Khamis, 1 Oktober 2009

SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU BKAN TERENGGANU PULA DIGANGGU ( part 1)





LOGO MELAYU BERSATU BARU
isma & Kelab umno Mesir


INFO WISMA BKAN TERENGGANU ASYIR CAIRO 1 OKTOBER 2009:
Masih belum reda keadaan dan berita tegang tentang ISMA buat kelam kabut & kekacauan dirumah negeri perak dan BKAN johor raba'ah, kini meletop lagi kes demi kes angkara ISMA Mesir. Kali ini kekacauan yang ditimbulkan di rumah negeri/BKAN negeri terengganu asyir pulak dah. Peristiwa berlaku baru-baru ni sahaja, sekitar empat lima hari sudah.

Ape kes lah ISMA ni.. tak ada ke kerja-kerja baik yang nak dibuat oleh ISMA kah? semacam kerja-kerja kebajikan kah, kerja-kerja membersihkan masjid kah, kerja-kerja menyatu-padukan mahasiswa kah, dan bermacam-mcam kah kah kah lagi lah.. Ni dak.. semua yang INFO KINI terima semuanya kerja-kerja merosakkan kerja-kerja islam yang dilaksanakan rakyat malaysia kat mesir ni hah. Awatnya... semua berita buruk dan buruk dan hudoh dan apa-apa entah lagi yang INFO KINI dapat.. ni NGO islam ka NGO tenggelamkan islam. aduyay... adoiiyay... huh.

Apa kes ni.. Berita Soheh lagi tepat dan benar dari temu bual INFO KINI secara spontan pada beberapa orang penting warga Wisma Ganu dan warga wisma-wisma negeri di asyir, Semua pelajar Ganu menyirap dan bersangatan jijik dengan ISMA n warga asyir juga meluat, sebab didepan amboi kan main sopan santun, dengan ajakan " marilah kita sama-sama ikuti ajaran Rasullullah dengan berkasih sayang berpesan-pesan pada yang baik ta'awun ala birri wa taqwa" dan macam-macam lagi. Pah tu, belakang kan main tebalik dari quran dan sunnah serta menyeleweng perbuatan ISMA ni. bermuka-muka kah atau pemuka-pemuka, dua ni sifat siapa? ni lah herdikan warga malaysia kat mesir ni terhadap perbuatan ISMA.. perbuatan ye.. ingat bukan orang.. tapi perbuatan. Nanti silap tafsir tulisan INFO KINI pulak. aduyay.. apa hal ni ISMA, tak sedap pon berita ni admin terima.. mana berita-berita best tentang perjuangan ISMA..

Al-kisah, pada hari raya kelima, lima syawal lah tu.. hangpa tau.. bebudak baru ganu pon sampailah. Yang jadi pelik bin ajaib, YDP n AJK wisma ganu tak dapat pon berita rasmi tentang kedatangan bebudak baru ni. Tapi disebabkan peri hatinnya YDP serta AJK ikhwah dan akhwatnya, mereka ni dok tanya lah pada pegawai ganu.. " ala pok cik gawai.. bilo budok baghu nok sampa.." pegawai pon jejawab ler " ambo pung dok tau mano.. dok pasti.." sedangkan jam pagi tu menunjukkan dah 7 a.m, bebudak baru tu pulak sampai 3 p.m, tinggal 8 jam je gie. AJK ganu nih pong jawab kepada pegawai.. " cang ni ahh.. kalu gawai dok tahu mano.. ambo nge bebapo ughang gie, nak gie eport petang ni.. kot-kot jumpo nge budok baghu ghak.. mano tahu kot kebetulang jumpo.." .. huh.. payah betul nak cakap ganu ni. ayat di atas ni admin cube gambarkan dari temu bual admin, tapi perbualan nye lebih kurang macam tu lah. dalam sms antara pegawai dengan AJKT wisma ganu.

Pendek kan cerita. Bila Kepimpinan/AJK wisma ganu nak turun padang/eport sambut pelajar baru, pegawai kasi warrning " muh AJKT kalu ambo nampok mu kak erport siap muh.." pelik gak pegawai ni.. pegawai dan AJKT sama tugas, diberi oleh kerajaan. Tugas pegawai urus hal ehwal bersangkutan kerajaan negeri kat mesir, AJKT pulak bertugas jaga kebajikan, tu dah ma'ruf, sama-sama diberi amanah oleh kerajaan untuk berkhidmat. Tapi, bila ada gep macam ni, maksudnya ada orang atau pihak lain yang masuk campur, salah guna kuasa n macam-macam.

Pasal apa pulak, pengurusan pelajar baru ni sibuk-sibuk Nadi Umno dan ISMA bergabung untuk sambut pelajar ganu, sedangkan mereka tak ada kait mengait pon dalam urusan ni, bukan warga ganu pung. Ni sekali lagi sangkut pasal politik. Mahasiswa dipolitik kan. Dah terang-terang tugas sambut pelajar dan jaga kebajikan pelajar bawah persatuan pelajar/BKAN, pegawai pon sedia maklum perkara ni, tapi dok, menyeleweng juga. Nak jadikan dunia mahasiswa ni tempat politik sempit parti tertentu. ISH.. rimas-rimas.. bila mahasiswa cuba dipolitikkan. Yang lagi baguih sangat tuh, ISMA dah join politik bersama dan bergabung dan bertahaluf dengan UMNO kat mesir ni.. apa ni?? kata Umno malaysia mahasiswa tak boleh berpolitik, ISMA pula kata badan dakwah.. tapi bersatu bersama politik sempit. aduhh... tipu semua ni.. helah dunia betul ler politik ni. Cakap tak selupa bikin ooo.. itu aaa.. alamat bahaya untuk islam oo..

Bersambung di bawah...

Tiada ulasan: