Ahad, 18 Oktober 2009

SUARA RAKYAT atau SUARA PAS? siri pertama


INFO MANSURAH 17 OKTOBER 2009: Entri kali ini berkenaan isu ledakan GERAKAN SUARA RAKYAT (SUARA) yang baru-baru ini begitu hangat dibicarakan oleh mahasiswa/wi dibumi mesir. Terbaru saudara Faizal sabhon telah mengeluarkan kenyataan didalam blognya bahawa SUARA adalah proksi kepada PMRAM dan PAS artikelnya bertajuk " SUARA RAKYAT atau SUARA PAS? siri pertama" . Sejauh manakah kebenaran bahawa SUARA merupakan suara PMRAM dan PAS, marilah sama-sama kita nantikan kedatangan program seterusnya dari SUARA. Sejauh mana kebenaran tuduhan saudara faizal (ezo) kita tunggu dan lihat program-program yang bakal dianjurkan SUARA selepas ini. INFO KINI juga tidak sabar untuk mengupas isu yang hangat diperkatakan warga mahasiswa mesir disaat ini.

entri kali ini, INFO KINI postkan artikel dari sesibur (yang menghantar surat email ke email negarakumalaysia@ymail.com) supaya boleh dikongsikan bersama artikel balasnya terhadap ezo kepada pembaca. selamat membaca

Berikut adalah artikel dari blog : http://sesibur.blogspot.com
==============================================================

EZO MENGGELABAH

Saya cuba menjawab beberapa kenyataan (SUARA RAKYAT atau SUARA PAS? siri pertama) yang dikeluarkan oleh AlFadhil Us Ezoo kita. Sekiranya ada kesilapan atau tersalah maklumat sila nyatakan. Sekadar yang termampu dan terdaya. Saudara ezoo saya akan menantikan sambungan kenyataan saudara nanti.

Diantara kenyataan beliau :-
Jika persatuan baru,saya tidak bermasalah kerana bagi saya percambahan persatuan maasiswa adalah POSITIF.Namun,yang saya khuatir,apakah persatuan berkenaan DISAHKAN oleh KEDUTAAN MALAYSIA di Mesir?
sesibur : Saya juga menyokong berbilang-bilang persatuan, tetapi bilamana ianya di bawah satu persatuan induk, ianya akan jadi POSITIF sekiranya tiada berlaku perpecahan, mempunyai hadaf dan dasar yang sama. Bergerak dengan tema satu fikrah satu amal. Boleh buka mana-mana kitab pasal taadud jamaah ni. Apakah semua persatuan di Mesir ni perlu mendapat pengiktirafan dan disahkan oleh JPMK?. Apa tugas JPMK di sini? nak Sahkan persatuan2 ke?. Cuba tgk balik apa gerak kerja JPMK sebenarnya.

saya ingin menyenaraikan bidang Tugas JPMK di sini :-

Antara perkhidmatan yang ditawarkan;

  1. Permohonan Terjemahan Pengesahan Pengajian (Tasdiq Kuliyyah)
  2. Permohonan Terjemahan Pengesahan Keputusan Pengajian (Kashfu Natijah)
  3. Permohonan Terjemahan Sijil Sementara Tamat Pengajian (Shahadah Muaqqatah)
  4. Permohonan Terjemahan Ijazah Tamat Pengajian (Shahadah Asliyyah)
  5. Permohonan Kad Pelajar JPMK
  6. Permohonan Surat Mohon Maaf Lewat Memperbaharui Visa (Surat I’tizar)
  7. Permohonan Surat Sokongan Untuk mendapatkan bantuan
  8. Permohonan Borang Nikah
  9. Permohonan Tandatangan Pegawai pada Dokumen atau Surat (Pengesahan & Cop)
  10. Permohonan Menginap Di Dewan Malaysia
  11. Permohonan Surat Mohon Lesen Kereta dan Motor (Rukhsah Qiyadah)
  12. Permohonan Menggunakan Kemudahan Dewan Malaysia (Dewan, Bilik Mesyuarat, Bilik Gimnasium, Surau, dan Dataran)
  13. Permohonan Tandatangan Pengarah JPMK pada Sijil Program
  14. Permohonan Peruntukan Untuk Program/Aktiviti/Kegiatan Pelajar
  15. Permohonan Bantuan Tabung Kecemasan JPMK.
Ini adalah perkhidmatan yang di tawarkan BUKAN diWAJIBkan. Saya sarankan kepada JPMK agar menumpukan sepenuhnya kepada gerak-kerja ini. Tidak perlu mencampuri gerak-kerja persatuan-persatuan pelajar kecuali diperlukan. Saya ingin memberi sedikit komen

Pada item 10 dan 12, ARMA BUKAN hak milik kerajaan Malaysia. (sila rujuk geran tanah sebenar ARMA-cuba buktikan ARMA milik JPMK).

Item 12 pula fokus pada dataran ia adalah tanah yang dibeli dari perkongsian keempat-empat buah negeri (BUKAN JPMK), turapan simen dari negeri Selangor (BUKAN JPMK). Hanya kerana Cik Idris yang minta (tanpa persetujuan negeri-negeri lain) kepada JPMK utk diuruskan.
Sebagai seorang mahasiswa tajaan seperti MARA,JPA dan agensi lain,kehadiran ke majlis anjuran persatuan yang tidak diiktiraf kedutaan Malaysia akan membawa kepada tindakan disiplin.Maka saya membuat siasatan terperinci dan befikir apakah perlu saya hadir?

Akhirnya maklumat saya terima.Tiada pendaftaran persatuan baru di JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK).Ini bermakna kewujudan persatuan baru ini tidak diiktarf oleh KEDUTAAN.
Sesibur :Tindakan disiplin yang biasa dilakukan oleh mereka adalah PENARIKAN BIASISWA. Momokan ini sering kita dengar walhal perkara ini tidak bersabit UNDANG-UNDANG di Malaysia. Tiada peruntukan Undang-Undang Malaysia yang TIDAK MEMBENARKAN mahaiswa/wi luar negara berpolitik, terlibat dengan persatuan yang kononnya TIDAK DIIKTIRAF oleh JPMK/Kedutaan. Inilah ugutan-ugutan yang direka-reka oleh pihak-pihak tertentu dalam nak meneggelamkan minda mahasiswa/wi. Bila kita bicarakan berkenaan mahasiwa/wi terlibat dengan Nadi UMNO ia diBOLEHkan walhal jelas ini persatuan politik. Tetapi atas nama PENGIKTIRAFAN JPMK/Keduataan semuanya boleh.
Saya mendapat maklumat bahawa program malam tersebut akan dibuat di DATARAN HAYYU ASYIR walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak kedutaan.
Sesibur :Boleh rujuk jawapan saya pada isi sebelum ini berkenaan dataran.
SUARA PROKSI PMRAM DAN PAS
Dari pemerhatian kasar, saya dapati SUARA ini adalah merupakan PROKSI baru PAS dan PMRAM.Ini adalah kerana program pertamanya diisi oleh dua orang yang terang-terangan mempunyai kaitan langsung dengan PAS sebuah parti pembangkang di Malaysia.

Sesibur : Si ezo ni masih lagi nak kaitkan SUARA ni dengan PMRAM. Secara jelas pengerusi majlis mengatakan ia tiada kait mengait dengan PMRAM. Ketakutan si ezo ini menyebabkan dia dengan selamber menuduh tanpa bukti. Program ini seperti yang diberitahu oleh pengerusi majlis adalah bagi menjelaskan isu-isu semasa di Malaysia yang tidak terdapat di dalam akhbar-akhbar dan media massa kerajaan.
Pengerusi majlis menyebut dengan jels nama dan jawatan kedua-dua penceramah tersebut dengan peranan mereka dalam Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini berbeza dengan majlis yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah beberapa hari sebelum itu, majlis ramah mesra bersama YB Dato' Mustapha Muhammad,menteri Perdagangan antarabangsa dan industri.Beliau datang ke Mesir dalam rangka kerja hubungan dua hala perdagangan antara Malaysia di Mesir.

YB Dato' Mustapha Muhammad mengadakan majlis ramah mesra bersama mahasiswa Malaysia di Mesir pada 6 Oktober atas nama Menteri kabinet dan bukan atas nama AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO walaupun itulah jawatan beliau dalam parti.
Sesibur : Adakah salah menyebut jawatan parti bagi kedua-dua panelis tersebut?. Ezo nampaknya terlalu takut dengan nama PAS yang disebutkan dalam majlis tersebut. Kita lihat rombongan daripada kerajaan HARAM negeri Perak baru-baru ini bukan hanya sema-mata datang atas tiket kerajaan negeri malah membawa sedikit souvenir UMNO kepada mahasiswa/wi ini tidak pula dibangkitkan?. Saya mengajak saudara ezo untuk lebih berfikiran terbuka. Jangan terlalu takut dengan pihak yang menentang saudara. Saya juga tidak ada masalah sekiranya jawatan daripada deligasi UMNO (bukan kerajaan) disebut dan dinyatakan di dalam dialog-dialog mereka.
Maka majlis pada 6 Oktober sungguh berbeza dengan majlis yang dianjurkan oleh SUARA pada 11 Oktober 2009.Jelas lagi tersuluh,majlis pada 11 Oktober anjuran SUARA itu adalah majlis POLITIK secara terang-terangan.Bukan itu sahaja,ianya adalah ceramah politik PEMBANGKANG yng menjadikan mahasiswa Mesir sebagai sasaran utama mereka.Mahsiswa harus sentiasa diganggu oleh mereka kerana agenda melebarkan pengaruh pembangkang dengan menggunakan ISLAM dan ayat-ayat suci al quran dan hadith adalah tugas lebih sesuai peranan tersebut dijalankan oleh lepasan Al Azhar.
Sesibur : Dalam ucapan kedua-dua panelis hanya menyatakan apa yang benar, sekiranya hendak diterima atau tidak, terpulang kepada audience yang mendengar. Saya juga melihat tiada satu pon BORANG KEAHLIAN PAS diedarkan di dalam majlis tersebut. Berbeza dengan satu lagi pertubuhan persatuan di sini, borang PARTI POLITIK mereka diedarkan dengan lambaknya. Kalau dulu isi borang dan jadi ahli dapat USD 100, itu dulu, sekarang saya tidak tahu apakah keistimewaan itu diberikan atau tidak. Mereka buat tiada salahnya, tetapi bila kita nak sampaikan KEBENARAN mereka takut seperti tikus yang lari terkencing-kencing dikejar kucing. Saya hanya mendengar pandangan daripada pihak-pihak panelis berkenaan isu-isu yang kita sendiri sudah maklum (bagi mereka yang mengikuti perkembangan). Apa yang mereka maklumkan sekiranya salah dan bertentangan sila nyatakan dan dakwa mereka.
SUARA juga bagi saya adalah proksi PMRAM.Ini adalah berdasarkan petugas-petugas yang bertugas pada hari tersebut adalah orang yang ada kaitan dengan PMRAM.
Sesibur : Apakah kita nak kaitkan orang yang ada kaitan dengan PMRAM, jadi program ini ada kaitan dengan PMRAM?. Saya juga ingin mengaitkan saudara dengan PMRAM kerana kalau saya membaca entri saudara sebelum ini saudara MENGAKU ada KAD PMRAM. jadi saya nisbahkan Nadi UMNO juga bawah PMRAM. Adilkah begitu?. PMRAM tidak pernah buat kenyataan , malahan tidak kedapatan banner-banner atau banting, atau apa-apa saja yang menunjukkan ia adalah program PMRAM. Persatuan ada protokolnya nak mengadakan sesuatu program. Mungkin Nadi UMNO tidak pernah tahu berkenaan protokol dan prosedur bagi sesebuah persatuan. Apa yang mereka tahu, ada duit program berjalan, ada imbuhan semua beres.

Apakah status sebenar FAUZAN dalam JAIS di Bahagian Dakwah berkenaan? Pegawai kontrak S41? atau pegawai "POLITIK PAS" dalam bahagian dakwah JAIS? Apakah JAIS telah dipolitikkan? Bukankah tindakan menggunakan nama PAS dalam ceramah pada 11 Oktober berkenaan adalah salah sebagai seorang penjawat awam?
Sesibur : kuasa memecat terletak pada SPA atau JPA dan bukannya JAIS atau pak-pak menteri. Tp, biasanya org2 yg menjadi menteri ni adalah org2 yg aktif berpolitik, dan biasanya org2 yg aktif berpolitik ini terutamanya pihak2 atasan. Bagi menteri-menteri yang juga merupakan pejawat awam kelas A juga pernah melontarkan idea agar mereka boleh berpolitik sebagai contoh ucapan dan cadangan dari UMNO sendiri :-

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Johor, Abdul Halim Suleiman yang mahu memohon kelonggaran agar pegawai kumpulan A aktif dalam politik ia dianggap sebagai salah satu langkah untuk memberi nafas baru kepada Umno
- .

Begitu juga DATUK Hishammuddin Tun Hussein pada pemilihan UMNO baru-baru ini memberi kejutan apabila beliau mengetengahkan saranan agak kontroversi. Beliau mencadangkan agar guru-guru dibenarkan berpolitik.- A

Saya ingin mengingatkan saudara, JAIS tidak ada kait mengait dengan GERAKAN SUARA ini. Us Fauzan berucap atas stand peribadi tidak pernah mengaitkan kedatangannya dengan JAIS.
Isu pertama berkisar tentang peribadi YAB Perdana Menteri.Sebenarnya,bagi pembangkang,siapa pun jadi perdana menteri pasti busuk,loya,tidak layak bagi mereka.......bla..bla..

Sesibur : Isu ALTANTUYA, tidak perlu saya mengulas panjang sahabat-sahabat boleh buat kajian sendiri. GOOGLE. Isu ini dibangkitkan bukan saja di dalam negara kita Malaysia malahan di luar negara juga. Saya sarankan TANGKAP mereka-mereka yang menyabitkan Najib dengan isu ini. Biar mereka berdebat dikandang2 pengadilan.
Isu SATU MALAYSIA juga dibangkitkan oleh Farhan.Satu Malaysia adalah GAGASAN KERAJAAN bukannya dasar.Memang menjadi adat apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan akan dinilai negatif oleh pihak pembangkang.Politik persepsi tidak boleh diterima dan sewajarnya kita meniliti sejauh mana positif dan negatif gagasan ini.

KERAJAAN BN harus segera ke Mesir menyatakan gagasan SATU MALAYSIA.Jika tidak,ianya akan dimanipulasi oleh pembangkang semaksima mungkin.
Sesibur :ONE MALAYSIA (Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan) bila kita kata pembangkang, maka secara teorinya mereka akan menilai kemudian apa yang tidak kena akan dibangkang. Persoalannya apakah GAGASAN ini benar-benar terjadi?. adakah Rakyat didahlukan dan pencapaian diutamakan ini benar-benar dilakukan oleh kerajaan?. Jawablah sendiri, isu mahasiswa/wi di sini pon kita boleh lihat tak perlu tengok apa yang berlaku di Malaysia. Saya dan mahasiswa/wi di mesir ini sangat mengalu-alukan kedatangan Kerajaan BN bagi menjelaskan apakah itu GAGASAN ONE MALAYSIA ini. Saya pasti banyak persoalan akan ditimbulkan.

Isu ARAK diputar belit oleh FAUZAN,kononnya kerajaan BN tidak pernah perihatin isu ARAK.Hairan,enakmen berkenaan pengharaman jualan arak secara terbuka di zaman siapa? Bukankah ianya di zaman BN?

Sesibur : Kalau setakat enakmen, aku pon boleh buat (maaf terguna aku pulak). Perlaksanaannya macam mana?. Lebih 50 tahun tiada satu kes pon (yang disemak) diambil cakna oleh kerajaan UBN Selangor sebelum ini. Saya rasa saudara ezo boleh semak semula perkara ini dipejabat kerajaan Negeri Selangor.
Ronnhie LIU yang sepatutnya dihentam dalam isu arak! bukan BN! Fauzan hanya menegakkan benang yang basah.Penjualan ARAK secara terbuka telah berlaku di Selangor dan PAS tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengiakan apa yang MAJORITI PKR dan DAP dalam pakatan mahukan.PAS hanya pelengkap kauasa bukan MEMERINTAH.Kalau berkuasa,pasti,Kilang ARAK di Shah Alam telah ditutup kerana itulah apa yang telah disuarakan oleh mereka sebelum memerintah dahulu.
Sesibur : Takutnyalah ezo ni dengan kebenaran, isu ini dah selesai (sila rujuk Malaysia Today), malahan kalau saudara nak tahu sebenarnya UMNOlah punca masalah arak di selangor ni.
Fauzan,membangkitkan isu GENTING HIGHLAND kononnya tempat tersebut lebih besar dan pusat perjudian! hari ini bercakap demikian,katakan PAHANG diperintah oleh PR,apakah mungkin GENTING HIGHLAND ditutup?
Sesibur : Saya juga mahu bertanya yang mana pada masa sekrang UMNO BN memerintah negeri Pahang apakah mungkin GENTING HIGHLAND ditutup?. Setidak-tidaknya PR tidak menyokong dan berusaha ke arah mahu menutup perkara-perkara haram ini. Tetapi UMNO walaupun sudah lebih 50 tahun tidak ada usaha untuk ke arah itu malah lebih membanyakan dan menggalakkan perkara-perkara haram ini sehingga dibangkitkan dalam Parlimen baru-baru ini.
Situasi hari ini meyakinkan saya,tindakan Al Azhar tidak masuk campur dalam isu PENGHARAMAN PARTI BERASASKAN AGAMA di Mesir adalah benar dan betul.Terlampau yakin sesuatu kumpulan itu berada di pihak yang HAK,sampai orang DAP membaca ayat AL Quran pun dikatakan benar dan betul malah dipuji.Apakah mereka yang merasakan dirinya di pihak hak itu tahu,orang YAHUDI ramai yang tahu baca AL QURAN bahkan mengetahui isi kandungannya dengan tepat seterusnya memutar belitkan tafsirannya untuk kepentingan mereka?
Sesibur : DAP baca quran salah ke?. Kat negara-negara lain non muslim baca Quran tak da pulak sampai keluar kenyataan Haram.Boleh lihat sendiri di Mesir ini. Apakah tafsiran yang mereka keluarkan salah?. Saya yakin saudara seorang yang faham dengan bahasa arab dan saya minta agar saudara keluarkan penafsiran yang DIKATAKAN SALAH itu. Nyatakan yang Hak dan jangan sembunyikan. Kemungkinan kami juga terlepas pandang berkenaan hal ini. Tetapi tiada salahnya saling tegur menegur. Jangan jadi ulama' yang dipolitikkan. Bila nampak benda Hak takut nak nyatakan. Saudara ezo, jangan jadi tungangan dunia, jangan jadi tungangan orang yang beragama tetapi mencerca dan menghina agama mereka sendiri. Jadilah manusia yang berpendirian, ISMA pon ok, UMNO pon ok. Mana satu hala tuju dan pendirian saudara.?

Sesibur : Inilah sikap seorang penuntut ilmu yang SANGAT TAKUT dengan kebenaran. Mereka-mereka ini seboleh-bolehnya ingin meneggelamkan SUARA KERAMAT mahasiswa/wi terutamanya di bumi Mesir ini. Cukuplah apa yang mereka lakukan terhadap kita (pada entri sebelum ini telah dinyatakan). Mahasiswa/wi sekarang bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung boleh dibawa ke mana-mana saja. Tetapi mahasiswa/wi sekarang sudah dapat menilai mana yang HAK dan mana yang BATIL. Jadilah mahasiswa/wi yang terbuka mindanya bukan tertutup rapat sehingga isu-isu mahasiswa terutamanya diketepikan dan isu-isu negara Malaysia tidak diendahkan.


====================================================================

Tiada ulasan: