Jumaat, 8 Januari 2010

ketua umno mesir ditumbuk Penasihat umno mesir !!?

INFO PEJABAT NADI UMNO MESIR 8 JANUARI 2010: Apa dah jadi? ajaib tak terkata. Biasanya kedengaran penyokong umno nak tumbuk penyokong pas dimesir, atau pun penyokong pas nak menyekeh umno mesir kerana dikatakan cukup marah dengan kebiadapan mereka dalam berkata-kata dan bertindak.


sekarang apa hal pula, dunia nak terbalik kah? baru-baru ini, diberitakan ketua umno mesir bahagian hadhari atau ulul albab ini ditunjuk dengan buku lima penumbuk oleh penasihatnya sendiri, dan lebih malang sejurus selepas itu penumbuk bayangan dari penasihatnya terus terkena dan hinggap dibatang tubuh ketua umno mesir (saudara Faizal Sabhon) ini yang digelar dan menggelar dirinya " umno totok " didalam blognya, tumbukan yang disampaikan melalui tumbukan seorang orang besar (orang kanan) umno mesir yang juga merupakan bekas pegawai negeri selangor hantaran UMNO dan sekarang menjawat pegawai MARA melalui lobian UMNO dimesir.

pegawai Rumah negeri terengganu En.Kamal B Abdullah

Pelik lagi ajaib, berita-berita sebelum ini, kejadian urusan kedatangan pelajar baru melibatkan pelajar terengganu ke mesir begitu kontroversi dengan gambungan persaudaraan yang mantap antara saudara faizal sabhon(UMNO) dan pegawai terengganu En.Kamal B Abdullah(bekas YB UMNO) serta rakan-rakan umno mereka,kini bertukar kepada perselisihan berat antara mereka meletus ke ruang global maya. Perselisihan yang berat ini digambarkan oleh Faizal Sabhon dalam blognya bagi admin gambaran seumpama lava yang sedang mengelegak yang hendak memuntahkan lava apinya yang tidak mungkin dapat ditahan lagi,yang pada asalnya cuba disembunyikan.

Kenyataan saudara Faizal didalam blognya,menggambarkan dia tidak dapat menahan marah dengan kecacatan yang wujud didalam UMNO sehinggakan segala pekung busuk individu-individu didalam umno disebarkan dilaman blog beliau sendiri.admin amat terkejut,apa yang berlaku sebenarnya?adakah keakraban antara mereka yang kita lihat sebelum-sebelum ini hanya kepura-puraan semata atau ada ikut angin sekejap o.k dan sekejap k.o.

Agak terkejut membaca perenggan blognya (Faizal) yang berbunyi: " Sejurus kemudian,saya ditumbuk oleh IDRIS BIN MASTOR,samseng taik minyak yang pernah terlibat dalam pergaduhan dan menumbuk pelajar di Rumah Selangor.Kamal Bin Abdullah adalah merupakan penasihat Kelab UMNO Kaherah. " kalau membaca dari perenggan ini, bunyinya amat marah dan menggambarkan luahan hati saudara Faizal bahawa mereka berdua ini tidak layak memimpin nadi umno mesir atau kelab umno mesir.Banyak lagi perenggan-perenggan yang admin merasakan seumpama apa yang berlaku didalam UMNO malaysia,telah berlaku sama didalam pengikut UMNO mesir.
Idris Mastor Pegawai MARA iskandariah dan merupakan bekas pegawai rumah negeri selangor

Saudara Faizal menyatakan lagi didalam blognya: " Itulah akibat seorang yang tidak berkelulusan cuba berlagak seperti pemegang PHD.Itulah juga akibatnya apabila BEKAS YB TIDAK BERKUALITI dibuang jauh ke Mesir. Kedua-dua sampah ini adalah merupakan LIABILITI kepada Kelab UMNO dan UMNO itu sendiri." berlagak seperti pemegang PHD ini tentunya ditujukan kepada En. Idris Mastor dan bekas YB tidak berkualiti dibuang jauh kemesir ini semestinya ditujukan kepada En.Kamal Abdullah (pegawi negeri terengganu).Kedua-dua pegawai kerajaan ini telah di cop sampah oleh rakan mereka sendiri.nampaknya,semua warga umno mesir sudah kucar-kacir bergaduh sesama sendiri.apa dah jadi?Siapa yang nak bangkitkan melayu sekiranya mereka orang-orang besar UMNO sudah tidak sehaluan dan saling bercakaran? Apakah mereka ini sebenarnya memang boleh diharapkan?

Adakah kebenaran kenyataan Tun Mahathir mohamad bahawa umno telah busuk sampai tulang dan ususnya/dari atas sampai bawahnya atau gelaran oleh TUN M UMNO RACIS .petikan didalam laman web TUN M: " UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya)." adakah ia benar? siapa yang mampu jawab? rasanya warga UMNO sendiri dan rakyat mampu menilai sejauh mana kebenaran pandangan DR M ini.

Benarkah beberapa orang kuat UMNO yang menjadi LIABILITI kepada orang melayu atau UMNO itu sendiri liabiliti kepada melayu?

2 ulasan: