Isnin, 23 November 2009

ISMA a group of Christians?

INFO AMSTERDAM 23 NOVEMBER 2009: Post kali ni, post besa-besa ja, saja ringan-ringankan jejari telunjuk ngan jari hantu, menaip isi hati, dari pasai telatah manusia. Pasainya ni, Satu INFO yang mengejutkan mengenai ISMA. Tapi ISMA jangan marah no.. baru sat ni, adalah satu mamat tuh, dia bagi pampang satu alamat web, dia kata web pasai ISMA. Dia mintak pie bukak. Sebabkan nak layankan ja karutan dia tuh, chek pon bukak pie lah web tu.

Dalam web ISMA ni, dia kata: the ISMA team "We are a group of Christians linked to a number of Dutch student Christian unions and churches....." n bla..bla..bla. Apa lagi, chek ni pon tekejut beghuk kejap lah. Nauzu'billahi min zalik!! mana taknya, dia kata kat web nuh, di Amsterdam, ISMA a group of Christians(in Amsterdam). Chek pon nak memastikan kesohehannya, pie pakat tengoklah bagi habih web ni.

Pelik, pasai pa, Banner web dia tak pakai tudung duk jadi lambang ISMA, ha.. ni kira PANAS ni, bghapie oghe klate ghoyak. Apa lagi, Chek tinjau pie lah kat bahagian-bahagian web ni. kalau ampa nak tengok, pakat bukalah no http://www.isma-Amsterdam.org/. tapi nasihat chek, jangan tepengaruh dengan web ISMA ni sudahlah, jangan join no, buleh keluaq islam pulak pa nanti. Nanti chek tak pasai-pasai dapat saham, sebab macam dok edaqkan pulak. Kalau tak kuat iman, tak payah dok bukak lah no.

Banner ni, betui-betui buat ckeh tekujut. kaji punya kaji, belek punya belek, nasib bik, bukan web ISMA yang sebenaq. Nak jadi cerita, ada jugak orang yang ta'asub anti ISMA sampai dia nampak nama isma ja, pie bukak ngan korek habih, nak pakat hambat, kutuk, maki tak tentu hala, tup-tup lain kluaq. Bahaya kalau lagu tu. Nak marah pon, biaqlah marah tu marah sayang. Kot ya kalau ISMA bawak banyak masalah pon, chek mintak janganlah disamakan ISMA dengan orang kapiaq. Kalau nampak ISMA ini bermasalah, tak bersama dengan yang ramai ka apa ka, apalah salahnya ajak dan seru depa dengan cara baik. We Are a Muslim, tak gitu.

Kalau ada yang nak samakan ISMA like a group of Cristians, macam pada tajuk posting ni, aku orang pertama bangkang. Ha, jangan nak anggap admin ISMA pulak no. Just bangkang, coz cara tak kena. Kita sama-sama muslim. Muslim sama muslim kena kasih sayang. Kita adalah khalifah dibuka bumi (ummat islam) like cream of the cream, ummat terpilih untuk mentadbir dunia. So marilah bersama-sama membawa kepada ukhuwah, dapat menerima sahabat-sahabat lain walau lain pendapat selagi tak sesat, dan jangan menanam sifat berbaur kebencian dan permusuhan.

akhir sekali, tanamkan(hilangkan) api permusuhan. Bukak pie perpaduan, Pada mana-mana yang kita duk rasa depa silap jalan, tunjuk pie bagi jalan. ISLAM jalannya luas, jangan disempitkan

Khamis, 19 November 2009

SUARA TIDAK RELEVAN

Suara tidak relevan

INFO BEBAS 19 NOVEMBER 2009: INFO KINI tertarik dengan komen dari penulis bebas, melalui tulisannya yang dihantar ke email INFO KINI. Ada betulnya kenyataan dari penulis bebas, kita perlu menerimanya secara positif. Walaupun mahasiswa mempunyai pelbagai idealogy dan persepsi pandangan tersendiri sama ada dalam politik, persatuan dan lain-lain, mahasiswa tidak sepatutnya dilibatkan secara tegar dalam kancah politik parti. Ini perlu kita fahami, kerana ada juga mahasiswa/wi yang tidak berfahaman politik mana-mana parti, bimbang-bimbang politik memeningkan mahasiswa dan mengganggu pelajaran siswa-sisiwi. Tetapi tidak juga boleh ditolak pandangan mahasiswa perlu berpolitik secara seratus peratus, sama-sama kita menilainya.

Adakah kewujudan SUARA memberi kesan baik kepada mahasiswa? Bagaimana pula dengan persatuan, adakah cukup PMRAM sebagai satu wadah penjalin hubung kesatuan mahasiswa dimesir? Mengapa perlu ditolak persatuan-persatuan lain? Kadang-kadang kita perlu memikirkannya, SUARA perlu dikritis atau perjuangan PMRAM terlalu umum perlu ditangkis (diberi peringatan).

Dibawah adalah entri dari INFO yang di send ke email negarakumalaysia@ymail.com oleh INFOMER PENULIS BEBAS supaya dapat dikongsi bersama.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
SALAM..
KOMEN DARI PENULIS BEBAS

SYUKRAN

Inline Attachment Follows:
SUARA TIDAK RELEVAN

Belum selesai masalah perpecahan yang dicetuskan Kelab UMNO dan ISMA tiba-tiba SUARA pula tampil menambah masalah. Entah apa sebenarnya motif us Along dan kawan-kawannya. Nyata pendekatan yang kurang matang.

Penulis amat bersetuju dengan pendirian keras PMRAM dalam kes ini walaupun agak lambat. Biarlah orang kata PMRAM keras dan tidak up to date. Orang yang sengaja mencetuskan perpecahan sebenarnya tidak ada concern dan up to date kepada situasi umat Islam sekarang. Bila nak sedar dengan apa yang berlaku dalam sejarah silam.

PMRAM tidak akan mengiktiraf kewujudan SUARA kerana cenderung ke arah politik dan menyalahi dasar PMRAM sebagai badan kebajikan yang tidak akan mencampuri urusan politik. Mesyuarat juga memutuskan PMRAM tidak akan menghadiri program SUARA atau bekerjasama sama ada secara langsung atau tidak.
http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=718:-sekalung-tahniah-kepada-mahasiswa-baru&catid=1:pmram&Itemid=63

Tidak salah menyokong PAS tetapi salah menggunakan sokongan mahasiswa kepada PAS memecahkan kesatuan. Lebih parah kalau bertembung terangan-terangan dengan KELAB UMNO yang tidak ada halatuju yang jelas. Tidak mustahil lepas ni bukan setakat berpecah, mengutuk lawan. Bahkan mungkin bergaduh dan bertumbuk dengan lawan.

Penulis mencadangkan agar kita menjadi singa yang tidak hirau akan salakan-salakan anjing yang kelaparan. Tidak perlu mengikut rentak lawan. Silap taktik SUARA akan jadi talian hayat kepada Kelab UMNO yang dah hampir pupus. Seterusnya menjadi modal kepada JPMK untuk meneruskan serangan fikrah mem’kambing-hitam’kan PMRAM.

Biarlah hasrat PMRAM menjadi ajen penyatu kepada pelbagai ideologi politik berjaya direalisasikan. Tidak kira PAS atau UMNO semua boleh bersatu di bawah payungan PMRAM. Janganlah jadikan politik dan ideology sebagai agen pemisah

Kesimpulannya, penulis ingin tegaskan penubuhan SUARA tidak relevan sama sekali kerana tiga sebab utama. Memecahkan kesatuan, timing yang silap dan menjadi liabiliti besar kepada PMRAM dan BKAN. Seronaklah nampaknya JPMK dan Kedutaan bertepuk tangan melihat kita keletihan berlari tanpa mencapai tujuan.

Selasa, 17 November 2009

SUARA MAHASISWA MALAYSIA MESIR SUARA KERAMAT


INFO PARLIMEN MALAYSIA 16 NOVEMBER 2009: Baru-baru ini, sidang parlimen dewan rakyat berlangsung seperti biasa, sidang parlimen dewan rakyat penggal kedua parlimen ke-12 kali ini agak menarik. Apa yang berlaku, isu mahasiswa mesir dibangkitkan oleh ahli parlimen dimalaysia. Ini menggambarkan bahawa perkara-perkara dan situasi yang berlaku dimesir menjadi tumpuan negara malaysia.

INFO KINI amat berminat dengan isu yang diutarakan oleh ahli parlimen dari PKR-Kulim Bandar Baharu iaitu Zulkifli Noordin, beliau menyentuh isu berkenaan penuntut universiti Al-azhar dilarang MSD cairo dari mengikuti pengajian hadis yang disampaikan oleh masyaikh Al-azhar, walau pun didalam laporan utusan malaysia pada 11 november baru-baru ini menyatakan hadis disampaikan oleh mufti Syikh Ali Jumu'ah, INFO KINI dapat meletakkan yang kenyataan itu menjurus kepada isu Kutub Sittah yang disampaikan oleh para masyaikh Al-azhar terkemuka didalam program anjuran PMRAM.

Kedatangan pimpinan malaysia kemesir baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan tindak balas dari apa yang berlaku dimesir. Apa yang boleh dikatakan, pimpinan negara malaysia amat mengambil berat keatas isu-isu yang berkaitan mahasiswa timur tengah ini (Mesir), sehinggakan isu mahasiswa disini dibangkitkan didalam parlimen. Maklumat yang didapati, ketua pembangkang berjanji akan membawa isu yang dilontarkan oleh mahasiswa ketika dalam program ramah mesra bersamanya ke parlimen, antara isu yang dikatakan akan dibawa ke parlimen ialah berkenaan larangan MSD (salah guna kuasa) dengan menggunakan jabatan kerajaan, menghantar surat kepada Al-azhar supaya melarang persatuan dari menggunakan kemudahan dewan milik Al-azhar, menyekat mahasiswa dan menyukarkan mahasiswa dimesir. Perkara ini ternyata dibawa oleh pimpinan rakyat dimalaysia ke parlimen, dan disini tak keterlaluan INFO KINI berpendapat, mahasiswa mesir amat mendapat perhatian oleh pimpinan malaysia tidak kira sama ada dari kerajaan atau pun pembangkang, oleh kerana keluaran graduan mesir banyak memberi pengaruh dan sumbangan dalam menjayakan agenda dan misi serta visi kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) .

Kalau melihat kepada apa yang tertulis didalam berita utusan malaysia didalam entri dibawah, pihak kementerian akan membuat siasatan atas perkara yang dibangkitkan didalam dewan parlimen yang mulia itu. Sekiranya dakwaan itu benar, besar kemungkinan pihak bertanggungjawab terhadap isu ini akan dihadapkan kemuka pengadilan, ini tidak mustahil kerana sekiranya tiada tindakan diambil akan mengakibatkan BN tercalar dan ia juga mungkin akan menjadi isu besar mengakibatkan BN terkubur pada PRU ke-13 dimalaysia nanti, atas isu "BN larang mahasiswa menuntut ilmu".

Makna kata, kalau hal yang dibangkitkan didalam parlimen ini benar, sekiranya diambil tindakan, maka pihak yang bertanggungjawab membuat larangan akan sengsara, dan terbuktilah kuasa MAHASISWA. Sekiranya tiada sebarang tindakan diambil dan terbukti benar dakwaan, maka kemungkinan besar isu ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kekalahan BN, terkubur dan kalah teruk pada PRU ke-13, ia juga akan menjadi salah satu modal point pembangkang dalam ceramah-ceramah PRU ke-13. Maknanya hanya kata dua diberikan, bertindak atau rakyat menghukum. Ini hanya sekadar satu pandangan dari INFO KINI, dari apa yang mungkin berlaku pada masa akan datang.
Ketua pembangkang belum bersuara, Pimpinan pembangkang lain juga belum ramai bersuara diparlimen tentang isu ini, kepimpinan kerajaan sendiri mungkin ada juga yang memandang serius isu mahasiswa mesir perlu dilayan, dan seandainya isu mahasiswa mesir disuarakan lagi nanti, alamat meletuplah suasana. Apa yang perlu dinasihatkan, pegawai kerajaan perlu lebih berhati-hati selepas ini, bekerja jangan tersilap langkah dan jangan mencampur adukkan kerja dengan fahaman tertentu atau parti, terutama dimesir, kerana mahasiswa mesir berani dan bijak serta mendapat perhatian pimpinan negara. Suara mahasiswa mesir suara keramat, kedua-dua pihak dari kerajaan dan pembangkang perlu bijak menghadapi situasi, kaki-kaki ampu juga dinasihatkan jangan tersalah ampu, takut nanti tokey terkena bala dibuat hasil kaki ampu, binasa jawabnya nanti.

Dari apa yang berlaku, juga tidak keterlaluan boleh dikatakan, kalau benar sekatan terhadap mahasiswa ini benar-benar terjadi, ini akan menyebabkan mahasiswa akan beralih arah kebanyakkannya kearah memperkuatkan sokongan kepada pembangkang dan perjuangan bersamanya, mungkin kerana tekanan yang diberikan oleh pihak-pihak terbabit membuatkan mahasiswa dapat menghidu tektik-tektik tidak bermoral sebahagian pihak. Sekatan terhadap mahasiswa sebenarnya akan membawa kepada kebangkitan suara mahasiswa, serta merugikan pihak yang menyekat. Ini akan menguntungkan KERAJAAN MENANTI dan merugikan KERAJAAN SEDIA ADA

Isnin, 16 November 2009

Zulkifli Noordin diarah keluar dewan

INFO PARLIMEN MALAYSIA 15 NOVEMBER 2009: Berikut adalah berita dari UTUSAN MALAYSIA bertarikh 11 november 2009 di laman parlimen

====================================================================
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) menjadi Ahli Parlimen pertama yang diarahkan keluar Dewan sejak sesi sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-12 bermula pada 19 Oktober lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Zulkifli keluar kira-kira pukul 8 malam ini setelah beliau tidak menghiraukan arahannya supaya berhenti mengemukakan soalan-soalan baru ketika Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggulung perbahasan Bajet 2010 bagi peringkat kementeriannya.

"Yang Berhormat duduk, duduk. Apa Yang Berhormat kemukakan ini adalah isu baru, sepatutnya dikemukakan ketika perbahasan, bukannya sekarang.

"Kita masih ada 16 kementerian lagi yang akan menggulung perbahasan sedangkan masa hanya ada sehingga Khamis sahaja. Nampaknya, Yang Berhormat tidak mahu duduk, jadi saya arahkan keluar Dewan," tegas Pandikar Amin.

Zulkifli sebelum itu, beberapa kali bangun mencelah, sambil menggesa Mohamed Khaled menjelaskan kenapa Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir baru-baru ini mengeluarkan surat melarang kira-kira 700 penuntut Universiti Al-Azhar mengikuti pengajian hadis yang disampaikan oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr. Ali Jum'ah.

Bagaimanapun, arahan supaya Zulkifli keluar Dewan hanya berlangsung selama kira-kira lapan minit kerana Pandikar Amin kemudiannya mengarahkan bentara supaya memanggil Ahli Parlimen itu masuk kembali ke dalam Dewan.

Sebaik masuk, Pandikar Amin telah memberikan peluang kepada Zulkifli untuk mencelah perbahasan menteri berkenaan untuk bertanya soalan yang dibangkitkan sebelum itu iaitu mengenai masalah yang dihadapi pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar.

Ketika bangun, Zulkifli yang nampaknya kembali tenang memohon maaf kerana cara yang digunakannya untuk mencelah sebelum itu agak kasar.

"Minta maaf kerana saya sebelum ini hanya berpengalaman berhadapan dengan Unit Simpanan Persekutuan (FRU),'' jelasnya.

Sementara itu, Mohamed Khaled ketika membuat penggulungan berjanji akan menyiasat kejadian itu dan pegawai kementerian akan diminta memaklumkan perkembangan siasatan kepada Zulkifli.

Ahad, 1 November 2009

Cilok Mencilok Dicilok, Culik menculik diculik

INFO KAHERAH 1 NOVEMBER 2009: Cilok Mencilok Dicilok, Culik menculik diculik. Inilah yang berlaku terhadap mangsa iaitu Banner DESAK. Seakan-akan bunyinya manusia yang dicilok dan diculik, rupa-rupanya ia hanya segulung Banner bernama DESAK!!! Lucu, cukup melucukan.

Ceritanya, banner DESAK dicilok dan diculik orang. Satu peristiwa yang kelakar. Kalau difikirkan akal, apalah fadedahnya nak mencilok (bahasa pasar malaysia) atau menculik (mencuri) banner yang tidak seberapa harganya pun. Apa yang berlaku, telah pun berlaku, banner DESAK yang dikeluarkan oleh pihak pelajar (dikhabarkan dikeluarkan oleh AJK Kutub Sittah yang mahu menunjukkan protes dari apa yang berlaku sebelum ini) telah pun diculik oleh pihak orang arab yang bekerja dengan satu jabatan tertentu yang berprofile tinggi.

Kejadian berlaku, dimaklumkan kepada INFO KINI, iaitu waktu hampir maghrib 29 oktober baru-baru ini. Banner DESAK yang dipenuhi dengan tandatangan bantahan mahasiswa atas apa yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap majlis bacaan kutub sittah, telah diculik oleh beberapa warga arab ( yang bekerja dengan golongan berprofile tinggi). Bagaimana pun, kejadian menculik banner DESAK tersebut, telah disedari oleh para pelajar yang berada diperkarangan rumah-rumah negeri di hayyu asyir. Lantaran dari kejadian menculik itu, beberapa orang mahasiswa cuba mengejar penculik banner DESAK tersebut. penculik (warga arab itu) tidak dapat ditangkap oleh mahasiswa oleh kerana penculik sempat memboloskan diri dengan kereta pacuannya.

Peristiwa berlaku pada tarikh 29 oktober 2009 itu terjadi pada waktu maghrib (rancangan pada waktu tersebut mungkin disebabkan pada waktu itu warga sekeliling sibuk untuk menunaikan solat dan membersih diri). Ketika itu penculik seramai 3 orang menunggu berdekatan banner DESAK, untuk menculik, dan kebetulan ada beberapa warga malaysia yang lalu lintas di perkarangan dataran itu, merasa sangsi dengan kehadiran mereka, mengapa pekerja arab tersebut (yang dikenali bekerja dengan pihak jabatan berkenaan) berada dikawasan penempatan asyir, agak janggal sahaja rupanya bagi mereka.Setelah beberapa minit kemudian, mahasiswa-mahasiswa tersebut berpaling kearah banner DESAK dan mendapati ia sedang dilarikan oleh warga arab yang dikatakan tadi, dengan menaiki kereta pacuan BERFLAT DIPLOMASI.
Akibat dari tidak berputus asa segolongan mahasiswa, lahir minda cerdik mahasiswa dengan tektik dan teknik mengesan dan menangkap penculik tersebut. Idea mereka itu ternyata berkesan. Mereka dapat membayangkan kereta pacuan diplomasi itu akan mengikut jalan hayyu sabe' dan nyata ianya benar. Kereta pacuan penculik itu dipintas ditengah-tengah jalan simpang syabrawi sabe'. Kelakar sahaja bunyinya, penculik yang mencilok tidak begitu cekap, dapat dipintas oleh mahasiswa.

Keadaan memintas kereta pacuan penculik tersebut mengakibatkan jalan menjadi sesak, dan orang ramai turun dari kereta melihat kejadian yang berlaku, seperti biasa, bila berlaku pebalahan jalanan, warga sekeliling akan menenagkan keadaan (sifat orang mesir). si pemintas (mahasiswa yang memintas juga menggunakan kereta) menghalang jalan kereta penculik, dan seterusnya keluar dari kereta dengan melaungkan " haromi!!! haromi!!! " kepada penculik, dan biasanya keadaan ini akan mendapat perhatian sekeliling, disebabkan warga mesir cukup pantang dengan haromi/pencuri atau penculik ini. Bila dituduh seperti itu, si penculik mengatakan, dia bukan haromi, tetapi dia mendapat arahan. Orang-orang arab disitu pun melihat apa benda yang si penculik curi, terkejut dengan kepelikkan rupa-rupanya hanya banner. Ini lagi memelikkan orang yang melihat, kereta pencuri pula bukan calang-calang kereta, berflatkan deplomasi.

Kes ini medapat perhatian polis setempat, dan kedua-dua pihak diminta kebalai membuat laporan. Dikatakan polis pun pening, mengapa penculik itu hanya mencilok banner, ape faedahnya? sampaikan polis juga merasakan ketidaklojikan peristiwa ini. Penculik tadi cuba menyatakan dia adalah pihak yang benar, dan menyalahkan pihak empunya mangsa (banner). Kelakarkan bunyinya. Bos penculik hadir untuk menyelamatkan anak-anak buahnya, dengan menyatakan tuan empunya mangsa adalah dari pihak yang menentang, macam-macam tuduhan dilemparkan. Tuduhan tersebut tidak dapat mempengaruhi polis disitu, dengan alasan persatuan tersebut berdaftar dengan kementerian kemasyarakatan mesir, dan pihak polis tiada peruntukan atau kuasa untuk mengambil tindakan terhadap persatuan yang dituduh.

Penulis menggunakan perkataan cilok dan culik kerana curi/mencuri/dicuri agak tidak bersesuaian dengan situasi. Apa yang terjadi bukan mengambarkan keinginan si perampas banner ingin mencuri, tetapi culik atau cilok iaitu mengambil tanpa kebenaran bukan bertujuan keuntungan material akan tetapi bertujuan penginayaan.

Dari apa yang terjadi, golongan berprofile tinggi ini telah memalukan jabatannya sendiri. Dengan langkah mencilok dan menculik yang diambil. Alangkah baik sekiranya tunggu beberapa ketika, kerana banner itu akan diserahkan kepada mereka dengan FREE tanpa perlu mencilok dan menculik. dan pihak jabatan itu akan dapat banner itu selama-lamanya, kalau ingin disimpan.

Dataran Hayyu Asyir Digegarkan Lagi


INFO KAHERAH 31 OKTOBER 2009: Dataran hayyu asyir digegarkan lagi, bergegar kembali setelah beberapa minggu sudah, setelah terlaksana program dilaksanakan SUARA. Sebelum ini, SUARA memulakan agenda pertamanya pada tarikh 11 oktober lepas bersama pimpinan dari parti PAS, dan terbaru menggegarkan dataran dengan kehadiran " orang penting " yang dimaklumkan kepada umum menyebabkan ramai tertanya-tanya siapakah " orang penting " ini, terbukti memang digemburkan itu benar, " orang penting " itu sememangnya orang terkemuka di negara malaysia.

Anwar Ibrahim " orang penting " Penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjadi pengisi agenda SUARA pada malam 29 oktober baru-baru ini. Bersama beliau iaitu saudara YB. Saifuddin Nasution (PKR), dan Us.Dr.Badrul Amin (PKR). Majlis ramah mesra pada malam itu sememangnya hangat dan gegaran suara dari corong spiker amat memecah suasana tenang pada awal program. Ia memperlihatkan seolah-olah tidak lagi program berunsur ramah mesra, seakan-akan program penerangan kepada rakyat tentang isu semasa, berdentum-dentum, yang menggamat suasana malam itu.
Anwar Ibrahim menyentuh banyak perkara, antara yang terakhir ketika menjawab soalan mahasiswa, menekankan agar KBMK dan JPMK jangan terlalu berkeras terhadap mahasiswa, kerana akan menyebabkan mahasiswa akan lebih bangkit menentang ketidakmatangan jabatan ini, dan pesanan yang sama disampaikan beliau ketika ke mesir dahulu (tetika didalam UMNO memegang jawatan menteri). Beliau berjanji akan membawa permasalahan yang ditimbulkan pelajar hingga tahap yang sewajarnya, diantaranya akan membahaskan permasalahan mahasiwa mesir didalam parlimen akan datang. Beliau juga mengingatkan bahawa pakatan rakyat akan mengambil alih kerajaan tidak lama lagi, sekiranya PRU mendatang memihak kepada pakatan, seandainya KBMK dan JPMK masih tidak bersifat sewajarnya sebagai wakil kerajaan malaysia dimesir, pihak kerajaan menanti ini tidak akan teragak-agak mengambil tindakan pada masa itu.

Didalam ucapan Anwar Ibrahim juga, beliau menekankan, kepada persatuan-persatuan yang ada dimesir, jangan membelakangi PMRAM, dan jangan menentang PMRAM, sebaliknya bersama dengan PMRAM, mana-mana persatuan yang bertentangan dengan PMRAM adalah merupakan satu kesilapan yang besar, merujuk kepada ucapan beliau. Persoalan Anwar, mengapa perlu berlawanan dengan PMRAM? Mengapa bersatu dengan lawan PMRAM? menggambarkan satu perkara yang pelik jika ianya berterusan.

Manakala Us. Badrul Amin pula mengimbas kembali nostalgianya ketika berada dimesir. Ingatannya kembali pada zaman belajar dimesir pada tahun 1979, empat tahun belajar dan berada dimesir mengajarnya banyak perkara dan mengatahui selok-belok bermasyarakat. Us. Badrul Amin menceritakan bahawa dia adalah salah seorang dari kepimpinan PMRAM pada zaman belajarnya. Beliau menekankan supaya mahasiswa mesir bersama dengan PMRAM, kerana PMRAM adalah persatuan pelajar yang terulung dan tidak wajar dihilangkan, setelah ia ditubuhkan pada tahun 1930, sebelum kewujudan kedutaan lagi, dan sebelum merdeka. Beliau memberitahu, bersama dengan PMRAM akan membawa mahasiswa kepada tarbiyah, bermasyarakat, thaqafah, mengatahui ilmu kepimpinan dan organisasi dan lain-lain (memenuhi keperluan masyarakat terhadap kita) .
Sdr YB Saifuddin menukilkan tentang isu-isu dalam negara dan parlimen, tentang subsidi minyak kelantan yang tidak diberikan kepada negeri kelantan oleh kerjaan pusat, hal berkaitan bajek negeri pakatan yang begitu cermat dan menjimat, kenaikan melonjak oleh negeri pakatan seperti kedah sehingga ekonominya nak ketahap 201 % lebih pada tahun pemerintahannya, isu berkenaan laporan audit negara dan banyak lagi isu-isu berkaitan dengan hal negara.

Kehadiran pada malam itu dianggarkan hampir 2000 orang dari kalangan mahasiswa, mahasiswi, ibu dan ayah mahasiwa/wi yang turut hadir.