Apa yang menariknya, pertandingan RUGBY ini tidak pernah dianjurkan dimesir oleh mana-mana persatuan pelajar malaysia Mesir, dan senang cerita tak terfikir pun tentang permainan ini boleh dijayakan dibumi bernama mesir, yang keras & padat tanahnya dengan pasir dan debu, memungkinkan mudah mendapat kecederaan ketika bermain. Kebiasaannya minat mahasiswa terlonjak-lonjak dan bergelojak hanya nak bermain sepak bola (bola sepak dalam bahasa melayu).
Tetapi terbaru, minat mahasiswa bertambah dengan beralih kepada minat sukan lasak seperti RUGBY ini. Awalnya, ucapan tahniah kepada persatuan perubatan kerana berjaya menganjurkan satu permainan yang jarang-jarang berlangsung dimesir, sekurang-kurangnya membuka mata rakyat mesir yang begitu ta'asub dengan permainan bola sepak mereka. Dengan adanya permainan ini dimainkan oleh kita dimesir, sekurang-kuangnya membuka hati rakyat mesir untuk beralih arah minat mereka kepada RUGBY pula atau lain-lain game.
INFO yang hendak disampaikan disini, bagus jugalah bermain permainan lasak ini, uji antibody kot, tetapi ape halnya nak bermain terlalu lasak sampai berlarutan hingga ke luar padang? Rasanya permainan ini dianjurkan oleh persatuan untuk bersukan, ukhuwah, berprogram. Tapi peserta telah memesongkan tujuan permainan ini nampaknya.
Hal yang baru-baru ini terjadi, diberitakan, ketika perlawanan berlangsung diantara satu pasukan dengan satu pasukan yang lain, ada berlaku sedikit percakaran, yang melibatkan pengadil dan sebuah pasukan pemain. Diberitakan, pengadil memihak kepada satu pasukan, dan pasukan yang satu lagi tidak berpuas hati lalu berselisih fahaman dengan pengadil. Akhirnya, pecakaran berlarutan apabila pasukan yang dimenangkan pengadil tadi membackup suara pengadil yang kemudiannya bercakaran pula dengan pasukan lawan tadi. Hal percakaran tersebut tidak berakhir disitu hingga terbawa-bawa keluar.
pada hari keseterusnya (luar dari kotak perlawanan rugby), satu pasukan dari muhafazah menghantar satu kumpulan (yang menaiki tremco) ke tanta untuk menyerang kumpulan ditanta, akibat tidak berpuas hati dengan hal yang berlaku di padang perlawanan.kumpulan ditanta bersedia menyambut perlawanan lasak ini. Pergaduhan ini berjaya disekat oleh para ustaz ditanta. Wakil ustaz ditanta ini meminta mereka bersurai, dan meminta pasukan dari kumpulan tremco tadi pulang ke muhafazah mereka. Bagaimana pun, kumpulan bertremco ini masih tidak mahu berganjak, selagi tidak dapat bersua tumbuk sesama mereka(antara dua kumpulan ini). Untuk mengelakan perkara yang tidak diingini berlaku, Wakil ustaz tadi, meletakkan dua kumpulan yang ingin berentap siku ini didalam satu rumah (langkah bijak untuk mengelak dari dua kumpulan ini berentap dikhalayak ramai) untuk mereka menyelesaikan percakaran mereka, dikhabarkan maka bercakarlah mereka disitu. Setelah selesai, maka mungkin mereka pulang kerumah masing-masing dalam keadaan berpuas hati, namun, kejadian atau musibah teruk yang tidak dingini tidak terjadi dan mungkin dapat ditangani oleh mereka yang berada disitu dengan baik.
Sebenarnya, INFO KINI berasa kelakar untuk melaporkan berita ni, tapi nak buat macam mane, dah berita, sebarkan sahajelah untuk pengajaran semua. Pengajarannya, diharapkan perselisihan sikit sebanyak yang berlaku di padang permainan, cukup-cukuplah diselesaikan cara baik dipadang. Setiap kali anjuran permainan yang besar, mesti ada sesi pergaduhan. Cubalah ubah, tanamkan bersukan untuk kesihatan dan kukuhkan kesatuan.Tujuan permainan pun untuk ukhuwah, dan bukan untuk berpecah. Harap mane yang terlibat bermuhasabah. Bagaimanapun, INFOKINI berharap sukan seperti RUGBY ini dapat dianjurkan pula oleh pihak-pihak yang lebih besar. Majulah sukan dengan cara ISLAM
3 ulasan:
hoi.. nie mat tech.. len kli kji cerita btol2.. bkn sbb xpuas ati ngn ref.. tp crite len.. bnde kalah mng dh bse.. kji btol2.. jgn men pkai pos.. ak kt mansourah... umah dpn restoran.. kalo nk tau cite cri ak.. tny bdak mansourah.. mat tech manchester...
tak nak ulas pasal cacian dan makian di Facebook ke?
itu sebab utama pergaduhan.
bukan nak sebelah kan mana2 pihak.
dua-dua ada silapnya.
apa kata tukar nama blog..
konon INFO TERKINI,tapi ape pun tak tau. :)
ni satu lagi blog yg tak reti2 nak buat kajian. kerja korang tuduh melulu tanpa bukti. udah2 la tu. benda bukan sebab ref.
kalau korang rasa korang dah cukup ilmu agama,guna cara yg betul bukan duduk dalam rumah depan laptop buat blog utk sakitkan hati orang lain.
Korang ingat hubungan korang dgn Allah dah cukup baik? kalau cukup baik pun mampu masuk syurga ke kalau hubungan dgn manusia korang tak jaga?
KORANG BYK SGT KAN ILMU AGAMA? AKU NAK KORANG JAWAB SOALAN AKU DI ATAS TU
Catat Ulasan