Selasa, 6 Oktober 2009

KRONOLOGI SAMBUTAN PELAJAR BARU QIRAAT MANSURAH 2009

INFO MANSURAH 5OKTOBER 2009: Berikut INFO dibawah adalah email yang diterima admin dari infomer mansurah. Sekadar untuk makluman bersama.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KRONOLOGI SAMBUTAN PELAJAR BARU QIRAAT

MANSURAH 2009


30sept,rabu- 1:25pm

Adik-adik qiraat di bawah pengurusan smutem selamat sampai di bumi kaherah.Pihak USMB, wakil DPMM dan PMRAM menunggu ketibaan di terminal 2.Keadaan di terminal 2 agak lengang.Lebih kurang 10 minit menunggu, 4 orang dari pihak isma akhawat muncul.2 daripadanya pelajar baru qiraat (singapore&kedah)seorang sahabat dari syiria juga isma yang datang melawat mesir,dan seorang senior kuliah usuluddin kaherah tahun 3 dari negeri terengganu yang pernah terlibat dalam kes pelajar-pelajar baru terengganu.kedatangan mereka dengan alasan untuk mengambil barang yang dikirim dari pelajar-pelajar qiraat yang baru tiba.Selesai kesemua pelajar baru keluar dari balai ketibaan,pihak isma turut sama bersalaman dengan pelajar-pelajar baru.selepas beg-beg dibawa keluar menuju ke tempat bas,pihak isma dan pelajar-pelajar baru berpisah.tiada adegan perebutan.

perjalanan ke mansurah dalam keadaan tenang dan selamat.kami semua selamat sampai ke dewan DPJA lebih kurang jam 6ptg.selesai solat,makan dan sedikit taklimat pelajar-pelajar baru diagihkan ke rumah masing-masing bersama musyrifah.


1okt,khamis- 7.30pg

kami mendapat berita dari musyrifah terdapat pelajar baru(isma) yang ingin keluar dari rumah yang disediakan untuk tinggal bersama senior isma mereka.wakil usmb dan hewi cuba meminta penjelasan sendiri dari pelajar tersebut.setelah diterang dan dipujuk,masih gagal.


- 10.30pg

2orang senior isma mereka tiba di rumah pelajar tersebut,setelah berbincang dan berdebat mereka berkeras untuk membawa adik tersebut keluar dari rumah tersebut.pihak usmb dan dan hewi memaklumakan kepada pengerusi DPMM.Pengerusi,wakil ajkt dan usmb datang dan berbincang.pihak isma tetap dengan keputusan mereka dan terus membawa adik tersebut keluar dari rumah.tetapi dengan tidak membawa beg kargo pelajar tersebut.


- 1-3pm

pelajar baru semuanya berkumpul di dewan untuk urusan borang PMRAM dan DPMM.pelajar yang keluar dari rumah tadi turut hadir tetapi enggan mengisi borang kedua-dua borang tersebut.3orang lagi dari pelajar isma yang lain mengisi tetapi tidak menandatangani


- 4pm

pertemuan semeja antara pihak DPMM dan wakil isma.mereka menuntut hak untuk mengeluarkan adik-adik tersebut (3orang dari ahli isma)dari rumah yang telah disediakan oleh DPMM.rundingan mereka gagal.


2okt,jumaat- 6pg- sehingga zohor

Pihak Hewi dan beberapa orang ahli akhawat melakukan operasi gerak gempur (menziarahi semua bait yang terdapat pelajar-pelajar baru).3orang dari pelajar isma yang belum menandatangani borang PMRAM semalam bersetuju untuk menandatanganinya dan mengisi borang DPMM.


Selepas asar

3orang dari akhwat isma dan 4orang dari ikhwah isma datang dan menyerbu rumah asal pelajar yang keluar tersebut untuk membawa lari beg kargo pelajat tersebut.keadaan sangat tegang.


Selepas maghrib

senior isma menghubungi adik-adik isma yang masih belum berjaya mereka keluarkan,adik-adik tersebut terus di 'brainwash' dari masa ke semasa


3 0kt,sabtu-10.30pg.

pelajar-pelajar baru berkumpul di markaz untuk bergerak beramai-ramai melawat dan mengenali ma'had.setelah itu masing-masing mengikut musyrifah untuk bergerak ke Maktabah Fayadh dan kedai-kedai buku sekitarnya.pelajar baru yang telah keluar dari rumah DPMM turut menyertai aktiviti yang berjalan walaupun tidak dimaklumkan kepadanya.


4 0kt,Ahad – selepas zohor

Pertemuan pelajar baru dengan pengiring SMUTEM us sya’bani bt Awang.ustaz memberi penerangan serba sedikit berkaitan kelebihan-kelebihan DPM memandangkan beliau juga merupakan bekas AJKT DPM Syoubra ketika menuntut di bumi mesir dulu.seterusnya ustaz memberi peringatan kepada semua pelajar-pelajar baru pentingnya kesatuan di bawah DPM dan diakhiri dengan nasihat-nasihat berguna sebagai penuntut ilmu di bumi Mesir.



Document Writing By:

Infomer mansurah (nama samaran)



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Maklumat di atas merupakan email asal yang di send oleh infomer dari mansurah kepada email admin ( NEGARAKUMALAYSIA@YMAIL.COM), untuk tatapan umum tentang isu mansurah sekarang ini. Kepada pembaca info kini. Sebarang maklumat tepat untuk sebaran umum bolehlah disend kepada email admin, seperti maklumat diatas yang disend oleh infomer mansurah.


P/s: sebarang bentuk email akan ditapas dahulu oleh admin sebelum dipostkan, sama ada ia sesuai untuk dipost bagi tatapan umum atau tidak. Sebarang keputusan diambil admin adalah hak muktamat admin.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sedikit komen dari admin tentang post email ni, dari sumber berita yang boleh dipercayai pada tarikh 10 okt ni pihak PMRAM ingin mengadakan perbincangan dengan pihak ISMA, syabas diucapkan pada pihak persatuan dalam hal ini kerana mengorak langkah untuk bersemuka demi kebaikan dan maslahah umum. diharap tiada lagi kes tarik diri atau mengelak untuk diadakan sebarang perbincangan demi kebaikkan semua. Tidak mahu berlaku lagi seperti dialog dirumah negeri BKAN kedah yang diadakan oleh SPR BKAN kedah, dengan penarikan diri dari wakil Nadi Umno Mesir yang berwakilkan Faizal Sabhon dan penarikan diri oleh pihak dari ISMA untuk menyertai dialog terbuka. Bagi admin menarik diri dari sebarang dialog atau perdebatan dan menarik diri dari menghadiri sesi penerangan bersama bagi pihak-pihak terlibat kepada umum merupakan satu tindakan kurang bijak dan seolah-olah mengiyakan kesalahan pihak tersebut, dan tidak mahu kelemahan dan permasalahan yang dilakukan pihaknya terbongkar. Dengan dialog membolehkan kebenaran terpancar, dan pihak yang benar adalah pihak yang sentiasa berani, bersedia dan mampu untuk memberi hujjah dan penerangan kepada umum. Pihak yang benar juga adalah pihak yang berani berhadapan dengan masyarakat umum tanpa mengelak diri dalam menghadapi realiti.

Tiada ulasan: