Ahad, 16 Mei 2010

Amaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Melalui media Akhbar Adakah ia dirujuk dan ditujukan Kepada Pegawai JPMK?

Mesir 16 Mei: - INFOKINI melihat, kalam dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan melalui akhbar media MALAYSIAKINI, adalah tertumpu khususnya berkaitan permasalahan yang dihadapai oleh mahasiswa/wi mesir, ini kerana teguran ini diberikan setelah memorendum persatuan pelajar telah disampaikan kepada KPTM melalui saluran pihak bertanggungjawab. Ia merujuk supaya pegawai kerajaan (khususnya JPMK dimesir) agar tidak menimbulkan persepsi negatif pelajar terhadap kerajaan akibat kecuaian pegawai menjalankan tugas sebagai pegawai(penjawat awam).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seolah-olah memberi saranan supaya pegawai-pegawai dibawah kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan amanah cekap dan lain-lain tugasan. Pegawai kerajaan diharapkan tidak melakukan tindakan yang tidak profasional serta pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi buruk pada kerajaan.

Dibawah merujuk kepada berita sebenar:

Kakitangan k'jaan dilarang buat pernyataan awam
Mei 15, 10 6:52pm
Penjawat awam dilarang membuat sebarang bentuk pernyataan awam - lisan atau bertulis - kerana dibimbangi boleh menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan. Peringatan ini dinyatakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dalam surat edaran bertarikh 14 Mei kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan.
"Dimaklumkan bahawa, Kerajaan memandang serius terhadap sebarang bentuk pernyataan awam yang dibuat pegawai awam sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan. "Keadaan ini boleh menjejaskan imej kerajaan serta hasrat untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'," katanya. Di bawah Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memberi pelbagai implikasi; a. memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu; b. memalukan atau memburukkan nama kerajaan; atau c. menunjukkan kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan.
Di bawah Peraturan 19 (2), Peraturan yang sama pula, seseorang pegawai awam tidak boleh membuat pernyataan awam mengenai sesuatu perkara melainkan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada menteri sama ada secara am atau khusus. a. apa-apa ulasan tentang kelebihan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan b. memberi apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan perjalanan fungsi kerajaan atau c. memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan kerajaan. Ismail berkata, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan hendaklah memantau perkara itu dan mengingatkan semua pegawai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan serta lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pernyataan awam agar tidak menjejaskan imej perkhidmatan, organisasi dan kerajaan. "Sekiranya terdapat mana-mana pegawai yang mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib hendaklah dikenakan ke atas mereka berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: