Khamis, 19 November 2009

SUARA TIDAK RELEVAN

Suara tidak relevan

INFO BEBAS 19 NOVEMBER 2009: INFO KINI tertarik dengan komen dari penulis bebas, melalui tulisannya yang dihantar ke email INFO KINI. Ada betulnya kenyataan dari penulis bebas, kita perlu menerimanya secara positif. Walaupun mahasiswa mempunyai pelbagai idealogy dan persepsi pandangan tersendiri sama ada dalam politik, persatuan dan lain-lain, mahasiswa tidak sepatutnya dilibatkan secara tegar dalam kancah politik parti. Ini perlu kita fahami, kerana ada juga mahasiswa/wi yang tidak berfahaman politik mana-mana parti, bimbang-bimbang politik memeningkan mahasiswa dan mengganggu pelajaran siswa-sisiwi. Tetapi tidak juga boleh ditolak pandangan mahasiswa perlu berpolitik secara seratus peratus, sama-sama kita menilainya.

Adakah kewujudan SUARA memberi kesan baik kepada mahasiswa? Bagaimana pula dengan persatuan, adakah cukup PMRAM sebagai satu wadah penjalin hubung kesatuan mahasiswa dimesir? Mengapa perlu ditolak persatuan-persatuan lain? Kadang-kadang kita perlu memikirkannya, SUARA perlu dikritis atau perjuangan PMRAM terlalu umum perlu ditangkis (diberi peringatan).

Dibawah adalah entri dari INFO yang di send ke email negarakumalaysia@ymail.com oleh INFOMER PENULIS BEBAS supaya dapat dikongsi bersama.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
SALAM..
KOMEN DARI PENULIS BEBAS

SYUKRAN

Inline Attachment Follows:
SUARA TIDAK RELEVAN

Belum selesai masalah perpecahan yang dicetuskan Kelab UMNO dan ISMA tiba-tiba SUARA pula tampil menambah masalah. Entah apa sebenarnya motif us Along dan kawan-kawannya. Nyata pendekatan yang kurang matang.

Penulis amat bersetuju dengan pendirian keras PMRAM dalam kes ini walaupun agak lambat. Biarlah orang kata PMRAM keras dan tidak up to date. Orang yang sengaja mencetuskan perpecahan sebenarnya tidak ada concern dan up to date kepada situasi umat Islam sekarang. Bila nak sedar dengan apa yang berlaku dalam sejarah silam.

PMRAM tidak akan mengiktiraf kewujudan SUARA kerana cenderung ke arah politik dan menyalahi dasar PMRAM sebagai badan kebajikan yang tidak akan mencampuri urusan politik. Mesyuarat juga memutuskan PMRAM tidak akan menghadiri program SUARA atau bekerjasama sama ada secara langsung atau tidak.
http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=718:-sekalung-tahniah-kepada-mahasiswa-baru&catid=1:pmram&Itemid=63

Tidak salah menyokong PAS tetapi salah menggunakan sokongan mahasiswa kepada PAS memecahkan kesatuan. Lebih parah kalau bertembung terangan-terangan dengan KELAB UMNO yang tidak ada halatuju yang jelas. Tidak mustahil lepas ni bukan setakat berpecah, mengutuk lawan. Bahkan mungkin bergaduh dan bertumbuk dengan lawan.

Penulis mencadangkan agar kita menjadi singa yang tidak hirau akan salakan-salakan anjing yang kelaparan. Tidak perlu mengikut rentak lawan. Silap taktik SUARA akan jadi talian hayat kepada Kelab UMNO yang dah hampir pupus. Seterusnya menjadi modal kepada JPMK untuk meneruskan serangan fikrah mem’kambing-hitam’kan PMRAM.

Biarlah hasrat PMRAM menjadi ajen penyatu kepada pelbagai ideologi politik berjaya direalisasikan. Tidak kira PAS atau UMNO semua boleh bersatu di bawah payungan PMRAM. Janganlah jadikan politik dan ideology sebagai agen pemisah

Kesimpulannya, penulis ingin tegaskan penubuhan SUARA tidak relevan sama sekali kerana tiga sebab utama. Memecahkan kesatuan, timing yang silap dan menjadi liabiliti besar kepada PMRAM dan BKAN. Seronaklah nampaknya JPMK dan Kedutaan bertepuk tangan melihat kita keletihan berlari tanpa mencapai tujuan.

Tiada ulasan: