Kejadian tersebut berlaku pada malam 11 mac kira-kira jam 10 malam waktu mesir (4 pagi waktu Malaysia). pihak polis (tempatan) mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut, berikutan hasil dari siasatan yang dilakukan pihak polis, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku, dan tiada sebarang tanda atau bukti berbentuk jenayah.
Pihak persatuan pelajar telah bergegas ke iskandariah untuk menguruskan jenazah allayarham sejurus maklumat diterima, turut bergegas ke tempat kejadian ialah pegawai negeri selangor mesir.
Kira-kira jam sepuluh pagi (sabtu 13 mac), Jenazah allahyarham dibawa ke Dataran Hayyu 'Asyir untuk disembahyangkan. Jenazah telah disembahyangkan di dataran tersebut dengan kehadiran/disolatkan oleh ratusan mahasiswa perubatan dan azhar, turut bersama dalam solat jenazah pada pagi itu terdiri dari rombongan Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak YB dato' seri Hj. Nizar, Pesuruh Jaya PAS negeri perak Ustaz Abu Bakar, YB. Khalil Idham Lim (adun titi serong perak), Hj. Asmuni Awi (peguam pas perak), dan beberapa orang lagi pimpinan PAS negeri. Rombongan MB pakatan perak benar-benar ingin bersama melaksanakan solat jenazah ini, apabila pengumuman tentang kematian mahasiswa ini diumumkan didataran didalam satu acara anjuran SUARA. Turut hadir sama ketika solat jenazah wakil dari safarah. Sesudah solat, jenazah Seterusnya di bawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan