Ahad, 1 November 2009

Dataran Hayyu Asyir Digegarkan Lagi


INFO KAHERAH 31 OKTOBER 2009: Dataran hayyu asyir digegarkan lagi, bergegar kembali setelah beberapa minggu sudah, setelah terlaksana program dilaksanakan SUARA. Sebelum ini, SUARA memulakan agenda pertamanya pada tarikh 11 oktober lepas bersama pimpinan dari parti PAS, dan terbaru menggegarkan dataran dengan kehadiran " orang penting " yang dimaklumkan kepada umum menyebabkan ramai tertanya-tanya siapakah " orang penting " ini, terbukti memang digemburkan itu benar, " orang penting " itu sememangnya orang terkemuka di negara malaysia.

Anwar Ibrahim " orang penting " Penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjadi pengisi agenda SUARA pada malam 29 oktober baru-baru ini. Bersama beliau iaitu saudara YB. Saifuddin Nasution (PKR), dan Us.Dr.Badrul Amin (PKR). Majlis ramah mesra pada malam itu sememangnya hangat dan gegaran suara dari corong spiker amat memecah suasana tenang pada awal program. Ia memperlihatkan seolah-olah tidak lagi program berunsur ramah mesra, seakan-akan program penerangan kepada rakyat tentang isu semasa, berdentum-dentum, yang menggamat suasana malam itu.
Anwar Ibrahim menyentuh banyak perkara, antara yang terakhir ketika menjawab soalan mahasiswa, menekankan agar KBMK dan JPMK jangan terlalu berkeras terhadap mahasiswa, kerana akan menyebabkan mahasiswa akan lebih bangkit menentang ketidakmatangan jabatan ini, dan pesanan yang sama disampaikan beliau ketika ke mesir dahulu (tetika didalam UMNO memegang jawatan menteri). Beliau berjanji akan membawa permasalahan yang ditimbulkan pelajar hingga tahap yang sewajarnya, diantaranya akan membahaskan permasalahan mahasiwa mesir didalam parlimen akan datang. Beliau juga mengingatkan bahawa pakatan rakyat akan mengambil alih kerajaan tidak lama lagi, sekiranya PRU mendatang memihak kepada pakatan, seandainya KBMK dan JPMK masih tidak bersifat sewajarnya sebagai wakil kerajaan malaysia dimesir, pihak kerajaan menanti ini tidak akan teragak-agak mengambil tindakan pada masa itu.

Didalam ucapan Anwar Ibrahim juga, beliau menekankan, kepada persatuan-persatuan yang ada dimesir, jangan membelakangi PMRAM, dan jangan menentang PMRAM, sebaliknya bersama dengan PMRAM, mana-mana persatuan yang bertentangan dengan PMRAM adalah merupakan satu kesilapan yang besar, merujuk kepada ucapan beliau. Persoalan Anwar, mengapa perlu berlawanan dengan PMRAM? Mengapa bersatu dengan lawan PMRAM? menggambarkan satu perkara yang pelik jika ianya berterusan.

Manakala Us. Badrul Amin pula mengimbas kembali nostalgianya ketika berada dimesir. Ingatannya kembali pada zaman belajar dimesir pada tahun 1979, empat tahun belajar dan berada dimesir mengajarnya banyak perkara dan mengatahui selok-belok bermasyarakat. Us. Badrul Amin menceritakan bahawa dia adalah salah seorang dari kepimpinan PMRAM pada zaman belajarnya. Beliau menekankan supaya mahasiswa mesir bersama dengan PMRAM, kerana PMRAM adalah persatuan pelajar yang terulung dan tidak wajar dihilangkan, setelah ia ditubuhkan pada tahun 1930, sebelum kewujudan kedutaan lagi, dan sebelum merdeka. Beliau memberitahu, bersama dengan PMRAM akan membawa mahasiswa kepada tarbiyah, bermasyarakat, thaqafah, mengatahui ilmu kepimpinan dan organisasi dan lain-lain (memenuhi keperluan masyarakat terhadap kita) .
Sdr YB Saifuddin menukilkan tentang isu-isu dalam negara dan parlimen, tentang subsidi minyak kelantan yang tidak diberikan kepada negeri kelantan oleh kerjaan pusat, hal berkaitan bajek negeri pakatan yang begitu cermat dan menjimat, kenaikan melonjak oleh negeri pakatan seperti kedah sehingga ekonominya nak ketahap 201 % lebih pada tahun pemerintahannya, isu berkenaan laporan audit negara dan banyak lagi isu-isu berkaitan dengan hal negara.

Kehadiran pada malam itu dianggarkan hampir 2000 orang dari kalangan mahasiswa, mahasiswi, ibu dan ayah mahasiwa/wi yang turut hadir.

Tiada ulasan: