Sehingga jam 3.30 petang, jenazah masih berada didalam hospital, untuk tindakan lanjut urusan mengeluarkannya yang melibatkan polis mesir. Lewat Jam 7.30 malam jenazah masih belum dapat dikeluarkan bersangkutan dengan masalah tasrikh. Jenajah insya'allah akan disembahyangkan pada esok hari. Esok akan diadakan Solat Jenazah Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin Bertempat di Dataran Hayyu Asyir, dijangka jam 10 pagi.
Maklumat lain, ibu kepada Allahyarham Hafizul Husna dalam perjalanan ke mesir untuk melihat anaknya buat tatapan kali terakhir. Ibu Allahyarham akan sampai ke mesir pada pagi esok, moga si ibu sempat ketemu anak tercinta sebelum dijenazah disemadikan.
Ibu saudara kepada Allahyarham juga berada dimesir, merupakan mahasiswi tahun empat beserta nenek/opah kepada Allahyarham juga berada dimesir. Opah kepada Allahyarham dimaklumkan merancang untuk pulang 20 April ini. Apapun, Moga pemergiannya Allahyarham dicucuri rahmat Ilahi serta ditempatkan besersama insan-insan soleh diakhirat.
Sakaratul maut mengintai kita walau dimana kita berada. Oleh yang demikian, marilah bersama mengingati mati " zikrul maut " moga mengingatinya mampu menginsafkan diri kita, dan selanjutnya takut untuk bermaksiat dan alpa dengan kehidupan dunia.
Sama-sama kita doakan supaya Roh Allahyarham, Muhammad Hafizul Husna, dirahmati Allah SWT. Sebarang laporan, atau berita yang lebih tepat, sila rujuk dalam web persatuan
1 ulasan:
Takziah kepada ahli keluarga beliau. Especially to Kak Yong Azizah dan Abang Lan, Sesungguhnya Hafiz seorang anak yang baik pada pengamatan saya yang mengenali beliau sejak kecil semasa belajar di Ehya. Moga Allah menempatkan roh beliau dikalangan mukmin yang soleh.InsyaAllah.
Catat Ulasan