joget lambak, atau diharap tidak mencontohi negara barat yang menganjurkan party-party minum arak, dan lain-lain maksiat.

Bukannya untuk menuduh Annual Dinner ini sebagai program maksiat.. tetapi ia adalah satu nasihat lembut yang bersifat umum untuk semua orang. Tetapi INFO KINI seolah-olah dilabelkan sebagai "memfitnah" dengan ayat ini.

INFO KINI cuba meletakkan harapan supaya program yang dirancang terpelihara dari maksiat :

Moga Allah mematikan gerakan maksiat dengan balasan yang setimpal. Harap-harap annual dinner yang telah dianjurkan terjaga dari segala bentuk maksiat.

Dari mana INFO KINI dapat gambar-gambar tu semua? Dalam Facebook. Bukannya dengan menghantar spy atau sb. Semua boleh tengok sendiri di dalam Facebook. Lalu, gambar-gambar itu diputihkan oleh INFO KINI untuk menjaga nama mereka. Dan ulasan-ulasannya hanyalah berkait "style" yang boleh diperhatikan sendiri berdasarkan zahir.

Pada gambar yang ke 15 (kalau tak silap), gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berada di atas pentas.. Lalu INFO KINI mengulas "inikah pasangan terbaik?" Hanya sekadar bertanya dan bukan menuduh, dan diputihkan juga wajah mereka supaya mengelakkan fitnah. Persoalannya, kenapa gambar ini disiarkan juga di dalam Facebook?

Sebaiknya, ia tidak perlu disiarkan kerana nampak lain macam. Atau, perlukan ulasan daripada Admin Facebook mengatakan bahawa "Mereka adalah adik beradik" misalannya.

Lalu, INFO KINI seolah-olah mengeluh :

Apa nak jadi, dan ape dah jadi dengan pelapis mahasiswa dimesir? Dulu, kalau orang sebut keluaran mesir, tak kira jurusan agama atau lepasan medic, semua respek, sebab pelajar jurusan agama dulu dan pelajar jurusan medic dulu, keluarannya begitu mantap, tip top

Saya tidak nampak ayat ini cuba mengutuk sesiapa. Bahkan ia tidak menghentam Annual Dinner. Apa yang disebut, Medic dan Agamawan pun sama sahaja. Hari ini, kedua-duanya tidak macam dahulu lagi. Memang hakikat ini berlaku dan benar-benar terjadi. Melayu Mesir hari ini (TIDAK KIRA JURUSAN APA), sudah berbeza dengan sebelumnya yang lebih terjaga.

INFO KINI menyifatkan Medic dan Agamawan satu ketika dulu dengan berkata :

Mereka mengambil kesempatan keberadaan dimesir untuk bersama ulama' dan mengubah diri dari hidup kekosongan kepada hidup penuh berkah pada jalan islam. Mereka cepat matang, kerana mereka tahu, mereka adalah harapan bangsa untuk menegakkan kalimah tauhid dibumi malaysia dan dunia amnya.

Saya rasa ayat ini begitu lembut untuk memberitahu kita. Saya tidak nampak ia sebagai satu bentuk fitnah, atau tuduhan membabi buta sepertimana yang disifatkan oleh si penghantar email.

Cuba baca ayat ini sebaik-baiknya...

Doktor keluaran mesir dulu hebat mengalahkan ustaz agama, tapi keluaran sekarang, kelabu asap. Sama juga ustaz ustazah, keluaran dahulu tip top, tapi keluaran sekarang, hampeh dot com yang banyak.

Memang benar, INFO KINI tidak mengatakan kepada Medic sahaja, atau Agamawan sahaja. Bahkan KEDUA-DUAnya sekali. Tidak nampak sebarang usaha untuk membuka jurang ini.

Saya sanggup untuk menyiarkan email inilhukmuillalillah@yahoo.com yang dihantar kepada saya. Email tersebut adalah email mula-mula yang dihantar selepas saya mengumumkan kepada sesiapa untuk menghantar email. Saya tidak pula mendengar kutukan dan penghinaan kepada saya kerana menyiarkan email tersebut.

Lihat, sebelum ini juga saya tidak menyiarkan sebarang artikel dari INFO KINI. Kenapa? Saya boikot INFO KINI ke? Tidak. Tetapi hari ini, saya ingin memback-up INFO KINI dengan memberikan penjelasan, dan menafikan beberapa "ayat yang kurang manis" yang dilemparkan kepada INFO KINI.

Apa yang boleh dilihat lagi, INFO KINI sanggup "membuang entri" tersebut.. Dan INFO KINI memberitahu, tujuannya ialah untuk membuka mata semua supaya berjaga-jaga. Entri pada 7 April menyebut :

tentang artikel sebelum ini, baca dengan betul, saya tidak menuduh mereka, tetapi saya katakan jangan sampai berlaku seperti di amerika yang bebas meminum arak atau di malaysia sendiri dengan kugiran, band-band, joget lambak dan lain-lain, saya tidak cerita fokus pada anjuran program annual, tetapi untuk peringatan semua perkara seperti ini berlaku dinegara barat dan dimalaysia

Artikel-artikel yang telah dibuang tersebut hanya tinggal komen-komen sahaja. Komenlah dengan penuh hikmah.

Sedikit ulasan saya tentang Annual Dinner. Saya menyarankan kepada pihak AJK Pelaksana Annual Dinner, untuk merujuk kepada mereka yang lebih memahami Agama (jangan pilih agamawan yang terpesong) sekiranya ingin mengadakan program seperti ini akan datang. Supaya (bukan menuduh) program akan datang tersebut, tidak akan terdapat unsur-unsur maksiat, dan lebih terjaga.

Kami bersedia membantu, bahkan menjayakan program seperti ini supaya terpelihara. Kita sama-sama tidak suka dengan maksiat. Jadi, marilah kita "bersama".

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Rabu, 7 April 2010

Komen yang ke 205 : KASIH IBU

Kasih ibu, kasih sejati

Mesir 7 April - Admin dengan rasa rendah dirinya, memohon maaf dengan ketelanjuran paparan yang sekiranya benar-benar dilihat sebagai kurang sesuai, terutamanya kepada yang terlibat (yang tidak bersalah). Banyak komen pembaca admin baca, ada yang amat baik, baik, tetapi banyak yang tidak baik, penuh emosi dan carutan serta karutan. Hatta, sangat pelik, bila ibu bapa membela perkara yang tidak sewajarnya. sayangkan anak ditangan-tangankan, bukan sampai bisa memberati urusan kita diakhirat. Apapun, IBU ini menarik perhatian saya. IBU ini kelihatan seperti insan prihatin, komennya:
rosmah berkata...

saya rosmah ibu kepada pelajar yang terlibat:saya mohon kepada penulis bloq menghentikan dgn segera seberan sebegini,,ianya telah memberi tekanan kepada anak-anak yang mahu belajar dgn aman insyaallah sy akan menasihati anak sy supaya tidak membuat a.dinner di masa hadapan

Luahan hati ibu ni benar-benar melenturkan hati dan jiwa seorang anak, kerana saya juga anak kepada ibu saya. Maka itu, post berkenaan KES sebelum ini, saya padamkan, moga ia dapat membuka mata ramai pihak, bukan tentang kes ini, tetapi kes-kes yang banyak pelik-pelik dimesir, jangan tutup telingan dan mata kita.

Nak tanya, mana pihak yang ambil cakna kes-kes yang keterlaluan dimesir ini? dari atas sampai bawah, diam kematu, melihat pihak yang bersungguh-sungguh hendak mencegah mungkar berulangkali menyuarakan supaya diambil tindakan susulan, tapi apa yang ada, hanya letih bersuara. Tindakan? tak ada jawabnya.

Artikel sebelum ini, hanya yang saya tinggalkan, komen-komen dari semua pihak yang suka mengkomen diruangan post sebelum ini. Cuba pula anda (yang mengkomen) sekalian fikirkan, adakah komen anda benar-benar untuk membela yang haq? atau sebaliknya? yang bersetuju dengan post saya dan yang menentang keras dengan uslub saya, fikirkan, adakah benar kita bertindak pada jalan yang haq? Masing-masing boleh melihat sejauh mana keikhlasan kita dalam memperbaiki keadaan.

Dan lagi, sudah berapa banyak uslub lembut, " bil hikmah " yang dicanang-canang telah dibuat. anda tahu? ada buat? Dan lagi, berapa banyak uslub yang telah anda buat yang dikatakan bil hikmah itu, benar anda buat? apa yang dilihat peluk tubuh lebih banyak dari beriaksi dalam arena mencegah mungkar, kalau ada yang buat pun, orang itu, itu sajalah, sekelompok dua. Yang ramai adalah si kecut dan takut lebih berlipat kali ganda, dari golongan nak bertindak, dalam masyarakat pelajar kita. Usahkan uslub tegas, uslub lembut pun malas hendak dibuat, mungkin takut orang tidak suka kepada kita. Adakah hendak tegakkan islam, bila orang suka baru hendak dilaksana hukum Allah? Benarkah " Bil Hikmah " itu hanya dengan bersifat lembut, lemah gemalai? benar? mana kita belajar? Cuba cari pentakrifan " Bil Hikmah " tanyalah para ustaz, berapa banyak penafsiran " bil Hikmah " adakah ia hanya dengan cara lembut sahaja atau berserta ketegasan, atau ikut keadaan dan lain-lain atau macam mana? nak cakap kena kaji, jangan mentakrif ' Bil hikmah " hanya dengan kelembutan sahaja tanpa kita tahu apa itu maksud " Bil Hikmah ". perkara ini saya tujukan pada semua khususnya ustaz-ustaz yang kononya hebat, yang selalu mengkomen, " bil hikmah ya akhi ", kepada ustaz-ustaz ini, kaji lebih sikit kot.

Apa pun, dalam banyak keadaan, saya tak salahkan pelajar medic, even berkenaan masalah akhlak, sosial dlln. Bahkan, saya merasa saya sayangkan mereka (didalam gambar) dan sesama kita ummat manusia, maka itu, saya tidak mahu mereka lebih terus leka. moga dengan cara ini walaupun perit, dapat membuahkan kesan baik, kalau tak hari ini esok dan lusa, kalau tidak , mungkin untuk beberapa waktu nanti. Sebenarnya, pelajar agama yang banyak punca angkara, iaitu segolongan pelajar agama yang menunjuki jalan melencong kepada pelajar yang bukan aliran agama, yang sebenarnya mereka tak suka beramal dengan apa yang mereka belajar. membenarkan perkara yang batil, nah! akhirnya pelajar bukan jurusan agama menganggap kepesongan yang segelintir pelajar agama ini bawa adalah benar. Ah! stoplah cerita pasal pelajar agama, memang bohsan.

Fokus, Saya admin memohon maaf sekali lagi dengan kalimah-kalimah yang kurang enak dibaca serta ditontonkan ke halayak umum. Mana kan hati tidak bergelojak hebat, berdetus kencang, disebabkan terlalu banyak perkara-perkara luar jangkaan berlaku dimesir. Dulu, kalau abang-abang lama (mereka menceritakan), dengar sahaja kes yang pelik-pelik dimesir, kalimah tidak dilafaz dahulu, tetapi tangan dan kaki yang bergerak pantas bila mendengar ada yang cuba membuat onar dibumi anbiya' ini.

Saya tidak fokus kepada program yang dilaksanakan seperti dalam artikel sebelum ini (disana hanya berlaku sedikit keralatan mungkin boleh dimuhasabah pada masa mendatang), tetapi kisah sebelum perlaksanaan program yang membuatkan satu mesir terkejut. Saya hanya mengemukakan persoalan, apakah kesudahan dari kisah tersebut. tentang artikel sebelum ini, baca dengan betul,saya tidak menuduh mereka, tetapi saya katakan jangan sampai berlaku seperti di amerika yang bebas meminum arak atau di malaysia sendiri dengan kugiran,band-band,joget lambak dan lain-lain, saya tidak cerita fokus pada anjuran program annual, tetapi untuk peringatan semua perkara seperti ini berlaku dinegara barat dan dimalaysia, mahukah kalian ia terjadi pula dimesir? Alhamdulillah program Annual agak berjalan baik bagi saya, cumanya kesopanan dari perbagai segi perlu diperhebat, contohnya seperti pakaian yang terlalu tidak menutup aurat.

Post saya bukan hanya fokus berkaitan dengan program annual yang dianjurkan sahaja, tetapi kalimah-kalimah saya menjurus juga kepada banyak hal yang berlaku dimesir, contohnya satu kes lain party minum arak pernah dibuat disebuah rumah dan pub-pub, jangan anda kata tidak berlaku, di cairo pelajar wanita dan lelaki keluar berdisko di club-club malam, dan banyak lagi yang malu nak disebut disini. Ingat apa yang saya sebut ini bukan di program annual dinner, tetapi hal seluruh mesir. saya tahu, annual dinner tak akan sampai ke situ, cuma hanya ada sedikit keralatan, boleh diperbaiki pada masa akan datang.

Dimalaysia sana rasanya kepimpinan negara sama ada yang memerintah atau yang membangkang, sama ada badan-badan NGO islam, ketua-ketua masyarakat yang terlantik, JKKK kampung dan yang lain-lain sudah berusaha baik untuk memperelokkan masalah sosial dan lain-lain, sampaikan ahli-ahli parlimen bertegang urat tentang hal masyarakat demi melihat kestabilan hidup masyarakat sebagai manusia. Tapi disini, siapa? apa bukan kita juga bertanggungjawab? Nak harapkan ahli parlimen, JKKK kampung, Ketua-ketua masyarakat, Mak ayah, semuanya mereka mempunyai amanah dimalaysia. So, siapa lagi yang perlu main peranan, sesama mahasiswalah jawabnya untuk hal disini, dan pihak yang bertanggungjawab dimesir.

Terima kasih atas pandangan dari pengkomen 201, 202, 203, 204, 205 dan lain-lain pengkomen yang ikhlas lillahi ta'ala. Maaf pada yang terlibat sekiranya anda benar tidak bersalah. Moga kita ditunjuki Allah.

Ahad, 4 April 2010

INFO TERKINI : Seorang Pelajar Maut Di Hayyu Zohor

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
31 Mustasyar Hafiz Badawi, Wisma Perak Hayyu Sabe' Mesir 4 April - Sekitar jam 12.15 PM tengahari tadi, satu kemalangan maut yang melibatkan seorang mahasiswa tahun tiga kuliah bahasa arab universiti Al-Azhar kaherah telah disahkan , mangsa kemalangan tersebut bernama Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin . Warga Wisma Perak kaherah dikejutkan dengan berita kemalangan ini. Lagi mengejutkan bila kematian Allahyarham diberitakan.
Kereta yang bertembung dengan motosikal mangsa
Motosikal yang dinaiki mangsa
Kejadian ini dimaklumkan berlaku di Hayyu Zohor sabe' mesir, berhampiran dengan imarah syurtah. Maklumat menyatakan, mangsa kemalangan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Al-Zahra' Abassiah, kerana Allahyarham mengalami cedera parah akibat dari kemalangan tersebut. Allahyarham disahkan meninggal oleh pihak hospital kira-kira jam 12.45 PM tengahari tadi. Jenazah diuruskan oleh pihak persatuan dan pihak kedutaan malaysia mesir.

Sehingga jam 3.30 petang, jenazah masih berada didalam hospital, untuk tindakan lanjut urusan mengeluarkannya yang melibatkan polis mesir. Lewat Jam 7.30 malam jenazah masih belum dapat dikeluarkan bersangkutan dengan masalah tasrikh. Jenajah insya'allah akan disembahyangkan pada esok hari. Esok akan diadakan Solat Jenazah Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin Bertempat di Dataran Hayyu Asyir, dijangka jam 10 pagi.

Maklumat lain, ibu kepada Allahyarham Hafizul Husna dalam perjalanan ke mesir untuk melihat anaknya buat tatapan kali terakhir. Ibu Allahyarham akan sampai ke mesir pada pagi esok, moga si ibu sempat ketemu anak tercinta sebelum dijenazah disemadikan.

Ibu saudara kepada Allahyarham juga berada dimesir, merupakan mahasiswi tahun empat beserta nenek/opah kepada Allahyarham juga berada dimesir. Opah kepada Allahyarham dimaklumkan merancang untuk pulang 20 April ini. Apapun, Moga pemergiannya Allahyarham dicucuri rahmat Ilahi serta ditempatkan besersama insan-insan soleh diakhirat.

Sakaratul maut mengintai kita walau dimana kita berada. Oleh yang demikian, marilah bersama mengingati mati " zikrul maut " moga mengingatinya mampu menginsafkan diri kita, dan selanjutnya takut untuk bermaksiat dan alpa dengan kehidupan dunia.

Sama-sama kita doakan supaya Roh Allahyarham, Muhammad Hafizul Husna, dirahmati Allah SWT. Sebarang laporan, atau berita yang lebih tepat, sila rujuk dalam web persatuan