Rabu, 31 Mac 2010

Pemaparan berita berkepentingan, memalukan. Orang yang telah meninggal menjadi taruhan

Kaherah 31 Mac - Bagi mendapatkan popularity terdapat sesetengah pihak sanggup memutar kebenaran menjadi tonggang terbalik. Info kini mengesan terdapat kecelaruan bentuk berita yang disampaikan oleh sebuah club dimesir. Laporan berkenaan kematian mahasiswa perubatan yang belajar ditanta telah disalah laporkan. Berikut merupakan laporan salah yang dilaporkan oleh Club Umno Luar Negara.
----------------------------------------------------------------

PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH
Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.

Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.

Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.
-------------------------------------------------------------
Berita diatas merupakan berita rasmi yang dikeluarkan oleh laman web Kelab Umno Luar Negara (http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=321:pelajar-luar-negara ). Kejadian yang melibatkan kematian seorang pelajar malaysia dimesir pada awal Mac lalu diketahui oleh umum, dan berita tentang kejadian tersebut tersebar didada akkbar mahasiswa melalui web-web dan blog-blog rasmi oleh banyak pihak dimesir.

Apa yang info kini ingin kupas disini, berkenaan kenyataan berita dari laman ini (kelab umno luar negara ) adalah satu berita yang tidak mempunyai mutu. Segala laporan dan jalan cerita kejadian amat tidak tepat. Lebih menyedihkan, berita yang dikeluarkan seolah-olah bertujuan untuk mencari popularity club mereka dan sanggup memutar berita benar kepada jalan kisah kejadian seumpama cerita dongeng.

KELAKAR BIN AJAIB, banyak kesangsian dari berita yang disebarkan oleh club ini yang berkaitan dengan kejadian pelajar perubatan maut jatuh banggunan awal mac lalu, Antaranya kesangsian dan kenyataan yang salah, pertamanya berkenaan penambahan cerita supaya sedap didengar mungkin, adakah benar mangsa dalam keadaan bergelak ketawa dan bergurau senda dengan rakan ketika kejadian? Kesalahan Kedua ialah pada nama mangsa iaitu nama sebenar mangsa Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan yang ditukar kepada nama baru Wan Farhan Bin Wan Han. Kesalahan ketiga laporan mangsa jatuh dari banggunan dikaherah, sedangkan kes berlaku diiskandariah. kesalahan keempat mengikut laporan polis tiada saksi yang mengetahui bagaimana dia (mangsa) boleh terjatuh, manakala dalam laporan web club umno mangsa terjatuh disebabkan bergurau dengan teman, dan terjatuh disebabkan duduk di atas kerusi. Kesalahan kelima kenyataan kedudukan Universiti tempat mangsa belajar adalah Universiti Tanta yang terletak di Kaherah, nama pun Universiti Tanta, bagaimana Tanta boleh disamakan dengan Kaherah. Bahkan kes ini dikatakan berlaku di Kaherah oleh web club umno luar negara.

Banyak lagi kesalahan lain, antaranya pengurusan jenazah diuruskan oleh pelajar-pelajar ahli kelab umno adalah satu laporan dan fakta yang salah. Pengurusan jenazah diuruskan dari awal lagi di iskandariah oleh persatun pelajar Perubatan,Jam'eyah Al-malayuwiyah PMRAM serta pegawai selangor, dan pihak kedutaan malaysia mesir. Solat jenazah pula dilaksanakan didataran hayyu asyir oleh orang ramai termasuk pihak kedutaan, YB-YB dari perak termasuk YB IR Nizar dan YB Idham Lim dan rombongan, persatuan perubatan, mahasiswa-mahasiswa yang tidak berlambangkan mana-mana parti atau mewakili mana-mana parti serta orang ramai yang turut hadir.
Dalam laporan kelab ini, berita yang ditulis ringkas, tetapi berita ringkasnya dari mula hingga akhir penuh kesalahan fakta. Adakah laman web ini boleh dijadikan sumber berita? Demi untuk mencari popularity adakah sampai sanggup menipu? Diharapkan selepas ini laporan tidak cenderung kepada penipuan dan penyelewengan fakta.Sama-sama fikirkan

2 ulasan:

hanif hafiz berkata...

pelik betol org mesir ni.

Khalilah Salleh berkata...

salam.hati sy tergerak utk melihat berita2 ttg arwah...rupenye ad yg "menarik"...biarpun tlh lama peristiwa ni...semoga Allah memberi petunjuk buat blogger itu.