Rabu, 7 Oktober 2009

PERISTIWA SAMBUTAN PELAJAR BARU QIRAAT MANSURAH 2009

INFO MANSURAH 7OKTOBER 2009: Post dibawah adalah entri yang admin copy dari sebuah blog beralamatkan " http://menjejakharapan.blogspot.com/ " apa yang ada dalam maklumat admin, perbuatan isma telah dapat dihidu oleh masyarakat mahasiswa/wi mesir tidak kira azhar atau pelajar perubatan, ini berpandukan luahan masyarakat mahsiswa/wi sendiri didalam blog-blog mereka, yang kebanyakannye tidak pro kepada mana-mana pihak. entri dibawah adalah salah satu contoh buat penbaca. diharap pihak yang sewajarnya kembali kepada pangkal islam sebenar, dapat memuhasabah diri.

Dibawah ini adalah entri dari laman blog: http://menjejakharapan.blogspot.com/
------------------------------------------------------------------------------------

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR2 BARU QIROAT KE MANSURAH (DPMM)

Assalamualaikum semua.........

Entri kali ini aku ingin menceritakan sedikit pengalaman aku ketika mengambil pelajar2 baru qiroat Mansurah(DPMM).

Pada 30 hb. 9 2009 semalam,aku bersama kekuatan 26 anggota(lebih kurang) telah pergi ke Mator(Lapangan terbang) untuk misi membawa pulang dengan selamat lebih kurang 22 orang pelajar baru qiroat Mansurah(DPMM) ke tanah Jazirah Al Ward. Aku yang dilantik sebagai Adhoc perhubungan telah diamanahkan oleh ketua pengarah USMB DPMM, Ustaz Kader telah bergegas ke Mator seawal jam 10 pagi waktu tempatan(Mesir). Aku bersama2 8 AJK kecil bawah unit aku merangkap AJK UAK bertandang awal ke markaz untuk bersedia berlepas ke Mator.


Antara AJK yang hadir awal. Pak Din,Mie,Ket,Piduih dan Aku. Paan jurukamera.

Lebih kurang jam 10.15 pagi,kami memulakan perjalanan ke mator. Bas yang agak selesa menyenangkan sedikit keadaan kami sepanjang perjalanan.

Bismillah............ Kami memulakan perjalanan misi kami kali ini.

Kami bersama kekuatan lebih kurang 26 orang(termasuk serikandi Mansurah) telah memulakan perjalanan ke mator Kaherah. Setiap anggota yang telah terlatih ala2 komando(hehehe) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan di mator nanti.


Alhamdulillah,kami telah selamat sampai ke mator.

Akhirnya lebih kurang 2 jam perjalanan,kami selamat sampai ke destinasi kami,iaitu mator Kaherah. Setiap anggota tidak menampakkan sebarang tanda2 keletihan. Dan seterusnya kami meneruskan lagi kemaraan kami ke terminal 2 untuk menerima dan membawa pulang pelajar2 baru dengan selamat ke Mansurah(DPMM).

Ketibaan kami di mator lebih awal dari jangkaan kerana ingin memastikan keadaan terkawal. Pelajar2 baru masih belum tiba dari transit terakhir mereka iaitu Bahrain. Kami menunggu dengan penuh sabar. Setiap anggota berbekalkan semangat yang jitu tidak gentar menghadapi sebarang kemungkin dari anasir2 asing. Asalkan mampu membawa pulang pelajar2 baru,itupun sudah membanggakan kami. Mereka dijangka tiba ke Mesir jam 130 tengahari.


Wajah2 anggota yang tetap mantain. Hehehehe. Sabar itu indah.

Lebih kurang jam 2 lebih penantian kami akhirnya berakhir apabila mereka(pelajar2 baru) selamat keluar dari mator. Lantas kami terus mengasingkan mereka untuk memudahkan kerja kami. Peranan serikandi kami ketika itu mencabar kerana kerja2 mengasingkan pelajar bukannya satu kerja yang mudah. Dengan bantuan anggota2 yang hadir,kami berjaya membawa pelajar2 baru ke tempat yang selamat. Sebelum itu,anggota tambahan dari pusat iaitu dari PMRAM sudah bersedia di mator. Mereka juga memainkan peranan sebagai pemerhati bagi segala gerak kerja kami. Disamping memberikan tunjuk ajar pada kami. Ketika memunggah barang2 pelajar baru,pihak polis mator mengarahkan kami supaya tidak menyulitkan keadaan di dalam mator. Ini kerana lambakan beg2 kargo dari mereka boleh menyukarkan perjalanan dalam mator. Lantas aku,setelah diarahkan oleh BP PMRAM yang hadir,mengarahkan ustaz Fathi untuk mengambil bas kami dari tempat ia parking terus datang ke terminal 2 untuk mengambil dan mengisi beg2 kargo pelajar dengan cepat. Untuk memudahkan segala gerak kerja. Ustaz Fathi tanpa membuang masa terus ke parking bas. Aku bersama anggota yang lain terus menunggu di mator sambil menjaga beg2 kargo dan menunggu arahan seterusnya dari ketua pengarah dan BP yang hadir. Serikandi yang hadir cuba memastikan pelajar2 baru dalam keadaan terkawal.


Kami sabar menunggu kehadiran bas kami untuk terus pulang ke Mansurah.

Setelah 10 minit menunggu,bas kami sampai. Kami,tanpa membuang masa terus memunggah beg2 kargo untuk terus masukkan ke dalam perut bas. Untuk memastikan keadaan pelajar2 baru terkawal,kami mengarahkan serikandi2 kami untuk membawa pelajar2 naik terus ke dalam bas. Dan kami terus melakukan kerja memunggah beg2 kargo.



Kerja2 memasukkan beg2 kargo ke dalam perut bas berjalan dengan lancar sambil diperhatikan polis mator.

Alhamdulillah,kami berjaya keluar dari mator Kaherah tanpa sebarang masalah. Kami meneruskan perjalanan pulang ke 'tanah air' kami iaitu di Jazirah Al Ward. Pelajar2 baru kelihatan letih. Dan kami juga begitu. Di atas bas kami mengambil peluang untuk berehat walaupun tidak sepenuhnya. Tuan pengarah mengarahkan supaya pelajar2 baru solat di perjalanan nanti. Dan kami berhenti di suatu tempat untuk memberi laluan kepada mereka solat jamak asar-zuhur. Peluang ini kami ambil untuk keluar dan bersiar2 sekitar masjid.

Rehat dulu pekena asob..... Hilangkan dahaga....

Lebih kurang setengah jam memberikan laluan kepada pelajar2 baru untuk solat,kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Mansurah. Setelah 1 jam lebih perjalanan,kami akhirnya selamat sampai ke Mansurah. Kami bersyukur sangat2 kerana misi kami kali ini berjaya tanpa ada masalah yang menimpa. Lebih kurang jam 6 malam, kami selamat tiba di Mansurah. Ketibaan kami sememangnya telah dinantikan oleh sebilangan besar serikandi DPMM. Paluan kompang didendangkan. Kilauan lampu kamera bersinaran.


Sesi memindahkan barang2 ke markaz DPMM pula...

Walaupun letih di mator masih belum luput,kami tetap bersemangat jitu untuk melakukan gerak kerja seterusnya. Selepas dari itu kami berhenti seketika untuk solat maghrib dan jamuan makan(Lapoooooooooooooooo).

Muka masing2 dan letih... Ket wat muka toyaaaa.. Baru lepas makan...

Selepas rehat yang tak seberapa,arahan daripada ketua pengarah,mengarahkan kami menjadi mushrif untuk pelajar2 baru menuju ke rumah mushrifah masing2. Kami perlu menghantar mereka dahulu sebelum barang2 mereka di tauzik pula. Lebih kurang jam 9 malam,kami memulakan misi mengangkut barang2 untuk ditauzik ke rumah masing2. Terus terang aku katakan,aku benar2 letih disaat itu. Namun kerana tugas,aku teruskan juga. Dan aku sempat memberikan kata2 semangat kepada setiap anggota aku supaya dapat meneruskan lagi tugas ini. Jika mereka letih,aku juga letih.. Anggota2 yang lain juga letih... Sabar... Ada ganjaran disitu dari ALLAH..

Bergambar dahulu bersama ketua pengarah sebelum memulakan operasi tauzik barang2.


Masih mampu tersenyum walaupun letih menyelubungi.

Walaupun letih mengangkut barang2,namun ucapan 'terima kasih' dari ustazah sekurang2nya menghilangkan sedikit letih kami. Sekurang2nya ucapan terima kasih itu membuatkan kami ini rasa dihargai.. Setelah habis 1 perjalanan penghantaran barang2,kami perlu pulang ke markaz kerana masih ada baki barang2 yang lain. Ketika dalam perjalanan pulang ke markaz,seorang demi seorang anggota aku pulang ke rumah masing2. Kami masing2 sudah letih. Yaaaaa. Kami sudah letih. Aku juga letih. Ikutkan hati nak saja pulang terus ke rumah tanpa pulang dahulu ke markaz. Tapi kerana tugas yang masih tak selesai lagi,aku gagahkan jua badan ini. Sampai saja di markaz,mereka menegurku..."Haaaih,mana yang lain?"
Aku hanya diam saja. Tinggal aku dan Ustaz Rushdi saja pulang hingga ke markaz. Aku memang tak mampu nak meneruskan lagi. Aku hanya serahkan saja tugas pada Ustaz Farid bersama anggotanya pula. Masuk saja ke markaz,aku berbual sebentar bersama orang no 1 Mansurah iaitu Ustaz Amirul. Dia meminta aku dan anggota aku bersedia untuk menghadapi satu kemungkinan. Iaitu 'serangan' dari anasir asing. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Tanpa aku sedari,aku terlelap rupanya. Sedar saja,jam sudah menunjukkan pukul 1237 tengah malam. Markaz sudah mula kosong. Aku bersama mengantuk yang masih hebat menguasai diri bergegas pulang ke rumah seorang diri ditemani angin malam Mansurah. Aku gagahkan jua diri berjalan walaupun letih masih bersama aku ini. Sampai saja di rumah,terus aku labuhkan kepala di katil.....Ya ALLAH, aku pun tak tahu kenapa malam tadi aku benar2 letih sangat. Namun jutaan terima kasih aku ucapkan kepada anggota2 aku yang bertungkus lumus melakukan gerak kerja.. Tak lupa juga pada anggota serikandi DPMM. Akhirnya kita berjaya membawa pulang pelajar2 baru dengan selamat. Akhir sekali....Selamat datang kami ucapkan kepada semua pelajar2 baru qiroat Mansurah(DPMM)..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Copy right dari laman blog penulis sebenar, sekadar untuk INFO anda

Tiada ulasan: