Rabu, 19 Mei 2010

Adakah benar dia pegawai perak?

Wisma Perak Darul Ridzuan Kaherah

Kaherah Sabe' 19 Mei 2010: - Musim imtihan telah bermula, sesiapa yang tak membaca untuk menghadapi peperiksaan memang mula nak cari pasal. Hangat sekarang diperkatakan tentang bukan isu peperiksaan, tapi telah bermula musim lain pulak. Orang duk sibuk hadap musim periksa, Negeri Perak pulak masuk musim tarik zakat dan halau budak, time musim periksa nilah nak kena ugut-ugut, menghantar pegawai yang dikatakan masih budak-budak.

Ape CER ni? banyak sangat perkataan budak.. tula pasal.. Wisma Perak Darul Ridzuan yang tenang kini bergelora. Suasana rumah negeri itu sekarang telah berubah dah macam kes rumah negeri selangor dulu katanya. Kalau dulu rumah negeri selangor dihantar pegawai yang dah tua-tua, nak melawan budak-budak, lepas sorang, seorang lagi dihantar untuk memperkuatkan tekanan pada pelajar. Tapi, sekarang berlainan pula dengan suasana rumah negeri perak. Pihak tertentu dikhabarkan menghantar budak-budak jadi pegawai. Pihak tertentu tu sapa? Diberitakan yang menghantar tu bawah MB perak? JAIP bawah MB ke bawah Sultan? sejak bila MB nak jadi sultan?

Adakah mungkin kerana menghantar orang tua-tua jadi pegawai, nampak pegawai tu macam budak-budak, sebab bergaduh dengan budak-budak, pegawai pun nampak macam kebudak-budakan. Adakah sebab tak nak nampak pegawai macam budak-budak, makanya dihantar pegawai yang budak-budak? budak-budak lawan budak-budak Wow! Wow tegelak.. Tengok, berapa banyak dah perkataan kebudak-budakkan, ni semua pasal kes pegawai yang masih budak, tak matang dihantar nak jadi pegawai. Jangan marah ye, admin cukup tak best bila dengar bab penguasa nak tarik zakat, nak halau dari rumah negeri, guna team gangster, ni dah macam firaun! Kalau mak bapak kita punya duit zakat dan rumah, kira lantaklah nak tarik. itu pun tak boleh tarik, itu dah kira hak Allah untuk hambanya. Apa dah cukup pahala nak buat kerja ni?

Apa ke kerjanya JAIP perak ni hantar pegawai time periksa ni, and kacau pelajar-pelajar nak belajaq? Tapi betul ke JAIP yang hantar? Atau dia yang menghantar dirinya sendiri jadi peghawai? awatnya.. tak da kerja lain ka nak wat time-time macam ni? INFOKINI dah duk keluaq bahasa lama dah.. nak wat camna.. isu hangat.. pasai pa lah nak duk kacau pelajaq ni.. cek pun tak paham.. awatnya.. takda kija laen ka pa.. time-time nak periksa nilah lanun-laun perangai syaiton nak kacau pelajaq agama.. apapun, mungkin ujian tuhan nak pekukuh iman pelajaq agama kut..

Bahasa Ibunda semula.. Secara tulus ikhlas, INFOKINI tidak menuding jari pada JAIP, ayat diatas itu hanya sebagai bunga. Dikhabarkan, seorang yang dikatakan pegawai perak dihantar kemesir, namanya muhaimin, 24tahun. Dikatakan dia dihantar bukan terus melalui JAIP, tetapi terus melalui surat sokongan dari MB perak. Masalahnya, surat sokongan? Adakah boleh surat sokongan menjadi bukti pengesahan sebagai pekerja jabatan? Boleh kah pegawai negeri terlantik hanya dengan surat sokongan? Mana surat lantikan?

INFOKINI mencari maklumat, didapati muhaimin sekarang tengah sibuk berurusan untuk nak mengesahkan bahawa dia itu pegawai. Kedatangan dia disini secara sendiri, dan hanya berbekal surat sokongan MB perak dan duit sekupang dua( itu pun dah habis belanja untuk cari pengaruh), tidak kuat untuk membuktikan dia sebagai pegawai. Sebab itulah sekarang menjadi pertikaian di Wisma Perak Cairo, sampai ada yang mengatakan muhaimin bukanlah pegawai, akan tetapi dia adalah dihantar melalui politik UMNO perak, dia pun presiden pelajar club UMNO Jordan sebelum ini.

Mahasiswa cukup tidak berminat dengan susana pekerja jabatan, kerajaan yang bermotif politik, dibimbangkan ia akan memberi kesan kepada kerja tidak bermutu kerana sibuk dengan politik tertentu, yang kesannya boleh kita lihat sekarang, mana-mana individu yang dihantar atas pengaruh politik, kerja tidak bermutu dan terabai akibat menumpukan politik sempit sesetengah pihak.

So, adakah benar dia muhaimin adalah sebagai pegawai negeri perak yang sah? Dia datang dalam keadaan tergesa-gesa, tiada lantikan dari pada pengarah JAIP. Cukupkah dengan hanya surat sokongan MB. Adakah JAIP bawah MB atau bawah Sultan? kalau JAIP bawah sultan, dan dia datang dengan hanya surat sokongan MB, ini namanya dah mendurhakai Sultan Perak? Kerana membelakangi Sultan perak. Sah dia menjadi pegawai sekiranya dia dilantik oleh JAIP sendiri (dibawah pengarah JAIP bawah kuasa sultan).

Belum ada kuasa Pegawai dah buat macam-macam kerenah. Apa kes sampai ada team gangster, nak berkuasa sampai macam nak tubuh club gangster kah? Tak cukup dengan club Nadi Umno di jordan, sekarang Nak berkuasa dengan dah macam tertubuh club gangster pula? Apa kes ada pelajar bu'usth diwisma perak dipukul. Panggil pelajar konon nak berbincang, tapi macam gangster nak belasah orang, tengking-tengking naik suara macam tak belajar agama. Orang agama rasanya, team gangster pegawai semua tu kan? INFOKINI tak kata mereka gangster, tapi ramai orang kata, so dah dapat lakob tu.

Last sekali, tak ada lain nak kata, minta pihak yang terbabit, JAIP dan yang berkuasa, selesaaikanlah hal ini dengan baik. Hantarlah pegawai yang matang-matang sikit untuk membantu pelajar dimesir. Tugas pegawai untuk memudahkan mahasiswa rasanya, bukan untuk menyusahkan mahasiswa. Tolak pielah politik sempit, kalau nak berpolitik pun, biar BERSIH dan jangan main KOTOR. Pada muhaimin dan konco-konconya, janganlah nak ugut pelajar dengan tarik zakat dan halau dari rumah negeri, kalau hangpa dapat buat pun, akhirat hangpa tak selamat, dunia pun tak tentu lagi, doa orang yang terinaya tu cukup makbul, lagi-lagi yang belajar agama, hangpa pun tau benda ni, masing-masing dalam team gangster pegawai ni belajar agama. Kasi jernih balik yang keruh.

Tiada ulasan: