laporan akhbar tempatan Kaherah Sabe', 24 Mac - Baru-baru ni sepasang pelajar azhar telah di ijab qabulkan. Pengantin lelaki bernama Mohd Zahid Abu Bakar dan pasangannya bernama Yasidah Abu Bakar. Tetapi pernikahan ini dilaksanakan secara nikah wakil.
Apa yang menarik dimesir, pernikahan jarak jauh (PJJ) atau biasa kita kenali dengan nikah wakil ni sudah lali didengar dan sudah alah biasa kita hadiri majlis seperti ini. Adapun begitu,
bagi rakyat malaysia, hal seperti pernikahan (PJJ) atau nikah wakil ini agak pelik, jarang-jarang didengar, dan kadang-kadang sampai masyarakat tidak tahu, adakah nikah ini sah atau macam mane?(bagi rakyat di malaysia)
Agak kerap juga berita mahasiswa mesir keluar didada-dada akhbar malaysia. Sama ada berita baik mahupun buruk, bencana dan sebagainya. Kali ini sekali lagi berita pelajar mesir disiarkan. Berita kali ini dikatakan berbentuk sejarah. Berita pernikahan dilaporkan seolah-olah diantara perkara ajaib didunia oleh akhbar, sehinggakan laporan berita keluar dimuka hadapan surat kabar tempatan dan media elektronik. Tahniah kerana anda (pengantin) telah membuka mata masyarakat (ilmu baru bagi mereka).
Bagi mahasiswa yang belajar ditimur tengah, hukum nikah seperti ini sudah sedia ma'ruf, sama ada belajar jurusan agama atau perubatan atau lainnya semua sedia tahu hukum ini, kerana biasa dilaksanakan dimesir, hukumnya sah, agama tidak melarang, cukup syarat nikah, maka sah nikah.
Tetapi dimalaysia, masyarakat merasakan ia suatu yang pelik bin ajaib mungkin.
Apa pun tahniah pada pasangan penganting kerana berjaya mendirikan rumah tangga, dalam masa sama dapat membuka ruang rongga mata masyarakat, bahawa nikah ini jangan disusah-susahkan, hukum agama jangan dipandang sukar untuk dilaksana, kerana agama itu datang untuk memudahkan, bukan menyusahkan.
Dengar berita, pengantin lelaki (Mohd Zahid Abu Bakar) adalah salah seorang dari exco kepimpinan rumah negeri perak mesir, dan juga adalah merupakan salah seorang dari calon kepimpinan yang bertanding diperingkat kepimpinan tertinggi " Jam'eyah Al Malayuwiyah Bi Jumhuriah Masriyah Al Arabiah" tahun ini. Kalau begitu, calon ini nampaknya mudah dikenali kerana telah terkempen oleh akhbar secara tidak terancang. Kepada beliau selamat pengantin baru dan selamat bersedia memimpin pelajar dan keluarga.
-------------------------------------------------------------------------
Berikut Paparan asal berita dari MyMetro (Harian Metro) bertarikh 21 Mac dialamat Web: http://www.hmetro.com.my/
laporan media elektronik Harian Metro
21 Mac 2009
Pengantin Cipta Sejarah Berkahwin Melalui Sidang Video
LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah.
CANGGIH...Yasidah berhubung dengan suaminya, Mohd Zahid melalui sidang video.
“Keputusan melakukan pernikahan secara sidang video diambil kerana suami (Mohd Zahid) tidak dapat pulang ke tanah air. Malah dia bertekad tidak akan pulang selagi tidak menggenggam ijazah dalam bidang Usuluddin.
“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju mewakilkan abang Mohd Zahid untuk majlis akad nikah. Walaupun nampak kompleks, saya bersyukur semuanya berjalan lancar mengikut hukum syarak walaupun tanpa kehadiran suami.
“Saya bersyukur hubungan kami berakhir dengan perkahwinan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Syariah di Universiti Al-Azhar, sekali gus membolehkan kami tinggal bersama di sana,” kata Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota.
Menceritakan detik pertemuan dengan suaminya di Mesir, beliau berkata, perkenalan singkat dalam persatuan amar maaruf membawa kepada ikatan pertunangan pada 25 Disember 2009.
“Kami merancang berkahwin dalam tempoh tiga bulan selepas bertunang dan majlis akad nikah hari ini (kelmarin) melengkapkan perjanjian itu.
“Bagi kami perkahwinan ini adalah ikatan percintaan, sekali gus menjaga adab dan nilai kesucian agama kerana kebebasan tanpa had dan sempadan tanpa ikatan bakal mengundang keruntuhan moral dan mencemarkan kesucian agama,” katanya.
Sementara itu, Naib Kadi kawasan Bota/Lambor, Omar Tahir, berkata upacara akad nikah terbabit sah mengikut syarak walaupun pengantin lelaki diwakili oleh abangnya.
“Saksi dan orang ramai yang mengikuti sidang video secara langsung ini juga tidak mempunyai masalah mengenai status pengantin lelaki kerana mereka dapat melihatnya secara jelas dalam komputer,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan