Ahad, 1 November 2009

Cilok Mencilok Dicilok, Culik menculik diculik

INFO KAHERAH 1 NOVEMBER 2009: Cilok Mencilok Dicilok, Culik menculik diculik. Inilah yang berlaku terhadap mangsa iaitu Banner DESAK. Seakan-akan bunyinya manusia yang dicilok dan diculik, rupa-rupanya ia hanya segulung Banner bernama DESAK!!! Lucu, cukup melucukan.

Ceritanya, banner DESAK dicilok dan diculik orang. Satu peristiwa yang kelakar. Kalau difikirkan akal, apalah fadedahnya nak mencilok (bahasa pasar malaysia) atau menculik (mencuri) banner yang tidak seberapa harganya pun. Apa yang berlaku, telah pun berlaku, banner DESAK yang dikeluarkan oleh pihak pelajar (dikhabarkan dikeluarkan oleh AJK Kutub Sittah yang mahu menunjukkan protes dari apa yang berlaku sebelum ini) telah pun diculik oleh pihak orang arab yang bekerja dengan satu jabatan tertentu yang berprofile tinggi.

Kejadian berlaku, dimaklumkan kepada INFO KINI, iaitu waktu hampir maghrib 29 oktober baru-baru ini. Banner DESAK yang dipenuhi dengan tandatangan bantahan mahasiswa atas apa yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap majlis bacaan kutub sittah, telah diculik oleh beberapa warga arab ( yang bekerja dengan golongan berprofile tinggi). Bagaimana pun, kejadian menculik banner DESAK tersebut, telah disedari oleh para pelajar yang berada diperkarangan rumah-rumah negeri di hayyu asyir. Lantaran dari kejadian menculik itu, beberapa orang mahasiswa cuba mengejar penculik banner DESAK tersebut. penculik (warga arab itu) tidak dapat ditangkap oleh mahasiswa oleh kerana penculik sempat memboloskan diri dengan kereta pacuannya.

Peristiwa berlaku pada tarikh 29 oktober 2009 itu terjadi pada waktu maghrib (rancangan pada waktu tersebut mungkin disebabkan pada waktu itu warga sekeliling sibuk untuk menunaikan solat dan membersih diri). Ketika itu penculik seramai 3 orang menunggu berdekatan banner DESAK, untuk menculik, dan kebetulan ada beberapa warga malaysia yang lalu lintas di perkarangan dataran itu, merasa sangsi dengan kehadiran mereka, mengapa pekerja arab tersebut (yang dikenali bekerja dengan pihak jabatan berkenaan) berada dikawasan penempatan asyir, agak janggal sahaja rupanya bagi mereka.Setelah beberapa minit kemudian, mahasiswa-mahasiswa tersebut berpaling kearah banner DESAK dan mendapati ia sedang dilarikan oleh warga arab yang dikatakan tadi, dengan menaiki kereta pacuan BERFLAT DIPLOMASI.
Akibat dari tidak berputus asa segolongan mahasiswa, lahir minda cerdik mahasiswa dengan tektik dan teknik mengesan dan menangkap penculik tersebut. Idea mereka itu ternyata berkesan. Mereka dapat membayangkan kereta pacuan diplomasi itu akan mengikut jalan hayyu sabe' dan nyata ianya benar. Kereta pacuan penculik itu dipintas ditengah-tengah jalan simpang syabrawi sabe'. Kelakar sahaja bunyinya, penculik yang mencilok tidak begitu cekap, dapat dipintas oleh mahasiswa.

Keadaan memintas kereta pacuan penculik tersebut mengakibatkan jalan menjadi sesak, dan orang ramai turun dari kereta melihat kejadian yang berlaku, seperti biasa, bila berlaku pebalahan jalanan, warga sekeliling akan menenagkan keadaan (sifat orang mesir). si pemintas (mahasiswa yang memintas juga menggunakan kereta) menghalang jalan kereta penculik, dan seterusnya keluar dari kereta dengan melaungkan " haromi!!! haromi!!! " kepada penculik, dan biasanya keadaan ini akan mendapat perhatian sekeliling, disebabkan warga mesir cukup pantang dengan haromi/pencuri atau penculik ini. Bila dituduh seperti itu, si penculik mengatakan, dia bukan haromi, tetapi dia mendapat arahan. Orang-orang arab disitu pun melihat apa benda yang si penculik curi, terkejut dengan kepelikkan rupa-rupanya hanya banner. Ini lagi memelikkan orang yang melihat, kereta pencuri pula bukan calang-calang kereta, berflatkan deplomasi.

Kes ini medapat perhatian polis setempat, dan kedua-dua pihak diminta kebalai membuat laporan. Dikatakan polis pun pening, mengapa penculik itu hanya mencilok banner, ape faedahnya? sampaikan polis juga merasakan ketidaklojikan peristiwa ini. Penculik tadi cuba menyatakan dia adalah pihak yang benar, dan menyalahkan pihak empunya mangsa (banner). Kelakarkan bunyinya. Bos penculik hadir untuk menyelamatkan anak-anak buahnya, dengan menyatakan tuan empunya mangsa adalah dari pihak yang menentang, macam-macam tuduhan dilemparkan. Tuduhan tersebut tidak dapat mempengaruhi polis disitu, dengan alasan persatuan tersebut berdaftar dengan kementerian kemasyarakatan mesir, dan pihak polis tiada peruntukan atau kuasa untuk mengambil tindakan terhadap persatuan yang dituduh.

Penulis menggunakan perkataan cilok dan culik kerana curi/mencuri/dicuri agak tidak bersesuaian dengan situasi. Apa yang terjadi bukan mengambarkan keinginan si perampas banner ingin mencuri, tetapi culik atau cilok iaitu mengambil tanpa kebenaran bukan bertujuan keuntungan material akan tetapi bertujuan penginayaan.

Dari apa yang terjadi, golongan berprofile tinggi ini telah memalukan jabatannya sendiri. Dengan langkah mencilok dan menculik yang diambil. Alangkah baik sekiranya tunggu beberapa ketika, kerana banner itu akan diserahkan kepada mereka dengan FREE tanpa perlu mencilok dan menculik. dan pihak jabatan itu akan dapat banner itu selama-lamanya, kalau ingin disimpan.

Tiada ulasan: