Sabtu, 3 Oktober 2009

14 orang student kena sorok di musallas asyir. pegawai rumah negeri naik angin

INFO WISMA BKAN KEDAH ASYIR CAIRO 3 OKTOBER 2009: Baru-baru ni, terbongkar satu kes yang dilakukan oleh satu agensi medic yang bernamakan kitab suci. Agensi medic ni dia ada di tiga tempat sahaja, kaherah, mansurah dan zagazig yang teramai. Apa yang berlaku, Agensi ni menanamkan tanaman fikiran pada budak-budak medic bawah mereka supaya jangan bercampur dengan warga wisma-wisma rumah negeri/BKAN. Erti kata lain, menyekat kepada pelajar medic bawah mereka tidak kerumah negeri masing-masing, dan larangan berhubungan dengan persatuan rumah-rumah negeri. perkara macam ni dah kira melanggar hak asasi manusia ni,

Macam mana perkara ini boleh terbongkar, ni disebabkan satu hal yang berlaku, Agensi tersebut melarang semua student bawah mereka berhubungan dengan pentadbiran rumah-rumah negeri. Student-student yang bawah mereka antaranya 14 orang student dari negeri kedah. 14 student kedah nilah yang membolehkan rahsia ni terbongkar.

Apa yang berlaku, dalam ramai-ramai student agensi medic ni, terdapat juga 14 orang student negeri kedah. Pegawai rumah negeri kedah dapat tahu, anak negerinya yang berada bawah agensi medic ni dilarang untuk berurusan dengan pentadbiran rumah negeri kedah, larangan tersebut mestilah berkaitan dengan pihak pengurusan agensi mereka dimesir ni termasuk oleh pegawai dari agensi terbabit (pegawai dari malaysia yang ada menguruskan student dimesir buat masa ini). Bila pegawai kedah mendapat tahu berita ni, menyebabkan pegawai rumah negeri kedah ni marah, kerana ini seolah-olah cuba membelakangi undang-undang dan mencabar pentadbiran rumah negerinya.

Bertambah lagi, berita yang diterima, student-student bawah jagaan agensi ni diletakkan ditempat yang tidak sesuai dihuni pelajar malaysia iaitu di musallas. Musallas ni nuh kat akhir syare'/jalan, musallas tu selepas akhir mahattah asyir kemudian terus lagi nun jauh, tempat tiada warga malaysia huni disana. Budak-budak ni diasingkan bagaikan orang kurungan, macam dipenjara, tidak dibenarkan bercampur gaul dengan orang lain. lagi sadis.. bila dah berjauhan ni, sapa yang uruskan makan minum mereka ni, urusan kehidupan mereka, hal rumah mereka n macam-macam lah. Tengok kes ni, dah macam kes pelajar baru rumah terengganu baru-baru ni yang disekat dan dikurung macam anak ayam, sekat supaya tak berhubung dengan abang-abang dan kak kak lama. Cumanya kes BKAN terengganu ni, yang melibatkan student baru terengganu yayasan akibat dari perancangan busuk dan kotor pegawai ganu, nadi umno dan isma. Tapi yang melibatkan kes BKAN kedah ni dari badan lain pula, penyelewengan yang berlaku dari ABIM pulak sebab agensi ni bawah abim 100%, heronye pegawai kedah pulak.

Sebenarnya, pelik juga admin, mengapalah negeri yang ditadbir kerajaan pusat menghantar pegawai yang teruk-teruk, semacam nak menekan pelajar dan beri tekanan hebat pada pelajar mesir pulak. Sebelum ni negeri selangor, hantar pegawai cek latib, tak leh si latib ni ghanyang student kira tak cukup power, so hantar yang lagi hebat sikit, pegawai yang dihantar jenis bermasalah didalam jabatan agama negeri bawah kerajaan, ada masalah rekod yang teramat tak baik, tuh deghis nuh, pah tu hanto ke mesir untuk ghanyang student. heboh satu mesir, pegawai selangor sebelum ni menyusahkan student, cop student pro pembangkang lah itu lah ini lah n sekat zakat, sekat tak bagi masuk rumah negeri, halau student dari rumah negeri time student exam n macam-macam.

Ni negeri ganu lak, dihantar pegawai yang monopos, erti kata lain, pegawai yang direjec oleh rakyat, kalah betanding parlimen katanya, n orang yang bermasalah didalam umno, so orang-orang macam ni dihantar ke mesir untuk tibai student, yang kononnya student mesir ni kebanyakkannya pro pembangkang. aduh... politik sengal namanya ni. kot iya pun, janganlah libatkan mahasiswa dengan politik kotor masing-masing. bohsang lah!!! kami nak belajar dengan aman.. ta mau ada politik-politik paksaan dan picisan dibawa kepada kami.. lantak ler budak nak sokong sapa pon, tu haq masing-masing, janji jangan ada berpolitik. ni, paksa-paksa lak orang sokong politik sempit parti dia time belajar ni. lantak budak lah nak sokong pas ka umno ka dap ka pkr ka sapa ka..siswa siswi da besaq panjang dah, pandai-pandai lah bebudak student nak pilih mana dorang suka. Bukan semua student suka politik, tak banyak peratus pon, so sian student-student ni, tak pasai-pasai kena juga, tak dapat zakat n kena halau dari rumah negeri n macam-mcam...aduhhh...sengal jugak pegawai-pegawai yang macam ni.

Sambung pasal kes 14 student kedah ni, dapat info yang pegawai agensi medic ni kerap ulang alik ke rumah kedah, student-student selalu nampak dia kat dataran, takda lain lah tu, terpaksa mengadap pegawi kedah jelas keadaan. erm, nak jelaskan apa lagi, pekung dah tersebar, kalau pegawai kedah maapkan pong, mahasiswa malaysia mesir dah tahu, dah kecoh, agensi medic ni kurung studentnya macam dipenjarakan supaya tak campoq abang-abang dan kak kak lama BKAN, entah apa yang ditakutkan, sebijik dah macam kes penginayaan terhadap BKAN ganu dan student baru mereka. ni apa nak jadi isma, abim nih, nama NGO islam tapi kerja tak lambang ciri-ciri islam. nadi umno takyah cerita lah, budak-budak dia pon sembahyang entah mana, ka isma n abim dah jadi macam nadi umno sekarang? tinggal nama ja islam. tak ada kerja baik ka nak buat.

Admin sarankan, kalau nak laksanakan NGO islam, so kenalah atas dia ulama' sebagai rujukan dalam perlaksanaan. kalau nama ja NGO islam, tapi yang duk bawak ikut kepala hotak sendiri, tu yang jadi gerak kerja NGO jadi lari dari dasar islam. Mintak muhasabah lah, bukan apa, semua orang dah meluat tengok hangpa, gerak kerja tak sikit pong macam NGO islam. Jangan jadi macam SISTER IN ISLAM, nama ja islam tapi perjuangannya dah macam NGO kristian, kira dah macam penularan kristianisasi. So semua ummat, jaga-jagalah, takut kita silap masuk, cadang nak masuk NGO islam, tapi tesilap masuk, termasuk NGO nama ja islam pembawakan sekular. Nau'zubillahi min zalik lah.

7 ulasan:

Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia berkata...

Assalamualaikum wbt.
Salam Persaudaraan, Salam Keamanan..

Kata hikmah, mata pena lebih tajam dari mata pedang.. kadangkala dihunus untuk menegakkan kebenaran, kadangkala tidak disangka terhunus mengakibatkan kekejaman..
Usaha menjatuhkan agensi2 SESAMA ISLAM yang lain amatlah tidak bermaruah selagi tiada langkah menyelidik dan memahami budaya agensi tersebut.. Dalam erti kata lainnya, memahami secara mendalam perjuangan mereka, misi dan visi, motto serta halatuju.
Sedari dengan jelas, MUSUH UTAMA kita sebenarnya KAAFIRUUN, bukan sesama Islam..
Sekiranya tindakan sebegini yang dilakukan, menggambarkan ketidak-professional-an, ke-tidak-matangan, serta runtuhnya akhlaq segelintir umat Islam yang tidak menghormati saudara se-Islamnya yang lain. Malah, merasakan diri mereka serba tahu, dan serba betul dalam segala hal, dengan menyalahkan yang lain (yang realitinya - SUATU FITNAH) lalu bertindak mengikut hawa emosi semata-mata dan bukannya AKAL kurniaan YANG MAHA BIJAKSANA..
Fikir-fikirkan-lah..
Wallahu-a'lam..

drbalqis berkata...

salam,apa bgusnya klu awk mengapi2kan lagi perkara ni?mmg da pasti seratus peratus ke perkara ni?betul ka mmg agensi tu BUAT MACAM TU?
sy kat bwh aq x pernah dengar perkara yg dicerita kat atas ni.maknanya,salah.x betul.
berfikir,bertindak,dn menulis sebagai seorg yg berilmu dan sbg muslim.x patut awk memfitnah.
bahasa pun kasar,klu awk sekadar menyampaikan informasi yg betul xpa.tp penulisan awk ni penuh dgn kebencian.x patut..itu bukan profesional.
dan misi blog ni adalah salah satu mmberi kesedaran? kpd pembaca?
kesedaran apa?
sy x fhm kesedaran tu utk perkara apa?
yg sy tgk kat blog ni penuh dgn nafsu.penuh dgn perasaan.emosi.blog ni bwa lebih bnyak pergaduhan..klu nk tulis boleh,tp berpada2la..
cerita2 pasal isma tu mmg sy berterima kasih,tp sampaikanlah dengan cara profesional,jgnla mengapi2kan.semua org dah tahu,x payahla dtambah2 lagi.kenapa nk sgt mmburuk2kan sesama islam?

WAK JURAGAN berkata...

Assalamualikum wrt wbt

Saya sarankan kepada penulis ini BERTAUBATLAH! Lagi banyak anda menulis, lagi banyak fitnah yang anda sebarkan.INGATLAH ALLAH YA AKHI...

INFOKINI berkata...

Terima kasih pada pengkomen ruangan ini. benar, "mata pena lebih tajam dari mata pedang" sebab itu admin mengambil langkah penggunaan jalan mata pena, kerana berjuang itu tidak kesemuanya dan tidak semestinya menggunakan pedang semata. Didalam berjuang takkan semuanya nak berada dimedan tempur bahagian hadapan. Perlu jugak yang duduk dibahagian masakan dan lain2. Begitu juga perjuangan mahasiswa, tak semestinya semua perlu berjuang didalam pentadbian, pena juga dikira perjuangan dan perlu juga yang berjuang bersama pena.

Admin tak tahu yang mana dikatakan fitnah. kalau tulis berita yang terjadi dikata fitnah itu tidak wajar.tetapi menceritakan peristiwa yang berlaku kalau pun ia aib dan disebut bahasa kini sebagai umpatan, ada kalanya ia jadi wajar dan dibenarkan islam, dalil akan menyusul dlm pos selepas ini.

Bahasa kasar yang dikata dimana? adakah admin memaki hamun dan sumpah seranah pada sesiapa didalam post? atau ada admin mencelakankan sesiapa disini? kalau ada minta tunjuk. siapa yang berkait sahaja yang akan merasa bahasa biasa sebagai bahasa carutan atau makian, sapa makan cili dia rasa pedas.

Tentang benar atau tidak berita yanga admin post, mereka yang buka dan celik matanya n bijak berfikir mengatakan ia, dan mereka yang duduk didalam kelambu tidak bersua muka dengan masyarakat dan tidak mengambil tahu hal ummat n tidak peka mengatakan tidak. mereka yang bijak adalah mereka yang berfikir mengkaji setiap hal sekeliling yang berlaku.

Isma berkata...

asslmualaikum wbt..
salam kedamaian..
saya bg pihak yang diibaratkn pihak penulis sebagai "MANGSA" dalam penulisanya(antara 14 org student y dikatakn disorokkn di hayyu asyir musallas)ingin memberikn penjelasan yang benar dan sebenar-benarnye..kepada penulis,kami tidak merasakn susah sebagaimana yang digambarkn oleh penulis bagaikan "PENJARA" pada blog ini..iklasnya,kami tidak sedikit pun merasa seperti yang digambarkn penulis..atau penulis yang merasa begitu seperti cacing kepanasan sehingga menghasilkan blog FITNAH ini??ibarat seperti sebuah 'FITNAH' yang dilemparkn kpada agen ini..nasihat sy..bertaubatla pnulis dgn sbenar benar taubat dan mohonla kemaafn kepada yang difitnah...ssungguhnya,fitnah itu lebih kejam dari membunuh..nauzubillahiminzalikh...

sonic berkata...

salam...
apakah penulis telah bertanya sendri kepada pelajar2 yg disorokkan itu? (mungkin penulis x kenal pun sape pelajar2 yg kononnya terpenjara di mutallas)...kami yg duduk di mutallas x terasa jauhpun dari rumah2 bkan di hayyu asyir. maafla. bg kenyataan
"Musallas ni nuh kat akhir syare'/jalan, musallas tu selepas akhir mahattah asyir kemudian terus lagi nun jauh, tempat tiada warga malaysia huni disana." aduhai penulis...metallas tu x de la jauh mane. jalan kaki 2 minit dah sampai gamek.....over gile tau la ramai ustadz tinggal kat bawwabat...x perlu kot nak menngapi2kan keadaan....cuba selidik betul2, mutallas tu x sampai 200 meter pun dari gamek.( ke penulis x penah kuar bilik sebb asyik dok taip perkara yg melaga2kan semua persatuan@nadi@agensi di mesir ni???) fikir2 kan la....dari dok taip benda bukan2 baik pegi baca kitab2 yg berlambak kt bilik tu....tu lg wajib.

Tanpa Nama berkata...

jap jap
info kini ni tau x ape rumah selangor buat kat student pasal kes sorok sorok?
xyah nak salakan pihak lain kalau pihak sendiri yg buat benda tu.
senang cite senyap je la wey