hari asyura/10 muharam juga banyak fadhilatnya,seperti siapa yang berpuasa pada hari tersebut diampunkan oleh Allah dosanya setahun yang lepas,pahala seperti orang syahid,pahala seperti memberi makan kepada seluruh umat nabi muhammad apabila kita menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa 10 muharam, dan lain-lain.juga terdapat sejarah besar islam yang berlaku pada 10 muharam/hari asyura, diantaranya dicipta arash,langit,bumi,bulan dan bintang,hujan yang kali pertama turun ke bumi pada 10 muharam,nabi adam dijadikan Allah,dan diampunkan Allah pada hari yang sama, dan pelbagai lagi kejadian yang berlaku didalam peristiwa hari asyura/10 muharam.
Berita untuk hari ini/10 muharam,mahasiswa/wi dimesir samada medic atau pun pengajian islam,tidak ketinggalan untuk menyambut hari besar didalam islam ini.diberitakan,kebanyakan cawangan dimesir yang ada penempatan pelajar malaysia, menyambut hari besar islam ini dengan berpuasa sunat 10 muharam dan melaksanakan majlis berbuka puasa diperingkat persatuan mahasiswa/wi dicawangan masing-masing.pada hari ini,samada di cairo atau pun dicawangan-cawangan/negeri-negeri lain yang ada penempatan pelajar malaysia, masing-masing melaksanakan sambutan hari asyura ini.bubur asyura dibuat dan dijamah bersama-sama,dengan pelbagai jenis/cara masakan mengikut cara masing-masing.diberitakan juga,bubur yang dibuat diedarkan kerumah-rumah pelajar oleh pihak persatuan. moga dengan adanya pengamalan seperti ini(mengadakan majlis berbuka puasa,menyeru berpuasa pada hari ini,bersama menyediakan bubur asyura dan lain-lain),bukan sahaja dapat memperbanyakkan pahala dan amalan bertingkat serta diterima Allah, akan tetapi dapat juga meningkatkan tali persaudaran sesama muslim(khususnya kita warga malaysia yang berada di bumi mesir).
Info lain,kesempatan ini, admin ingin menyatakan kepada si empunya blog emosi,agar tidak disalah tanggap dengan artikel admin sebelum ini,seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,admin tidak berniat menyatakan ada individu yang sesat(lari akidah@murtad), tetapi maksud admin ingin menyatakan kerisauan berlakunya aliran pemikiran yang tersasar/tersesat(terpesong atau tersalah pembawakan) yang boleh mengakibatkan rosak akhlak dan lain-lain(dari gaya bahasa tertera). Harap difahami, Antara tujuan blog INFO KINI >>> KONTROVERSI (BERTUJUAN MENYEDARKAN),CONTRA(MINTA BERFIKIR) dan lain-lain matlamat yang anda boleh baca dibahagian makluman info kini.
harap maaf sekiranya artikel admin sebelum ini difahami secara berlainan.admin tidak berniat memanjangkan topik.akan tetapi melihat kepada penulisan yang sering bertanya dengan maksud lebih kurang " apa salah saya " dan masih tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan yang perlu dijawab,admin meminta maaf,kerana tidak berhadaf didalam blog ini untuk soal jawab sebarang kemushkilan.disarankan kepada anda boleh merujuk untuk keterangan agama lebih lanjut kepada tuan empunya blog http://hairulnizammathusain.blogspot.com/ atau http://akhisalman.blogspot.com/ atau http://nazrulnasir.blogspot.com/ mereka adalah diantara ustaz yang menjadi rujukan di mesir. atau anda boleh merujuk kepada ilmuan-ilmuan lain dimalaysia atau mana-mana negara.dibulan baik dan dihari yang baik ini,Segala kekusutan harap sama-sama kita saling maaf bermaafan,maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan