Sabtu, 10 April 2010

Post penambahan ini juga Tranungkite.net perlu siarkan: " CEGAH MAKSIAT "


Mesir 10 April - Baru-baru ini, entry dari blog INFO KINI telah disiarkan didalam web tranungkite.net. post berkenaan annual dinner tersebut disiarkan melalui postcopy dari satu blog: http://anakfelda09.blogspot.com . Maka itu, admin merasakan didalam post ini, Terpaksa menghurai panjang, bila cerdik pandai dikalangan pelajar atau lain-lain golongan tidak memahami ringkasan ayat (didalam post sebelum).

Mengapa pembaca hanya memahami tulisan admin dengan bacaan satu skop yang dikecilkan? sedangkan apa yang admin sampaikan begitu luas maksudnya, bukan hanya tertumpu dengan apa yang berlaku didalam program annual dinner, mengapa ini yang difokuskan?. Bukankah kita golongan bijak pandai, yang boleh memahami bacaan?. Admin mengulas post dengan mengaitkan gejala diseluruh mesir (bukan fokus hal annual dinner sahaja, yang tidak keterlaluan itu, didalam post tersebut). Bila anda membaca dengan satu nada, dan hanya menumpu dengan hal annual dinner, seolah-olah anda cuba menutup perihal lebih teruk (diseluruh mesir) yang admin cuba maksudkan didalam post tersebut dengan bahasa-bahasa tertentu.

Pembackup-pembackup (yang menyangkal admin) dari pelajar mesir, seolah-olah cuba menutup masalah pelajar dimesir yang begitu banyak perlu diselesaikan, lalu mengalihkan pandangan hal yang tak terkawal dimasudkan admin hanya disatu program, dan pula kononya admin berpandangan salah kerana program itu sebenarnya tidak mempunyai masalah (nak menggambarkan bahawa dimesir tiada masalah keruntuhan dari segi hal agama). Ini satu kesalahan besar, kerana admin tidak menumpu hal annual dinner, tetapi hal yang lebih teruk dari itu yang berlaku diseluruh mesir contoh-contohnya telah dan disebut dalam post ini dan lain-lain post). So, yang cuba digambarkan pembackup ini, dimesir sebenarnya baik-baik belaka, hanya admin yang berpandangan salah. Kalaulah anda kata begitu, maka jawabnya, anda adalah golongan yang duduk dicelahan batu, tidak bermasyarakat, kerana tidak sedikitpun tahu masalah pelajar dimesir. MAKA WAJARLAH ADMIN MEMBUAT POSTING SETERUSNYA BERKENAAN GEJALA MAKSIAT DIMESIR DAN MALAYSIA.

Anda menghujum admin yang kononya admin terlalu kejam menafsirkan hal annual dinner, sedangkan apa yang admin post dan sampaikan bukan fokus berkenaan annual dinner, bahkan ia hanya contoh kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan, dan yang difokuskan admin, adalah hal yang lebih merosakkan selain dari annual dinner, diseluruh mesir yang admin utarakan didalam post tersebut. Nah, maksud inilah yang cuba ditutup. Adakah sebab kita malu bila ditempat kita belajar mempunyai masalah, maka tak perlu disiarkan (supaya diambil tindakan)? malu untuk itu lebih penting atau malu dengan Allah lebih utama?. Sebagai seorang pelajar atau orang yang terpelajar dari kalangan mereka yang belajar di universiti perlulah memahami tulisan ayat dengan mendalam. Kalaulah kalimah-kalimah mudah untuk difahami yang diutarakan admin tidak difahami (bahkan cuba dipesongkan), ini memperlihatkan kita seolah-olah orang yang tidak terpelajar (untuk memahami tulisan-tulisan pembacaan).

Admin kesal, dengan komen-komen yang membuat provokasi, lalu memusatkan maksud admin hanya kepada satu hal iaitu annual dinner ( maksud admin cuba disempitkan), sedangkan apa yang admin sampaikan adalah contoh (dengan mengutarakan satu contoh kesalahan mahasiswa/wi yang tidak begitu berlebihan, contohnya bab aurat dalam program itu, serta menunjukkan rasa protes admin terhadap mereka kerana berbangga dengan kadaan mereka dengan ucapan-ucapan pada gambar di FB mereka sendiri), dan didalam post tersebut bukan satu tuduhan, akan tetapi satu pertanyaan, yang mana sebelumnya hangat diperkatakan berkenaan hal " bilik hotel".

Admin sebenarnya lebih memusatkan hal keadaan dimesir yang banyak lebih teruk dari itu (melalui ayat-ayat susunan secara bersahaja oleh admin), yang mana permasalahan dimesir pada pandangan admin, seperti telah wujud jenis-jenis pelajar yang sering mengunjungi PUB-PUB diseluruh mesir, minum arak, party-party minum arak, bersekedudukan tanpa segan silu seumpama suami isteri dan lain-lain permasalahan yang tidak terbendung (tapi tidaklah seteruk dimalaysia, yang lebih memalukan kerana disana ada pihak berkuasa yang lebih tinggi tidak dapat membendung walaupun dengan mempunyai kuasa), cuba diketengahkan admin untuk kita bersama mengambil jalan penyelesaian setelah pihak-pihak yang sepatutnya bergegas menyelesaikan hal ini tidak beriaksi baik. Apapun, jelas permasalahan dimesir agak terkawal sekiranya hendak dibandingkan dengan pelajar malaysia dinegara luar lain dan dimalaysia itu sendiri. Hal ini mahasiswa malaysia mesir bangkitkan kerana begitu prihatan dengan ISLAM yang perlu dijulang.

pengkomen-pengkomen yang banyak mengkomen bersandarkan terpengaruh dengan komen atas komen (tidak membaca artikel admin dengan teliti), mereka cuba membela pihak tertentu atau lainnya, sedangkan mereka tidak membaca post admin dengan teliti, lalu melenting dengan tidak berhikmah (ambil ayat anda semua). maskud admin cuba dipesongkan. adakah anda hendak menjaga maruah pelajar mesir dengan sanggup memokuskan sesungguhnya maskud admin kemaksiatan itu berpunca dari annual dinner?! begitu kah? kalaulah begitu, sememangnya yang berniat sebegini adalah zalim pada agamanya sendiri. Kerana sanggup menutup maksud admin yang lebih utama dari annual dinner, yang perlu dibenteras diseluruh mesir (kes-kes zina, bersekedudukan, berfoya-foya, meng PUB kan diri di club malam dlln yang berlaku diseluruh mesir). Rasanya tidak perlu untuk menjaga " busuk " yang tidak perlu dijaga kerana membawa mala petaka kepada kita ummat islam, khususnya untuk rakyat dimalaysia.

Marah admin kerana mengayat panjang dalam post ini? jangan marah! sebabnya, admin membuat entry seringkas mungkin didalam post sebelum, tetapi kedapatan ramai cerdik pandai tidak dapat membaca ringkasan karangan dengan tepat, layak kah kita dapat A+ dalam BM? (kalian menghentam bahasa admin yang hancur, sedangkan admin hanya menulis cara bersahaja guna bahasa pasar) yang penting adalah maskud cuba disampaikan dibenak fikiran pembaca dengan gaya mudah bahasa bersahaja, tetapi kita sendiri yang sangat tidak bijak memahami karangan didalam post bersahaja. Lalu terciptalah post panjang kali ini, demi memberi maksud tepat pada pembaca, tanpa mahu ada lagi yang menafsir membabi celik.

Admin sendiri tidak menyukai cara PEDAS, KASAR, BAHASA PASAR, BERSAHAJA, yang admin sampaikan. Tetapi bila bahasa lembut, sopan santun tiada yang mendengar dan membaca dan seterusnya untuk memahami, TIADA. TINDAKAN MEMBENTERAS JUGA KURANG.Maka jalan ini diambil, untuk semua membuka mata. NAK MEMBERI TAHU, MAHASISWA/WI RAKYAT MALAYSIA DIMANA-MANA SEKARANG INI, SUDAH HANCUR LEBUR. HANGUS DITELAN GOLONGAN PENJAHAT IAITU SYAITAN. Jadi apa perlunya kita? Apa lagi, bertindaklah bersama membenteras dengan kepelbagaian kaedah membenteras maksiat yang ada, sama ada melalui teguran face to face, penulisan dan lain-lain. Salam perjuangan buat semua.

9 ulasan:

Fahmi Alex berkata...

admin ialah anonymous, mnusia tak perlukan nasihat dari seseorang yg tak brani mmpamerkan diri sndri... kerana akhirnya akan terkene pada diri sndri juge... trime kasih...


*fikirlah ape yg sye katekn ini

Tanpa Nama berkata...

Dalam Islam, kita digalakkan untuk menyembunyikan kebaikan kita daripada pengetahuan orang ramai, termasuklah dalam perkara yang dimaksudkan dengan kebaikan ialah keinginan untuk menegur dan mencegah kemungkaran.

Bagaimanapun, dikecualikan beberapa perkara yang mana kita perlu menyatakan identiti kita, antaranya ialah apabila kita melibatkan diri dalam bidang penulisan.

Ulama yang mengarang kitab menyatakan nama mereka dengan jelas pada muqaddimah kitab mereka. Kenapa? Adakah disebabkan mereka riak? Tidak, tidak sama sekali.

Ia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memudahkan urusan rujukan semula apabila terdapat kesalahan dalam penulisan, atau untuk mendapatkan penjelasan jika terdapat ketidakjelasan dalam penulisan mereka.

Dalam bahasa yang mudah, dapatlah kita katakan bahawa kita perlu bertanggungjawab atas penulisan kita.

Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.


Wallahu'alam...


.

Tanpa Nama berkata...

azizi,
sudahla ko, pandai berkata-kata sahaja. sape di mansurah ni yang x kenal dengan sikap and socalled prinsip ko tu. aku nk tny ko, mcm mane eh cara ko berdakwah dengan berhikmah?
asek nak komen tak tentu pasal.

fahmi,
bukan admin tak mau anonymous, tapi nanti ko tau lah sek2 pukul tu.pukul tanpa usul periksa!!. tgkla kes hanip mahmud camne. BILE TULIS BLOG DIKATA TAK BERHIKMAH, TAPI BILE PUKUL ORANG BERHIKMAH KE TU?

-aku pun terpaksa anonymous-

Tanpa Nama berkata...

aku pun anonymous gak laa..

taun depan,kalau medik2 tu nk buat lagi...kita terjah ramai2...amik gambo banyak2 lagi, aku joinnn!!

takbirr!! tanx for info-kini mnyedarkan aku azhari yg lena

Tanpa Nama berkata...

salam dr mansurah...

mabruk2 admin..tulisan yg benar jelas..jelaskn kpd smue org..beginilah cara yg sentiasa diorg lakukn..diorg mmg akn provok abes-abesan tuk menutup kesalahan diorang..

teruskan menulis demi kebenaran..xperlu tgk sape yg menulis tp tgkla kandungan yg ditulis..rasenye azizi pon dah tau tu kan..org hebat mansurah katakan..

bkn nak kata..tp klo hanya berkata2 hebat baik xyah la..ok bro..teruskn perjuanganmu..kami akn sentiasa bersamammu..

Hamba Ilahi berkata...

ada nama. tapi nama kita bernilai pada manusia saja kan? DIA belum tentu pandang nama.

Tanpa Nama berkata...

-aku pon terpaksa anonymous-

ak dengar tahun depan akan dibuat lagi annual dinner
aku nk bagi amaran, bukan drpd aku, tp daripada Allah!
kalau ade lagi annual dinner tu taun depan, aku rase bukan setakat jaksi pcm turun, aku rase HISBAH PMRAM pon akan turun (ADE GERUN???!!!),xpecaye??? tgkla!!!!!!!!
aku nak tgk time tu golongan2 yg pndi kate berhikmah2 ni buat ape!

p/s : aku ckp bukn atas kapasiti jaksi/hisbah, aku bukan ajk jaksi/hisbah, tp tu jgkaan aku. So jgn sesape memandai nk gi tuduh jaksi or hisbah lepas ni!

Tanpa Nama berkata...

tahun dpn annual dinner dengan tema 60'an akan diadakan...kali nie lebih besar kerana akan dianjurkan dengan kerjasama pihak universiti... pihak uni dah menjanjikan tempat yg boleh memuatkan sehingga 1000 tempat duduk di dalam gamaah...ha sapa nk dtg tu meh lar...jgn lupa pakaian ikut tema eh...sile2 dtg jgn segan2...

p/s: ceh gertak cam otai2 lak...ingt bebdk nie kanak2 ribena ker apa...haha...

Fahmi Alex berkata...

*ni balas kpd tanpa nama komen no.3.

kamu nampak tak azizi tu sndri brani mnyatakan pndirian die...kmudian ape yg kamu kata pd die?
"sudahla ko, pandai berkata-kata sahaja. sape di mansurah ni yang x kenal dengan sikap and socalled prinsip ko tu. aku nk tny ko, mcm mane eh cara ko berdakwah dengan berhikmah?
asek nak komen tak tentu pasal."

oh ok kes hanif kne pukul..jadi kamu nak kata hanif tu pnakut la? skurang-kurangnye die brani mngaku yg die tak buat psal surat tu...n then tengok camne die...smue org backup die btol tak? eh kjap, hanif mahmud kene pukul ke? KENE PUKUL ATAU TIDAK? selidik sndiri...

kamu nak kata orang, tengok diri sendiri la...at least azizi tak bachol!! kalo die nk kene pukul, kamu ingt die lari? kalo kene pukul pon, kamu ingt die akan buat blog baru tanpa nama, kmudian tulis macam2 sperti admin ke?
org macam azizi ni org akan respect lebih dari orang cam admin ni...

kamu tu lebih jahat dari azizi, lagi hipokrit! lagi munafik!

*btw, hipokrit kalo translate dlm bhase arab mksudnye munafik...