Selasa, 18 Mei 2010

Tertangkapnya Penyangak Metropolitan

inilah wajah penyangak metropolitan

KAHERAH 18 Mei: - Sari berita santai, Beberapa hari yang lalu, telah berlaku satu lagi kes rompakan dirumah mahasiswa malaysia. Kejadian kali ini melibatkan pelajar negeri kelantan. Dalam kejadian itu, mereka (mangsa) telah kehilangan 3 buah komputer riba, 6 buah telefon bimbit, dan hardisk.

Kecekapan dan kepantasan pihak polis Mesir membuahkan hasil tertangkapnya 3 orang penyangak yang sering menyangak dan samun hak milik warga malaysia dibumi mesir. Tertangkapnya penyangak-penyangak 3 orang yang dikehendaki itu dapat dilakukan oleh polis mesir tidak sampai tempoh 48jam kejadian, penyangak-penyangak ini telah ditangkap pada 15 Mei yang lalu.

Penyangak-penyangak yang mungkin bertauliah atau tidak bertauliah ini ditangkap pada kira-kira jam 9.30malam, dan dibawa terus ke Qismu Thani hayyu sadis. Mereka si penyangak ini berumur dalam lingkungan 20an. Cukup rajin mencuri terutama pada hari jumaat. Dengan tertangkapnya penyangak yang tiga orang ini, maka kuranglah sedikit kes kecurian dikawasan kaherah, alhamdulillah. Pengakuan penyangak metropolitan ini juga menyatakan, bahawa mereka juga telah berjaya dengan penuh jayanya menyangak dibeberapa buah rumah negeri termasuk Rumah Negeri Wilayah Persekutuan pada sebelum ini. Banyak juga harta-harta terkumpul mereka, hasil dari kepenyangakan mereka, dan kemungkinan banyak hasil curi itu telah habis ditelan, demi memenuhkan isi perut mereka.

Apa yang menjadi kesedihan, kebanyakkan barang yang telah dirampok, telah habis dijual kepada pembeli-pembeli mereka. Saki baki barang yang belum dijual juga masih ada, yang antaranya adalah komputer riba. Beruntunglah kepada pemilik barang-barang yang masih belum dijual oleh penyangak-penyangak tersebut. Semoga mangsa-mangsa yang barangnya telah habis dijual, harap dapatlah bersabar, besar pahalanya bersabar.

Pihak keselamatan mesir menyebut, sekiranya berlaku sebarang bentuk kejadian jenayah, haruslah bertindak secepat mungkin dengan melaporkan kepada pihak bertangjungajwab (persatuan,pegawai dan lain-lain). Kes-kes kejadian kecurian, samun, ugut, cabul dan lain-lain jenayah perlulah dilaporkan dengan segera, sebagai langkah untuk memberkas pesalah-pesalah yang melakukan jenayah, seterusnya dibawa kepengadilan. Sekiranya dibiarkan penjenayah bebas, ini akan membuatkan mereka akan mengulangi jenayah tersebut dengan berulangkali dan semakin bertambah berani dan akan menyebabkan keselamatan warga malaysia dan wafiddin lain terancam, kerana tidak tertangkapnya penjenayah tersebut.

Langkah berhati-hati perlu diambil oleh semua pelajar ikhwah dan akhawat, demi untuk menjaga keselamatan, maruah, harta benda dan sebagainya. Apa yang perlu, diulangi, sekiranya kejadian jenayah berlaku, mangsa harus melaporkan dengan segera kejadian pada pihak berpatutan. Jenayah yang berlaku tidak lebih dari 10 jam, akan memudahkan pihak keselamatan/polis menjejaki penyangak-penyangak terlibat dengan mudah. Akhirnya, bersama-samalah dalam menjaga keselamatan dan beringat-ingatlah demi menjaga maslahah keselamatan diri dan orang lain. Sama ada kita berada dikaherah atau dimuhafazah, sikap berhati-hati perlu diambil dalam memastikan keselamatan diri, barang dan harta benda terpelihara.

KASIHKANLAH DIRI ANDA DAN ORANG LAIN, BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

2 mahasiswi tib tanta di raba: http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=297