Ahad, 31 Januari 2010

pijat dan pepijat

ulat-ulat yang menggatal

INFO ZAGAZIG 31 JANUARI 2010:
PIJAT DAN PEPIJAT dua nama yang bermakna serupa. ulasan berita kali ini menjurus kepada benda alah ini, kerana ia bersifat memberi kesan gatal dan suka hadir pada badan manusia. Bicara pasal GATAL, manusia tidak akan lari dari merasa gatal. sama ada gatal itu datang sendiri dari dalam tubuh kita atau gatal yang hadir berpunca dari kesan luar.

Kesan sampingan tentang gatal ini, mampu membuat onar, dengan menyebabkan ramai orang terkesan dengan bencana ini. oleh itu jauhkanlah diri dari apa sahaja punca yang boleh menyebabkan pijat dan pepijat hinggap dibadan kita yang mendatangkan sifat GATAL.

Apa hal pulak INFO KINI bicara tentang pijat dan pepijat yang mengGATAL ni? ha... ceritanya hal yang melanda muda mudi mesir lah. yang suka mengGATAL mengalahkan pijat dan pepijat. onar yang dibuatnya, yang akhirnya memberi kesan kepada masyarakat pelajar.

ada bagusnya juga blog-blog macam kami ini (info kini dan beberapa blog yang tertubuh baru-baru ini),sebabnya, membuatkan orang berakai,otak tak beku atau tak buat-buat beku, so bila ada kes dibangkitkan, baru ramai orang sedar. kalau tak.. haram jadah!!! sorang pun tak bangkit, buat tak tahu, tak ambik tahu, tak tahu menahu, tak ada sensetiviti, betambah lagi, si pelaku/pesalah/dan pencabul keamanan terus membiak macam pepijat, si pemangsa terus seronok,bermaharajalela,menari-nari,melebarkan sayap kehancuran,mereka fikir setiap bentuk fitnah,kehancuran,melebar-lebarkan persengketaan yang mereka buat orang tak tahu, tak sedar.pihak berpatutan dah tegur dan sudah lunyai tegur pun,tak bagi kesan.so hambek.. ini nampaknya cara terbaik kot,nampaknya cukup berkesan.dan ada pengurangan gejala tak baik secara mendadak.

hey.. INFO KINI banyak tahu apa fasad yang berlaku kat mesir ni,yang dah tak terkawal.ingat, sampaikan kalau hangpa becakap dalam hanfone didalam lihaf pun,INFO KINI kadang-kadang dapat kesan. sebab apa? sebabnya kaki-kaki,perisik-perisik,sentiasa ada untuk INFO KINI dimana-mana, mana hangpa sedar!mana hangpa tahu!.sebab itu ada beberapa perkara difikir perlu(yang dah tak terkawal setelah ramai orang nasihat) disebarkan dalam info kini. cuba hangpa semua fikir tengok. ada otak ka tak.apapun info kini memang tak menyalahkan masyarakat awam pelajar, kalau ada yang salahkan info kini pun, admin masih boleh terima, kerana apa? info kini yakin, masyarakat awam pelajar banyak tak tahu makluman,banyak tak tahu kepincangan yang timbul sekiranya tak dizohirkan bencana yang sesetengah pihak buat.

fikir tengok.. ada kesan baik atau tak dari post-post semacam blog info kini sebelum-sebelum ini.tak dinafikan,kesan buruk itu ada,tetapi percayalah,kesan baik terlebih-lebih banyak.maksiat semakin kurang,si pemaksiat lebih berhati-hati nak buat maksiat,orang yang membuat masalah dimesir sebelum hendak membuat masalah(selepas apa yang terjadi) akan berfikir lebar dan luas sebelum membuat angkara. INFO KINI yang kesannya, amat mengurangkan gejala buruk dibumi mesir ini.apa pun ikut hangpa nak nilai.

Ada berita tentang kepincangan ustaz&medic buat kat mesir ini, sebenarnya maklumat dalam tangan INFO KINI, bizzab... 100%, apa yang dia buat boleh kata semua dalam poket admin.cuma INFO KINI tak memikirkan ia perlu untuk dipost, so tak perlu post.

Ada satu kes, yang baru-baru ini meletop kat satu blog, tentang ustaz yang memalukan, sebenarnya maklumat detail lagi banyak kat INFO KINI. Kes bicara dengan pegawai, kes dobi mendobi, kes kerap terpacak mengalahkan tugas orang persatuan di imarah perempuan, kes pasang sayap kat pelajar perempuan untuk melebarkan sayap, kes menggatai sampai lewat malam dalam chatting dan dalam calling-calling, kes buruk-burukkan ramai individu, kes memperlagakan antara persatuan, kes memburuk-burukkan persatuan, semua dalam poket. apapun hati-hati,kepada semua jangan ingat apa yang kita buat orang tak tahu.sebelum nak memijat,ingat kaki-kaki orang cukup ramai nak pijak pijat kasi mati.

nak saman admin? banyak faedah ke dapat. banyaknya duit nak habiskan, macam dah tak ada tempat lain nak habiskan duit.apapun hati-hati, nak saman ka apa ka, bukan boleh suka-suka, dalam kocet ni banyak bukti, silap-silap yang nak menyaman akan mendapat malu dan kena saman semula.so bertindak berfikir dahulu. admin bukan aduka taruna,tidak ada persediaan.INFO KINI bersedia dan berani mati.sebab itu tidak memerlukan banyak penapisan dalam internet ini(bagi yang boleh tangkap ayat aku).

so akhirnya, hati-hati dengan pijat dan pepijat yang menghancurkan alam kemahasiswaan mesir.tahniah kepada beberapa blog yang sudah melebarkan sayap menjurus hadaf blog ke arah memberi peringatan keras kepada pihak berkaitan.apapun,tak perlulah nak samakan blog INFO KINI dengan blog lain-lain siap kata " kalau blog perempuan itu bini info kini,tak pun blog info kini kedua,tak pun blog rakan-rakan info kini ". nak habaq mai, INFO KINI ada satu blog sahaja, tak perlu pendua. kalau ada yang macam sama dengan blog ini, admin tak boleh nak kata apa, just nak ucap tahniah sajalah pada blogger-blogger dan admin tersebut.

7 ulasan:

Awanama berkata...

yes..jangan berpandangan negtif aje pada usha2 cam ni.aku taklah kata sokong seratus peratus blog mcm ni. tp aku sokong blog mcm ni skit sbyk menyumbang pd kebaikkan.

pd pengunjung blog cam ni,think fostiv sikit.aku tgk,lepas post2 entri blog ni,byk org yg buat maksiat dah insap dan dah takut nak wat maksiat

paling tak pun, dorg yg wat maksiat ni menganjing je,tp sebenarnya dah takut nak wat maksiat terang2.

pastu, aku tgk, yg hentam blog cam ni,kebanyakannya org yg problem yg buat kesalahan tuh (yg tak insaf),so bg aku,sape2 hentam blog cam ni kire dia tu org yg bemasalah ler..

xcaye,tgk sape yg hentam blog cam ni.kan ker dorg2 yg bmasalah,yg ditegur.k sukses slalu to tuan blog.bye

Awanama berkata...

yes..jangan berpandangan negtif aje pada usha2 cam ni.aku taklah kata sokong seratus peratus blog mcm ni. tp aku sokong blog mcm ni skit sbyk menyumbang pd kebaikkan.

pd pengunjung blog cam ni,think fostiv sikit.aku tgk,lepas post2 entri blog ni,byk org yg buat maksiat dah insap dan dah takut nak wat maksiat

paling tak pun, dorg yg wat maksiat ni menganjing je,tp sebenarnya dah takut nak wat maksiat terang2.

pastu, aku tgk, yg hentam blog cam ni,kebanyakannya org yg problem yg buat kesalahan tuh (yg tak insaf),so bg aku,sape2 hentam blog cam ni kire dia tu org yg bemasalah ler..

xcaye,tgk sape yg hentam blog cam ni.kan ker dorg2 yg bmasalah,yg ditegur.k sukses slalu to tuan blog.bye

Awanama berkata...

leyh. cakap je la takut kene saman. aku doakan ramai saman blog ko. sebab ko da buat palat kat ramai org yg TAK GANGU hidup. ko je yg yg busuk hati ganggu hidup org lain. baguslah ko ngan cik titian syurga leyh marry together-gether. korg dua mmg secocok. tahniah! tahniah!

tegakkan yg hak berkata...

dgn adenye blog spt info-kini, mksiat n kmungkrn smkin brkurgn kt mesir trutma kt zagzig...i luv info-kini n swktu dgnnya...truskn usaha!!!

Awanama berkata...

dari mengutuk org, baik lah buat reverse psychology dgn meletak artikel2 yg dpt insafkan org. awk rse org nk ke dgr nasihat kalau asyik dikecam je semua benda yg dia buat slh?

Awanama berkata...

mcm mana nak berdakwah kalau bahasa anda kasar sangat? kata ustaz, pasti ada pendekatan yg boleh menyebabkan ramai akan menjadi pengikut anda .. ni hentam org, mcm anda sorang malaikat

tarbiyah berkata...

Sumber buku ? Kitab apa kah fakta di bawah ini??

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu bertujuan membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti.Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang/pihak tertentu agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat
kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.

Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.