adakah anda merasakan anda hebat?benar sentiasa? semacam rasa didalam hati: " ehh aku betul lah, aku dapat ilmu ladunni, takkan tak percaya kat aku" , ingat kita siapa mudah-mudah nak mendapat kepakaran sekelip mata dalam ilmu dunia ataupun ilmu agama.semunya kena belajar.kita bukannya imam syafie,imam malik,imam hanafi mahupun imam ahmad. adakah kita berasa kita adalah insan terpilih dari kalangan yang ramai untuk menyedarkan umat,sedang sedikit ilmu tidak ada didada,bertambah lagi nak sedarkan orang dengan cara makian,hamunan,laknatan,mempersetankan orang..haram..sedikit pun tak ditermia,malah memalukan umat islam.
tak ada manusia yang mendapat ilmu ladunni tanpa sebab.mereka yang terpilih dikurniakan Allah,semacam kanak-kanak 3 tahun mampu berkhutbah memberi peringatan yang berlaku di dunia arab sekarang ini,kes yang banyak.jadi,nak jadi ceritanya,jangan nak mendabik dada akulah penyedar ummat dan pejuang islam. sedangkan perjuangan penuh dengan " makian,hamunan,cercaan,laknatan menyetankan orang,fak you fak lu.." inikah seruan!!! apa itu!!!! inikah cara islam ajar..
aku tidak sangat mahu menerpa si hurul ummi, kerna dia insan baru.permasalahan aku, si penyokong ummi.. mengapa anda tidak perbetul dia, ditambah lagi enak kamu-kamu menyatakan, " Bravo ummi, teruskan ummi" , seolah-olah, kamu-kamu menyatakan teruskan ummi, makilah ummi.. mengapa tidak diajar dia kepada yang haq,disokong kelemahan dia yang salah mengapa?ha jawab.. betul-betul ummi kah kamu pembaca blognya? " summun bukmun umyun fahum la tub sirun??? au fi zulumatin la tubsirun " (yang aku tulis ini bukan menuntut ayat quran), tapi aku sangkutkan niat bahasa arab,jadi kalimah berbeza, apakah kita tidak dikurnia akal,otak,butakah kita,tulikah kita?sampai terlupa menyeru dia.ada pulak manusia terpelajar menyokong,membabi buta. kalian tak ada otak kah?mengapa tidak ditunjuki dia yang memerlukan tongkat penunjuk,mengapa kalian pulak yang berpaut kepadanya untuk bertateh dan berjalan. aduhh.. aduhh...haram...tak diterima otak kalian,hurul lagi bagus dari penyokongnya,dia lebih cerdik dari hangpa.. aduh...inilah contra admin.
ayat perenggan ini sekadar kongsi rasa tak mengena dengan yang dikata: kalau anda rasa anda terpilih menjadi insan hebat,dikurniakan allah kalau begitu anda rasa,anda rasa anda terlalu dan terlampau hebat, baik bawak taubat. apa fikir kita ni ma'som macam nabi?That's point pemula bicara agar tidak lesu.. street to the point,Bahaya kristianisasi yang bermaharajalela sekarang ini perlu diwaspadai oleh seluruh warga malaysia,dimana juga anda berada.antara skill atau cara mereka menterjemahkan dakyah mereka adalah dengan menggunakan internet.sebab itu,admin post entri sebelum ini,agar benar-benar empunya blog muslim.kalau benar,sudah.taklah kita tertipu.
kes yang banyak berlaku sebelum ini seperti penyebaran email,blog dan web di internet,dengan menggunakan tarikan simpati, inginkan ehsan,berbentuk cerita sedih dan kasihan, penyelewengan sirah nabi,penyelewengan fakta islam dan ayat quran,kenyataan perkara-perkara melibat tauhid yang mencelarukan,kenyataan sekiranya tidak dibantu dia akan terjerumus dengan murtad dan berbagai cara lain. ini semua adalah teknik yang agak sudah lama dibaca.
justeru itu,pengunjung alam maya jangan mudah percaya setiap provokasi yang ada didalam internet.seperti kisah si empunya blog hurul ummi,bukannya admin membikin post sebelum ini hendak menghukum secara niat atau menghentam blog itu tak tentu fasal.tetapi harus difikir sama,gaya dan cara seperti ini sudah alah biasa,gaya yang pernah membawa ramai muda mudi ke ajaran baru(bagi yang tak tahu akan terpedaya).kepada hurul ummi,sekiranya anda benar-benar bermasalah dalam kehidupan,dan hendak dicerita dan dikongsikan dengan teman internet,perlu menjaga perkataan,kerana tak semua orang boleh mentafsir ayat diinternet ini dengan tepat(bukan saya,tapi orang lain,kerana yang membaca blog kadang-kadang budak sekolah),silap-silap pembaca salah mentafsir boleh memberi kefahaman lain dan menyesatkan jiwa pembaca,terutama pembaca yang tidak mempunyai asas ilmu islam.
pelik apa dengan pandai puisi,ganjil apa dengan pandai bermadah,ajaib apa pandai berpujangga,ta'ajub apa dengan pandai mengayat meleleh,mengambil simpati,melakar hamburan sedih,pilu,suka duka,siksa,dizalimi,dikhiyanati,kemudian meminta supaya diselami dirinya,dipugarkan semangatnya,ditarik kita dengannya supaya dipublisitikan,akhirnya didakyahkannya kita. okey,ni admin kata bukan pada dia(hurul),tetapi ini adalah teknik kristianisasi dan cubaan pelbagai pihak kafir untuk memesongkan akidah,menukarkan agama kita,membawa ajaran sesat oleh anasir manusia yang tak bertanggungjawab.ini cara bukan terpencil,dah diketahui ramai.so,kita kena hati-hati.becouse of that,admin minta kepada si empunya blog,tukar gaya sekiranya anda benar berniat baik,supaya pembaca yang ramai tidak terjerat ke kancah celaru otak haru biru,kalau si empunya blog tak tukar gaya,maka terserlah dan kemungkinan besarlah,anda si empunya ajaran baru,menarik melalui cara lembut(menterkasimakan manusia yang mudah terkasima),tetapi bukan aku.
sebab ramai orang yang melekat kepada blog-blog tumpuanlah,admin melihat blog-blog tumpuan tersebut.kalau blog tersebut menjadi tumpuan dan pembawakannya betul,admin ucap syabas..!! tapi kalau banyak mengelirukan,lantaklah orang nak contra dengan admin,asal admin bagi pendapat yang sesuai..lepas tu angpa PK..baru otak bejalan..taklah jadi pak turut..semua kata orang yang macam best,terima bulat-bulat,sedangkan kadang-kadang dalam internet ni macam-macam penipuan,so jangan percaya 100% bila terima sesuatu.blog admin ni pong,admin tak minta anda percaya 100%, angpa nilai sendiri,yang baik ambik,yang buruk sampahkan sahaja.
nak kah kamu semua,melihat,satu jenis pendekatan untuk berdakwah menggunakan ayat cercaan,makian,sumpahan,laknatan,HUH...!!! menjadi satu tradisi dakwah islam!!?? tentu lepas ini orang kafir tengok islam,dan orang tak faham islam pun,lari dari islam,sebab tengok ISLAM KASAR. INGAT TU!!! HUH...!!!
Bukan main.. ada yang minta orang lain "fatabaiyyanu/periksa dengan teliti" , ini baru saja admin suruh angpa fikir,adakah si dia tabayyun dahulu sebelum menghukum dari setiap kalimahnya? adakah angpa tabaayyun caranya berhujah benar?kalau kata dia amat bagus..bolehlah dilantik dia sebagai USTAZAH kepada ilmuan-ilmuan yang amat cerdik macam angpa.ha...angpa sendiri kena "tabayyun" kewarasan fikrah kalian. setiap yang salah kena dibetui.admin sebut "ajaran baru" supaya angpa fikir...panjang...panjang...jangan yes.... melulu.terus terang,buat masa ini,aku tak salahkan ummi.. tetapi aku kesal pengunjung blognya yang sepatutnya membimbingnya bertukar menjadi pengikutnya/bertongkat kepadanya(mengia dan membenarkan sumpahan dan cara makiannya,tanpa teguran).berlari-larilah lagi dia,jauh kekeliruan
admin tak kata dia sesat bawa ajaran baru(dalam hati),tetapi angpa yang dok sokonglah yang terlencong dan melencongkan dia dari jalan lurus...kerana membiarkan dia melencong tanpa arah,lagi-lagi yang menyokong ada dikalangan orang agama.aduh..!!! sakitnya aku.. si dia memerlukan bimbingan,bukan si dia yang membimbing kamu semua sepatutnya.maksudnya disini.dia nak dibimbing,ni apa hal pulak, kamu semua yang dibimbingnya,dia menjadi ustazah kamu semua...bangunlah wahai ummat..sedarlah,guna otak fikir...ramai insan yang memerlukan bimbingan,so kena bimbing mereka,bukan menghanggu-hanggukkan saja kata mereka tanpa kita memandu mereka kejalan lurus.
kadang-kadang kita menyuruh orang memahami kita,tetapi adakah kita memahami orang?kita maki mengapa orang tidak menyeru kepada islam dengan kaedah yang sesuai,tetapi kita lupa adakah kita menyeru orang dengan kaedah betul?adakah cara kita amat cantik dan cara orang terlalu huduh,buduh..semua orang tak bagus,kita ja bagus..aaa...ni persoalannya.pikiaq sama no..admin tak kata admin bagus,aku pong sama ada bedosa juga, admin bukan ma'som.
post sebelum ini hanya satu jalan memberi kesederan besar kepada hurul ummi.sekiranya anda bukan dari golongan penyebaran ajaran baru,anda perlu mengubah gaya penulisan anda yang terlalu bahaya itu kepada gaya tulisan terkawal,jangan main ayat-ayat tauhid,kalau tidak tahu penggunaannya,tata caranya,jangan asyik mengguna ayat makian,sumpahan,cercaan,dan lain-lain. anda ada bakat kelihatannya, jadi gunakanlah bakat itu kejalan yang baik.maklumlah imaginasi anda tinggi.sekali lagi,aku kesal,peminat mu yang tidak mendidik kamu, tapi menjauhkan lagi akan kamu..
setiap perkataan buruk yang kita lampiaskan pada orang lain,kesemua itu akan kembali kepada kita sekiranya niat kita terpesong.admin sendiri berpandangan,kalau anda ingin menyatakan pandangan gunalah perkataan tidak keterlaluan.bagi admin,entri-entri anda banyak kecelaruan merosak jiwa,dengan makian,hamburan,cercaan dan lain-lain mazmumah. dan sebab itu admin memukul dengan kata " ajaran sesat baru" supaya anda terpukul dengan rotan maya penyedar diri, agar sedar!!! matlamat tak menghalalkan cara(tak semua cara membenarkan matlamat kita), dikhuatiri ramai orang mengikut cara makian,hamunan,cercaan,bukankah ia menambah bahana dan bala dalam masa sama merosak akhlak manusia.
anda kata bahasa saya kampungan kan,budak hingusan bukan?nah...aku tampilkan bahasa bumi putra ku,bahasa malaysia seindah-indah bahasa,aku si empunya email " NEGARAKUMALAYSIA@YMAIL.COM" pencinta rakyat malaysia dan ummat islam seluruhnya.walaupun aku budak,jangan difikir sikecil tidak mampu gegar dunia?berapa ramai kanak-kanak berusia dua tiga tahun mampu berkhutbah berjam-jam dengan kekuasaan Allah mengalahkan sang dewasa menyedarkan ummat yang lari dari kebenaran (boleh lihat di web-web internet,youtube,sikecil menggegar fikrah sang dewasa,web arab).
bersambung.... siri 2
6 ulasan:
1st of all nak betulkan... [summun bukmun umyun fahum la tub sirun] kalau faHUM maka kenapa TUBsirun?
aku rasa kau tak baca dari awal, meh aku buat ringkasan blog tu kat ko...
ummi buat blog menceritakan diri seorang yang jauh sesat, sedang mencari jalan hidayah, dia yang sesat tu mana tau nak sebut ana enti btol tak? mesti lah sebut macam yang biasanya...
tiba2 ada orang komen, pehal ko ummi buat blog bahasa kesat gitu...sesat tu...
padahal kalau kita tengok drama pun yang berlakon jahat pakai koyak rabak jugak bajunya, takkan nak pakai tudung labuh untuk bawak watak pengkid?
situ titik silap paham. ummi dah kena gitu marahlah, kenapa ko nampak aku yang sesat nih terus marah aku, kenapa tak tegur dengan baik? tegur dengan lembut agar aku boleh kembali ke pangkal jalan, hina sangatkah aku?
dia berusaha nak bagi jalan kepada orang yang sesat macam dia, masih ada sinar sebenarnya untuk kita, ALLAH...itulah penyelamat. satu-satunya jalan keluar...
ko kena memahami sastera, lembutkan hatimu, ilmu agama kau tak cukup kukuh nak tuduh seseorang sesat, dah lah bukti tak bawak...sekadar gaya bahasa yang ala-ala kacang hantu... kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai... kalau takut kena maki dengan pengkid, jangan cuba2 nak tegur dia kononnya bahasa dia tak betul...
tunjukkan jalan keluar untuk dia...itu mesej ummi.. ko pandai marah je kata ummi tapi tak tunjuk jalan keluar..kami nih (watak dalam blog) jahil dan perlukan bimbingan bukannya kutukan dan cacian...
hidayah itu milik semua...
Islam Untuk Semua...
Pas For All...
ni yang aku post komen dalam blog ummi...
[http://emosi-gila.blogspot.com/2009/12/dengarlah-suara.html]
ahh, puasnya.. ahh.. (jangan buruk sangka, pesan ummi)
abispun aku baca, memang pelik jika ada yang kata blog ini sesat hanya kerana gaya bahasa.
bro, gua bukan pandai sangat tapi gua tak suka la lu isap itu dunhill..itu kan support amerika, dah la melembekkan kopok lekor, sperma pun cair - ini pun dakwah juga.
saudara, jangan merokok, cikgu kata merbahaya - pun dakwah.. ingat lagi iklan ni?
--==--==--==--
gua pernah mengaku ''..aku tuhan ko..''. lagi hebat dari lu ummi... tak percaya..?? gua dulu masa sekolah, gilababeng garang, kawan pun takut, pompuan lagi la, jatuh saham beb.. tapi gua sedar, nak takut, Allah je, gua manusia. so, gua ishtiharkan, kalau lu takut kat gua, gua tuhan lu, lu kena sembah gua. kalau lu Islam takut kat Allah, gua nih manusia mcm lu jugak.. arakianlah kisahnya.
ana juga selalu (biasanya) dalam chat tulis "riaknye ana" atau "takabburnya ana" sebab ana nak padam balik riak yang mula terbit, takabbur yang mula berbibit. bila sebut tu untuk diri sendiri, oh, ana takleh riak, nanti Allah murka.
beta nasihatkan tuan hamba (ummi) bersabarlah dengan ujian, biasalah, laluan ini penuh onak duri. ada yang cepat terasa, ada yang terkejut tari 'comfort zone' seolah-olah orang yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi letupan yang dahsyat nian. beta selaku warga mesir, azhari mengakui kami banyak kelemahan dan tuan hamba telah sedarkan sedikit sebanyak.
tuanku menggunakan gaya bahasa ala-ala kacang hantu menyebabkan bakal pendakwah seperti kami tersentak dan terus melenting. patik mengharapkan mereka yang melenting itu berbicara dengan bijaksana-sini. bijaksana yang jauh luas ilmunya dan bijaksini yang realistik ilmunya dan tegurannya.
semoga Allah memberikan hidayah untuk kita semua
[tamat quote]
berapa gaya bahasa aku guna dalam satu post?
admin kata gini : ""admin tak kata dia sesat bawa ajaran baru(dalam hati),tetapi angpa yang dok sokonglah yang terlencong dan melencongkan dia dari jalan lurus...kerana membiarkan dia melencong tanpa arah,lagi-lagi yang menyokong ada dikalangan orang agama.aduh..!!! sakitnya aku.. si dia memerlukan bimbingan,bukan si dia yang membimbing kamu semua sepatutnya.maksudnya disini.dia nak dibimbing,ni apa hal pulak, kamu semua yang dibimbingnya,dia menjadi ustazah kamu semua...bangunlah wahai ummat..sedarlah,guna otak fikir...ramai insan yang memerlukan bimbingan,so kena bimbing mereka,bukan menghanggu-hanggukkan saja kata mereka tanpa kita memandu mereka kejalan lurus.""
aku kata: kalau ko baca dari awal, tengok komen di bawah....ada je yang sedar tujuan blog tu, ada ja yang semakin menghargai nikmat hidayah yang baru bertemu dengannya selepas sesat sekian lama...masalahnya just melenting isu budak mesir tanpa mengetahui punca masalah...
saya sendiri menasihati dia kurangkan guna ayat2 yang kesat, kalau cakap dengan elok itu lebih baik...tapi ko boleh ke nak gi KL tegur budak2 gothic dan pengkid serta PUNK tu cakap ber-ana dan ber-enti...???
kan memerlukan masa nak ubah? bagi penyelesaian, camne diorang boleh ubah cara cakap..cara tulis blog dengan lebih baik tanpa kata2 kesat?
fikirkan..!
penghuni satu-satunya rumah melayu (buat masa sekarang) di belakang azhar...lain2 rumah indon dan arab yang ramai...
mai la rumah...
Bismillahirrahmaanirrahiim.. ok, skrg saya akn jelaskan 1 persatu tmasuk knapa ummi suka mencarut.. dan hina ust2 mesir..
x kisahla klu ummi buat citer ka apa ka, tp yg psti, skurg2nya kita x blh mnolak mad'uu SKALIPUN dia bperangai buruk.. tngok mcmna nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam mjaga hati org
lgpun admin BELUM CUBA MENASIHATI UMMI.. 1 PERSOALAN, KENAPA X NASIHAT DIA DULU DI BLOG DIA? KENAPA NAK SERANG DGN MNYEBARKAN KBURUKAN ORG DI BLOG SDIRI??
[tgh ketaq tgn ni..] saya x skong sapa2, KDG2 ORG YG BERILMU TAMPAK LG JAHIL DRPD ORG BERAGAMA.. saya dh tngok sdiri mcmna tarbiyah yg djalankan oleh org2 yg mmg jiwa dia nak sedarkan org
@ dia sbnrnya nak cari ksalahan org n mnampakkan dia tu sbnrnya org baik.. ya, saya penah dkutuk oleh org islam sdiri [yg jnis x mau solat] tp saya tahan, x kan saya nak tnjukkan yg saya ni BAIK SGT2
eh kejap.. tersilap 1 kenyataan.. hehe KDG2 ORG YG BERILMU TAMPAK LBH JAHIL DRPD ORG YG KURG ILMU TP MNGAMALKAN SGALA YG DIA PELAJARI
ok smbung, x kan saya nak tnjuk baik dgn mhina org yg jahil agma, sdgkan kita x tahu nsib kita smada ke syurga @ neraka.. saya doakan smoga ummi dilembutkan lidah n tutur bicaranya insyaAllah..
smoga apa yg ummi tulis sbnrnya x sma pun dgn apa yg dia ckp di luar, amiin.. ummi, jaga parents anda bebaik ye.. ummi penah baca 1 kisah sorg ank yg ibu bpanya mjadi khinzir, tp dia tetap jaga mrk
sama spt ibu bapa lain.. ummi kan ank yg baik, jaga mrk ye, nabi ibrahim mmpunyai ayah yg kafir, tp dia ttp jaga ayah dia.. itu bru ibubpa yg jahat, knapa tdk kpd ibubpa yg sudah bragama islam?
hikmah ni bnda yg tercicir, kita yg kena cari, kena fikir..
yg saya nmpakla, org akn cuba mnasihat org yg tgh tnggelam cmna nak jd baik, org lbh bminat mmbaca ssuatu yg x sempurna, ingat! Allah yg Maha Sempurna, justeru Allah saja yg berhak MENGADILI org lain.
admin2, baik ko bce blog ni drpd duk mhina org lain..http://www.holywar-efairy.blogspot.com/ buat ulasan skit..
: tp hati2, sbb makin bnyak kita bicara ttg akhirat tnpa mngambil pngajaran drpdnya, mkin dekatlah kiamat tu.. [ummi, syg awak jugak ]
A'izzatun 'alal mukminiin wa azillatun 'alal kaafiriin.. p/s: patutla PMRAM bmatlamat mnyatupadukan org Islam dlu n bknnya mnegakkan daulah islamiah
Allah berfirman yang ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat; 6
hah admin, alhamdulillah saya baru pas baca entri nie..
betul la apa yg admin ckp tu
tp, saya x sokong pun dia maki hamun
ADA SAYA CAKAP "YA, SAYA MENYOKONG ANDA MEMAKI HAMUN, MEM-FAK ORG DLL"
btw, dia eja fak pon salah
bukannya fuck
eeeiii tensen cakap ngan admin nie..
SAYA GERAM SBB ANDA SUKA HUKUM ORG NI MCMNI, ORG TU MCMTU..
agaknya smlm anda solat hajat n istikharah kot [kalau ya alhamdulillah]
sbb bhs kali ni baru nampak cam betul skit
1st time saya nak cakap camni n bharap saya x kan cakap cmni dah smpai bila2
SAYA BENCI ORG YG SUKA MENGHUKUM ORG LAIN.. MCM DEPA X PENAH BUAT DOSA, BAJET BAGUS SGT!!
ya Allah, sesungguhnya Engkau saja Maha Penyayang.. aku belum cukup utk menyayangi seluruh hamba-Mu
ampunkanlah dosa2ku..
amiin
utk sapa yg geram bila chat ngan dia [utk laki2] alhamdulillah, skurg2nya korg x ikhtilat
"Baguslah Allah mencipta masalah2 supaya ummat Sayyidina Muhammad tahu dan belajar untuk menyelesaikannya"
p/s: blog ummi sesuai dibaca oleh perempuan saja.. budak laki x perlu baca kot..
Wallahu a'alam
Ilmu ladunni siapa pun Allah boleh bagi...macam point bebudak mengaku salaf je yang berdebat dengan aku dalam group Halaqah dan Usrah online di friendster...tak mengaku wujudnya ilmu ladunni.. dalilnya "min ladunna ilma" surah kahfi
""permasalahan aku, si penyokong ummi.. mengapa anda tidak perbetul dia, ditambah lagi enak kamu-kamu menyatakan, " Bravo ummi, teruskan ummi" , seolah-olah, kamu-kamu menyatakan teruskan ummi, makilah ummi.. mengapa tidak diajar dia kepada yang haq,disokong kelemahan dia yang salah mengapa?ha jawab.. betul-betul ummi kah kamu pembaca blognya? " summun bukmun umyun fahum la tub sirun??? ""
sampai sekarang belum ditukar...ayat surah baqarah tu, kalau ikut bahasa arab pun silap. faHUM untuk mereka (hum) dan TUBsirun untuk kamu (antum), bagaimana boleh dalam ayat yang sama?
kalam, ada makna dekat dan makna jauh. syeikh ahmad hajain akan mengajarkan kitab usul fiqh, dilalah alfaz di azhar, kitab 15 genih boleh bayar kepada akh nur Malizi.
dalam blog ummi, ditulis kritikan dan teguran untuk menyedarkan mereka yang sepatutnya, dan mereka yang faham akan kata BRAVO sebab memberikan semangat kepada ummi untuk teruskan memecahkan comfort zone tersebut. dalam hati manusia yang normal manakah akan membela kalimat2 carutan itu? jadi, kefahaman anda mengatakan penyokong ummi mengatakan bravo untuk dia terus memaki dan mencarut tak benar dan salah takbir. baca komen khaulah di nih!!
""betul la apa yg admin ckp tu
tp, saya x sokong pun dia maki hamun
ADA SAYA CAKAP "YA, SAYA MENYOKONG ANDA MEMAKI HAMUN, MEM-FAK ORG DLL"
btw, dia eja fak pon salah
bukannya fuck""
siap ajar lagi bagaimana mencarut..aku tak ajar bagaimana mencarut dengan betul.
saya YM secara personal kepada ummi tak lari dari menyeru beliau gunakan kalimat yang sopan, jauhi kalimat yang lucah carut serta maki. kalau anda bertemu dengan seorang minah gothic di tengah kotaraya kuala lumpur, yang cakapnya lucah maki serta caci, anda nak terus merubah dia si gothic serta merta? perubahan sikap mengambil masa, saya sedang berusaha untuk itu dan saya yakin beliau normal, tulisan itu hanya metafora kerana saya berbual dengannya dalam YM adalah penuh sopan dan adab, beliau menghormati saya sebagai azhari dan menerima nasihat saya dengan hati terbuka.
hairan, mungkin budak medic tak baca novel dan bahan sastera yang menceritakan kisah teruknya masyarakat kota. kadang-kadang tulisan menggambarkan kita punya jiwa dan kadang-kadang kita menulis menipu apa yang ada dalam jiwa kita. bagi saya setelah YM dengannya, dia hanya menulis dengan tangannya bukan menggambarkan hatinya. gambarnya bertudung labuh sangat comel dipandang mata.
kenapa susah kita merendahkan diri memahami yang lain?
Catat Ulasan