Ahad, 25 April 2010

Bagi anda BARISAN atau PAKATAN akan menjadi JUARA hari ini?

Malaysia Hari Mengundi 25 April: - Seperti yang dijangka, hangat lagi meletop. Suasana PRK hulu selangor memang mendebarkan, sama ada bagi pihak Parti bersatu Pakatan Rakyat atau Parti bersekutu Barisan Nasional, saling berdebar-debar. Kalau dilihat, habis kesemua kepimpinan penting bagi BN dan PR turun padang untuk menarik hati pengundi. Pimpinan PR dari lim kit siang, Tok guru Nik Abd Aziz, presiden Pas Tok Guru Haji Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Tamrin anak bekas timbalan PM Tun Ghafar Baba dan pimpinan-pimpinan PR ternama lain. Pihak BN pula menurunkan dari atas sampai bawah, Pm sendiri berkempen habis-habisan, TPM juga ada, Bekas PM Tun Dr.Mahathir dan lain-lain. Semua bersemangat memenangkan calon masing-masing.

Apa petanda ini semua? Boleh dilihat, pilihan raya kecil kali ini mencerminkan PRU akan datang yang sudah tidak lama lagi. PR sudah begitu bersedia mengambil alih pentadbiran negara, BN risau dan cuba kekalkan Apa yang ada. Jadi masing-masing sedaya upaya untuk memastikan calon dipihak masing-masing memenangi kerusi parlimen hulu selangor kali ini. Ini kerana kawasan parlimen P094 ini sokongannya sama rata. BN boleh dikatakan mendapat 50% sokongan, dan PR juga dibayangkan 50% sokongan. Mana-mana diantara BN dan PR, memenangi kerusi parlimen ini dengan mejoriti agak besar, mampu menggambarkan pihak mereka mungkin menjadi pilihan rakyat disemua kawasan di malaysia, itu dari segi memenangi jiwa rakyat.

PR menyatakan, semalam memperlihatkan sokongan mejoriti cina menyokong PR sebanyak 78%. Lim Kit Siang menyebut, sekiranya pengundi cina menyokong sebanyak 85% dari mereka, mampu memenangkan calon PR dengan agak selesa kali ini. manakala PR mensasarkan sokongan melayu agar sedikit bertambah. BN pula selesa dengan sokongan tinggi dari kaum melayu, tetapi cabaran BN bila mereka meletakkan calon bukan Melayu. BN cuba menguji sokongan bila sekali lagi berani meletakkan calon bukan melayu di kawasan melayu ini. Dibawah merupakan kajian dari Zentrum Future Studies NGO bebas.
Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua belah pihak. Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.


Pemuda sokong Pakatan


Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.
sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.

Sementara itu, semakan dengan Zentrum Future Studies Malaysia, mendapati Pakatan terus mendahului BN apabila mereka tiba di penghujung kempen.

Berikut statistik yang diberikan.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

Tiada ulasan: