Pemergian Sayed Tantawi ini juga mengejutkan warga Mesir, serta seluruh pelajar Al-azhar terutamanya. Berita pemergian Sayed Tantawi ini cepat tersebar dikalangan pelajar Azhar dimesir sejurus sahaja Sheikh Al-Azhar ini meninggal dunia, dan ramai dikalangan pelajar seakan-akan tidak percaya dengan berita ini pada awalnya. Kebenaran berita ini disahkan lagi dengan berita media.
Sumber maklumat REUTERS melaporkan:
Jenazah Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi hari ini selamat dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara- mara dan sahabat Nabi Muhammad SAW, selepas jenazahnya disembahyangkan di Masjid Nabi.
Jenazahnya sebelum itu diterbangkan dari Riyadh selepas menghembuskan nafas terakhir, setelah mengadu sakit dada dipercayai akibat diserang sakit jantung.
Sementara itu, jawatan Sheikh Al-Azhar akan dipangku oleh timbalan beliau, Mohamed Wasel sehingga Presiden Mesir, Hosni Mubarah melantik ketua baru institusi Islam tersebut.
Wasel, sebelum ini mengepalai jawatankuasa dialog antara agama Al-Azhar, yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir yang menghantar sarjananya untuk mengajar di negara dunia Islam.
"Kerajaan biasanya memilih ulama berfahaman sederhana dan apa yang kami minta adalah seorang yang akan bekerja untuk kepentingan rakyat dan tidak akan berat sebelah kepada kerajaan tetapi mengutamakan kebenaran," kata Sheikh Mahmoud Hamdy Mugahed, bekas sarjana Al-Azhar yang kini menganggotai Parlimen.
Semasa dilantik pada 1996, Tantawi dilihat sebagai ulama yang berpandangan liberal terhadap isu seperti hak asasi wanita namun dikritik ramai kerana menurut perintah kerajaan.
Semasa memegang jawatan itu, beliau menentang amalan berkhatan pada wanita sekali gus mencetus kritikan kumpulan hak asasi sebagai tidak menurut cara Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan