Khamis, 1 April 2010

Mencabul dengan berlakon jadi mabahis

Madina Nasr 1 April - Kali ini Info kini cuba mengupas beberapa kes yang terpendam, supaya dijadikan pengajaran buat pelajar malaysia dimesir. Kupasan berkaitan dengan pencabulan hak asasi individu manusia ini akan dikupas dalam beberapa siri.Terdapat kes-kes besar yang melibatkan pencabulan terhadap mahasiswa wafidind sama ada melibatkan pelajar indonesia, thailand, singapore, brunei dan khususnya malaysia dimesir dirahsiakan sehingga ia sedikit pun tidak dapat dijadikan pengajaran buat orang lain. Kupasan kali ini sebagai altenatif untuk menyebarkan maklumat supaya mahasiswa/wi malaysia dimesir lebih berhati-hati didalam setiap gerak langkah.

Kes-kes melibatkan pencabulan hak asasi individu manusia berlaku dimana-mana. Tidak terkecuali, pencabulan ini juga berlaku dimesir, yang melibatkan mahasiswa dan siswi malaysia. Kita jarang didedahkan dengan berita berkaitan mahasiswa/wi wafiddin (bukan warga negara mesir) sering diganggu, harga diri dicalar dan dicabul kehormatan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dengan mudah-mudah, sama ada gangguan berbentuk rompakan,samun,penginayaan,seksual, dan lainnya dibuat tanpa belas kasihan serta kejam.

Berpakaian kemas menyamar sebagai mabahis

Siri ini Info Kini mengupas berkenaan kes yang baru-baru ini terjadi yang melibatkan mahasiswa/wi malaysia. Baru baru ini diberitakan terdapat satu kejadian penipuan oleh seorang bangsa arab mesir terhadap sekumpulan pelajar malaysia yang sedang melalui suatu kawasan di madina nasr, ia melibatkan mushrif dan anak mushrifnya (akhawat) diganggu oleh individu arab.

Halnya, seorang pemuda arab telah menyamar sebagai mabahis (mata-mata gelap/polis), dan menahan mushrif dan anak mushrifnya. Pemuda ini menyamar sebagai polis (yang tidak beseragam polis) dan meminta kepada mangsa menunjukkan pasport untuk di taftish (periksa), dalam kejadian ini juga, pemuda yang menyamar sebagai mabahis ini mengarahkan mangsa (akhawat) membuka niqab (purdah) dengan alasannya, hakikatnya pemuda tadi hanya mahu mengambil kesempatan yang seberapa boleh dilakukan.

Arahan pemuda yang menyamar polis tadi kepada mangsa dengan bertanyakan bitoqoh/pasport dan akhawt tadi diarahkan membuka purdah (alasan untuk melihat keindahan alam), mushrif pula ditanya mana iqomah/visa. Tetapi akhirnya penipuan ini dapat dikesan, dan akhirnya pemuda yang menyamar polis ini tadi, dapat ditangkap oleh mahasiswa yang berada disitu dan akhirnya diberkas polis.

Apabila ditangkap dan dibawa kebalai, keluarganya dipanggil polis dan pihak pelajar malaysia ingin menjadikan hal ini sebagai kes. Apapun, apabila hal ini cuba dijadikan kes, pihak keluarga pemuda yang menyamar polis ini tadi merayu supaya anaknya dimaafkan, kerana dakwa mereka, pemuda ini tidak berapa siuman. Melihat kepada keadaan pemuda tadi, pihak mahasiswa dapat gambaran ketidak siuman pemuda tadi. Apapun segalanya mungkin, pemuda tadi mungkin boleh menyamar tidak siuman, keluarganya pula mungkin cuba sedaya upaya melepaskan kerabatnya.

Apa pun halnya, dinasihatkan kepada seluruh mahasiswa dan sisiwi, terutamanya mahasiwi agar lebih berhati-hati ketika berada diluar rumah. Sedangkan ketika bersama mushrif, penjahat masih mampu mencuba untuk mencabul, inikan pula bila mahasiswi berjalan bersendirian atau hanya bersama-sama dengan golongan sejenis, ia agak membahayakan keselamatan. sayangilah harga diri anda dan maruah.

Kes-kes lebih menyayat hati akan menyusul, supaya menjadi pengajaran dan perhatian semua untuk lebih berjaga-jaga dan penuh berwaspada. Mengambil berat isu ini, umpama Menyayangi ikhwah dan akhawat kita supaya keselamatan terjaga dan terjamin.

3 ulasan:

HafizAdam berkata...

kalau lelaki plak menyamar mabahis kemudian mintak telefon. huhu.
makin menjadi-jadi skil ni nampaknya.

Awanama berkata...

hai, macam2 hal ada ye. harap2nye, pelajar2 perempuan lebih berhati2 lepas ni, jadikan benda yg berlaku ni sebagai pengajaran

pelajar2 lelaki pun, kena hati2 juga. klu unit hisbah satu mesir, tak kirela mane2 pesatuan un, dedahkan rahsia pasal benda2 yg tertimpa kat pelajar malaysia, mesti kite tak sangke2, sebenarnya macam2 kejadian dah ada.cuma dengarnye ditutup je.

mari sama2 berhati2

budak bijak

Awanama berkata...

Dengar cter,baru2 ni ade lagi akhowat yg kena tipu,dengan driver tremco..sebab dia penumpang last,driver tu bawak ke suatu tempat,dan.................

tak tahu btul ke tak cter ni,aku dgr org cter je,tapi hati2 la,kes camni,bukan malam je bleh jadi,siang pon boleh,jadi nasihat aku yg prihatin ni..akhowat sentiasalah jlan berkmpulan wlaupun di waktu siang.Waktu malam,pakai la mushrif,jgn keras kepala..

p/s: Selalu jugak aku terserempak ngan budak2 medik di kwsan asyir yg tak de mushrif,bile ditegur,buat sombong!!