Selasa, 5 Januari 2010

Kematian salah seorang pengunjung INFO KINI disedari,moga dirahmati Allah

pengkebumian jenazah Mohd Hidayatussaufi

INFO 4 JANUARI 2010: INFO KINI tidak terlepas dari mendapat perkhabaran pemergian salah seorang mahasiswa malaysia dimesir baru-baru ini.
pemergian seorang mahasiswa bernama Mohd Hidayatussaufi bin Khalid ini diketahui oleh mahsiswa/wi mesir, beliau merupakan Mahasiswa Tahun 1, Kuliah Usuluddin, Universiti Al Azhar, Kaherah, juga anak kelahiran negeri johor. Telah kembali kerahmatullah pada jam 4.15 pagi waktu Malaysia (10.15 malam waktu Mesir).

Bila melihat dibahagian pengikut blog INFO KINI,terkejut melihat Almarhum hidayatussaufi adalah diantara pengikut blog info kini. wajah yang baru-baru ini admin lihat dipaparkan dalam laman blog persatuan anak negeri johor mesir (BKPJM),menyatakan pemergian beliau ke rahmatullah,rupanya adalah salah seorang pengikut blog ini.

Dia(arwah) dikatakan oleh Doktor yang merawatnya mengalami bengkak hati, usus berkuman dan buah pinggang kering. Ini kerana didapati mendapat keracunan makanan. Seterusnya koma,tenat dan berakhir dengan kematiannya.disini INFO KINI ingin mengingatkan kita bersama agar berhati-hati dengan faktor suasana mesir,jaga dari segi makanan kita,faktor kesihatan(cuaca sejuk,penyakit sakit tulang akibat cuaca sejuk,habuk dan debu),jaga juga kebersihat dan lain-lain.apa pun,ajal ditangan tuhan, "setiap manusia pasti akan merasa saat kematian"
Moga pemergiannya dicucuri rahmat,dan dia digolongkan Allah diantara golongan yang menerima syurga.takziah diucapkan kepada keluarga arwah Hidayatussaufi.

Tiada ulasan: