Jumaat, 9 April 2010

Biarlah Diri Ini Beralah Walau Difitnah - Info Kini

Mesir 9 April - Tajuk diatas adalah tajuk kepada entri dibawah, tulisan salah seorang pelajar mesir. Dibawah adalah postcopy dari salah sebuah blog terkenal dimesir untuk tatapan umum. Admin sebenarnya tunggu dan lihat, siapakah dikalangan mahasiswa yang cerdik pandai bisa mampu menghurai kalimah-kalimah spontan dan bersahaja dari admin dengan baik dan tepat. Maka disini, admin terbaca satu entry dari pelajar mesir yang dapat memahami dan menghurai kalimah admin dengan baik dan cantik. selamat menjamu selera pengisian rohani dibawah.

Dari : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/04/biarlah-diri-ini-beralah-walau-difitnah_09.html
---------------------------------------------------------

Pada mulanya, saya memang tidak berniat untuk mengulas isu Annual Dinner yang agak panas di pasaran baru-baru ini, dan ia kembali sejuk pada hari ini. Selama ini saya hanya mencopypaste daripada blog "sanggahzalim" dan kenyataan rasmi daripada Presiden Perubatan, sebagai jawapan kepada "sanggahzalim".

Akhirnya, percubaan mendedahkan apa yang berlaku, melantun kembali kepada pembuatnya. Macam-macam kata-kata kesat yang dilemparkan. "Ini memang kerja korang... fitnah memanjang.." dan bermacam-macam lagi. Nilailah sendiri.

Pada pandangan saya secara peribadi, apa yang menjadi isu ialah "bilik sepasang kekasih", yang cuba diketengahkan. Ya, memang saya akui bahawa MEMANG TIADA BILIK TU.. Saya ulangi sekali lagi.. MEMANG TIADA..

Tetapi apabila membaca semula, seolah-olah INFO KINI benar-benar membuat fitnah dan menjaja cerita tentang bilik kekasih ini, hakikatnya INFO KINI tidak berbuat demikian. INFO KINI sendiri menyebut bahawa "bilik pasangan kekasih itu" sememangnya BELUM kepastian :

seperti yang didengari sebelum ini, pasangan juara akan dihadiahkan bilik hotel tempat bermadu kasih. Moga apa yang diberitakan tentang tentatif majlis (yang berbentuk maksiat) tidak dilaksanakan dan tidak ada dalam perancangan mereka hendaknya,

INFO KINI memberitahu bahawa ia hanya khabar angin sahaja. Dan INFO KINI sudah memberitahu bahawa ISU BILIK KEKASIH ini hanya khabar angin, dengan menggunakan ayat "seperti yang didengari". INFO KINI juga meletakkan harapan supaya tiada sebarang unsur maksiat dalam program ini. Bukannya menuduh program ini berunsurkan maksiat.

Kemudian, apabila terbaca artikel daripada Tranungkita, dan dibandingkan pula dengan email yang dikirimkan kepada saya bertarikh 8 April (saya AJK Annual Dinner), mendapati bahawa si penghantar email tersebut tersalah faham dengan apa yang dikemukakan oleh INFO KINI.

Kalau anda perasan, semua wajah telah diputihkan, untuk tidak mendedahkan wajah sebenar si pembuat tersebut dan INFO KINI berkata :

Ulasan ringkas yang diberi pada setiap gambar tidak ada kena mengena dengan status mereka, sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ia (ulasan ringkas digambar) hanya sekadar pandangan dari mata kasar admin, tercetus pemberian berdasarkan staillo milo masing-masing (berpandukan dari pemerhatian admin).

Saya tidak beranggapan ia sebagai satu fitnah. Bahkan ia hasil daripada pandangan INFO KINI berdasarkan perwatakan masing-masing yang sengaja dizahirkan. Perwatakan itu dicipta oleh diri masing-masing, dan ia bukanlah kecaman atau tuduhan membabi buta daripada pihak INFO KINI.

INFO KINI cuba memberi nasihat dan peringatan ... :

Jangan jadikan bumi anbiya' seperti amarika atau pun university di malaysia yang sering menganjurkan band-band, kugiran, joget lambak, atau diharap tidak mencontohi negara barat yang menganjurkan party-party minum arak, dan lain-lain maksiat.

Bukannya untuk menuduh Annual Dinner ini sebagai program maksiat.. tetapi ia adalah satu nasihat lembut yang bersifat umum untuk semua orang. Tetapi INFO KINI seolah-olah dilabelkan sebagai "memfitnah" dengan ayat ini.

INFO KINI cuba meletakkan harapan supaya program yang dirancang terpelihara dari maksiat :

Moga Allah mematikan gerakan maksiat dengan balasan yang setimpal. Harap-harap annual dinner yang telah dianjurkan terjaga dari segala bentuk maksiat.

Dari mana INFO KINI dapat gambar-gambar tu semua? Dalam Facebook. Bukannya dengan menghantar spy atau sb. Semua boleh tengok sendiri di dalam Facebook. Lalu, gambar-gambar itu diputihkan oleh INFO KINI untuk menjaga nama mereka. Dan ulasan-ulasannya hanyalah berkait "style" yang boleh diperhatikan sendiri berdasarkan zahir.

Pada gambar yang ke 15 (kalau tak silap), gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berada di atas pentas.. Lalu INFO KINI mengulas "inikah pasangan terbaik?" Hanya sekadar bertanya dan bukan menuduh, dan diputihkan juga wajah mereka supaya mengelakkan fitnah. Persoalannya, kenapa gambar ini disiarkan juga di dalam Facebook?

Sebaiknya, ia tidak perlu disiarkan kerana nampak lain macam. Atau, perlukan ulasan daripada Admin Facebook mengatakan bahawa "Mereka adalah adik beradik" misalannya.

Lalu, INFO KINI seolah-olah mengeluh :

Apa nak jadi, dan ape dah jadi dengan pelapis mahasiswa dimesir? Dulu, kalau orang sebut keluaran mesir, tak kira jurusan agama atau lepasan medic, semua respek, sebab pelajar jurusan agama dulu dan pelajar jurusan medic dulu, keluarannya begitu mantap, tip top

Saya tidak nampak ayat ini cuba mengutuk sesiapa. Bahkan ia tidak menghentam Annual Dinner. Apa yang disebut, Medic dan Agamawan pun sama sahaja. Hari ini, kedua-duanya tidak macam dahulu lagi. Memang hakikat ini berlaku dan benar-benar terjadi. Melayu Mesir hari ini (TIDAK KIRA JURUSAN APA), sudah berbeza dengan sebelumnya yang lebih terjaga.

INFO KINI menyifatkan Medic dan Agamawan satu ketika dulu dengan berkata :

Mereka mengambil kesempatan keberadaan dimesir untuk bersama ulama' dan mengubah diri dari hidup kekosongan kepada hidup penuh berkah pada jalan islam. Mereka cepat matang, kerana mereka tahu, mereka adalah harapan bangsa untuk menegakkan kalimah tauhid dibumi malaysia dan dunia amnya.

Saya rasa ayat ini begitu lembut untuk memberitahu kita. Saya tidak nampak ia sebagai satu bentuk fitnah, atau tuduhan membabi buta sepertimana yang disifatkan oleh si penghantar email.

Cuba baca ayat ini sebaik-baiknya...

Doktor keluaran mesir dulu hebat mengalahkan ustaz agama, tapi keluaran sekarang, kelabu asap. Sama juga ustaz ustazah, keluaran dahulu tip top, tapi keluaran sekarang, hampeh dot com yang banyak.

Memang benar, INFO KINI tidak mengatakan kepada Medic sahaja, atau Agamawan sahaja. Bahkan KEDUA-DUAnya sekali. Tidak nampak sebarang usaha untuk membuka jurang ini.

Saya sanggup untuk menyiarkan email inilhukmuillalillah@yahoo.com yang dihantar kepada saya. Email tersebut adalah email mula-mula yang dihantar selepas saya mengumumkan kepada sesiapa untuk menghantar email. Saya tidak pula mendengar kutukan dan penghinaan kepada saya kerana menyiarkan email tersebut.

Lihat, sebelum ini juga saya tidak menyiarkan sebarang artikel dari INFO KINI. Kenapa? Saya boikot INFO KINI ke? Tidak. Tetapi hari ini, saya ingin memback-up INFO KINI dengan memberikan penjelasan, dan menafikan beberapa "ayat yang kurang manis" yang dilemparkan kepada INFO KINI.

Apa yang boleh dilihat lagi, INFO KINI sanggup "membuang entri" tersebut.. Dan INFO KINI memberitahu, tujuannya ialah untuk membuka mata semua supaya berjaga-jaga. Entri pada 7 April menyebut :

tentang artikel sebelum ini, baca dengan betul, saya tidak menuduh mereka, tetapi saya katakan jangan sampai berlaku seperti di amerika yang bebas meminum arak atau di malaysia sendiri dengan kugiran, band-band, joget lambak dan lain-lain, saya tidak cerita fokus pada anjuran program annual, tetapi untuk peringatan semua perkara seperti ini berlaku dinegara barat dan dimalaysia

Artikel-artikel yang telah dibuang tersebut hanya tinggal komen-komen sahaja. Komenlah dengan penuh hikmah.

Sedikit ulasan saya tentang Annual Dinner. Saya menyarankan kepada pihak AJK Pelaksana Annual Dinner, untuk merujuk kepada mereka yang lebih memahami Agama (jangan pilih agamawan yang terpesong) sekiranya ingin mengadakan program seperti ini akan datang. Supaya (bukan menuduh) program akan datang tersebut, tidak akan terdapat unsur-unsur maksiat, dan lebih terjaga.

Kami bersedia membantu, bahkan menjayakan program seperti ini supaya terpelihara. Kita sama-sama tidak suka dengan maksiat. Jadi, marilah kita "bersama".

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya, sesiapa sahaja yang ingin melibatkan diri dalam bidang yang berbentuk kewartawanan perlu mengelakkan diri daripada melaporkan perkara gosip atau berita yang belum tentu kesahihannya. Ia dapat menimbulkan pelbagai kesan negatif dan salah faham.

Selain itu, penilaian awal tanpa usul periksa juga perlu dielakkan kerana penilaian negatif terhadap perkara yang belum pasti kebenarannya menunjukkan sikap sangka buruk kita kepada orang lain. Sedangkan kita diajar supaya sentiasa bersangka baik melainkan apabila jelas keburukan tersebut.

Wallahu'alam...

Hamba Ilahi berkata...

masyaAllah... terharu jugak sikit..
moga Allah redha dengan kamu semua, dan kita semua juga..

http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/04/saya-berdoa-agar-pelangi-muncul.html

Syihabudin Ahmad berkata...

sudahlah.. jangan panjang2kan cerita ini...

Nor Akmal Hakim berkata...

Assalamualaikum kepada INFO KINI...

Sebenarnya saya tidak pandai dalam hal agama..setakat asas untuk beribadah kepada Allah dan mengamalkannya, saya adalah..tapi saya pernah mengambil Bahasa Melayu dan ilmu agama.. bukankah kita perlu menyiasat dahulu sebelum kita menyampaikan? tidak boleh lah terus menyampaikan tanpa siasatan...mungkin dalam 'post' itu ada tercatat "yang didengari...".. tapi itu sudah menunjukkan kamu memberitahu sesuatu benda yang tidak sahih...penulisan perlu menggunakan akal..rujuk kepada guru bahasa melayu..paling tidak pun..contohi tulisan-tulisan faizal tehrani dan nisah harun..jangan nak rosakakan penulisan bahasa melayu...itu bahasa ibunda kita..tolong ambil perhatian...saya sayang bahasa melayu..minta tolong sangat..harap maklum

Ibnu Ir Fadzil berkata...

Saya perlukan penjelasan. Ayat manakah yang menunjukkan INFO KINI memfitnah. Mohon penjelasan, saya masih keliru.

Untuk saudara Nor Akmal Hakim,

Saya sudah sebutkan di dalam artikel di atas, INFO KINI sendiri mengakui bahawa ia adalah "khabar angin semata-mata". Dah tolong beritahu bahawa cerita itu tidak betul. Cuba baca ayat tersebut dengan teliti.

fan info-kini berkata...

aku sapot ko...jgn bimbang mujahid
diorg sume xle wat pape skang...yang hak perlu ditegakkan

biar kita syahid..dgn janji xde lagi majlis seperti i taun depan.kalau ada, aku akan turun padang ng ko...kita muzoharott, takbirr!!

UmmuL SyabinaR berkata...

"berkata benar walaupun ianya pahit" Allah tahu mana yang betul.

Senior Mansoura berkata...

kalo ada blog sensasi tulis psl bapak ko berzima pastu letak gmbau bapak ko besau2...pastu hujung ayat tulis khabar angin...ko rasa2 ko marah x ek...rasa2 bapak ko leh dok diam ke bler baca...mak ko lak cmner...sorry ar ayat pedas sket...sbb bler org dah terlebey blajau smpai menda simple pn xleh pkir kan so aku pn xleh nk ckp apa lar...x kesah la ko blajau apa pn tp menda2 simple nie tolong la guna otak eh...pastu bler dah kuar blog tu sumer org pn baca, then meleret g teranungkite cite psl bapak ko berzina pastu ada tulis khabar angin hujung ayat tu...pikir la mat pikir!!! kalo nak bendung maksiat ke apa meh la dtg mansoura jumpa semua bdk2 tu kasi cramah ke nasihat ke apa...xleh ker wat cmtu...dtg rumah ke rumah ke...nie wat blog cmtu...kan agama sendiri ckp menda2 yg boleh menyebabkan fitnah sedangkan dihalang...so yg g wat cmtu asal...tu gmbar fb tu...utk kengkwn neok...bkn utk masuk dlm blog...kalo setiap sorang tu x redha...ko rasa2 leh msuk syurga x ek...pikir mat pikir! bler ko nk mintak maap tu aku pn xtau...skang mmg ko x pkir psl ko ego riak angkuh tp sok tua ko akan pikir jugak...ada paham! maksiat mudahan2 taubat diterima...tp perbuatan ko nie...taubat cmner pon xdpt diampunkan slagi org dlm gmbau tu x redha! ingat tu mat! blajau agama tinggi2 tp menda simple pon x geti! mmg nak tegakkan agama tp cara tu kena betol! tu blom masuk dek kerana perbuatan ko tu org sume dok ngumpat n dok maki...ko rasa2 ko ada dpt saham dosa skali x...ha pikir sendiri la menda simple!

aku lagi senior dari ko berkata...

ape citer der?

nak cakap bab zina ni dah cukup ilmu agama ke?

abes tu ape cara yang lebih baik utk bendung maksiat? ko kabor sket.

jangan cakap je lebih, tapi bile suruh turun ambush maksiat tak mau, bile suruh tegur orang kapel tengah jalan tak mau, bile suruh same-same kempen biah solehah tak mahu. CAKAP AJE LEBIH.

konon nak kate orang 'tak berhikmah' diri tu ape citer, CAKAP AJE LEBIH.

Senior Mansoura berkata...

aku bagi perbandingan...aku x ckp psl zina pon...aku bagi perbandingan aje...ko nie guna otak ker x nie...lagi senior eh? sorry lak dik...xder lagi senior kat sini...batch abg paling senior

Grey Little Man berkata...

Assalamualaikum w.b.t.

out of curiosity..
knapa ltk gmbr2 mcm tu kt fb?
tu kan dh mcm tanda2 menzahirkan kesalahan yg dilakukan sndri..
Umpatan yg diBenarkan-point no 5..
n ianya boleh effect org lain utk berbuat perkara yg sama sekiranya tiada apa2 tindakan yg dilakukan utk menegur atau mencegah..
scr x lgsg mengajak ke arah yg x elok walau tanpa niat sekalipun..

ttg komen2 admin bwh setiap gmbr..
imo dia just listkan worst-case-scenario if common people tgk gmbr2 tu kt fb.. for that what the common people (org luar yg x tau mslh setempat) only knowledge is its involve 2 islamic country's citizen that is famous in muslim world.. acting like that..

fb is worldwide too,just like blog.. others can view on what u post n write,n its a reality on whats going on in this world at this time,n they show it off about themselves by not pushed by anyone..

explanation sgt2 diperlukan dr pihak berkaitan utk menjelaskn apa yg sbnrnya berlaku slama majlis tu berlangsung,jika ada slh smada dr kedua2 pihak,salinglah memaafi even its in this internet world,thats settle it down as a muslim..
jgn bls dgn cara menuduh kembali n terus menerus menuduh krn ianya akan jd spt dendam yg xkn berkesudahan.. kecuali dgn berdamai antara kedua2 pihak (atau lebih)..

asal hukum semua perkara yg x dttpkn hukumnya didlm al-quran n sunnah adlh harus.. jika masuk unsur2 mungkar maka hukumnya berubah mengikut kemungkaran yg dilakukan,boleh jd haram n sbgnya..

bersihkan mjls annual dinner tu dr unsur2 perkara mungkar spt yg dilakukan kerajaan kelantan yg membenarkan Konsert JomHeboh diadakn di kelantan ttpi dgn syarat2 yg diltkkn ulamak spy bersih dr unsur2 mungkar..
dptkn advice ahli2 agama yg diyakini arif dlm bidang agama utk membr nasihat mengenai prinsip2 yg perlu diikuti..

pd pndpt sy annual dinner tu adlh satu program yg bagus asalkn bersih dr unsur2 mungkar dan lebih ahsan jika tiada unsur pembaziran n berlebih2an..

salam for muslim world
-suka dgn cara tabligh yg mengamalkan uslub mengajak melakukan kebaikan-

Tanpa Nama berkata...

aku x pihak sapa2 sgt sbb infokini pon ade gak point nye tp at the same time..pengalaman aku dulu handle dinner kat msia pon kan,aku rase xd pon nak ke arah maksiat..stakat makan2 ngn ade org buat show sket je sambil makan..kalau pasal org x pakai tudung ke ape ke tu semua dierg memang dari dulu x pakai bukan pasal dinner x pakai so x sedap gak la nak hentam2 dinner ni..brader2 yg tulis pasal dinner ni ade tidak time dinner??kalo lu xd gua rase lagi baek tutup cerita..

yang nk pergi turun padang semngat nk gegar dinner taun depan..kalo betul lu pejuang xpayah cite kat sini..balek la msia tegur dinner skola,universiti,majlis2 charity ke ape baru la pejuang..ye dak?..dan rasenye xperlu la dipanjang2 kan lagi..semua org rase nak bermusuh2 dan xsedap ati..sampai bile la nak camni..sori kalau ade terkasar bahasa ke ape..juzt my 2cents..

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman nie sume dah pelik2. Belajar kat Mesir, bumi anbiya' pun x reti2 mana halal haram.
Ada pulak senior belajar sana pun marah bila orang nak cegah mungkar.
Saya duk kelate r,tapi ada la tok guru kata kalau kita tak mampu nak tegur ore, sekurang2nya janganlah menyusahkan ore yang nak tegak Islam.
Ilmu tanpa amal tak beri faedah, baik balik Malaysia tane jagung ada untung gak, dari bazir duit duk belajar agama pahtu balik merosakkan anak bangsa.