Khamis, 7 Januari 2010

MB pakatan rakyat negeri perak kemalangan

Gambaran kereta seperti ini,biasanya menggambarkan mangsa kemalangan hadapi kecederaan teruk

INFO MALAYSIA 7 JANUARI 2010: Menteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menghadapi kemalangan jalan raya dalam perjalanan dari rumahnya di sungai rokam ke sebuah klinik pergigian di jalan sultan idris shah. Kemalangan berlaku apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini. Beliau didapati cedera ringan (calar dan luka ringan dimuka,lengan kanan dan beberapa tempat lain ditubuhnya.

Apa yang mena'jubkan,melihat dari kesan kemalangan dari kereta yang dinaikinya,boleh tahan teruknya,tetapi kesan kemalangan pada diri menteri besar pakatan itu dilihat tidak seteruk gambaran keretanya.Allah masih menyayangi insan ini,dan menjaganya kerana mungkin rakyat sentiasa mendoakannya dan memerlukannya dalam perkhidmatan sebagai wakil rakyat.
masih mampu tersenyum dalam kesakitan

Mohammad Nizar, yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital. moga cepat sembuh untuk terus berkhidmat kepada rakyat.Didoakan kepada semua wakil rakyat dimalaysia sentiasa dijaga Allah untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ehh..apa pasal kait dengan sms pulak.tuan Hj nizar ni SMS ke time kemalangan tu berlaku?

Allah sayangkan tuan Hj nizar,kereta teruk,tp dia ok.dia amal pendinding al quran kot.