Khamis, 1 Oktober 2009

SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU BKAN TERENGGANU PULA DIGANGGU (part 2)

Sambungan dari (part 1)

Apa yang lagi gempak, berita dari orang penting ganu gak, ISMA buat muka tembok ja nak sambut bebudak baru ganu kat erport duk sebelah dan begabung dengan Nadi Umno yang tak terkenal tu, kot ya pon, janganlah sebab nak penaik nama secara cepat dengan sikap ghulu/nak cepat menang, sampai mengkebelakangkan haq asasi manusia dan protokol islam. Nak islam menang dengan cara mudah tanpa susah payah, nak berjuang ikut jalan mudah tanpa rintangan, ini semua bukan jalan perjuangan. aduyay...

Orang penting ganu kata, mereka macam mana pun, gie juga eport disebabkan amanah dan tanggungjawab, sebenarnya tu tugas sambut-sambut pelajar baru amanah pada BKAN.Kes kat erport.. BKAN tetap sambut mereka bebudak baru, walaupun diketepikan pegawai pelik ganu, dan ISMA n Nadi Umno nak kata apa? senyap ja lah, dia pon tau dia salah. cuma tunggu peluang ja lah. Naik-naik bas, YDP dan orang-orang lama, diminta keluar dari bas. pelik kan!!! Patutnya ISMA n Nadi Umno yang kene keluar, sebab tak sangkut paut dengan mereka nih, kira macam muka tembok tak tau malu lah kot. ISMA n Nadi umno nak kongker pelajar baru ker? sekoq politik, sekoq lagi gila kuasa. Masing-masing bertahalluf demi kepentingan perut masing-masing.

Lepas tu bila bas bebudak baru ni sampai kat dataran asyir. Mereka ni tak dibenarkan masuk Musallah untuk solat. semua mereka ni disumbat kat kem penjara sementara Ulul Albab kat bawah rumah ganu yang sempit tuh, dengan beberapa rumah lain temasuk rumah pegawai, hai macam sardin dibuatnya, dah la bebudak tu penat, ditokok tambah seksaan lagi, secara sengaja. Punya nya Tak bagi bebudak baru ni gie solat kat musallah. Orang lama kata biarkan lah mereka tunaikan kefardhuan solat. ada pulak orang pengiring mereka kata, " tak po lah, buleh jamo'.. " punyolah tak nak boi, budak baghu ni masuk musallah takut terbuko pekung megheko, di tahan nyo bebudak tu tak boi gie musallah untuk solat. apa lagi, orang-orang lama marah la, " ikut mazhab mane boleh jama'?? " terdiam pengireng tuh. admin memang tak suko bab ni, ado ko pulak, buleh larang orang solat, ha.. ni kojo-kojo ISMA n Nadi umno, duo-duo badan gabungan ni, kalau gini lah cagho nyo. muhim jiddan ditolak, sobab!!! laghang ughe solat.. hai.. nak tobolet lidah den nak cakap ganu.. maghah nyo pasal, sobab ado puak namo islam tapi cogah ughe ikut islam. aduhh...

Berlalu ler masa, katanya sampai 10 jam selepas bebudak baru ni sampai, terus bebudak baru ni diheret ke sinai. apa ke kureng nya baru-baru sampai dari malaysia dengan keadaan penat, tanpa rehat terus bawak ke sinai??? aduh.. ini dah keterlaluan ni sampai nak halang pelajar mendapat haq mereka, dan langgar haq asasi manusia ni. ape punye manusia lah siape yang berkerjasama dengan kerja-kerja bodoh ni. lagi sadis nak mati... sedey ooo... bebudak ni dibawa kesinai terus dalam sekitar 5 atau 6 hari, dengan semua beg ditinggalkan kat Ulul Albab Umno tuh kat wisma ganu, hangpa tengok lah, melambak beg tu ada kat sana. so, kira sehelai sepinggang atau tak cukup kelengkapan lah bebudak baru tu kesinai yang tak paedah time baru-baru sampai gie sinai dengan penatnye lagi baru sampai dari malaysia, ape ke helnye..

Dengaq habaq, ada yang hidung dah berdarah, sakit dan macam-macam. nak mampuih betol punye zalim kalah firaun nih, punye nak sebar pahaman sempit politik hok umno ( nadi umno) ni dan nak paksa budak sokong ISMA hok gile kuasa ni, sampai sanggup menganiaya orang lain, suruh ikut fahaman sempit mereka dan halang bebudak baru ni campoq dengan pelajar lama. ape pun, berapa lama sangatlah boleh sekat?? mereka tu budak baru mahasiswa kan... tentu lah cerdik pandai. bukan bodoh berdengung nak mudah-mudah je di perbodohkan.. hai... muhasabah besaq untuk ISMA ni.. Umno punye Nadi tu tak yah citer lah.. dah itu kerja dorang, main politik, pah tu marah orang lain berpolitik. Admin pon pelik la juga.

Ni sampai hari ni, sejak dari hari raya ke lima bebudak baru sampai, dengan penat punya tak terkata, beg tinggal kat asyir, kelengkapan tak ada, masih lagi kat sinai, cuba kita kena macam tu, tak ka sakit. tu kena BTN lagi lah tu, BTN kerajaan ok lagi, BTN otak sempit, paksa masuk Umno dan cucuk budak anti orang lama, n suruh masuk ISMA. ape nih.. aduhh.. fikir-fikirkanlah..

Tiada ulasan: