Selasa, 17 November 2009

SUARA MAHASISWA MALAYSIA MESIR SUARA KERAMAT


INFO PARLIMEN MALAYSIA 16 NOVEMBER 2009: Baru-baru ini, sidang parlimen dewan rakyat berlangsung seperti biasa, sidang parlimen dewan rakyat penggal kedua parlimen ke-12 kali ini agak menarik. Apa yang berlaku, isu mahasiswa mesir dibangkitkan oleh ahli parlimen dimalaysia. Ini menggambarkan bahawa perkara-perkara dan situasi yang berlaku dimesir menjadi tumpuan negara malaysia.

INFO KINI amat berminat dengan isu yang diutarakan oleh ahli parlimen dari PKR-Kulim Bandar Baharu iaitu Zulkifli Noordin, beliau menyentuh isu berkenaan penuntut universiti Al-azhar dilarang MSD cairo dari mengikuti pengajian hadis yang disampaikan oleh masyaikh Al-azhar, walau pun didalam laporan utusan malaysia pada 11 november baru-baru ini menyatakan hadis disampaikan oleh mufti Syikh Ali Jumu'ah, INFO KINI dapat meletakkan yang kenyataan itu menjurus kepada isu Kutub Sittah yang disampaikan oleh para masyaikh Al-azhar terkemuka didalam program anjuran PMRAM.

Kedatangan pimpinan malaysia kemesir baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan tindak balas dari apa yang berlaku dimesir. Apa yang boleh dikatakan, pimpinan negara malaysia amat mengambil berat keatas isu-isu yang berkaitan mahasiswa timur tengah ini (Mesir), sehinggakan isu mahasiswa disini dibangkitkan didalam parlimen. Maklumat yang didapati, ketua pembangkang berjanji akan membawa isu yang dilontarkan oleh mahasiswa ketika dalam program ramah mesra bersamanya ke parlimen, antara isu yang dikatakan akan dibawa ke parlimen ialah berkenaan larangan MSD (salah guna kuasa) dengan menggunakan jabatan kerajaan, menghantar surat kepada Al-azhar supaya melarang persatuan dari menggunakan kemudahan dewan milik Al-azhar, menyekat mahasiswa dan menyukarkan mahasiswa dimesir. Perkara ini ternyata dibawa oleh pimpinan rakyat dimalaysia ke parlimen, dan disini tak keterlaluan INFO KINI berpendapat, mahasiswa mesir amat mendapat perhatian oleh pimpinan malaysia tidak kira sama ada dari kerajaan atau pun pembangkang, oleh kerana keluaran graduan mesir banyak memberi pengaruh dan sumbangan dalam menjayakan agenda dan misi serta visi kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) .

Kalau melihat kepada apa yang tertulis didalam berita utusan malaysia didalam entri dibawah, pihak kementerian akan membuat siasatan atas perkara yang dibangkitkan didalam dewan parlimen yang mulia itu. Sekiranya dakwaan itu benar, besar kemungkinan pihak bertanggungjawab terhadap isu ini akan dihadapkan kemuka pengadilan, ini tidak mustahil kerana sekiranya tiada tindakan diambil akan mengakibatkan BN tercalar dan ia juga mungkin akan menjadi isu besar mengakibatkan BN terkubur pada PRU ke-13 dimalaysia nanti, atas isu "BN larang mahasiswa menuntut ilmu".

Makna kata, kalau hal yang dibangkitkan didalam parlimen ini benar, sekiranya diambil tindakan, maka pihak yang bertanggungjawab membuat larangan akan sengsara, dan terbuktilah kuasa MAHASISWA. Sekiranya tiada sebarang tindakan diambil dan terbukti benar dakwaan, maka kemungkinan besar isu ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan BN, terkubur dan kalah teruk pada PRU ke-13, ia juga akan menjadi salah satu modal point pembangkang dalam ceramah-ceramah PRU ke-13. Maknanya hanya kata dua diberikan, bertindak atau rakyat menghukum. Ini hanya sekadar satu pandangan dari INFO KINI, dari apa yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
Ketua pembangkang belum bersuara, Pimpinan pembangkang lain juga belum ramai bersuara diparlimen tentang isu ini, kepimpinan kerajaan sendiri mungkin ada juga yang memandang serius isu mahasiswa mesir perlu dilayan, dan seandainya isu mahasiswa mesir disuarakan lagi nanti, alamat meletuplah suasana. Apa yang perlu dinasihatkan, pegawai kerajaan perlu lebih berhati-hati selepas ini, bekerja jangan tersilap langkah dan jangan mencampur adukkan kerja dengan fahaman tertentu atau parti, terutama dimesir, kerana mahasiswa mesir berani dan bijak serta mendapat perhatian pimpinan negara. Suara mahasiswa mesir suara keramat, kedua-dua pihak dari kerajaan dan pembangkang perlu bijak menghadapi situasi, kaki-kaki ampu juga dinasihatkan jangan tersalah ampu, takut nanti tokey terkena bala dibuat hasil kaki ampu, binasa jawabnya nanti.

Dari apa yang berlaku, juga tidak keterlaluan boleh dikatakan, kalau benar sekatan terhadap mahasiswa ini benar-benar terjadi, ini akan menyebabkan mahasiswa akan beralih arah kebanyakkannya kearah memperkuatkan sokongan kepada pembangkang dan perjuangan bersamanya, mungkin kerana tekanan yang diberikan oleh pihak-pihak terbabit membuatkan mahasiswa dapat menghidu tektik-tektik tidak bermoral sebahagian pihak. Sekatan terhadap mahasiswa sebenarnya akan membawa kepada kebangkitan suara mahasiswa, serta merugikan pihak yang menyekat. Ini akan menguntungkan KERAJAAN MENANTI dan merugikan KERAJAAN SEDIA ADA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

weyh x tau cite xyah cite lebih la weyhh.