-
saya rosmah ibu kepada pelajar yang terlibat:saya mohon kepada penulis bloq menghentikan dgn segera seberan sebegini,,ianya telah memberi tekanan kepada anak-anak yang mahu belajar dgn aman insyaallah sy akan menasihati anak sy supaya tidak membuat a.dinner di masa hadapan
Nak tanya, mana pihak yang ambil cakna kes-kes yang keterlaluan dimesir ini? dari atas sampai bawah, diam kematu, melihat pihak yang bersungguh-sungguh hendak mencegah mungkar berulangkali menyuarakan supaya diambil tindakan susulan, tapi apa yang ada, hanya letih bersuara. Tindakan? tak ada jawabnya.
Artikel sebelum ini, hanya yang saya tinggalkan, komen-komen dari semua pihak yang suka mengkomen diruangan post sebelum ini. Cuba pula anda (yang mengkomen) sekalian fikirkan, adakah komen anda benar-benar untuk membela yang haq? atau sebaliknya? yang bersetuju dengan post saya dan yang menentang keras dengan uslub saya, fikirkan, adakah benar kita bertindak pada jalan yang haq? Masing-masing boleh melihat sejauh mana keikhlasan kita dalam memperbaiki keadaan.
Dan lagi, sudah berapa banyak uslub lembut, " bil hikmah " yang dicanang-canang telah dibuat. anda tahu? ada buat? Dan lagi, berapa banyak uslub yang telah anda buat yang dikatakan bil hikmah itu, benar anda buat? apa yang dilihat peluk tubuh lebih banyak dari beriaksi dalam arena mencegah mungkar, kalau ada yang buat pun, orang itu, itu sajalah, sekelompok dua. Yang ramai adalah si kecut dan takut lebih berlipat kali ganda, dari golongan nak bertindak, dalam masyarakat pelajar kita. Usahkan uslub tegas, uslub lembut pun malas hendak dibuat, mungkin takut orang tidak suka kepada kita. Adakah hendak tegakkan islam, bila orang suka baru hendak dilaksana hukum Allah? Benarkah " Bil Hikmah " itu hanya dengan bersifat lembut, lemah gemalai? benar? mana kita belajar? Cuba cari pentakrifan " Bil Hikmah " tanyalah para ustaz, berapa banyak penafsiran " bil Hikmah " adakah ia hanya dengan cara lembut sahaja atau berserta ketegasan, atau ikut keadaan dan lain-lain atau macam mana? nak cakap kena kaji, jangan mentakrif ' Bil hikmah " hanya dengan kelembutan sahaja tanpa kita tahu apa itu maksud " Bil Hikmah ". perkara ini saya tujukan pada semua khususnya ustaz-ustaz yang kononya hebat, yang selalu mengkomen, " bil hikmah ya akhi ", kepada ustaz-ustaz ini, kaji lebih sikit kot.
Apa pun, dalam banyak keadaan, saya tak salahkan pelajar medic, even berkenaan masalah akhlak, sosial dlln. Bahkan, saya merasa saya sayangkan mereka (didalam gambar) dan sesama kita ummat manusia, maka itu, saya tidak mahu mereka lebih terus leka. moga dengan cara ini walaupun perit, dapat membuahkan kesan baik, kalau tak hari ini esok dan lusa, kalau tidak , mungkin untuk beberapa waktu nanti. Sebenarnya, pelajar agama yang banyak punca angkara, iaitu segolongan pelajar agama yang menunjuki jalan melencong kepada pelajar yang bukan aliran agama, yang sebenarnya mereka tak suka beramal dengan apa yang mereka belajar. membenarkan perkara yang batil, nah! akhirnya pelajar bukan jurusan agama menganggap kepesongan yang segelintir pelajar agama ini bawa adalah benar. Ah! stoplah cerita pasal pelajar agama, memang bohsan.
Fokus, Saya admin memohon maaf sekali lagi dengan kalimah-kalimah yang kurang enak dibaca serta ditontonkan ke halayak umum. Mana kan hati tidak bergelojak hebat, berdetus kencang, disebabkan terlalu banyak perkara-perkara luar jangkaan berlaku dimesir. Dulu, kalau abang-abang lama (mereka menceritakan), dengar sahaja kes yang pelik-pelik dimesir, kalimah tidak dilafaz dahulu, tetapi tangan dan kaki yang bergerak pantas bila mendengar ada yang cuba membuat onar dibumi anbiya' ini.
Saya tidak fokus kepada program yang dilaksanakan seperti dalam artikel sebelum ini (disana hanya berlaku sedikit keralatan mungkin boleh dimuhasabah pada masa mendatang), tetapi kisah sebelum perlaksanaan program yang membuatkan satu mesir terkejut. Saya hanya mengemukakan persoalan, apakah kesudahan dari kisah tersebut. tentang artikel sebelum ini, baca dengan betul,saya tidak menuduh mereka, tetapi saya katakan jangan sampai berlaku seperti di amerika yang bebas meminum arak atau di malaysia sendiri dengan kugiran,band-band,joget lambak dan lain-lain, saya tidak cerita fokus pada anjuran program annual, tetapi untuk peringatan semua perkara seperti ini berlaku dinegara barat dan dimalaysia, mahukah kalian ia terjadi pula dimesir? Alhamdulillah program Annual agak berjalan baik bagi saya, cumanya kesopanan dari perbagai segi perlu diperhebat, contohnya seperti pakaian yang terlalu tidak menutup aurat.
Post saya bukan hanya fokus berkaitan dengan program annual yang dianjurkan sahaja, tetapi kalimah-kalimah saya menjurus juga kepada banyak hal yang berlaku dimesir, contohnya satu kes lain party minum arak pernah dibuat disebuah rumah dan pub-pub, jangan anda kata tidak berlaku, di cairo pelajar wanita dan lelaki keluar berdisko di club-club malam, dan banyak lagi yang malu nak disebut disini. Ingat apa yang saya sebut ini bukan di program annual dinner, tetapi hal seluruh mesir. saya tahu, annual dinner tak akan sampai ke situ, cuma hanya ada sedikit keralatan, boleh diperbaiki pada masa akan datang.
Dimalaysia sana rasanya kepimpinan negara sama ada yang memerintah atau yang membangkang, sama ada badan-badan NGO islam, ketua-ketua masyarakat yang terlantik, JKKK kampung dan yang lain-lain sudah berusaha baik untuk memperelokkan masalah sosial dan lain-lain, sampaikan ahli-ahli parlimen bertegang urat tentang hal masyarakat demi melihat kestabilan hidup masyarakat sebagai manusia. Tapi disini, siapa? apa bukan kita juga bertanggungjawab? Nak harapkan ahli parlimen, JKKK kampung, Ketua-ketua masyarakat, Mak ayah, semuanya mereka mempunyai amanah dimalaysia. So, siapa lagi yang perlu main peranan, sesama mahasiswalah jawabnya untuk hal disini, dan pihak yang bertanggungjawab dimesir.
Terima kasih atas pandangan dari pengkomen 201, 202, 203, 204, 205 dan lain-lain pengkomen yang ikhlas lillahi ta'ala. Maaf pada yang terlibat sekiranya anda benar tidak bersalah. Moga kita ditunjuki Allah.
27 ulasan:
wah 1st komen kot
well what you said is true
aku pon x pasti kesahihan perkara ni, cukuplah dengan gambar yg dipaparkan meskipon aku tahu terdapat juga perempuan lain yg berpakaian sopan moden walaupon hakikatnya aurat masih jelas dan tidak begitu sexy.. kepada yg x puas hati sila bukak balik buku Pendidikan Islam tahun 5 dan cari maksud Aurat.
moga semua menghormati ibu korang
Luahan Hati Seorang Hisbah.. :
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/04/luahan-hati-seorang-hisbah.html
salam akh..
bagus apa yang enta buat ni.jangan rasa serbasalah,jangan rasa nak mengalah.jangan tunduk dan ubah statement enta kerana tekanan orang.mungkin ayat2 yang tak sopan boleh diubah tapi kenyataan yang buruk tu tak payah 'dibaik2kan'.pejuang yang ikhlas ni tak hidup dek puji,tak mati dek keji.ana sokong usaha enta ni.kalau ade yang ngata uslub enta kasar sangat,hah suruh la bukak blog sendiri yang bercakap dengan lemah-lembut dan sopan santun.kita ni memang pandai mengata je...buat xnak..
utk yg terlibat:
"dunia ini ibarat penjara bg org mukmin,dan syurga bg org kafir"
pilih mana???
utk admin:
"berkata benar walaunpun pahit"
wallahu A'lam
silap ibu rosmah ckp cmtu....gua rasa bkn sebab a.dinner yg salah...tp tentatif di dalam tu..bkn x leh wat a.dinner....tp pengisian kena tukar..cara....
*islam x jumud.....mudah tp jgn dipermudahkan...
aku salah sorang exco yang terlibat dalam menganjurkan annual dinner pada malam tuh. memang aku akui ada banyak masalah aurat dalam majlis malam tuh. TAPI tolong make sure yang kau pastikan kesahihan cerita dulu sebelum publish dalam blog. Cerita nih dah nak semua penduduk mesir nih publish dalam blog masing2 kot. pastu mak bapak, orang ramai bace & yang tak best nya pembaca terima bulat-bulat apa yang korang tulis. Hadiah bilik untuk pasangan bermadu kasih itu dusta belaka tuh. Usaha pun dah dibuat dalam mengasingkan meja makan pelajar lelaki & perempuan. Cuma pakaian Terlampau plak dipakai oleh pelajar2 tuh. Aku tak salahkan kalau korang kata nak dakwah ke ape ke. Benda wajib an cegah makruf nahi munkar aku pun sokong. Tapi yang aku takle terima kau tak siasat betul2 macamana perjalanan majlis dan suasana majlis malam tuh dan yang aku paling takle terima semua orang yang SUKA berdakwah nih terus copy & paste cerita yang tak betul dari blog info kini....
kl nak nasihat camne sekali pun pasal ikhtilat dan aurat tuh buatlah. Secara melampau ke secara berhikmah ke orang boleh terima kalau cerita betul. tapi kl cerita tak betul. Waduh!!!
p/s:aku dah lama tak pegi zagazig nih...hahaha
ahmad afiq mohd rozain
mansoura manchester
syarik rabik
0119163741
salam
maaf saudara blogger,saya tidak setuju dengan cara anda memohon maaf sebegini.cuba bayangkan setelah pelbagai fitnah dilontarkan sewenang-wenangnya sebelum ini,dan kemudiannya hanya dengan meminta maaf secara sebegini sangatlah tidak relevan.apa yg saudara patut lakukan adalah datang ke mansoura sendiri dan memohon maaf kepada semua yang terlibat.jika saudara enggan berbuat sedemikian,tidak mengapalah,kelak tuntutlah kemaafan kami semua di akhirat.
dosa manusia dengan manusia hanya boleh diselesaikan dengan ketulusan kemaafan antara kedua-dua pihak,saya yakin jika saudara melakukan sedemikian,maka insyaallah tiada tanggungan beban dosa sesama manusia kelak.
assalamualaikum
untuk admin...
bukak la keaiban org lagi, bukak lagi...kan amalan korang... mmg sifat terpuji... tak ckup ngn bukak keaiban org, tambah la dgn fitnah... mesti ko rase pbuatan ko btol kn? tahniah... aku yakin ko mmg dididik camtu sjak kecik...
ktorang pon blaja agame, ktorng pon mngucap 2 kalimah shahadah, ktorng pon bace al-quran, ktorng pon solat 5 waktu, ktorg pon bpuasa d bulan ramadan... dan ktorng ngaku islam...
tp ktorng takkan dedahkan keaiban ko...cam yg ko buat...
salam
kalau nak penulis blog mintak maaf kat mansurah,korang plak kene round satu mesir dan mintak maaf kerana dah burukkan nama sume student mesir xkire la dirasat ke tib...
kalau nak penulis blog mintak maaf kat mansurah,korang plak kene round satu mesir dan mintak maaf kerana dah burukkan nama sume student mesir xkire la dirasat ke tib...
Assalamualaikum admin dan semua pembaca,
Sejujurnya, saya melihat isu ini sebagai suatu masalah yang tidak patut kita perbesarkan lagi. Lebih elok kita saling memaafi antara satu sama lain. Dan saya kira itu lebih baik daripada kita terus menuding jari kepada mana-mana pihak. Mana yang salah, ditegur. Mana yang sudah betul, kita tegak-kuatkan.
Yang sudah terang-terang salah, kemudian ditegur, dinasihati. Tidak salah bukan? Haram tetap haram. Dosa tetap dosa. Maka tak perlu untuk kita uar-uarkan itu atau ini sebagai perkara biasa rakyat di Malaysia, atau ‘di Malaysia lebih dahsyat lagi’. Yang tidak elok, tidak perlulah nak diikut. Kita ikut yang baik-baik saja. Itu lagi baik bukan?
Cukuplah isu ini dihentikan. Tak perlu dicari siapa salah dan siapa yang betul.
Ya, admin mungkin ada tersalah sebar dalam penyampaian maklumatnya sebelum ini. Mungkin ada yang dirasa kurang tepat, tidak tepat, salah atau agak berlebih-lebihan. Namun, siapa kita untuk menghukum admin. Setiap manusia pun memang berlaku silap bukan. Sahabat-sahabat rasulullah sendiri pernah berlaku silap, even nabi-nabi pun begitu. Allah sendiri boleh memaafkan sekalian hamba-hambanya yang berdosa. Siapa pula kita?
Admin telah pun meminta maaf secara terbuka. Maka maafkanlah dia. Tak perlulah kita sesama saudara ingin bermusuh. Berbahasa kesat apatah lagi. (malulah dengan musuh-musuh kita. Saudara-saudara kita yang lain sedang sibuk perjuangkan keamanan dan tanah kepunyaan kita yang kian diinjak musuh, kita pula tidak habis-habis bermusuh-musuh sesama sendiri).
Akhir kata, saya memohon maaf andai tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak, sahabat-sahabat atau adik-adik sekalian.
Salam muhibbah, salam persaudaraan dan salam kemaafan!
Ezairy M.Sallih
Tahun 6,
Fakulti Perubatan, Ain Shams University.
Ezairy M.Sallih,saya menghormati anda sebagai seorang senior yang sudah menjangkau tahun 6,dan saya juga menghormati rakan-rakan lain sesama manusia tidak kira bagaimana pun latar belakangnya.tetapi saya tidak pula mengherdik,mencaci,memfitnah sebegini rupa sedangkan terdapat juga perkara yang tidak saya persetujui dalam majlis tersebut.
saya kesal dengan perbuatan blogger ini sehinggakan seluruh pelusuk dunia memberikan tanggapan buruk kepada pelajar-pelajar terbabit,walhal ianya FITNAH semata-mata.kami dengan berlapang dada meminta jasa baik tuan blog memohon maaf secara terbuka dihadapan semua pelajar terbaik supaya perkara sebegini tidak lagi terjadi pada masa akan datang.
sekali lagi saya tegaskan,supaya tuan blog tampil untuk seucap kemaafan supaya saudara tenang dalam meneruskan kehidupan sehingga bertemu denganNya kelak.
kami berlapang dada menerima kehadiran saudara dengan mesej ukhuwah.insyaallah.jika saudara enggan menghadirkan diri,berjumpalah kita diakhirat kelak dimahkamah al-Hakeem..
fitnah,lebih besar daripada membunuh.akhirnya saya faham maksud tersirat yang terkandung didalamnya
salam...
walaupun saya adalah salah seorang daripada mereka yang hadir pada malam annual dinner tempoh hari, dan memang saya agak marah dengan post sebelum ini, tapi saya rasa lega melihat post yang terbaru ini. bahasa yang digunakan juga agak menyenangkan para pembaca.
saya tidak mahu mengulas dengan panjang. cuma, mesej yang cuba disampaikan oleh penulis blog sampai. dan saya menyokong untuk perkara ini dibagkitkan. maksiat dan segala perkara haram, perlu dicegah. perlu tegas dan efisyen.lakukan secara constant dan jangan pernah penat jika mahu terus membanteras. teruskan usaha. walapupu ramai tidak menyokong. masih ramai yang akan menyokong.
wsalam
gua nk salah admin pon dah lu orang campak diri lu orang ke lembah fitnah.......bkn mslh dia mmfitnah saja lu kena amik kira...lu sendiri kena elak dr fitnah lu kena tau tu..
kalo dah tau lorong tu ada anjing gila...lu lalu jugak dan kena gigit lu jgn slh org....mengelakkn diri dr lembah fitnah jugak dituntut....
lu ckp lu islam...sah2 ms dajah 5 lu da bljr bab aurat...xkn menda gampang smcm tu lu kena citer lagi..lu org bukan kanak2...masing2 dtg ilmu penuh di kocek....
si admin pon 1 hal...gua yg tak join annual dinner gampang tu pon leh pikir logik psl hadiah bermalam hotel tu...takkan dalam ratusan pljr suma redha dgn menda alah mcm tu...
lu admin....pikir knpa Tuhan kasi 2 mata 1 mulut.....sbb suh 2 kali tgk dr skali becakap...mmg bes kalo org terjah blog lu ramai2...tp bnyak lagi cara lu nk femes beb....
sama2 kita berubah...jgn jd melayu bebal k...
rasenye smue org yg pergi annual dinner tu mnafikan ape tuduhan2 admin... admin, kalau uslub di jln fitnah, baek tak payah buat... ye niat kamu baek, tujuan kamu baek, mesej kamu baek, tapi cara kamu salah...
jangan maen tulis je kat blog ape yg kamu dengar... tak smue khabar angin itu betul... kte boleh berfikir... carik kebenarannye, selidik betul2... jgn dngar berita tu dari sorang je... ramai lagi yg pergi annual dinner tu.. tanye la diorang... ini kalo maen tuduh yg bukan2, mmg la org marah... siap kene maki lagi... jgn salahkn org, tgk la diri sndri...
Allah beri kamu akal untuk berfikir, jadi fikir betul2...
dan org2 yg terlibat bukan mahu dengar kamu mintak maaf kerana ter"post" post itu... org2 yg terlibat mahu kamu mintak maaf kerana tuduhan kamu yg melampau-lampau...
CERITA DAN APA BERLAKU ADALAH DI SINI
http://pencegah-infopalsu@blogspot.com
Minta maaf secara terbuka adalah sangat bagus tetapi tidak sama sekali berlaku adil.. Jika saya ada autoriti saya akan hukum seadil mungkin..
Rujuk Ayat 45 surat Maidah...
Kalau anda nak minta maaf, anda paparkan muka and gmbar orang, so perlu paparkan gambar anda juga. Sebab itu FITNAH Allah cakap lebih teruk dari membunuh..
Dosa dengan Allah boleh bertaubat. Dosa dengan manusia ??????
Samoga anda diberi hidayah.
http://pencegah-infopalsu@blogspot.com
tima kasih pada admin di dlam usaha mencegah kemungkaran n mnyeru kebaikan...semoga Allah menberkati pejuang agama dlm menegakkan kalimah islam...pada dasarnya kita lihat a.dineer biasa dan tidak ada kemungkaran sebab kita dah terbiasa dgn suasana malaysia yg lebih teruk...apa2 pom diharap tidak ada permusuhan di antara kita kerana pada hakikatnya SAHABAT YANG MENEGUR ITULAH YG MENYANGI,,DARIPADA SAHABAT YG MEMBIARKAN KITA DLM MELAKUKAN DOSA
walau sesiapa pum yg mendakwa admin tidak BERHIKMAH hanyalah Allah shj yg menilai,,kadang2 satu yg memalukan itu adalah satu dari cabang HIKMAH,,kerana sesuatu hukum hudud itu dilakukan di hadapan org ramai bukan untuk memalukan tetapi untuk memberi peringatan supaya tidak ada lagi yg akan melakukan dosa2,,di harap kita sbg peljr agama mahupum tib bnyak bersabar kerana syaitan itu sentiasa meniupkan api permusuhan
haa
ni dengar sendiri apa
student yang buat annual grand dinner
tu nak kata
http://gmmsc.blogspot.com/
mcmmne kter trima teguran?
sy ade bce stu blog ni..menarik blog ni...
crite tentang mcmmn kter menerima tguran?
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-kamu-ini-mengambil-teguran-itu-bagaimana-ha/
perluke kter melontar teguran kepada orang laen?
ape slhnye trime tguran dgn hati terbuke?
herm....pkr2 lah..
ape2 pn sy stju dengn penulis blog...
sape suh korg gatal bwt anual dinner cmtu??
klau a.dinner tu xtimbulkn fitnh,fitnh xkn wujud..same je cm konsep sorg laki berjalan berdue ngn pmpn yg bukn muhrim..wlaupun mereka xbwt ape2,tpi still timbulkn fitnah kan?
dah,sape suh wat cmtu?
SERVE YOU RIGHT!!!!
to medicazhar
nama student azhar...
tp otak letak kat longkang x reti nak guna.
semua benda ada fitnah,tp macam mana fitnah itu bermula?sebab ada golongan yang tokok tambah cerita tanpa mengkaji kesahihan sesuatu perkara.kalau x de kat program,xyah la nak gatal2 cerita kat umum itu ini tanpa tahu kejadian sebenar.dengar dari mulut dan hanya tgk gambar je.yg ditengok pulak hanya yg membuka aurat yang hanya 4-5 org.bukan mansurah je ada annual dinner,muhafazah cai*& pown ada annual dinner juga
hohoho...
otak budak2 zaman sekarang memang bijak, sampai berapi2 marah kat infokini:) hebak kamu semua guna otak.. sampai takde otak...
hebat sangat sampai membela yang lakukan kesalahan.. bagus2... camtu ke kamu yang otak2 bijak nak jawab nnt dengan Allah? merapu,mengkeji,dan macam2.. hahaha
aku bukan ostad dan doktor pun tahu menilai...
betul tu "otak korang"....
asal nk bela org wat salah??
manusia ego nk tutup bangkai gajah..
memg cmtu:P
kpd akbencifitnah,
bukti mne kter dak cairo bwt?
ko tu bukan bwt fitnah ke tu?
bukti xde..
maen ckp ikt sdp mulut..
weekkkkk~~~
hahaha:P
bace la blog Ibnu Ir Fadzil kat atas tuh...bio bukak cket mate b4 tduh2 org bwt fitnah...:P
-medicazhar-
gaduh,gaduh jugak tapi jangan buat2 xnampak ngan pengajaran di depan mata.kita sume kene ambik pengajaran dari apa yang berlaku.sorang penulis (semua sekali,xkira la blog ke,majalah) wajib siasat dulu maklumat yang dia dapat sebelum sebarkan dan terpenting sekali jangan buat maksiat...sama ada bersendirian@apatah lagi beramai2.sebabnye kalau bala Allah turun,semua kena..bukan yang buat tu je.ok..
camni dah kene fitnah,sume kene...bukan hok yang xsenunuh je...
(copy dari blog ust mujahid,sila baca penuh di http://ibnuirfadzil.blogspot.com)
09 April 2010
Biarlah Diri Ini Beralah Walau Difitnah - Info Kini
Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 7:57 AM | |
Akhirnya, percubaan mendedahkan apa yang berlaku, melantun kembali kepada pembuatnya. Macam-macam kata-kata kesat yang dilemparkan. "Ini memang kerja korang... fitnah memanjang.." dan bermacam-macam lagi. Nilailah sendiri.
Pada pandangan saya secara peribadi, apa yang menjadi isu ialah "bilik sepasang kekasih", yang cuba diketengahkan. Ya, memang saya akui bahawa MEMANG TIADA BILIK TU.. Saya ulangi sekali lagi.. MEMANG TIADA..
Tetapi apabila membaca semula, seolah-olah INFO KINI benar-benar membuat fitnah dan menjaja cerita tentang bilik kekasih ini, hakikatnya INFO KINI tidak berbuat demikian. INFO KINI sendiri menyebut bahawa "bilik pasangan kekasih itu" sememangnya BELUM kepastian :
seperti yang didengari sebelum ini, pasangan juara akan dihadiahkan bilik hotel tempat bermadu kasih. Moga apa yang diberitakan tentang tentatif majlis (yang berbentuk maksiat) tidak dilaksanakan dan tidak ada dalam perancangan mereka hendaknya,
INFO KINI memberitahu bahawa ia hanya khabar angin sahaja. Dan INFO KINI sudah memberitahu bahawa ISU BILIK KEKASIH ini hanya khabar angin, dengan menggunakan ayat "seperti yang didengari". INFO KINI juga meletakkan harapan supaya tiada sebarang unsur maksiat dalam program ini. Bukannya menuduh program ini berunsurkan maksiat.
INFO KINI cuba memberi nasihat dan peringatan ... :
Jangan jadikan bumi anbiya' seperti amarika atau pun university di malaysia yang sering menganjurkan band-band, kugiran, joget lambak, atau diharap tidak mencontohi negara barat yang menganjurkan party-party minum arak, dan lain-lain maksiat.
Bukannya untuk menuduh Annual Dinner ini sebagai program maksiat.. tetapi ia adalah satu nasihat lembut yang bersifat umum untuk semua orang. Tetapi INFO KINI seolah-olah dilabelkan sebagai "memfitnah" dengan ayat ini.
INFO KINI cuba meletakkan harapan supaya program yang dirancang terpelihara dari maksiat :
Moga Allah mematikan gerakan maksiat dengan balasan yang setimpal. Harap-harap annual dinner yang telah dianjurkan terjaga dari segala bentuk maksiat.
Dari mana INFO KINI dapat gambar-gambar tu semua? Dalam Facebook. Bukannya dengan menghantar spy atau sb. Semua boleh tengok sendiri di dalam Facebook. Lalu, gambar-gambar itu diputihkan oleh INFO KINI untuk menjaga nama mereka. Dan ulasan-ulasannya hanyalah berkait "style" yang boleh diperhatikan sendiri berdasarkan zahir.
Pada gambar yang ke 15 (kalau tak silap), gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berada di atas pentas.. Lalu INFO KINI mengulas "inikah pasangan terbaik?" Hanya sekadar bertanya dan bukan menuduh, dan diputihkan juga wajah mereka supaya mengelakkan fitnah. Persoalannya, kenapa gambar ini disiarkan juga di dalam Facebook?
Sebaiknya, ia tidak perlu disiarkan kerana nampak lain macam. Atau, perlukan ulasan daripada Admin Facebook mengatakan bahawa "Mereka adalah adik beradik" misalannya.
Sedikit ulasan saya tentang Annual Dinner. Saya menyarankan kepada pihak AJK Pelaksana Annual Dinner, untuk merujuk kepada mereka yang lebih memahami Agama (jangan pilih agamawan yang terpesong) sekiranya ingin mengadakan program seperti ini akan datang. Supaya (bukan menuduh) program akan datang tersebut, tidak akan terdapat unsur-unsur maksiat, dan lebih terjaga.
Kami bersedia membantu, bahkan menjayakan program seperti ini supaya terpelihara. Kita sama-sama tidak suka dengan maksiat. Jadi, marilah kita "bersama".
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
mari kita sama2 tgk video ni dan ambek pengajaran darinye
http://www.youtube.com/watch?v=7YkqtkIEPaU
Catat Ulasan