Isnin, 19 Oktober 2009

Keperihatinan Pihak Atasan Melambangkan Ciri-ciri Pemimpin Pilihan

INFO ZAGAZIG 18 OKTOBER 2009: INFO KINI kali ini ingin mengimbas kembali Satu kemalangan jalan raya yang berlaku seminggu lalu melibatkan 7 orang pelajar Malaysia di Lebuhraya Bilbis - Kaherah antara lori pengangkut barang (trailer) dan mikrobas. Kejadian kira-kira jam 7.00 malam itu berlaku pada malam 11 Oktober 2009.
Diantara yang terlibat dengan kemalangan Sumber: picture dari blog-blog warga zagazig

INFO KINI mengucapkan ta'ziah diatas perkara yang menimpa ketujuh-tujuh pelajar terbabit. Disini bukan admin berniat nak melaporkan hal kejadian kemalangan tersebut, rata-rata sudah memaklumi peristiwa yang berlaku. Apa yang admin ingin kupaskan disini, admin agak merasa gembira dengan keperihatinan dari pelbagai pihak atas peristiwa yang terjadi ini. Pihak-pihak seperti Pegawai negeri, kepimpinan BKAN&PMRAM,PERUBATAN PUSAT,DPM dan rakan-rakan turun menziarahi mangsa, yang perkara tersebut sedikit sebanyak boleh mengurangkan bebanan sakit mangsa.

Dikhabrkan syamsul bakri sudah cergas dan mampu bercakap seperti biasa sekarang. Tiada kecederaan teruk dilaporkan Sumber: picture dari blog-blog warga zagazig

Tertarik dan kagum dengan seorang Ahli Parlimen dari kedah yang bernama YB Tuan Guru Taib Azamuddin (Bekas Imam Negara) diatas keperihatinan beliau atas nasib yang menimpa mangsa kemalangan. Baru-baru ini, Info Kini mendapat maklumat, YB Tuan Guru menziarahi mangsa kejadian. Apa yang mengagumkan, YB sekeluarga datang dari lain tempat dan bertolak dari mansurah ke zagazig hanya dengan menggunakan tramko penganggutan awam biasa yang sedia tahu zahmah dan berserabut. Bersifat seperti ini agak sukar ingin kita lihat dari pimpinan-pimpinan negara kita yang lain sanggup melakukannya. YB dan keluarga menziarahi Syamsul bakri dihospital universiti dan beberapa mangsa juga berada disana khabarnya, membolehkan YB dapat menziarahi sebahagian besar mangsa kejadian. Sempat juga YB menyampaikan buah tangan kepada ketujuh-tujuh mangsa. Amat baik contoh dan tauladan yang ditunjukkan oleh YB, ini mencerminkan kepimpinan yang boleh di yakini, dan perlu dicontohi oleh pimpinan negara yang lain.

kunjungan YB Tuan Guru Taib Azamuddin ke hospital dan kerumah mangsa kemalangan Sumber: picture dari blog-blog warga zagazig

Dikhabarkan, YB sempat memberi taujihad kepada mangsa kemalangan dan warga mahasiswa yang kebetulan berada disitu, serta banyak nasihat-nasihat dan ilmu-ilmu berguna disampaikan oleh beliau pada hari ziarahnya ke zagazig. Terima kasih kerana memperlihatkan satu contoh kepimpinan yang baik kepada mahasiswa mesir. Ini akan membolehkan minda mahasiswa terbuka.

Berikut dibawah adalah petikan ringkasan berita berkenaan kemalangan jalan raya yang berlaku seminggu lalu melibatkan 7 orang pelajar Malaysia di Lebuhraya Bilbis - Kaherah
====================================================================

Satu kemalangan jalan raya yang berlaku seminggu lalu melibatkan 7 orang pelajar Malaysia di Lebuhraya Bilbis - Kaherah antara lori pengangkut barang (trailer) dan mikrobas. Kejadian kira-kira jam 7.00 malam itu berlaku pada malam 11 Oktober 2009. Kemalangan itu membabitkan 4 orang pelajar jurusan Perubatan dan 3 orang penuntut di jurusan Pengajian Islam universiti Zaqaziq. Kejadian berlaku disebabkan pemandu mikrobas cuba mengelak kenderaannya dari terlanggar bahagian belakang lori yang tiba-tiba muncul kerana pemandu mikrobas itu tidak memasang lampu kenderaan dan ditambah dengan keadaan lebuhraya yang gelap tiada lampu. Para pelajar Malaysia yang terlibat di dalam kemalangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Mohd Al Hidayat B. Khalid [Pengajian Islam]- Stabil, Kos perkhidmatan di wad
tersebut hampir LE 300.

2. Abd. Hadi B. Mohd Zuki [Perubatan - Kedah] -Patah Kaki Kanan dan cedera kaki kiri,Kos rawatan dianggar LE 800.

3. Anas Zarif B. Haron [Pengajian Islam - Perak] - Stabil Kos rawatan dianggarkan LE 300.

4. Syamsul Bakri B. Osman [Perubatan - Kedah] - Menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti, namun sehingga sekarang beliau masih lagi berada dihospital bagi meneruskan rawatan susulan.
Sumber: picture dari blog-blog warga zagazig

5. Abd Hakim B. Suhimin [Perubatan - ] - Stabil, tidak mengalami kecederaan berat.

6. Wan Zaimu Azmer B. Wan Abu Bakar [Perubatan - Terengganu] - Stabil, tidak mengalami kecederaan berat.

7. Salehuddin B. Mohd Jahar - [Pengajian Islam - Selangor] - Stabil dan cedera ringan.


Sumber: picture dari blog-blog warga zagazig
====================================================================

Tiada ulasan: