Ahad, 18 Oktober 2009

CUBAAN MENGGAGALKAN PEMBACAAN KUTUB SITTAH

INFO CAIRO 17 OKTOBER 2009: Berikut adalah entri berkenaan isu kutub sittah anjuran Persekutuan Melayu Ripublik Arab Mesir. Juga kemaafan diminta kepada INFOMER KELANTAN atas keterlewatan posting email ini. INFO yang di send ke email negarakumalaysia@ymail.com pada tarikh13 oktober oleh INFOMER KELANTAN. Maaf sekali lagi terlewat postingkan maklumat.

Baru-baru ini, tercetus isu begitu hangat berkenaan kutub sittah cuba digagalkan oleh pihak safarah malizi/JPMK. sejauh mana kebenaran berita ini. Bolehlah ditanya terus kepada pihak berkenaan sama ada pihak PMRAM melalui pemangku presiden nya dan pihak safarah malizi itu sendiri melalui prof.Jamil yang merupakan pengarah dan individu yang dikatakan bertanggungjawab menghantar surat berbentuk fax kepada pihak ACC dan syekhul azhar syekh tantawi dengan kenyataan supaya kedua-dua pihak ini tidak berurusan dengan PMRAM kerana merupakan agen parti pembangkang.Jika benar surat berbentuk fax ini dikeluarkan oleh pihak JPMK, apakah sebenarnya motif mereka?Mari sama-sama serbu pejabat prof.jamil untuk mendengar jawab balasnya dan BP PMRAM berkenaan kenyataan mereka, kalau betul tuduhan PMRAM agen pembangkang, adakah mahasiswa akan menjauhi PMRAM atau mahasiswa bertambah menyokong dan mendokongi PMRAM? siapa yang akan dapat lebih point dari isu ini, adakah safarah malizi dapat nama buruk atau PMRAM dikutuk? nantikan bersama.

Dengarnya program kutub sittah merupakan program bersanad hadis bukhari tidak dapat dijalankan di ACC yang bermula hari ini, program kutub sittah ini dijalankan ditempat lain, dan maklumat tempat program diberitahu oleh pihak pengurusan program seawal pagi tadi, dan tidak diberitahu awal seakan-akan untuk menjaga dari diketahui oleh pihak yang ingin mengganggu program berkenaan. Kalau benar hal ini terjadi, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa ada pihak yang cuba mengancam kelansungan program kutub sittah. Pelik sekiranya memang ada pihak yang cuba menghalang program yang dituntut islam ini, ambil sanad.

Kalau betul ada kuasa besar yang ingin menghalang program ini, lebih baik jangan, sekiranya ingin menyekat kemaraan persatuan yang tidak digemari pihak berkenaan halanglah mereka dari segi lain, itu lebih baik dari menghalang penyebaran sanad hadis rasullullah, walau pun ia tetap merupakan cubaan menyekat dakwah islam, tapi tak daq lah besaq sangat dosa hangpa no, ni sekat sanad, besaq ooo dosa, pelik aku aihh.. apa pun nak habaq mai.... INFO berkenaan kutub sittah akan INFO KINI kupas dalam masa terdekat. cheq nak tengok dulu apa jadi program dari hari ini sampai 20 okt ni katanya.

Dibawah adalah entri dari INFO yang di send ke email negarakumalaysia@ymail.com pada tarikh13 oktober oleh INFOMER KELANTAN supaya dapat dikongsi bersama.

SELAMAT MEMBACA
==============================================================

MAKLUMAN TERKINI PEMBACAAN KUTUB SITTAH
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW dan ahli keluarga Baginda yang tercinta, serta seluruh sahabat Ridhuwanullah alaihim Ajma`in.

Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri pertama) yang akan diadakan pada 17 -20 Oktober 2009 ini telah cuba digagalkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Namun begitu PMRAM selaku penganjur program akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan program ini akan dapat dilangsungkan seperti yang dirancang.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan program tersebut, sila dapatkan maklumat terkini di laman web rasmi PMRAM, www.pmram.org ataupun di portal rasmi kutub sittah, www.kutubsittah-pmram.blogspot.com . Segala penjelasan dan maklumat terkini berkaitan permasalahan tersebut akan dijelaskan pada hari Khamis ini bersamaan 15 Oktober 2009.

PMRAM memohon segala kerjasama daripada seluruh ahli PMRAM agar bersama-sama berdoa dan bersolat hajat supaya majlis tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.


Sekian,

Mohd Adlan bin Mokhtaruddin
Pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM 2009.

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=694:makluman-majlis-pembacaan-kutub-sittah&catid=6:pengumuman&Itemid=68



From: INFOMER KELANTAN

Tiada ulasan: