Selasa, 4 Mei 2010

JPMK seharusnya tiru langkah KBMK

Kalau dah sampai kes pelajar mengamuk ni, kes dah berat, apa masalah pegawai sebenarnya?

Cairo 4 Mei: - ISU PEGAWAI JPMK " Gembira melihat respon KBMK dengan mahasiswa. Menunjukkan keperihatinan KBMK terhadap mahasiswa. Kadang-kadang merasakan cukup ada KBMK macam sekarang, kalau ada JMPK pun (pegawai) kalau masalah tidak ditangani, tidak berfaedah juga. Sehinggakan permaasalahan pelajar tak sampai ke makluman KBMK, KBMK tak tahu pun rupa-rupanya ada ramai pelajar tak muqayyad nama, KBMK tak tahu pun ada berlakunya permasalahan visa pelajar. Bila KBMK tahu, ada tindakan diambil, baru ada yang terkial-kial nak bekerja." itulah sedikit luahan dan rintihan pelajar, sama ada dari persatuan ini atau dari persatuan itu, dari kuliah ini atau dari kuliah itu.

Semenjak beberapa minggu kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang permasalahan yang menimpa pelajar. Antaranya berkaitan dengan nama pelajar tak muqayyad (tak naik nama), isu pelajar agama yang belajar di muhafazah cuba dihapuskan (tiada yang belajar di muhafazah selepas ini) demi politik tertentu, isu keselamatan pelajar dibumi mesir berkaitan visa, isu mahasiwi dicabul, isu beberapa orang pegawai JPMK dikatakan seperti budak-budak kerana bertelagah dengan pelajar, masalah hisbah melampau-lampau, masalah moral yang meruncing tak ditangani, dan seribu satu masalah pelajar yang tidak selesai dan merundung emosi mahasiswa/wi disaat nak pereksa ini.

Semua ini banyak dikaitkan dengan JPMK. INFO KINI melihat dalam beberapa minggu, dan servey keadaan. Banyak perkara yang perlu dimuhasabah bersama demi memastikan nasib mahasiswa terjaga dan terbela. Mahasiswa/wi diwaktu ini sudah semacam terlalu kepanasan disebabkan terlalu kecewa dengan beberapa pihak (mengikut penilaian dan pemandangan sudut INFO KINI). INFO KINI bertanya dan terus bertanya, seorang demi seorang pelajar melalui saluran-saluran berkaitan, cuba mendapatkan respon pelajar. Ternyata keadaan pelajar disini (mesir) terlalu berduka cita dengan situasi sekarang, bahkan dari dahulu lagi. Cuma yang berlebih-lebihan sekarang ini. Perkara ini bukan hanya boleh didengar dan lihat depan mata, bahkan didalam internet bersepah-sepah blog luahan pelajar menuntut hak ke JPMK, tak terkira.

Permasalahan yang melanda banyak dikaitkan dengan beberapa orang pegawai diperingkat JPMK. Sehinggakan bukan sahaja persatuan yang dikatakan pembangkang bangkit menyuarakan suara mahasiswa/wi, akan tetapi beberapa orang ternama dikalangan pelajar bukan dikaitkan pembangkang, pro UMNO pun turut sama bangkit menyatakan isu sekarang perlu ditangani dengan segera.

Apa kes? Kesnya mahasiswa/wi sedang bangun cuba membangunkan dan menyedarkan beberapa orang pegawai JPMK, ini berdasarkan kajian INFO KINI. Mahasiswa/wi sedang bangkit sebangkit-bangkitnya menyatakan hak mereka dinodai. Bunyinya sahaja macam dicabul. Memang itulah kenyataan beberapa orang pelajar yang menyuarakan pendapat mereka. Mereka (pelajar) menyatakan hak-hak mereka memang sedang dinodai dan dicabul, dengan maksud, hak mereka digadai dan tergadai (tak terbela), tidak dijaga.

Nak berpolitik boleh, nak bekerja untuk parti boleh, tetapi kerja-kerja kepegawaian perlu dilaksanakan dahulu. Lagi satu, kita sering marah-marah pelajar gagal kerana berpolitik, tetapi kita sendiri sebagai pegawai menyuruh mahasiswa berpolitk. Ini nampak tak adil dan tak bijak. Gambar terang lagi bersulu KELAB UMNO, tetapi tidak diakui pula itu politik. Pelajar tak boleh diperbudak, sebab pegawai bukan bedepan dengan budak-budak


Apa kes sampai pelajar berasa seperti ini? Tentu ada sebabnya. Maka, diharapkan kepada pihak yang cuba dibangunkan, harap dapat sedar. Kalau seorang dua pelajar boleh dikata lagi enti pegawai, tapi kalau dah berduyun-duyun bagun, ini dah kira besar. Mahasiswa bagun dan bangkit menyatakan hasrat hak mereka perlu dilunaskan. Jadi, pihak yang dituntut jangan ada yang tidur. Apa yang pelajar sesal sangat? jawapannya senang sahaja, pegawai nampak sibuk, tetapi bukan dengan tugas yang diamanahkan, contohnya sibuk dengan menekan pelajar jangan sokong pembangkang, tak nak cop pengesahan surat pelajar terutama pelajar kelantan kerana dikaitkan tidak berdaftar dan pembangkang (habis semua kena sapu tak dapat cop sebagai kiasan), pelajar-pelajar negeri pakatan jadi mangsa ta'asub politik beberapa orang pegawai dan lain-lain hal. ini hasil melihat luahan pelajar. Rasanya, kerja-kerja kerajaan jangan dikaitkan dengan politik peribadi dan arahan kepartian. Tugas mengecop, tandatangan harus dilunaskan sekiranya tiada asbab melarang (layak), pekerja kerajaan adalah bekerja untuk rakyat malaysia, pegawai bukan orang besar, tetapi adalah pekerja kepada rakyat malaysia. Sesiapa yang diamanahkan bertugas untuk masyarakat, mereka adalah pekerja kepada masyarakat itu.

Merungkai dengan beberapa permasalahan yang berlaku, seperti nama pelajar tak muqayyad. semakluman semua, tugas ini merupakan tugas JPMK. pegawai yang terlibat, dikatakan mahasiswa banyak tidur dari sedar. Kerana apa mereka mahasiswa berkata seperti itu? Kerana pegawai yang dikatakan sememangnya sibuk, tetapi disibukan dengan hal lain yang tidak kena mengena dengan bidang tugas, sibuk Berpolitik, mengalahkan ahlul politik dikatakan pelajar. Sememangnya berpolitik itu tak salah, dan hak masing-masing nak sokong mana-mana pihak yang hendak mereka sokong. Tetapi mengutarakan permasalahan terlalu banyak dimesir, dengan nama tak naik dikuliah bagi tahun satu, masalah pencabulan yang melibatkan sisiwi malaysia, keselamatan pelajar dari segi visa,kecurian dan lain-lain, moral dan akhlak pelajar yang dah menghantu, penghapusan pelajar dimuhafazah bagi jurusan agama dan macam-macam lagi masalah tidak ditangani, tetapi diberitakan pengawai sibuk bukan selalu tetapi terlalu sibuk dengan politik. Disebut mahasiswa/wi, pegawai bila pelajar ke JPMK, diberi tekanan tentang politik, ugutan tidak tanda tangan cop dlln, pelajar negeri pakatan dianak tirikan, bahkan ada yang dihina, menghina pelajar, pelajar yang tak mampu dikatakan kalau tak mampu buat apa datang mesir dan macam-macam lagi rungutan pelajar dibisik-bisik menjadi bualan hangat seluruh pelajar. Sekiranya ini benar-benar terjadi, tugas pegawai terbabit yang sepatutnya menjaga kebajikan atase pendidikan dan atase kebajikan tidak terlaksana, bahkan dilihat menyimpang dari bidang tugas. Walaupun kita PAS, UMNO, PKR, DAP, PBS, SNAP dlln, lantaklah itu semua, yang penting jalankan kerja telus dan amanah. Politik didalam kerja harus dihindarkan, bee profasional.

Ingat ONE MALAYSIA, jadi mengapa ada suara mengatakan ada pelajar-pelajar negeri pakatan dianak tiri, ini tak menunjukkan SATU MALAYSIA


Admin sendiri pernah ditanya pegawai seperti hal yang disebut diatas. Merasakan tak perlu tekan-tekan pelajar berkenaan politik, biarkan mahasiswa dengan alam mahasiswa, jangan dibakar-bakar kepanasan mahasiswa, takut bertelagah nanti, memperlihatkan lagi pegawai semacam budak-budak dan kebudak-budakan. Pegawai yang sering disebut-sebut itu adalah Khairy Jalaludin dan Zul atase pendidikan dan atase kebajikan. Anda berdua perlu dengar suara mahasiswa, kalau tidak, hendak kah lagi masuk isu ke parlimen, ingin tercalar nama seperti polis malaysia yang dipertikai hebat sekarang? Apa yang dapat admin kupas, mereka masih baru. Tetapi baru tak bererti tak tahu. Tak tahu buat apa jadi pegawai. Kan senang jawapan tu. Nak tahu, ramai pelajar yang begitu marah dengan sikap kedua-dua pegawai ini, hatta master UMNO mesir pun marah, Faizal sabhon pun marah pada en.khairy. En.zul menghina kerajaan selangor didalam satu program dirumah negeri selangor dan lain-lain. semua ini dilihat tak profasional oleh mahasiswa. Alesnya (bahasa jermen) iaitu kesudahannya, mahasiswa tak ada rasa hormat lagi pada pegawai berkenaan.

Pengarah JPMK kita sangat rajin


Peliknya, mengapa pegawai ini bersikap sehinggakan pelajar benci anda? Lihat contoh terbaik. KBMK, mereka prihatin dengan nasib rakyat malaysia dimesir. Contoh Kuasa Sementara (pemangku duta), mengambil berat dengan hal yang berlaku sekarang. Persoalan mahasiswa, adakah ditunggu atasan yang buat kerja? Bukankah pihak atasan ada tugasnya yang perlu dilunas? jadi kewujudan JPMK sebagai membantu hal pelajar bagaimana? Apa yang INFO KINI sebut, ini adalah suara-suara mahasiswa satu mesir. Kalau INFO KINI tak sebut pun, beribu mahasiswa/sisiwi dok sebut-sebut, sama ada secara belakang atau terang-terangan. Jadi bangun dari lena, jangan main facebook banyak sangat, politik berlebihan amat dan lain-lain. Tugas kendalian utama perlu di lakasana., Kita kan ONE MALAYSIA, jadi sahutlah kerja tanpa politik, tiada pelajar dianak tirikan, beee profasional dalam kerja. Takkan tak cukup great sebagai punca tak tahu buat kerja? (ini hal pun dah diperbahaskan dalam banyak blog dan dalam perbincangan mahasiswa).

admin percaya, pegawai yang ada adalah pegawai yang cukup great untuk berjawatan pegawai JPMK. Admin buat masa ini, tidak merasakan lagi, yang pegawai disebut tidak cukup great sebagai pegawai , melompat-lompat great lalu boleh jadi pegawai. seperti yang disebut-sebut pelajar didalam blog dan ungkapan perbualan sesama pelajar. Kalau ya lompat pun, janganlah tunjukkan bahawa kita ni tak bijak, buat-buatlah bijak, Bijak sudah.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape cerita ni. aku dengar pelajar kat mesir ni banyak ditimpa masalah.nama pelajar tak naik.sijil stam tak laku ada periksa kemasukan lagi sekali.ngn macam2 hal lg

betul ke MSD tak buat kerja?habis dorg buat ape kat mesir?

Tanpa Nama berkata...

to tanpa nama yang pertama:

anda juga perlu memperbaiki ejaan anda.sila perbaiki ejaan anda wahai tanpa nama yang pertama.kesalahan ejaan tak sepatutnya berlaku pada seseorang yang bergelar melayu seperti anda wahai tanpa nama yang pertama.

Kesalahan yang perlu diperbetulkan oleh anda:
1) Xsepatutnya (tak sepatutnya)
2) yg (yang)
3) nk(nak)
4) ckp(cakap)
5) x(tak)
6) jugak (juga)
7) xjugak(tak juga@tidak juga).

hendak dikata anda tanpa nama yang pertama sebagai typo tidak juga.maybe a typo but i found the same mistakes from your coment.

nak kata orang,dia lebih lagi berlebih-lebih salah.baru tulis satu perenggan dah salah banyak berlipat ganda kesalahan.kalau tulis satu entri yang 360 patah kata macam pelajar darjah enam, comferm hancur..hahaha

so,lain kali,nak coment pada orang,lihat diri sendiri dahulu.biasa lah, ni kan blog sempoi-sempoi.. bukan blog bahasa melayu,atau blog tata bahasa, atau kamus dewan, tak pun bukan juga sebagai blog dewan bahasa dan pustaka. kalau nak cari pencarian bahasa melayu, cari la laman web bahasa melayu. kui.kui..kui

so pada tanpa nama yang pertama " love your language " ok..huhuhu


coment daripada
penyokong blog info kini (fan info kini)

khairi berkata...

orang nak tengok isi. bukan tengok BAHASE..

Tanpa Nama berkata...

kpd. tanpa nama yg. ketiga..

sila betulkan ejaan anda.

coment (komen/comment)
comferm (confirm)
pada ('kepada' lebih tepat)

Tanpa Nama berkata...

komen (komentar)

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

kadang-kadang terasa pelik juga mahasiswa azhari bila bertindak tidak menggunakan akal dan ilmu yang Allah anugerahkan..

1-isu nama tidak muqayyad..

dimana-mana tempat pun berlaku isu ini bahkan JPMK sudah cuba membantu pelajar-pelajar Malaysia..kami pelajar-pelajar perubatan tidak marah pun nama tidak muqayyad kerana kami tahu ada pihak yang sedang membantu menguruskan hal kenaikan nama ini. di tanta, mansurah, zagazig, dan lain-lain tempat yang ada pelajar perubatan, ramai je yang tak muqayyad nama..tapi mereka bersabar dan tidak menuduh JPMK tidak buat kerja..pelajar malaysia di mesir bukan seorang dua sahaja..bahkan ramai.JPMK perlu menangani pelbagai isu..

saya hendak bertanya kepada pihak yang terlalu bersemangat ni, adakah selama ini JPMK tak buat terjemahan sijil untuk kalian? pengesahan sijil? pengesahan utk zakat dll?

kalaupun mereka tak mahu tandatangan, kita persoalkan semula pada diri kita..mungkin kerana sikap kita yang terlalu agresif mendesak itu dan ini menjadi mereka pun tertekan..

para pelajar perubatan tak ada pun yang kecoh nama mereka tak naik..tapi pelajar yang bergelar "ustaz" pula yang kecoh..cuba jadi profesional sikit..

wassalam

Tanpa Nama berkata...

" 1-isu nama tidak muqayyad..

dimana-mana tempat pun berlaku isu ini bahkan JPMK sudah cuba membantu pelajar-pelajar Malaysia."

JAWAPAN; pegawai JPMK memang tak buat kerja,mereka sibuk dgn politik.sampai kerja asal menguruskan pelajar tak jalan.sibuk berface book cari pengaruh parti politik. so sampai hal pelajar tak mukayyad nama pun mereka tak tahu,dah didesak peljar baru nak terhegeh2 buat kerja.baru ada mata bila tgk pelajar dah bangun. jd mana2 pelajar tmasuk pelajar medic,yg mendiamkan diri masalah mereka yg bertimbun2 xselesai perlu bangun,sebab pegawai dibayar gaji,so bila gaji ada kerja xda,tu merugikan duit rakyat.sape yg xbangun maknanya tak sayang diri lebih baik disebut tak guna otak dan kaku kayu batu dan bangku bodoh la senang cerita sebab mudah2 diperbodohkan pegawai yg penuh dgn politik shj dari pada buat kerja. bersabar biar bertempat,klu sampai diperbodoh2kan pegwai,nama sahaja belajar medic,so kena tunjukkanlah kepandaian anda berfikir.takkan isu ini pun tak boleh fikir

"saya hendak bertanya kepada pihak yang terlalu bersemangat ni, adakah selama ini JPMK tak buat terjemahan sijil untuk kalian? pengesahan sijil? pengesahan utk zakat dll? "

JAWAPAN: jpmk tak buat terjemahan sijil,sijil diterjemahakan oleh kerani,memang kerani kita bagus e.rosni,kerja cekap mantap tip top.yg tak buat kerjanya pegawi JPMK(sebahagian)KJ dan Zul,sebab mereka sibuk politik,jd tak ada masa utk kerja pejabat.

pengesahan pula,memang mereka tak buat juga,sebab ramai yg ke pejabat utk dapatkan pengesahan terutama bile dua pegawai ni ada,memang susah nak dapat,boleh dapat pun kena maki,kutuk,hina.lepas dihina,kutuk,hamboor dlln,baru dicop dan tanda tangan (mereka bajek mereka bdua ni hebat)padahal kelayakan jd pegawai xda,guru jqaf je pun,kasta/standart kelayakan dua2 ni xdpt.dpt jd pegawai ni pun hasil ampu UMNO,tu pun letih ampu UMNo baru dapat jd pegawai.klu tak,jd tukang sapu safarah pun tak layak,sijil tak cukup.

"para pelajar perubatan tak ada pun yang kecoh nama mereka tak naik..tapi pelajar yang bergelar "ustaz" pula yang kecoh..cuba jadi profesional sikit.."

JAWAPAN:pelajar azhar bangun sebab pelajar azhar bijak.so,pelajar medic yg tak bangun,make korg tak bijak,medic yg xbangun mcm mane boleh dpt belajar medic?korg pun beli sijil gak ker?hai..sama mcm KJ ngn zul tu ye..


so..saranan kepada kerajaan malaysia,supaye hantar dua pegawai (KJ ngn zul) balik mesia.kasik malu org melayu jek.nape la kera jaan hantar org buduh jd pegawai..

huhu..lg elok hantar aku jd pegawai yg takda sijil ni dari hantar dua org buduh ni..xcerdik langsung,kunun2 nak paku pelajar,tp bila pelajar balas,tau ngok tepaku buduh,sbb kedua2 ni mmg buduh.xda otak bila ckp.

dari student kwang kwang kwang

Tanpa Nama berkata...

yang lebih pelik bila pmram tak mampu tangangi masalah sosial di kalangan pelajar azhar tu sendiri..

kes couple azhari berlambak-lambak..kes rokok orang pmram berlambak-lambak..kes menonton filem porno di kalangan azhari pun ada..macam la tak taw..yang bestnya, kat mesir ni, yang dok jadi pengedar dan pembekal movie kepada pelajar medik adalah pelajar azhar yang menyokong pmram. ini yang kelakar. kita sibuk tuding JPMK dalam pelbagai masalah sedangkan kita sendiri terlalu banyak masalah yang tak selesai pun..

isu nama mukayyad. memberontak dengan menggunakan kata-kata "tepaku buduh","kedua2 ni mmg buduh","tak guna otak dan kaku kayu batu dan bangku bodoh" ni cara yang dikatakan bijak dan mengikut syariat islam kah? inikah yang dikatakan pejuang islam?

terlupa pulak bila dah bersemangat, islam letak kat tepi, emosi lah yang jadi tuhan. lepaih ni, anda nak bawak hujjah ulamak mana pula yang membenarkan caci maki sesama muslim?

buat malu institusi al-azhar je.

Tanpa Nama berkata...

sebab tula ramai pelajar medik kat mesir ni tak percaya sangat kat azhari sebab bercakap nak bohong je.

dengar berita apa2, cepat je sebar-sebarkan. bukan nak siasat dulu ke. biasalah, bila tuk gurunya(pmram) sudah macam tu, sampai ke bawah jadi macam tuu.

sekarang ni, minta unit hisbah PMRAM gi siasat sorang2 BP pmram, ustaz2 pmram dan tengok sikit laptop-laptop depa tu. banyak yang tak senonoh. filem lah. apa lah ada dalam tu.duk kalut dengan jpmk, tapi, rakyat azhari yang rosak tak pulak kita kecoh2 kat infokini.

Tanpa Nama berkata...

ni baru kata pmram hebat.wlu pun aku hanye pemerhati dari jauh penggaduh2 dari mcm2 persatuan yg duk ada kat mesir ni. sebab bile nampak maksiat,perokok,dakwah tak jalan, semua ni ditudingkan pd PMRAM tak tangani. mcm2 soalan timbul dan pertikai PMRAM ada yg kata, sebab pmram tak tangani masalah nilah menyebabkan pelajar mesir rosak.so mcm nampak pmram je yg biasa tangani gelaja2 nih.sebab ape tak bangkitkan persatuan lain atau ngo lain yg duk ada kat mesir ni.mana nama mereka?sah2 mereka tak ada skrip atau dasar pejuangkan islam.

bicara kata: tahu pula ye mengharapkan pmram nak buat itu ini,minta tangani mcm2 perkara.hehe iktiraf pulak ye korg pd pmram dlm bab ni.dgn maksud korg,korg minta pmram tangani segala pemasalahan pelajar,klu pmram duk diam,korg bantah tindakan pmram duk diam.so mksudnya korg setujulah,bahawa pmram memang tersohor dan membawa islam.tapi betul ke pmram diam dlm nak tangani mcm2 masalah yg duk ada kat msir ni?bukan pmram ke yg biasa kedepan dan sanggup kena tohmah pertahankan hukum islam,amar makruf nahi mungkar dlln sampai sanggup dihina dan dicerca demi pertahan islam dan hukum allah.

huraian: nape tak kate,wahai jpmk,knpe tak wat kije?tak belajo tentang wajib laksanakan taklifan atas diri kite ek?bukan ker isma,jim,abim,konsis,haluan dlln yg buat pelajar rosak,sebab tak betindak ape2?.haha,semuanye duk sebut bil hikmah,kije haram tak jalan,ckp tarbiah hebat,amar makruf nahi mungkar sikit habuk tak nampak buat,haram!ckp je kencang.sebijik mcm pengkomen atas aku nih,cakap guna kepale lutut.sah2 kepale pening lalat.

sudent guna otak

Tanpa Nama berkata...

pandanglah jauh2:

JPMK= amanah dia sudah pasti letakkan undang2 jgn langgar maksiat,buat lantikan pencegah maksiat,rapat dgn pelajar dan tangani masalah pelajar.pelajar byk masalah sebab JPMK tak laksanakan amanah.bukan ke pegawai jpmk diutus utk bantu pelajar.so sebab pegawai jpmk tak buat kerja,tak bantu pelajarlah penyebab pelajar ada mcm2 masalah sejuta satu masalah.sebab ape,pegawai jpmk satu malaysia tido,pegawai jpmk tido mcm paklah time kerja.haha

isma,jim,konsis= kata hebat tarbiah,selalu kata tarbiah pmram dan lain2 pesatuan lemah tarbiah.oii cik adik cik abang isma jim konsis oii...aduhai...bajex hebat,ckp kencang,padehal kerja tak jalan.mane korg time mahasiswa rosak akhlak,ape tindakan korg utk bantu pulihkan akhlak dlln pd pelajar mesir,ckp je kencang,pmram dlln xbergerak bagus.padehal,korg diam tak buat ape2 bile ada mcm2 masalah pelajar kat mesir ni,terutama pasal akhlak,sosial dlln.nak tunjuk ape tu agaknye,ape lagi bil hikmah taik kucing korg,takrif bil hikmah ikut kepale lutut,tu pasal tak jalan dakwah.senang cite,takut nak sampaikan dakwah,takut org lari dari korg bila terangkan islam betul2.so sape gak yg byk bangun tangani,memperbutlkan akhlak pelajar dlln.sape lg pmram yg korg tuduh tak buat itu inilah,yg korg bajek korg hebat buat itu ini (padehal haram tak wat ape).pmram tegak kebenaranlah sebab ramai yg budak tak suka islam,marah pmram.so senang cite,sape yg marah pmram,sebenarnye dia rosak akhlak.hahaha

abim,haluan= masing2 sibuk dengan dunia masing2,entah ape penting aku pun tak tau,duk kata nak buat pengisian pd pelajar,sedangkan perkara aulawiyat tak settle lagi,masalah pelajar dari segi akhlak dlln.utk yg patut di aulakan time ni.

nape pmram yg dipetikai ye? nape tak petikai "ape kerja JPMK?ape kerja isma?ape kerja abim?ape kerja konsis?ape kerja jim?haluan?dlln"

jawapan:senang je jawab,pmram dipertikai sebab pmram betul2 bawak islam,berkebajikan pd pelajarmitu yg org kafir tak suka.so sapeyg tak suke pmram,kire mcam adik2 suku sakat org jahil mcm org kafer lah jawabnye.pmram bawa islam syumul dlln.

" yang lebih pelik bila pmram tak mampu tangangi masalah sosial di kalangan pelajar azhar tu sendiri.."

jawapan: senang je nak jawab nih..yg perlu tangani mcm2 masalah ni,ko la oii!budak pengkomen atas aku ni,bajex dok hebat.sikit abuk tak gune idea dia.korg bangkitkanlah isma yg sedang lena,jim abim konsis haulan dlln.haha

"kes couple azhari berlambak-lambak..kes rokok orang pmram berlambak-lambak..kes menonton filem porno di kalangan azhari pun ada..macam la tak taw..yang bestnya, kat mesir ni, yang dok jadi pengedar dan pembekal movie kepada pelajar medik adalah pelajar azhar yang menyokong pmram. ini yang kelakar. kita sibuk tuding JPMK dalam pelbagai masalah sedangkan kita sendiri terlalu banyak masalah yang tak selesai pun.."

jawapan: pmram dah bergerak hebat tangani segala yg diatas.masalah pokoknya,mana isma,jim,konsis dlln ni?nape tak tangani gejala ni?adakah segala kerosakan ini hanya pmram yg perlu handle?haha..ape guna isma,jim,konsis dlln yg duk kata hebat sgt tarbiah tuh.

"terlupa pulak bila dah bersemangat, islam letak kat tepi, emosi lah yang jadi tuhan"

jawapan: ape yg pengkomen atas aku ni cakap,ape yg dia tulis ni,semua kena atas kepala dia.haha.hang yg duk letakkan islam kat tepi time cakap.dan hang juga yg emosi tahap cipanzi...

"buat malu institusi al-azhar je."

jawapan: sonang jo baitu...hang yg duk atas aku ni(pengkomen tanpa nama)buat malu org lain baca je komen ko..mcm budak tadika nyer komen,sikit tak guna akai..haha..aku doa moge allah bg ko kecerdiakan lah,supaye tak mudah ditipu.

student guna otak

Tanpa Nama berkata...

aku budak medic tapi aku sokong PMRAM
aku suka PMRAM
so wut?
dah memang PMRAM bawa benda betul

yg selalu duk buat gerak gempur HISBAH tu sape?
PMRAM la

ada pernah JPMK buat program gerak gempur cam HISBAH?

tapi apa2 pun korang jgn main cakap lepas ek
kata ustaz couple,hisap rokok,
ada benda porno dalam laptop
dengar cerita ke tengok dengan mata kepala wei?
aku xkata xada tapi klu sebut 'ustaz'
tu terlalu umum
klu jadi fitnah, korang fikir sendiri la camner nak tanggung

budak medic lagi la berlambak couple
lagi la berlambak hisap rokok
xkan salah PMRAM juga?
at least PMRAM cuba kurangkan gejala camni
cuba membanteras
ada juga usaha

akhirat kelak, bila dah mati, kubur masing2
xkan time tu nak salahkan orang lain lagi?

aku budak medic n aku sokong PMRAM
HIDUP PMRAM!!!

hunterjb berkata...

salam...

bercakap biar lah dengan fakta.. pelajar bukan menuding jari dengan suka2 kepada JPMK,namun banyak benda yang menunjuk kan bahawa pihak JPMK tidak laksanakan tugas dengan baik.. untuk isu nama muqayyad bagi pelajar Qiraat, boleh baca koronologinya di sini -->> http://mymaqaz92.blogspot.com/2010/05/kronologi-masalah-kenaikan-nama-pelajar.html
dan bandingkan pula dengan jawapan cik Khairi Jalaluddin disini -->> http://ataseakademik.blogspot.com/2010/05/keputusan-imam-al-akbar-syeikh-al-azhar.html

anda boleh tengok.. tindakan hanya di ambil bermula 7 april sebagaimana yang dinyatakan cik KJ dalam blog rasminya.. so dalam bulan 1,2 dan 3.. adakah mereka buat sambil lewa terhadap isu pelajar Qiraat, atau ambil sikap wait and see.. akhirnya bile pelajar mule bangkit baru lah terhegeh2 nak menunjuk kan yang mereka buat kerja.. nilaikan sendiri bedasarkan fakta bukan asal bicara.

ye medic,di benarkan masuk study walaupun nama tidak naik lagi, namun adakah pernah berlaku pelajar medic x boleh ambik exam sebab nama x naik?? belum lagi kan... namun bagi pelajar Qiraat, oleh kerana nama mereka gagal untuk naik, jadi mereka tidak dibenarkan untuk mengambil exam.. anda faham akibat tidak boleh mengambil exam?? dan bayangkan anda ditempat mereka yang dah buat persiapan akhirnya di arahkan pulang kerana tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.. ketika itu boleh lagi ke cakap.. "ala rileks lah.. nama x naik pun nak kecoh2.." benda ni terkena pada batang hidung sendiri baru rase..

selain itu pernah satu kes pelajar farmasi di zaqziq tahun satu thn ini juga hampir tidak dibenarkan mengambil exam kerana fail mereka tidak sampai.. memang ada pihak universiti yang benarkan dan ada juga yang tidak.. so sape kah yang harus dipersalahkan bile proses pengurusan ini gagal dibuat dengan baik dan menyebabkan pelajar menjadi susah... fikir dan renungkan lah..

berkenaan dengan masalah2 yang dinyatakan terhadap PMRAM..perbuatan individu tidak menggambarkan sikap kepimpinan atau persatuan, contoh ahli PMRAM ade yang merokok, adakah nak salahkan PMRAM atas tindakan dia itu, itu adalah tindakan individu maka individu yang harus bertanggung jawab. bukan persatuan. adakah kerana tindakan individu itu persatuan yang harus di persalahkan?? cube fikir logik atau tidak tindakan tersebut...

berkenaan dengan kapel.. selalunya yang kapel2 ni akan benci dengan PMRAM, sebab apa, sebab PMRAM ada unit HISBAH dia, yang mana unit HISBAH ini akan meronda dan menegur setiap pasangan yang belum bernikah berdua-duaan.. adakah logik,orang yang suke berkapel itu, akan suka juga dengan PMRAM yang menyuruh unit HISBAH amal nahi mungkar.. selalunya mereka2 ini yang anti dengan PMRAM dan mereka ini akan mencari kesalahan2 PMRAM demi untuk membalas sakit hati mereka kerana tak boleh nak dating suke2 hati sebab unit HISBAH selalu round..

saya rase itu sahaja pandangan dari saya untuk isu ini.. semoga anda boleh berfikir dengan waras.. untuk menerima yang benar.. masalah peribadi jangan dicampurkan dengan pandangan boleh sesat nanti... dan masalah yang berlaku di kalangan pelajar malaysia di Mesir bukan terpundak di bahu PMRAM tapi kita semua yang mengaku muslim, sebagaimana firman Allah "kamu adalah ummat yang terbaik, maka serulah kepada kebaikan dan cegah lah kepada kemungkaran".. dalam Quran xde sebut, PMRAM kamu lah umat yang terbaik dan kamu harus lakukan dakwah dan tegah kemaksiatan.. ianya semua terpundak di bahu kita masing2.. so apa tindakan anda bila menangangi isu maksiat ini, tunngu PMRAM yang buat,atau anda mulakan teguran...

renung2kan dan selamat beramal..

salam imtihan dan perjuangan.. :)

Perokok Soleh berkata...

salam...

selama nie xperasan komen ada bnyak nie...komen macam benggong..

-kesalahan atas bahu PMRAM??

gila...setiap muslim yg paham itu tahu keslahan atas diri masing2x...
tiada dosa warisan,kau dbuat maksiat ALLAH bagi dosa pad kau...

-ustad PMRAM hisap rokok??
entahlah...yg aku nampak,
orang merokok dipandang sinis..
jangan berckapa guna kepala lutut...

-ustad layan porn??
lagi 1 benda benggong...
hnya kerana glongan minoriti USTAD,
kau nak salahkan semua USTAD..

baik jadi macam orang kafir je,

mengatakan ISLAM itu ini itu ini hnya kerana melihat golongan minoriti ISLAM yg bermasalah!!!...


-pihka jpmk xbuat kerja??

gila..setiap orang ad silap sendiri,maslaah tidak akan selesai jika berlaku acara "bangau oh bangau" @ "tuding-menuding"..

nama tidak muqayyad dengan hujah jpmk xbuat kerja??

ps:-dekat akhirat nanti allah x tanya kamu,cik khiry rtue buat kerja or tidak..kerja kita sebgai pelajar adalah belajr,
nama xmuqayyad..rilex,
ura-ura mengatakan mesir gudang ilmu,carilah ilmu...!!!

kalau nak sijil sangat,belajar malaysia..

aku bukan ustad or medic,
tapi yg aku tahu..

quran dah bgaw,jika dapat berita..
selidik dahulu,bukan main hentam....

jika nak kebenaran tnya pegawai tertsebut,jika dia tidak mengaku,selesai...

itu antara dia dengan ALLAH..
kalau percyaa ALLAH,doa..
kaalu percaya akhirat,
jangan maafkan dia kerana tidak buat kerja dan jumpa diakhirat..
owhh~~~

-budak medic xpercaya AZHARI??

ini ckaap2x golongan moniriti,
setakat yg aku jumpa,masing2x percaya 1 sama lain dan hormat menghormati...

ps:-aku rasa ustad2xpun xperlukan orang2x yg xpercyaakan mereka...
mereka xrugi sebab 1000 orang lagi yang akan percaya mereka...

akhir kalam....

blog ini adalah blog peribadi,
so,baca dan fikir sendiri..
bukan komen macam benggong2x..
dan main bangau oh bangau...

ps:-berjaya buang masa 12 minit,heeheh<<lambatnya aku taip