Ahad, 16 Mei 2010

Kenyataan pegawai JPMK didalam akhbar Malaysia disangsi oleh pelajar

Mesir 16 Mei: - INFOKINI difahamkan bahawa pelajar Malaysia di Mesir terutamanya Qiraat syubro dan mansurah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai JPMK En.khairy. Difahamkan jawapan yang diberikan oleh pegawai ini umpama melepaskan batuk ditangga kerana dia(pegawai) memusing-musing dalil untuk menyelamatkan keadaan yang mendesaknya supaya melaksanakan tangjungjawab sebagai atase pendidikan.

Dibawah ini merupakan keratan laporan berita diantara berita dari beberapa laman web akhbar. Apa pandangan anda berkenaan situasi yang berlaku ini,sila komen.

Pelajar lewat tiba

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my
2010/05/13
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) mendakwa kegagalan sekumpulan pelajar baru menduduki peperiksaan di Ma’had Qiraat Al-Azhar, Mesir, baru-baru ini, berpunca daripada ‘kerenah’ pelajar sendiri yang lewat tiba dan tidak memiliki visa.

Atase Pendidikan (Akademik) JPMK, Khairi Jalalludin berkata, memang banyak faktor menyebabkan insiden terbabit malah pelajar juga boleh dipersalahkan kerana pihak mereka yang lewat menyerahkan fail. “Ketibaan mereka tidak seragam, dengan sesetengahnya datang selepas tarikh ditetapkan iaitu selepas 30 Oktober tahun lalu.


“Di kalangan mereka ada juga yang tidak memiliki visa belajar seperti disyaratkan dan hanya menggunakan visa untuk tempoh sementara, malah ada pihak mewakili pelajar lambat menyerahkan fail. “Masalah tiada keseragaman ini sudah lama berlaku sebenarnya, namun ketika era Syeikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, pelajar yang lewat datang dan tiada visa masih dibenarkan menduduki peperiksaan. “Tetapi apabila Syeikh Al-Azhar yang baru iaitu Syeikh Dr Ahmad Tayyib, beliau begitu tegas dalam menguatkuasakan peraturan. Pelajar lewat dan tiada visa sama sekali tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,” katanya. Insiden itu membabitkan 143 pelajar baru. Akibatnya, pelajar terbabit hanya dibenarkan menduduki peperiksaan yang dijadualkan Julai depan. Khairi berkata, persatuan pelajar Malaysia di Mesir tidak wajar menuding jari kepada pihak JPMK sahaja, terutama terhadap dirinya secara peribadi.


“Janganlah menyalahkan satu pihak saja. Masalah ini berlaku sudah lama, sedangkan saya datang berkhidmat di Mesir mulai 20 Januari lalu. Jadi, saya tersepit dan saya mewarisi masalah sebelum ini. “Bahkan, tidak wajarlah sekiranya ada pihak menuduh kami memberi tumpuan pada satu pihak saja, sedangkan semuanya kami kena lihat dan jaga.


“Soal pekeliling mengenai peraturan baru ini, ia bukannya ditampal dan diberikan secara automatik, sebaliknya kami kena minta. Itupun selepas beberapa kali berurusan baru dapat, kerana orang Arab ini lain sedikit, kena disusuli beberapa kali,” katanya. Menurutnya, pelajar juga perlu memahami syarat kemasukan ke Ma’had Qiraat lebih ketat, sehingga memerlukan visa yang sah dan laporan pemeriksaan perubatan, berbanding ketetapan di Universiti Al-Azhar yang agak longgar.

Tiada ulasan: