Rupa-rupanya, mahasiswa/wi sekarang macam-macam bakat ada. Admin tergelak besar melihat telatah budak-budak la ni. Tak kering gusi gigi dibuat nya. Nak suka-suka ke apa, yang penting jangan lupa tuhan sudah. Harap-harap kalau kita sebagai pelajar tension time study, Allah buka hati kita, diberi ketenangan. Dah tu jangan lupa lah bila nak membaca tu baca ayat penerang hati, bagi terang sikit hati-hati kita yang gelap, kalau gelaplah. Tapi kalau dah rasa cukup amal, ikut masing-masinglah.
Jumaat, 4 Jun 2010
kontroversi perubatan mesir
Rupa-rupanya, mahasiswa/wi sekarang macam-macam bakat ada. Admin tergelak besar melihat telatah budak-budak la ni. Tak kering gusi gigi dibuat nya. Nak suka-suka ke apa, yang penting jangan lupa tuhan sudah. Harap-harap kalau kita sebagai pelajar tension time study, Allah buka hati kita, diberi ketenangan. Dah tu jangan lupa lah bila nak membaca tu baca ayat penerang hati, bagi terang sikit hati-hati kita yang gelap, kalau gelaplah. Tapi kalau dah rasa cukup amal, ikut masing-masinglah.
Khamis, 3 Jun 2010
Toyol jadian...
Just nak mengingatkan, benda-benda macam ni jangan dibuat main-main. Makhluk tu sebenarnya memang ada, cuma gelarannya tak sama, orang malaysia sahaja yang gelar toyol, dalam bahasa arab rasanya ada nama khas, nak tahu, tanya pakar-pakar bidang perubatan islam. Bila kita sentuh-sentuh alam mereka, kalau dia mengamuk nanti sapa susah? percaya or not, itu terserah. Dekat-dekat periksa, atau time periksa janganlah buat benda macam ni, nanti tak pasal-pasal dirasuk atau diganggu makluk halus yang marah dengan kita atau suka dengan kita.
Post ringkas, just nak mengingatkan, benda semacam ini jangan di buat main-main. And lagi tak syari'e kalau kita menokok tambah benda karut marut tentang hantu-hantu ni, memang hakikat makhluk ini wujud, cuma jangan tokok tambah, takut rosak iman. Perenggan ini tak ada kena mengena dengan video diatas. admin sentuh tentang kepercayaan muda mudi sekarang, yang macam-macam hal, mumuja hantu, minta nombor ekor dari makhluk seperti ini yang dipanggil atok dan macam-mcam lagi.
Admin sebenarnya, nak tergelak melihat telatah student zaman morden sekarang ni, macam-macam ada, ada yang menggelikan, ada yang menyeramkan, ada yang menyayatkan. Apa yang ada, kadang-kadang tak tahu nak kata apa.
Selamat berimtihan kepada semua warga mesir. Jangan sampai ada yang takut masuk toilet, dibilik atau dirumah berseorangan, takut pandang belakang (jangan pandang belakang), terganggu sebab permainan-permainan seperti ini nanti.
Selasa, 1 Jun 2010
Adakah benar mahasiswa tidak diberi kebajikan?
Sebab apa ada jurang perbezaan dan standart perkhidmatan antara pelajar yang belajar dimesir dan di jordan atau mana-mana timur tengah lain? Banyak persoalan yang timbul dikalangan mahasiswa, dan INFO KINI sendiri ingin mencari apakah sebab dan puncanya. Pelajar yang dikatakan dianak tiri dimesir ini dikhususkan pula pada mereka yang belajar aliran agama/dirasat. Gambar kartun ciptaan mahasiswa dibawah adalah antara salah satu tanda mahasiswa dimesir tidak berpuas hati dengan layanan ini. Ada yang menyebut, bila mereka berjumpa pegawai JPMK, kalau asal dari kelantan dan beberapa negeri tertentu, akan dibasuh dengan lemparan kata-kata kurang bagus. Kalau mahasiswa datang dengan berkupiah putih yang biasa dipakai oleh pelajar agama dimesir, akan dilayan dengan kurang baik,sinis dan dipandang serong.
Ada lagi yang INFO KINI sembang-sembangkan dengan ramai mahasiswa, mereka kata: " kalau student tu datang dengan pakaian sempoi-sempoi, perempuan tak pakai tudung ka, dan laki perempuan pakai terjuluq sana terjuloq sini ,akan dilayan sopan, yang pakai siqoh-siqoh,kupiah, tudung labuh,dilayan hampas..yang pakai niqab dipaksa bukak.. " adakah benar ini berlaku? macam-macam ada kat mesir ni ye. sapa yang betul sebenarnya? mahasiswa kah atau orang atas? Ke semuanya salah? entahlah, sendiri rasa, sendiri fikir, sendiri lihatlah kan, and lepas tu semua boleh buat penilaian sendiri.
Lama juga isu berkenaan nama pelajar qiraat tak naik untuk menghadapi peperiksaan, nama pelajar medic yang juga tak naik, permasalahan pelajar-pelajar dimesir antaranya urusan keselamatan mahasiswa, Visa, keterlibatan mahasiswa dengan dengan politik mesir yang membahayakan tidak dibendung dan pelbagai permasalahan lain juga dibangkitkan, sehingga menjadi isu dan perbahasan besar pada mahasiswa, menuntut JPMK bekerja menjalankan amanah yang diperintahkan kerajaan malaysia kepada mereka untuk laksanakan iaitu amanah kebajikan. INFO KINI menulis berpandukan beberapa email luahan yang disend kepada email info kini. Harap-harap selepas ini semuanya berjalan baik, mahasiswa didahulukan inshaallah negara maju kehadapan.
Isnin, 31 Mei 2010
Rakyat malaysia ditawan israel dan Hamas isytihar 'intifada'
GAZA PALESTIN 31 Mei : -Berita hari ini menyebut kapal kumpulan penyampai bantuan ke gaza yang diketuai oleh turki,pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan, dan berbelas rakyat malaysia yang menyertai misi ke gaza telah diserang oleh rejim zionis laknatullah alaihim (Allah herbaituh !!! ). Kumpulan penyampai misi bantuan ke gaza ini membawa pelbagai bekal untuk penduduk palestin digaza. Antara mereka ada yang terbunuh, dan diberitakan ada diantara mereka yang mengikuti misi itu cedera. Rakyat malaysia yang diantaranya wartawan astro awani, seorang ahli parlimen, berada dalam tawanan dan selamat.
Berlaku pertempuran diantara tentera berpakaian serba hitam lengkap bersenjata (komando tentera yahudi, Allah ya herbaithum!!!) dengan aktivis pejuang pro palestin dikapal tersebut. Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan. Kita doakan agar mereka yang ditawan dapat selamat dari tawanan tentera israel atau syahid.
"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.
"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.
Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.
“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.
Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.
Jumaat, 28 Mei 2010
Pencuri mati, rentung putus dua
Rentung putus dua
MUADZAM SHAH 25 Mei : - Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.
Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.
Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.
Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.
“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.
“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.
Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.
“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu.
“Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah.
Dalam satu kejadian berasingan, satu lagi tragedi melibatkan kematian yang juga melibatkan pencuri kabel penagih dadah mati ditempat kejadian. Mati ketika mencuri kabel sudah agak sinonim dengan penagih dadah dimalaysia.
KUALA KRAI 25 Mei : - Kerakusan empat pencuri kabel telefon asyik ‘melapah’ kabel telefon sepanjang 600 meter di kawasan landasan kereta api di sini, berakhir dengan kejadian ngeri apabila seorang maut selepas bergesel kereta api di Kilometer 40.5 laluan Bukit Abu-Manik Urai, dekat Dabong, pagi semalam.
Sebelum itu, mangsa bersama tiga rakan ke kawasan berkenaan mencuri kabel dan selepas memotongnya, menyusun atas landasan kereta api bagi membuang pembalut untuk mendapatkan kabel tembaga.
Khamis, 27 Mei 2010
2 Siswi Diganggu Arab Mesir di Tanta
Berikut laporan yang melaporkan kejadian yang berlaku ditanta semalam:
Jalan Syuber, 26 Mei - Sebuah peristiwa yang tidak diingini berlaku tengah hari tadi sekitar waktu Zohor apabila dua orang siswi Malaysia diganggu oleh seorang arab Mesir.
Rentetan daripada itu, Pengerusi DPMT, Saudara Dzulhilmi bin Roslan dihubungi oleh AJK PCT bagi melaporkan kes berkenaan.
Sejurus selepas itu, beliau yang ditemani oleh Ketua UKKS, Saudara Mohd Adam bin Ramli dan Penghulu Kamsis Syarbini, Saudara Mustafa bin Muhammad bertemu dengan mangsa bagi mengetahui duduk bangun kisah sebenar daripada mulut mangsa.
Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Penasihat PCT, Saudara Zulkifli bin Mohammad tersebut, mangsa yang dirahsiakan namanya menceritakan peristiwa yang baru sahaja dilaluinya secara terperinci.
Menurutnya yang hadir bersama AJK PCT Siswi, seorang warga tempatan telah menceroboh masuk ke ruang legar di bawah bangunan agen Medik Mesir Siswi.
Katanya, arab tersebut kemudiannya memanggil siswi yang berada di dalam rumah, tetapi tidak dilayan. Selepas itu, arab tersebut yang berkemungkinan berasa kecewa terus menghilangkan diri.
"Walau bagaimanapun ia datang kembali dan bertindak mengganggu dengan meraba kami berdua yang secara kebetulan berada ruangan bawah bangunan," kata salah seorang mangsa yang tidak menyangka kejadian sebegitu akan menimpa dirinya.
Tambah mangsa, ketika mengalami detik-detik cemas tersebut, dia hanya mampu menjerit sebagai tindakan mempertahankan diri dan berharap mendapatkan pertolongan daripada rakan-rakannya yang lain.
Katanya lagi, dia berasa lega kerana tindakan tersebut berjaya mendatangkan kesan apabila arab berkenaan melepaskannya dan segera bertindak melarikan diri.
Ketika ditanya bagaimana arab tersebut boleh menceroboh masuk ke dalam bangunan, mangsa memberitahu bahawa terdapat rakan sebangunan dengannya terlupa untuk menutup pintu pagar utama selepas membuang sampah.
Diminta mengulas kejadian berkenaan ketika dihubungi wartawan, Saudara Dzulhilmi menyifatkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian pelajar yang akhirnya telah membuka peluang kepada arab berkenaan masuk ke dalam bangunan dengan mudah dan melakukan gangguan seksual terhadap siswi kita.
Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh pelajar khususnya siswi agar kejadian sedemikian tidak berulang kembali.
Ini kerana menurut beliau, bukan kali pertama kejadian sedemikian berlaku di Tanta.
Beliau yang menerima laporan kes berkenaan mengambil tindakan menghubungi pihak Keselamatan Mesir dengan segera. Walau bagaimanapun beliau diminta untuk menghubungi Polis Bahagian Aduan Kecemasan.
Polis daripada bahagian tersebut tiba bagi mengambil maklumat daripada mangsa dan menasihatkan kepada mana-mana mangsa gangguan seksual agar mendapatkan bahan bukti seperti gambar bagi memudahkan siasatan dan tangkapan sekiranya ia berulang kembali selepas ini.
Kes ini turut dimaklumkan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang diketuai oleh Presidennya, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Turut mendapat makluman, Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Mohd Azlan bin Hj. Alias.
Apa yang berlaku hari ini perhatian yang serius daripada pihak DPMT dan PCT. Sehubungan dengan itu, Saudara Dzulhilmi menasihati semua warga Tanta sama ada Perubatan mahupun Pengajian Islam agar meningkatkan tahap keselematan di kediaman masing-masing daripada segala aspek. Ini bagi memastikan kes-kes seperti kecurian, ganggguan seksual, dan lain-lain dapat dielakkan lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.
Menurut beliau, seolah-olah menjadi kebiasaan apabila tiba musim peperiksaan, kadar kes yang melibatkan pelajar Malaysia di sini meningkat.
Selain daripada itu, beliau juga berharap kes sedemikian dilaporkan dengan segera yang mungkin kepada pihaknya jika ia berlaku lagi agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Rabu, 19 Mei 2010
Adakah benar dia pegawai perak?
Ape CER ni? banyak sangat perkataan budak.. tula pasal.. Wisma Perak Darul Ridzuan yang tenang kini bergelora. Suasana rumah negeri itu sekarang telah berubah dah macam kes rumah negeri selangor dulu katanya. Kalau dulu rumah negeri selangor dihantar pegawai yang dah tua-tua, nak melawan budak-budak, lepas sorang, seorang lagi dihantar untuk memperkuatkan tekanan pada pelajar. Tapi, sekarang berlainan pula dengan suasana rumah negeri perak. Pihak tertentu dikhabarkan menghantar budak-budak jadi pegawai. Pihak tertentu tu sapa? Diberitakan yang menghantar tu bawah MB perak? JAIP bawah MB ke bawah Sultan? sejak bila MB nak jadi sultan?
Adakah mungkin kerana menghantar orang tua-tua jadi pegawai, nampak pegawai tu macam budak-budak, sebab bergaduh dengan budak-budak, pegawai pun nampak macam kebudak-budakan. Adakah sebab tak nak nampak pegawai macam budak-budak, makanya dihantar pegawai yang budak-budak? budak-budak lawan budak-budak Wow! Wow tegelak.. Tengok, berapa banyak dah perkataan kebudak-budakkan, ni semua pasal kes pegawai yang masih budak, tak matang dihantar nak jadi pegawai. Jangan marah ye, admin cukup tak best bila dengar bab penguasa nak tarik zakat, nak halau dari rumah negeri, guna team gangster, ni dah macam firaun! Kalau mak bapak kita punya duit zakat dan rumah, kira lantaklah nak tarik. itu pun tak boleh tarik, itu dah kira hak Allah untuk hambanya. Apa dah cukup pahala nak buat kerja ni?
Mahasiswa cukup tidak berminat dengan susana pekerja jabatan, kerajaan yang bermotif politik, dibimbangkan ia akan memberi kesan kepada kerja tidak bermutu kerana sibuk dengan politik tertentu, yang kesannya boleh kita lihat sekarang, mana-mana individu yang dihantar atas pengaruh politik, kerja tidak bermutu dan terabai akibat menumpukan politik sempit sesetengah pihak.
So, adakah benar dia muhaimin adalah sebagai pegawai negeri perak yang sah? Dia datang dalam keadaan tergesa-gesa, tiada lantikan dari pada pengarah JAIP. Cukupkah dengan hanya surat sokongan MB. Adakah JAIP bawah MB atau bawah Sultan? kalau JAIP bawah sultan, dan dia datang dengan hanya surat sokongan MB, ini namanya dah mendurhakai Sultan Perak? Kerana membelakangi Sultan perak. Sah dia menjadi pegawai sekiranya dia dilantik oleh JAIP sendiri (dibawah pengarah JAIP bawah kuasa sultan).
Belum ada kuasa Pegawai dah buat macam-macam kerenah. Apa kes sampai ada team gangster, nak berkuasa sampai macam nak tubuh club gangster kah? Tak cukup dengan club Nadi Umno di jordan, sekarang Nak berkuasa dengan dah macam tertubuh club gangster pula? Apa kes ada pelajar bu'usth diwisma perak dipukul. Panggil pelajar konon nak berbincang, tapi macam gangster nak belasah orang, tengking-tengking naik suara macam tak belajar agama. Orang agama rasanya, team gangster pegawai semua tu kan? INFOKINI tak kata mereka gangster, tapi ramai orang kata, so dah dapat lakob tu.
Last sekali, tak ada lain nak kata, minta pihak yang terbabit, JAIP dan yang berkuasa, selesaaikanlah hal ini dengan baik. Hantarlah pegawai yang matang-matang sikit untuk membantu pelajar dimesir. Tugas pegawai untuk memudahkan mahasiswa rasanya, bukan untuk menyusahkan mahasiswa. Tolak pielah politik sempit, kalau nak berpolitik pun, biar BERSIH dan jangan main KOTOR. Pada muhaimin dan konco-konconya, janganlah nak ugut pelajar dengan tarik zakat dan halau dari rumah negeri, kalau hangpa dapat buat pun, akhirat hangpa tak selamat, dunia pun tak tentu lagi, doa orang yang terinaya tu cukup makbul, lagi-lagi yang belajar agama, hangpa pun tau benda ni, masing-masing dalam team gangster pegawai ni belajar agama. Kasi jernih balik yang keruh.