Rabu, 21 Oktober 2009

Pegawai JPMK sedia ada bakal gulung tikar?

INFO KAHERAH 20 OKTOBER 2009: Pegawai JPMK Kaherah sedia ada mungkin bakal gulung tikar. Pilihan raya (PRU ke-13) bakal diadakan dalam setahun dua lagi seperti termaktub dalam perlembagaan, PRU malaysia dilaksanakan lima tahun sekali. berkemungkinan PRU ke-13 akan dipercepatkan, sekiranya kita melihat keadaan politik tanah air yang tidak menentu sekarang. Pihak kerajaan mungkin akan mengambil langkah selamat untuk mengadakan PRU dengan pelbagai cara muslihat dan pendekatan dengan cogan kata "mesti menang pada PRU ke-13" untuk menebus malu kekalahan pada PRU ke-12.

Sekiranya PRU ke-13 bakal diadakan dalam masa terdekat, dengan keadaan masing-masing pihak kerajaan dan pembangkang mempuyai kekuatan tersendiri, memungkinkan kedua-dua pihak bersedia untuk menghadapi PRU ke-13 bila-bila masa sahaja. Ini melihat daripada mood semasa pengundi.

INFO KINI, memerhati dari keadaan semasa, sekiranya pihak pembangkang memenangi pilihan raya PRU ke-13 tidak lama lagi, dengan istilah kata " KERAJAAN MENANTI " . Pihak pegawai atasan JPMK perlu bersedia dengan berbagai kemungkinan menghadapi tindakan atas salah laku ketika menjawat jawatan berprofile tinggi kerajaan yang akan diambil oleh pihak "kerajaan menanti". Sekiranya "kerajaan menanti" ini berjaya menguasai parlimen pada PRU ke-13 akan datang, pihak yang mengeluarkan arahan kepada JPMK kaherah supaya menyekat hak-hak mahasiswa/wi juga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan tindakan mahkamah yang bakal diambil oleh "kerajaan menanti" atas tuduhan salah laku, menyalahi etika kerja, melanggar hak asasi manusia dan lain-lain bentuk kesalahan.

Mengikut teorinya, pegawai-pegawai atasan setiap jabatan kerajaan merupakan penyokong kuat parti pemerintah, dengan gambaran ini, boleh ditafsirkan, pegawai-pegawai di jabatan penuntut malaysia kaherah/JPMK juga tergolong dari kalangan mereka yang pro kepada parti kerajaan yang memerintah. UMNO memerintah JPMK jawapan yang tepat boleh diambil, pegawai atasan JPMK yang pro kepada UMNO tidak bermasalah untuk menjalankan tugasan arahan UMNO menyekat kebebasan mahasiswa mesir. Bagi pegawai atasan yang tidak pro umno, mereka terpaksa dan dipaksa untuk taat kepada UMNO, pegawai yang ingkar arahan akan diugut dengan periuk nasinya terbang melayang-layang.

JPMK sekarang tunduk kepada UMNO bukan kepada tugasan kerajaan. Inilah jawapan tepat selayaknya disandarkan kepada JPMK sekarang. Kita lihat kepada perhimpunan agung umno lepas, ada perwakilan dengan tegas menyuarakan supaya UMNO dan kerajaan (kerajaan umno) mengharamkan PMRAM dibumi mesir dan mengambil tindakan kepada sesiapa yang menggerakkan PMRAM,bersama PMRAM dan yang berhubung kait dengan PMRAM. Usul mereka (UMNO), sesiapa yang bersama PMRAM, di usulkan supaya zakat/biasiswa mereka(pelajar) tidak diluluskan dan ditarik balik (sekiranya telah diberi), cadangan usul ini menggambarkan sikap benci islam oleh ahli-ahli UMNO. Didalam perhimpunan UMNO itu juga, usul ada menyebut, PMRAM adalah agen parti pembangkang dan berbahaya kepada kerajaan(umno). usul itu juga menyarankan supaya rumah-rumah negeri di kaherah(BKAN) dipantau oleh kerajaan negeri kerana dikuasai oleh PMRAM(melalui ahlinya).

Apa yang boleh ditafsirkan disini, UMNO sudah mula gusar dengan PMRAM dan kekuatan pembangkang. UMNO melihat, keluaran mahasiswa mesir yang mendokongi PMRAM merupakan ancaman besar kepada parti mereka dan mungkin mereka beranggapan, melalui PMRAM, umno boleh terkubur dan kerajaan mereka akan hancur dalam setahun dua ini. Tanggapan UMNO, PMRAM akan memudahkan proses kerajaan menanti lebih cepat terlaksana, tanpa mereka sempat mencari talian hayat untuk terus berkuasa. Jika dilihat, PMRAM sebenarnya tidak mengamalkan politik dalam pengurusannya, tetapi UMNO gusar dengan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ini, kerana persekutuan ini mengajar islam tulen, seperti mana Azhar menyebarkan islam tulen yang akhirnya mengakibatkan Amerika melihat, Azhar lah punca kepada lahirnya manusia yang mempertahankan islam bermati-matian. Begitu juga PMRAM, UMNO melihat PMRAM suatu ancaman besar kepada dunia UMNO, dan satu rahmat kepada ummah, thats why UMNO want to kill PMRAM at this moment with slogan "NO more PMRAM".

Kisah ringkas ini dibaca, setelah kajian dari isu-isu yang berlaku semenjak kebelakangan ini. Apapun halnya, sekiranya UMNO berkuasa lagi pada PRU akan datang, cubaan menghancurkan PMRAM akan lebih dipergiat. Akan tetapi, sekiranya UMNO dan kerajaannya tersungkur, maka kerajaan menanti yang akang membela rakyat, dan UMNO akan disumbat ketempat yang selayaknya selepas jatuh. Istilah yang sesuai adalah " setelah jatuh ditimpa tangga" dengan makna " setelah kerajaan mereka jatuh, mereka dipenjara pula" , berpandukan pentadbiran mereka didalam kerajaan, setelah mereka tersungkur dari kerajaan banyak penyelewengan yang akan didedah dan dimahkamahkan.

Apa yang dilaksanakan oleh JPMK sebelum dan baru-baru ini, adalah sebenarnya sebahagian perlaksanaan agenda usul perhimpunan UMNO yang lepas. Cubaan menggagalkan iftor jama'e sebelum ini dan pembacaan kutub sittah adalah sebahagian agenda perlaksanaan usul UMNO melalui jabatan kerajaan. Ini boleh disabitkan dengan kesalahan, salah guna kuasa oleh pihak umno, dengan memperkuda jabatan kerajaan, dan perkara ini boleh disabitkan dalam mahkamah bila kerajaan UMNO jatuh kelak dengan penyaksian oleh pegawai JPMK (yang ketika itu sudah pun menggulung tikar)

Para pegawai JPMK perlu bersedia, gambaran INFO diatas boleh diambil kira, persediaan kita untuk berada diatas dan dibawah amat perlu, untuk mengelakkan dari berlakunya tekanan dalam diri. Persediaan Gulung tikar bagi pekerja-pekerja kerajaan peringkat atasan dan bawahan yang membasmi kebaikkan dan mencanang kehancuran amat perlu, kerana kerajaan menanti sedang menunggu

Tiada ulasan: