Selasa, 13 Oktober 2009

kemunculan SUARA baru melalui ledakan suara mahasiswa GERAKAN SUARA RAKYAT langkah positif contra umno


INFO KAHERAH DATARAN HAYYU ASYIR 13OKTOBER 2009: Pada tarikh 10 oktober baru-baru ini, satu berita dimaklumkan kepada info kini, akan berlansung satu ceramah pada 11 oktober 2009 bersama pimpinan pakatan rakyat, dianjurkan oleh NGO baru. NGO tersebut bernamakan GERAKAN SUARA RAKYAT (SUARA), dikhabarkan SUARA ditubuhkan untuk menegakkan suara rakyat dan berita benar tanpa sekatan oleh pihak tertentu, antara tujuan ditubuhkan khabarnya untuk menyatakan suara mahasiswa malaysia dimesir tentang ketidaksokongan siswa/wi mesir terhadap pembawakan politik UMNO dimesir bertunjangkan nadi umno mesir serta ketidaksetujuan terhadap beberapa NGO lain yang bersepakat menindas mahasiswa mesir melalui politik UMNO.

Pada tarikh 11 okt tersebut telah pun berlansung perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO SUARA yang lebih pro dan menyokong pembawakan pembangkang dan berpihak kepada PAS dimalaysia. SUARA ini juga dikhabarkan lebih cenderung kepada perjuangan islam dan menentang kezaliman, penindasan serta ketidakadilan pihak-pihak tertentu yang berkuasa, menyalahgunakan kuasa atas nama premis-premis kerajaan.

Pada tarikh 11 okt tersebut, pihak penganjur SUARA telah menganjurkan satu program " ceramah isu semasa " tanda semboyan awal kewujudan NGO bernama SUARA, yang akan menitip siri-siri perjuangan tanpa gentar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh President SUARA iaitu U.Farhan Bin Mazlan, serta pengisian program tanda semboyan penentangan terhadap ketidakadilan pada mahasiswa/wi dengan pengisian ceramah isu semasa, pengisian tersebut di panelkan oleh Al-fadhil Ustaz Taib Azamuddin selaku salah seorang dari ahli parlimen (PAS) negeri kedah dan selaku ahli jawatan kuasa pas pusat serta sebagai timbalan pesuruhjaya 3 pas negeri kedah, dan seorang lagi panel program ialah U.Fauzan Bin Mazlan selaku Exco pemuda negeri selangor. Berdasarkan dari kedua-dua panelis serta agenda SUARA ini, cukup menggambarkan bahawa SUARA pro dan cenderung kepada Pakatan Rakyat dan tidak keterlaluan boleh dikatakan lebih cenderung Khusus pro kepada PAS, parti yang memperjuangkan islam dimalaysia.
Kewujudan SUARA dibumi mesir kini, mungkin akan memperlihatkan pertembungan yang begitu ketara antara SUARA dan lawannya Kelab Nadi Umno dan NGO sekutunya seperti ISMA,ISEK dan lain-lain. Dengan perbezaan SUARA berpihak kepada Pro Pakatan dan PAS manakala Nadi Umno, ISMA, ISEK dan sekutu-sekutunya berpihak kepada UMNO dan BN. Ini Menandakan ledakan baru dibumi mesir dan suasana baru bagi mahasiswa mesir dengan kewujudan NGO-NGO yang bertembung bagai perlawanan politik antara parti BN dan parti Pakatan Rakyat. SUARA dikhabarkan adalah sebagai ledakan suara mahsiswa yang tulen, tidak keterlaluan boleh dikatakan mereka adalah sebahagian mahasiswa yang berani kehadapan bagi mewakili suara mejoriti mahasiswa, mereka mahasiswa yang berani bangkit setelah mahasiswa ditindas serta dinafikan hak sebagai rakyat malaysia dibumi mesir.
Program anjuran SUARA amat mendapat sambutan dari pelajar-pelajar mesir, walaupun ia baru dipermulaan dan program 11 okt tersebut adalah program pertama SUARA, tetapi mendapat sambutan hangat, mungkin disebabkan mahasiswa/wi dahagakan kebenaran dan mungkin terlalu mengharapkan wujud satu badan membela mereka
Hadirin dan hadirat yang hadir sedang mendengar ceramah
Gambar dipersekitaran dataran juga dipenuhi hadirin
sebahagian hadirin yang mendengar dikedai makan selangor

1 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

Assalamualaikum.

Mungkin ada baiknya tidak dinafikan. Namun aku lebih tidak bersetuju dengan Gerakan Suara Rakyat ditubuhkan di Mesir.

Wallahua'lam