Isnin, 12 April 2010

AWAS! kini Mahasiswi malaysia sering dicabul

sekadar hiasan
MESIR 12 April - Beberapa minggu lepas, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di kaherah mesir. Kejadian tersebut yang melibatkan pelajar perempuan malaysia, dikhabarkan merupakan salah seorang pelajar baru. Pelajar perempuan ini seperti hari-hari biasa selama berada dimesir, menghadiri kelas untuk menadah ilmu. Kebiasaannya akhwat ini ke kelas dengan ditemani rakannya. Sudah suratan Ilahi, pada hari kejadian, beliau entah bagaimana keluar seawal pagi seperti biase tanpa berteman, kawannya telah menawarkan diri untuk menemaninya keluar ke kelas, akan tetapi pagi itu, entah mengapa dia keluar berseorangan, mungkin kerana tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia sendiri sebenarnya tidak biasa keluar berseorangan.

Sudah takdir, hari itu dia keluar ke kelas berseorangan, tujuan mulianya untuk menadah ilmu, berhadapan dengan ujian pahit, yang sukar ditelan oleh mana-mana wanita. ketika hendak ke kelas, dia menaiki tremco seperti biasa. Saat menaiki tremco, didalam tremco tersebut penuh dengan penumpang, mejoritinya lelaki (arab). Setibanya tremco tersebut, di satu kawasan mahattah, kesemua penumpang turun. Ini membuatkan pelajar wanita ini berasa tidak selamat. Takutkan apa-apa terjadi, kerana semua penumpang telah turun, dia juga bercadang untuk turun dari tremco tersebut bersama-sama dengan penumpang lain.

Kejadian trajis ini berlaku didalam tramco berkenaan. Saat akhwat ini ingin turun dari tremco tersebut, beserta dengan penumpang lain, dia di tahan dari turun oleh kondaktor tremco terbabit. Bila semua penumpang telah turun, pemandu memecut kenderaanya dan dalam masa sama kondaktor menahan pelajar wanita ini tadi dari keluar. Didalam tremco terbabit hanya tinggal penjahat manusia berwajah syaitan ( pemandu dan kondaktor ) serta mangsa akhwat itu tadi (moga dia dirahmati Allah dan diberi penuh kesabaran dari yang esa).

Saat itu, akhawat ini sedang cuba dicabul oleh pemuka-pemuka syaitan itu tadi. Kondaktor menjalankan kerja jahatnya dengan cuba mencabul kehormatan akhawat tersebut disamping pemandu (rakan kondaktor) meneruskan pemanduannya sambil cover line serta melalui jalan-jalan belok yang tidak ramai orang (untuk mengelak dari dikesan orang ramai akan kerja jahat mereka). Akhawat ini cuba mempertahankan diri dengan cuba menelpone rakannya, tetapi digagalkan oleh kondaktor pemuka syaitan tersebut, hanponenya direntap, dan simkadnya diambil dan dipatahkan oleh kondaktor tadi.

Dia bergelut dengan pemangsa, tetapi apalah kudrat seorang wanita. Dia dicabul dengan tidak berperikemanusiaan oleh pemuka syaitan tadi, Allah masih menjaga akhawat tersebut, kerana dia tidak sempat diperkosa. Tetapi keadaannya ketika itu tetapi menyayat hati. Bajunya disentap hingga koyak, diraba teruk, dalam masa sama, akhawat ini cuba mempertahankan dirinya.

bagaimana akhwat ini dapat selamatkan diri, wallahua'lam. dia tidak menceritakan kejadian pada sesiapa, melainkan pada kawan rapatnya. Ada orang nampak bajunya tercarik-carik, koyak akibat direntap, rambut dah agak terkeluar, macam dah tak terurus.,kerana perbuatan manusia berupa syaitan itu tadi. Akhawat ini dalam keadaan fobia dan troma. Mereka yang terima maklumat tidak bertindak cepat menceritakan kejadian pada pihak sepatutnya mengakibatkan tindakan yang perlu diambil menjadi lewat dan sukar untuk menyelesaikan kes. Hanya setelah seminggu kejadian tersebut berlaku, baru maklumat ini diterima oleh rakannya (mungkin disebabkan mangsa troma)

kasihan pada akhwat ini, moga allah beri kesabaran kepadanya, tentu ada hikmah disebalik kejadian, mungkin janji syurga Allah buat beliau dengan ujian yang diterimanya, kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang, cuma Allah menguji kita dengan tahap yang termampu oleh kita sebagai hambanya.

Kejadian seperti ini buat pengajaran kepada yang suka tempah bencana. kalau dah memang kita menjaga tetap juga terkena, tidak pengapalah, kita telah berusaha, ia takdir. Tapi bila bencana itu dicari sendiri, itu namanya sengaja menempah bala. Kepada para mahasiswi di ingatkan agar lebih berhati-hati dijalanan. Ingat jangan mengambil mudah dengan menyebut: " Ye ke kes macam ni ada terjadi dimesir? i tak pernah kena pun you! You ni saje je nak kecutkan i kan.. tolonglah, janganla nak sempitkan otak, i tak percaya benda macam ni berlaku kat mesir.."

Bagi mereka yang berfikiran seperti diatas. WASPADALAH! telanjur perbuatan tidak terkena tidak mengapa, tetapi TELANJUR terkena musibah adakah boleh berundur? Adakah bila terkena musibah seperti dicabul baru ingin beringat. fikir-fikirkan.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kejadian ni hanya spekulasi saja nk menakut-nakutkan pelajar2 mesir je..tak tau cite nk cite lebih..ape buktinya!!!!kadang nk dpt blog terhangat mule la buat cite panas pasal budak mesir..negara sendiri kucar kacir pun tak setel nk cite mesir plak..pikir la sendiri -songeh

Tanpa Nama berkata...

kadang2 org yg x percaya bende2 mcm nih boleh berlaku kat mesir tu yg sempit otak nye....

Tanpa Nama berkata...

Ntah la..aku pun dengar2 je cite tu..tp betul gak ye...kdang nk buat panas blog je..hampeh btol blog mcm ni..takde keje lain ke nk buat onar je...haram haram punye keje..

Tanpa Nama berkata...

kwn2...tgk la..da dpt blogger no.1 mesir mesti la nk buat citer panas...hahaha...campak parit je...cite da basi...buat la cite lain..

pemerhati berkata...

tergerak hati saya utk menegur komen yg ada sebelum ini.kadang-kadang saya hairan mengapa ada juga yang Tidak cuba memahami keadaan.jd apa salahnya jk kita cuba mberitahu dan mgkhabarkan kejadian spt ini agar stiap org berada dlm lngkah bjaga2 ktk berada dluar kwsn rmh..ataupun ktk berada drumah..kita perlu tahu.tidak kira dmana pun kita berada...benda sprt ini tetap akan blaku..bila Allah telah tetapkan qada' dan qadar seseorg itu.maka ianya tetap akan berlaku.. hatta berada di negara yg dkatakan islamik.. tak mahu mempercayainya..? sedgkan lebih baik kita ketahui dan snantiasa berwaspada dgn keadaan skeliling. kalu tak mahu percayai sekalipun.. cubala ambil ikhtibar dgn apa yg blaku...kalu tak percaya..Jgn mudah mengeluarkan kata2 yg tak berfaedah.sbb Anda sndr adalah golongn yg terpelajar. Buka minda Anda...

Tanpa Nama berkata...

skdar nk komen jgak la kpda 'tanpa nama yg 4 tu'..hmm.klau entum mhukan bukti, jumpa sndri dgn ketua hisbah pmram sndri. korang nk bukti yg mcmna? nk tau akhwat tue ke yg hmpir kna rgol? pastu kmi dedhkan yer?..hmm. tpi korang tak dpt hyati ker aib seorang wanita muslimah bila dketahui? apa untungnyer, kmi ddhkan..jadinyer, klau korang nk tau btul2, pi jumpa ketua hisbah Pmram..aib seseorng lbih elok dsmbunyikn drpd dwar2kn..aptah lgi bukan slah dia ...tak yh lah nk kata ni spekulasi..inzar msti kna dkuatkn supya mslh kslmtan nie, tidk diabaikn..brpa byk mslh sosial brlaku kat sni ditmbh lgi dgn keaddn kslmtan yg mruncingkn..buka mnda entum. ..aku stuju dgn pmrhati.

Tanpa Nama berkata...

da same2 tulis komen..same2 stuju la..boleh la

ana muslimah berkata...

takotnyeee ;(

Tanpa Nama berkata...

TANPA NAMA 1,3 & 4....
tak nak percaya pun kurang2 amik la iktibar... jangan angkuh & sombong sangat... kita ni ada kat bumi yang banyak sejarah Islam,syuhada' & anbiyak... karang tak pasal2 awak yang kena (nauzubillah)...
bukan mendoakan yang buruk... sekadar peringatan

Tanpa Nama berkata...

percaye2

Jackster berkata...

die ckp kena cabul dgn pemuka-pemuka syaitan bkn kne cabul dgn lembu, ape x logik sgt ke, xnk caye sudah tp yg nk kutuk2 sgt tu buat pe, mslh ar org2 cmni

amek la pointnye, die bkn nk buktikan yg ade kes ni, die juz nk suh amek iktibar, tu pn x paham2

mentang2 x puas ati abes sme mende die tules pn korg nk kutuk, ape jadah ntah "haram haram punye keje.."

Tanpa Nama berkata...

dakwah dan perigtan Allah jdkan berbagai cara penyampaiannya...ade yg menakutkan...ade yg mengembirakan supaya ummat manusia mengingati DIA... Allah jg melarang hambanye meltkkan dri kepda kecelakaan... peringatan sudah di beri....ambil lah iktibar... kita ummat manusia haruslah saling igt-mngingati...

... manusia jahat dan baik ade mane2 jer...iman dan taqwa je pengukurnye... D

Ibnu Ir Fadzil berkata...

Liputan Langsung Di Muktamar PMRAM ke 77 di http://ibnuiradzil.blogspot.com

chenurulhusna berkata...

semoga dilindungi oleh Allah.

penegur berhikmah berkata...

kepada sesiapa yang xpercya dan meperlekah nasihat ni,,buat la sesuka hati nanti kena kt muka sendiri bru padam muka,,ko 2 perempuan aku ni laki xkena rogol org suh beringat nk tunjuk ex...ape sei!!!

pikirlaaasket berkata...

salam..... pergh!! tanpa nama... xakn ko nk tnggu negara ko setel dlu bru nk bertindak, buat keje2 laen? kalo cmtuh sampai bler x setel. yang dikejar x dpt, yg dikendong berciciran. Cubelah jadi orng yg berilmu sket bler berkate2 tue, nmpak sgt ko nie x matang dlm hal2 cmnie. orang bg nasihat/peringatan/pengajaran pun dh xnak makan, abis tue ko nak ape, nak smpai diri sndiri kene dlu baru nk terhegeh2 menagngguk kapla trime kebenaran??! kalau xnak bodoh terpalit dimuka, berfikir dlu sblm berbicara....
wsalam....
p/s= tak paham-orng-zaman-skang MODE is activated

komen 2 & 4 berkata...

hampeh gler yg kate bnde2 peringatan gnie buat onar.... biar lah x betul ke....betul ker.. yg penting pengajaran tue ader. Mmg HARAM nyer keje.

kwn2, tngok laa... orng2 berfikiran smpit, sume bende dyer xnak trime. Baik cabut otak ko gie cmpak parit je, otak dh basi.... hampas!!

Tanpa Nama berkata...

ho molek doh kalu jadi sungguh pun,pade muke akhwat2 y tak dengar kata,ke pihak persatuan duk peringat sokmo jangan duk mikir bodo,jale tu jangan jale sore,biar ade kawan n musriff,doh tak dengar jugak pade lah kalu kene sungguh pun,biar reti n jadi pengajran ore lain deh,ore debar rkb dulu

IrfanTijari berkata...

Kurang2 pun buatlah laporan polis dan laporkan pada Kedutaan. Bagi salinan laporan tu kat sini. Kalau susah sgt, lepas tulis laporan tu ambik bukti pakai gambar. Benda kalau betul, tak basinya. Orang nak sekarang ni bukti kalau enda tu betul berlaku. Tu yang penting.

Bukan dalam Quran kata "Apabila orang fasiq membawa pengkhabaran maka siasatlah kebenarannya"

Benda ni kisah lama, naik bosan dah aku dengar. Jadi kalau boleh tolong bagi apa2 sumber untuk kuatkan kenyataan tu. Sekian

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wbt..

kepada yang mahukan bukti..
untuk ape ye??
kalau kes yang tersorok mcm mane nk bukti??nk bgtau kedutaan??agak2 ape kami nk mulekan tyme bersua dgn pegawai tu??agak2 ape feedbacknye..maybe korang (ikhwah),bolela ckp ala citer je yg sebenrnye..
tapi kami (akhawat),sgtla sush nk ckp..malu sgt2 ..
ape perasaan kalau diraba??terkedu xtau nk buat ape..tergamam.even tyme ramai ngn kwn2 pon..still bole kene kacau..ni bole logik kot kalau sorang2..
pada manusia2 yang xpercaya tu..suke hatila..
tp bg akhawat yang kt egypt ni..kene la jage diri juge..
jgnla pakai yang agak menonjol..sebb yg kene kebanyakkannye mereka yang pakai baju kurung dan yang pakai jubah..
sampai satu ketike kami phobia nk naik tremco,dan tunggu pelajar lelaki naik then ikot sekali..biar la org ckp gedik ke naik ngn boys..tapi,ALLAH je yang tau nape..

IrfanTijari berkata...

Banyak khabar angin yang tidak terbukti kesahihan tersebar dan diceritakan seperti memang benar2 terjadi.

Penceritaan pada thread ni amat lemah, tiada sebarang perincian pun tentang kejadian yang hanya disebut secara umum dimana pembaca tak boleh nak kaitkan dengan apa2 pun, terlalu umum. Yang hanya disebut, pelajar malaysia,naik tremco,hampir dirogol. Yang lain, kosong..jalan mana yang dipilih, tremco dari mana ke mana? Masa dengan tepat? siapa yang menyelamatkan? Saksi pertama selepas tu? pelajar kuliah apa? langsung tidak disebut.

Tajuk itu pulak membayangkan seolah2 mahasiswi Msia menjadi favourite penjahat Mesir, padahal wanita2 arab mesir pun banyak yang menjadi mangsa.

Tujuan baik, tapi cara salah. Maka tetap salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Rasa selamat adalah nikmat, jadi sesiapa yang menyebarkan khabar angin untuk menghilangkan nikmat tersebut, pada pandangan saya adalah salah, tak kira sebaik mana niatnya.

lebai rempit berkata...

yer lah korunk nih... rasa x perlu kot nk hebah cerita2 gini.. kalu benar ini benar mungkin akan terbuka aib si mangsa tersebut.. so saya harap tu empunya blog sudah2 la buat kisah2 x pon sengaja buat kontolbesi mahu cari populariti.. try la buat kesah cara lain yg agak dalam cara lebih berhemah.. kita sama2 da belajar dok luar negara so kasi la kepala fikiran tu buka sket.. kata dok kat mesir.. alim ulama pon byk.. so jadikan la diorg sbg tempat rujuk.. benda ini perlu walaupun tidaak selalu.. tidak ade ruginya kalu kita bertukar fikiran.. bg yg mahukan bukti rasanya tidak perlu ini lebih kepada mencari siapa mangsa tersebut.. setiap insan ade kelemahan jadi kita sebg muslim perlu pertahankan muslim yg lain, bersatu kita teguh bercerai semua lumpuh..

Tanpa Nama berkata...

assalamua'laikum,
kepada semua....
sebenarnya, kejadian yang di ceritakan ini memang berlaku dan memang ramai sahaja yang kena.
kenapa x percaya, kenapa nak kata orang menipu? x kena teruk, kena....hmmmm,knapa orang bagi peringatan, tapi kata orang macam2, jangan la kita menghukum orang yang nak memberi peringatan tu itu dan ini....x tau la nak kata macam mana...trima kasih sangat pada yang cuba tolong.....pada semua sahabat, berhati2 x kira ikhwah atau akhawat...sama sahaja,
orang tinggal disini, orang tahu apa yang terjadi.
wallahu a'lam, wassalamua'laikum.

saya berkata...

"Tajuk itu pulak membayangkan seolah2 mahasiswi Msia menjadi favourite penjahat Mesir, padahal wanita2 arab mesir pun banyak yang menjadi mangsa."

mudah bukan untuk berkata2?... ana rasa apabila si penulis mengaitkan dengan pelajar malaysia, itu menunjukkan bahawa penulis cukup prihatin dengan akhawat2 kita. Untuk wanita2 arab, itu sudah cerita lain. bila kita prihatin salah... bila kita biar adakah itu tidak mengapa? lihat saja akhawat2 malaysia dibumi Mesir sekarang, bagaimana keadaannya? enta sendiri boleh lihat.... harus diingat, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Apabila seorang akhawat sudah mula pandai berperangai, yang lain turut sama terkesan.

Tujuan baik, tapi cara salah. Maka tetap salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Rasa selamat adalah nikmat, jadi sesiapa yang menyebarkan khabar angin untuk menghilangkan nikmat tersebut, pada pandangan saya adalah salah, tak kira sebaik mana niatnya.

Ouh, nikmat apa ya saudara? nikmat berjalan berseorangan ditengah malam tanpa musyrif? nikmatkah itu? fikir-fikirkan kembali..... jangan disebabkan nikmat yang dikejar, habis tergadai maruah diri. Walhal berhati-hati dan berwaspada itu juga lebih banyak membawa kepada nikmat selamat saudara itu. Lebih baik mencegah daripada mengubati, kan? benda telah banyak berlaku, cuma tidak dihebahkan sahaja untuk menjaga keaiban. PERINGATAN DAPAT MENYEDARKAN YANG TELAH ALPA~

SEKIAN

Tanpa Nama berkata...

eerrrmmm.wateva??

akhawat di malaysia berkata...

alahai ~

24:31

Akhawat Mesir berkata...

Salam..

ntahla kenyataan @ x
tp saya rasa ramai ja yg kena raba

antara cara2nya cth:
llk arab sengaja letak anu dia dekat2 dgn paha ppuan mlayu yg sdg duduk sehingga ppuan tsebut dapat rasa bnda tu masa lam tremco & hanya mampu jerit lam hati jer..

cara kedua: (tempat kejadian di Cairo)
masa berdiri dalam bas, dari blakang, llk arab buat ape ntah, tp rasa sumthing yg pelik..

same2 ambil iktibar~

p/s: org tudung labuh + purdah yg kene ginie..
susah nak jage kehormatan even dah bpakaian lengkap, apatah lg yg tbuka sana aini

IrfanTijari berkata...

hurm, kejadian meraba memang berlaku saya pernah sahkan dari saksi mata sendiri(dan mahasiswi di negara Islam yg lain pun cth indonesia). Tapi kalau sampai tahap hampir dirogol tu, dah kes bahaya, bukannya boleh simpan buat pekasam.

Saya bukan hendak menyokong mereka2 yang berpakaian tidak menutup aurat ataupun yang berjalan bersendirian. Tetapi saya ingin mereka yang terlibat mengambil langkah proaktif dan agresif.

Kenapa kita kerap kali bila kejadian ni berlaku, seolah2 tiada apa tindakan yang diambil, kononnya untuk menjaga maruah perempuan terbabit? Kenapa mangsa dilayan seperti pesalah? Sepatutnya nasib mangsa dibela, bukannya disorokkan dan anggap seolah2 tiada apa yang berlaku.

Bukankah tindakan ini lagi bahaya? Sampai bila kita nk biarkan pesalah seksual tu lepas. Sekurang2nya kalau kita laporkan kepada polis, harpannya adalah mabahits yang buat kerja.

Tiada masalah dalam nak beritakan, tapi profesional la sikit, tak perlu dedahkan nama, tapi biar nampak cerdik sikit dalam memberitakan. Janganlah kosong sangat dari fakta.Dan Tunjukkan usaha apa yang telah diambil untuk membantu mangsa.

Akhawat Mesir : Kalau jadi camtu lagi, bangun dan lepuk je mamat tu on the spot, jangan risau, korang takkan kena apa2. Cuma janganlah oversensitif, sbb memang kita faham bas mesir macamana, kadang2 orang belakang nak lalu, yang tgh berdiri tu kena kedepan sikit. Kalau rasa mamat arab tu memang tak siuman, sila2 la gunakan tamparan wanita anda. Tak pun cari mana2 pelajar lelaki yg boleh membantu.

Tanpa Nama berkata...

bg aku samada cter ni btul @ tidak tu x pnting lgpun dia x mention sape mangsa n dari muhafazah mana.. moral dari cter ni adalah kite kene bhati2 n beringat..

Unknown berkata...

please lah jangan pertikaikan pasal sumber ni salah ke, bg cuak ke ape ke.. just pk pengajaran la... stengah org die tktaw , baru dtg mesir, ingat mesir ni selamat dari gejala sosial cm kt malaysia.. itu aje.. khabarkan yg baik tak salah.. tp knape sentiase ade yg tak puas hati tentang kesahihan? susah ke hidop? hehehe..

mr irfan, mmg bes hujah kau.. takut aku :>