Selasa, 29 September 2009

" ISMAN " DIRUMAH JOHOR RABA'AH ?

INFO WISMA BKAN JOHOR CAIRO 29september 2009: Ni kisah tentang peristiwa yang berlaku di wisma BKAN johor raba'ah. erm.. ISMAN tu tak silapnya bermakna Orang-orang yang melakukan dosa?? betul tak? erm.. ape kes ni... Baru-baru ni dunia Mahasiswa Mesir digemparkan lagi dengan berita yang kurang enak. Sebenarnya admin sendiri tak faham, kenapa lah manusia ni suka kepada pecah belah dan keretakan hubungan. Yang paling tak best, manusia yang mencari jalan untuk perpecahan dan menghidupkan suasana hasad dan dengki serte menimbulkan kacau bilau kat alam ni.

Admin tersentak dengan berita yang dah beberapa hari diterima, cuma baru sempat nak ulas disini. Al-akhbar yang diterima " group ISMA bermaharajalela kembali dan lagi " bentak si warga mahasiswa mesir, seluruh cawangan dan seluruh kawasan. hey... bagi adminlah, kalau kita popular dengan khabar baik dan bakti, cukup ler best dok... tapi ni pasai pa berita ISMA yang admin terima, alamak... bohsang tul ler.. berita buruk jek yang admin dapat. ISMA !!! admin bukan peminat atau pengkaji ISMA... tapi admin tulis info ni, sebab satu dunia mahasiswa malaysia mesir duk kutuk tindakan ISMA yang memporak perandakan ketenteraman awam dan doakan gerakan sesat ISMA ni kembali ke ajaran islam sebenar, tu yang student mesir doakan dan yang admin dapat lah dari tinjauan seluruh mesir.

Ape kes hangpa ni ISMA.. hari tu admin dapat info hangpa duk kacau BKAN/rumah anak negeri perak, dengan memasuki rumah BKAN negeri perak baru (B) tanpa kebenaran dan dalam masa sama membuat pengisian program juga tanpa kebenaran, kalau macam tu tak ikut protokol lah, macam mana nak dinamakan NGO islam kalau tak bawak sistem islam. Ni admin dapat berita hangpa duk kacau kesatuan atau ketenteraman yang dah sedia aman kat BKAN/rumah anak negeri johor pulak.. Sebelum tu, berita hangpa duk kacau Program PMRAM dengan cuba gagalkan program Iftor yang PMRAM anjur kat dataran asyir dengan guna kuasa orang atas. ISMA jangan marah admin ye, ni bukan kes admin sokong BKAN DPM atau PMRAM, tapi kes cara logik akal lah, sape-sape pun boleh nampak perbuatan ISMA pada semua badan mahasiswa islam kat mesir ni satu dunia mahasiswa mesir ni duk kata " ISMA bergerak dengan cara sabotaj semacam hasad, nak tunjuk kuasa, dengki dan paling hudoh sekali mungkin tak nak buat kerja-kerja hudoh ni tapi kene paksa buat kire macam kene cucuk hidung ler, perjuangan yang nak capai islam secara mudah tanpa ada halangan tu namanya bukan perjuangan" ha.. that All people said and talk about u all lah ISMA, satu mesir. erm.. tak tau lah, admin bukan nak percaya berita-berita tanpa pengadilan mahkamah ni, tapi kalau dah berita hangpa seluruh mesir yang buruk je, admin nak kata apa kan... harimau mati tinggal belang, manusia mati tinggalkan nama. Dalam hadith kalau tak silap admin, ada sebut, kalau kita mati nanti kiranye orang sebut-sebut yang baik-baik pasal kita, so baiklah kita kat akhirat. Tapi kalau orang sebut-sebut banyak yang buruk pasal kita, erm, buruklah kat akhirat. paham kan...

Admin ada baca pasal kenyataan rasmi YDP BKAN Johor, ada sebut: " program Sambutan Hari Raya yang dianjuarkan oleh ISMA-MESIR yang berlangsung di Asrama Pelajar Johor Rabaah pada tarikh 5 Syawal 1430 H bersamaan 24 September 2009,dari jam 10.30 pagi hingga jam 3.30 petang itu adalah sebuah program yang TIDAK ada sebarang bentuk kerjasama daripada BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR. Ini adalah kerana Isma-Mesir tidak mengadakan sebarang perbincangan rasmi dengan pihak BKPJM bagi menganjurkan program di Asrama Pelajar Johor Rabaah. Dengan itu suka untuk kami mengingatkan kepada mana-mana pihak atau mana-mana persatuan agar tidak menggunakan nama BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR (BKPJM) untuk kepentingan masing-masing dan pihak kami juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya nama persatuan ini digunakan dengan tanpa keizinan daripada pihak pentadbiran BKPJM " (Sumber: http://ydpbkpjm.blogspot.com/2009/09/kenyataan-rasmi-ydp-bkpjm-berkaitan.html ) panjang lagi sebenarnye kenyataan ni, bacelah sendiri ye dilaman mereka, macam-macam.

Program hari raya yang dilangsungkan ISMA Mesir di rumah johor raba'ah dikhabarkan meminta kebenaran ikut jalan belakang. Tidak ikut persatuan. Kita pun tahu, kalau nak masuk rumah orang, kena lah minta izin tuan rumah, walau dah minta kebenaran dari pegawai rumah negeri, jangan lupa, Persatuan rumah negeri kan masih ada, perlu juga minta persetujuan mereka sebab mereka yang diiktiraf kerajaan negeri sama untuk menguruskan hal ehwal rumah negeri dan pelajar negeri tersebut. Bertambahan pulak, hari yang ISMA buat program tu admin dapat info warga BKAN tersebut sibuk nak buat persiapan untuk sambutan raya mereka pulak, ni dah macam nak mensabotaj program BKAN johor, dalam masa sama menunjukkan semacam ISMA mendapat sambutan BKAN johor. erm.. kerja-kerja semacam penipuan ni, sekejap je, last-last nanti buruk tu akan jelas. So baik ISMA hati-hati.

Ana ada terbaca cerpen U. Hidayat anak BKAN Johor. "Cerpen : Badai ISMAN" dalam blog dia. Cerpen tu semacam bukan cerpen dia sahaja, tapi macam mewakili warga BKAN johor dan kisah tu kalau dibaca dah semcam memang benar. Saya sendiri ada bersembang dengan anak negeri BKAN johor, luwahan hati dorang semua sama, menyampah dan menyirap dengan tindakan ISMA yang seolah-olah perbuatan mereka baik didepan, tetapi hakikatnya menimbulkan kemarahan warga BKAN johor sendiri.


Bagi Admin, dan seluruh warga mahasiswa yang suka keamanan, kami tak sukalah benda yang memeningkan kepala. Secara lojik lah, buat apa ISMA nak mengganggu gugat ketenangan islam yang dah terlaksana kat BKAN dan Muhafazah. Admin tengok kat kaherah dan muhafazah dah cantik dah kelangsungan islam berjalan. Kalau kat kaherah admin dan semua dah nampak BKAN menjalankan amanah bawa panji islam dan kalau di muhafazah DPM, kalau lain tu nampak buat kacau bilau dan semak ja... kalau untuk medic lak, Perubatan pusat dan muhafazah Chepter dah ada. So, apa yang admin nak kata, mereka ni dah jalankan islam dan kerja-kerja yag patut dalam mahasiswa, yang pelik ni, ISMA kalau masuk dan buat macam-macam tak ke penin bebudak baru. Kire macam bekas mufti Asri, kan memeningkan rakyat malaysia yang dah biasa dengan mazhab Syafie, ni ISMA kire macam nak buat mazhab baru dikalangan mahasiswa/wi mesir.. ghentikan jelah bagi admin. Jangan ler kacau tempat orang kat BKAN dan DPM, kalau nak dakwah gak, buat ler sendiri, kat tempat sendiri, tak ler orang marah. ISh... tak faham ehh aku..

Buat ISMA, jangan lah suka menimbulkan kemarahan, ingat doa insan yang teraniaya dan orang yang ikhlas cepat makbul. Ape kes, kalau tindakan kita buat semua orang sakit hati dan menyumpah seranah tindakan tu. Nasib baiklah doa mereka supaya Orang-orang ISMA diberi petunjuk, kalau doa mereka yang lebih dari 80% warga mahasiswa/wi mesir ni mendoakan Budak-budak ISMA dibalas azab didunia lagi macam mana? so, fikir-fikirkanlah. Na'uzubillah min zalik.. Banyak sungguh kes pasal ISMA ni. insya'allah dalam post seterusnya admin akan bawa kes BKAN negeri terengganu pulak.. ni satu hal kes kelakar ISMA lagi..

Jumaat, 25 September 2009

ABIM,ISMA & AGENSI MEDIC TERTENTU MERUPAKAN AGEN PARTI POLITIK?

INFO ZAGAZIG 25september 2009: INFO terbaru yang INFO KINI terima, agak mengejutkan admin. Apa yang mengejutkan tu? mahu taknya terkejut. sosek-sosek dari pelajar yang hadir program Orentasi Agensi Medic pertengahan september baru-baru ini ada menceritakan penerangan yang mereka terima dari pihak pengurusan tertinggi mereka. Tetapi sosek-sosek yang diterima admin bukan khabar anginlah, berita yang diterima adalah INFO yang benar keluar dari mulut student yang hadir sendiri, yang bertanya kepada senior-senior dan abang-abang lama inginkan kepastian dan pandangan. Kalau student tu menerangkan maklumat yang salah, so maklumat admin ni pun salah lah. Ini sekadar info.

Apa yang terjadi dalam program orentasi tersebut, dikatakan perasmian dirasmikan oleh pegawai Agensi malaysia yang hadir, ketika perasmian dilaporkan perasmi ada menyatakan bahawa dimesir ini banyak persatuan, so boleh pilihlah mana suka, juga dia ada menyebut dan menyeru, mahasiswa/wi agar memasuki persatuan mereka, iaitu ABIM (agensi tersebut bawah ABIM), juga menyeru pelajar agar memasuki dan berdaftar dengan ISMA, serta UMNO dimesir. Bila admin mendapat maklumat ini dari pelajar, agak terkejut admin dibuatnya. Mahu taknya, ape yang admin maklum, dan warga mahasiswa muhafazah ini maklum, Agensi Medic ini telah menyatakan pendirian mereka kepada semua termasuk persatuan dan kepada mak ayah student dimalaysia serta ahli Agensi bahawa mereka tidak terlibat dengan pengaruh mana-mana parti politik dan tidak suka mahasiswa berpolitik serta pihak yang berkecuali, juga menasihatkan pelajar agar jangan terus memasuki mana-mana persatuan bila sampai ke mesir, dan jangan terlalu aktif berpesatuan kerana menganggu pelajaran.

Ternyata disini, sekiranya info ini benar-benar disampaikan kepada mahasiswa/wi pada hari berkenaan, membuktikan " cakap tak serupa bikin " terjadi. Ini kerana, berlaku percanggahan fakta mereka, kejap-kejap kenyataan mereka tidak membolehkan mahasiswa berpolitik dan lepas tu kata boleh pula, macam yang tertulis diatas, jadi ni kalam apa? Macam chipsmo, kejap ada kejap taka ada, sekejap boleh sekejap tak boleh.

Rasanya tektik berpolitik seperti ini dah ketinggalan zaman. Bukan apa, caranya yang memuakkan jiwa-jiwa mahasiswa, dipermulaan cakap-cakapnya melarang mahasiswa berpolitik dan berpesatuan, tetapi diakhir ucapannya menyeru mahasiswa memasuki parti politik tertentu dan persatuan tertemtu (tajaan UMNO lah bukan kerajaan), hai.. ni dah masuk jadi asobiyah nih, bukan asobiyah sahaja, tapi berlebih-lebih dah jadi unsurriyah ni. Minta penyelaras berkenaan yang menyeru kepada 3 cabang proksi ini ( ABIM,ISMA,UMNO dimesir) memuhasabah kembali cakap-cakap mereka. Admin sendiri dan ramai kawab-kawan lain, tidak suka cakap tak serupa cakap sebelumnya ( tak serupa bikin lah tu), dan jugak tak suka mahasiswa dipolitikkan, dan dipaksa masuk dan menjadi mangsa politik parti-parti tertentu demi kepentingan politik parti tertentu. i tak suka mahasiswa berpolitik. kotoq sangat politik parti ni. Politik islam takpalah, bukan politik parti. kan kerajaan dah menyatakan, bahawa mahasiswa dilarang berpolitik, jadi kena ikutlah. Kita kena bersatu, one malaysia!!! huhu

Tambahan sikit: admin dapat info juga, dalam program orentasi tersebut, bukan sahaja mahasiswa/wi dimomokkan supaya memasukki ABIM, ISMA dan Parti UMNO (Abim dan Isma sekarang dah jadi agen kepada UMNO jelas lagi tersuluh diseluruh malaysia dan dimana-mana), dan ditambah lagi pihak agensi sendiri membeza-bezakan antara mahasiswa seolah-olah kepuakan atau memuak-muakkan mahasiswa sedang dipergiat, contohnya pegawai agensi ada menyebut " ha.. yang tu pelajar KPT tu " dalam program tersebut. Ini seolah-olah mendiskriminasikan dan mengasobiahkan pelajar, dan memuak-muakkan pelajar. hai, sikap macam ni cukup melambangkan sikap jumud orang melayu. kita kan one malaysia!!! buat apa nak membeza-bezakan taraf kita dan kelompok kita. WE WANT MALAYSIA!!! bukan berpuak-puak...

Mencanangkan sikap berpuak-puak, contohnya ta'asub melayu bukan semangat Islam, masing-masing dengan institusi masing-masing, berpuak-puak dengan negeri masing-masing, mementingkan hanya kelompok agensi masing-masing, atau pun puak sekolah terdahulu, boleh menyebabkan kita terlalu banyak puak, masing-masing mendabik dada mengatakan puak mereka yang betul dan terbaik, dan akhirnya menyumbang kepada pecah belah ummat islam. Saranan untuk semua, hindari diri dari sikap berasobiyah dan unsurriyyah, kerana keduanya boleh menyumbang kearah perpecahan ummat. Terutama ta'asub parti time belajar atau dalam alam student/kemahasiswaan ni, para student boleh jadi mereng nanti ikut fikrah mereng oleh golongan ta'asub sempit kepartian.

Rabu, 23 September 2009

DAMETTA @ dumyati @ DUMYAT dalam Intaian


INFO DAMETTA 22september 2009:Admin tak tahulah mengapa, semenjak dua menjak ni, minat lak korek-korek info tentang ISMA. Bukan apa, seronok pulak tengok gelagat cubaan dorang untuk menawan hati pelajar. So jadinya bila ISMA nak tawan hati pelajar, mereka ni kena lah usaha lebih. Bila usaha lebih, jadinya gerak geri pun berlebihan lah. Tu pasal lah INFO KINI sehari dua ni, ikut ja pekembangan dorang, sebab banyak info mesir berkaitan dengan dorang dalam beberapa bulan kebelakangan ni hah. So ISMA jangan lah marah admin cerita sikit sebanyak hal korang ya. INFO KINI berminat tulis hal-hal berkaitan Mesir.

Berita baru-baru ni, di dumyat ISMA cuba masuk dengan pelajar-pelajar. Adalah satu dua tiga berita ni, dan banyak lagilah INFO KINI dapat tahu dan dapat dari kaki-kaki yang ada disana dan disini serta di sinun. Disana (dumyat) juga ISMA sedang cuba memperlebarkan pengaruhnya. Agaknyalah mungkin sebab dumyat tahun ni ramai pelajar malaysia di hantar kesana ( dumyat ) bagi jurusan azhar, sebab tu jadi fokus kot. apa yang terjadi, ISMA cuba masuk dengan adik-adik baru melalui tawaran pengajian. turathi/pengajian ala pondok atau tawaran-tawaran pengajian lain macam kelas pengajian kitab kuliah dan lain-lain. Tapi yang kelakarnya, adik-adik baru siap kata pada mereka: " us! apa-apa kalau kita nak buat program kena lah maklumkan pada DPM dan atas persetujuan DPM, sebab ni melibatkan nak jaga kesatuan dan pasal keselamatan, tak nak ada masalah dengan polis kalau kita buat tanpa pengatahuan DPM" . Apa lagi, bila tok-tok tukang ajaq yang nak ajaq student-student baru ni kelas-kelas kitab kuliah, tetiba tak jadi dan tak melekat tektik ni, tegamam lah mereka bila student baru ni, sebut macam tu.

no point dah la jadinya, atau kata lain mati kutu tak tau macam mana nak ajak adik-adik baru masuk ISMA. Apa yang admin maklum dan semua sedia maklum, kat DPM kan dah ada disediakan tenaga pengajar bagi kitab kuliah (untuk persediaan exam), dan di DPM juga dah disediakan kelas-kelas tafaquh, peliknya ISMA buat juga untuk apa? macam nak bertanding pulak, bertanding siapa hebat, dan lawan melawan, bahaya sikap macam ni. Sedang sedia maklum kalau DPM buat program tentu ruang masa yang ada di isi penuh. Selepas waktu kuliah, ada program DPM, so bila masa nak ikut mcam-macam kelas, Itu yang admin tahu lah.

Ni ada satu berita lagi, dengar khabar, ada empat atau lima orang hardcore isma dari malaysia nak mintak belajaq dumyat. Isma cuba nak kongker dumyat, nak buat tapak ke? hah.. ape pun fikir-fikirlah elok-elok sebelum bergerak. Saya admin tak lah minat sangat campoq PMRAM, tapi DPM ni kire oklah admin campoq jugak lah sikit-sikit, apa-apa yang best, kelas-kelas pengajian pon banyak, so tak yah lah nak laga-laga dan bertanding buat kelas, sebab rasanya ada DPM kita punya ukhuwah agak cantik dan baik berlansunglah kan. Ni bukan nak sokong sangat DPM, sebab ada gak yang DPM buat kadang-kadang admin kureng, tapi oklah. Apa pun, saranan saya, kalau ISMA nak tarik orang, fokus cairo ok kot. Tu pandangan saya lah. Jangan kacau muhafazah coz DPM dah ada lah kan, sebab dah ok dah DPM rasanya.

Isnin, 21 September 2009

POLITIK LAGI... BUT " POLITIK IN BISNES "

INFO ZAGAZIG 21september 2009: Pada tarikh 11 dan 15september lepas, zagazig menerima kedatang pelajar baru seramai lebih dari 100 orang mahasiswa dan siswi dari pelajar medic. Rasanya tidak terlambat untuk admin ucapkan Selamat datang ke bumi Mesir. Info kali ini membongkar situasi yang berlaku pada hari tersebut. Apa yang terjadi, sambutan kedatangan pelajar baru tersebut agak menyedihkan. Ini kerana, kedatangan pelajar-pelajar tersebut tidak diuruskan dengan baik. Bukan tak terurus langsung, tetapi kurang terurus.

Dimaklumi, Adhoc USMB ditubuhkan oleh pihak Agensi. Apa yang ingin dikatakan disini, berlaku kecacatan dan pengurusan yang tidak tersusun serta penuh kekurangan dan kelemahan. Ia tidak boleh dipersalahkan kepada Adhoc dan ajk yang terlantik. Ini kerana mereka sendiri merupakan pelajar baru dan tiada pengalaman. Masalahnya, mengapa pihak atasan agensi tidak menjalin hunbungan dengan pelajar lama atau persatuan yang ada di zagazig, yang tersangat boleh membantu untuk pengurusan kedatangan pelajar? Dari apa yang INFO KINI dapat maklumat dari pelajar-pelajar baru sampai ni, agak banyak komen yang diluahkan kepada adhoc usmb pada hari orentasi, dan pihak atasan Agensi hanya berdiam diri dan membiarkan segala urusan diuruskan oleh para adhoc. apa adhoc yang mereka lantik itu bekerja dimesir ini atau pun mereka datang sebagai pelajar?? tidak sepatutnya agensi berlepas tangan, ambil keuntungan kemudian kerja-kerja pelajar-pelajar yang harus buat. Sungguh memalukan, pelajar diguna-gunakan untuk kepentingan dan keuntungan pihak tertentu. Sepatutnya pihak atasan Agensi perlu dipertanggungjawabkan atas banyak keralatan yang berlaku, berikutan banyak komen dan bebelan dari pelajar-pelajar baru yang sampai melalui agensi mereka, bukan para adhoc atau ajk yang mereka lantik yang mesti dipersalah dan dipertanggungjawabkan, kerana mereka bukan badan kebajikan mahasiswa bukan juga berniaga tetapi mereka pelajar yang sekadar membantu, sebaliknya agensi yang berniaga, sebarang kelemahan dan kesusahan serta keuntungan dan kerugian pihak agensi lah yang kena tanggug, dan pengurusan kedatangan pelajar sudah sememangnya telah dibayar kepada pihak agensi. ape hel pulak bebudak yang kene. Sian admin dan INFO KINI tengok budak-budak adhoc dan ajk, dibelasah suruh buat kerja, and then sebarang kelemahan mereka yang kena tanggung.

Ambil mudah dan lepas tangan setelah meletakkan janji-janji manis kepada pihak keluarga dimalaysia, tentu sekali mengecewakan harapan mahasiswa dan keluarga, kekecewaan tergambar dikalangan mahasiswa/wi yang hadir bila terpaksa menempuhi keadaan tidak sama dengan apa yang digambarkan semasa janji-janji manis dihamburkan kepada mereka. Ini tergambar jelas bila rasa hati mereka, mereka sampaikan kepada abang-abang dan kakak-kakak yang ada di zagazig.

Mengecewakan bila berita-berita seperti ini dikhabarkan kepada admin dan kaki-kaki INFO KINI, serta tersebar kepada warga zagazig. Berita seperti Kedatangan mahasiswa/wi ini dihidangkan dengan jamuan berbuka puasa dari mat'am pelajar bukan warga malaysia selama dua hari dan pelbagai lagi info yang didapati, boleh dipersoalkan, mengapa tidak meminta bantuan dari badan kebajikan yang sedia ada di zagazig, yang selama ini telah berpengalaman serta telah biasa dan mudah menguruskan hal kedatangan pelajar baru, tak cukupkah pelajar malaysia di zagazig sehinggakan terpaksa meminta bantuan dari pelajar bukan rakyat malaysia? Ini sungguh membuatkan mahasiswa/wi kita merasa terkilan dan kecewa dengan sikap agensi, yang pelik lagi penuh politik entah apa-apa, karut marut dan semacam kebudak-budakan.huhu. sedey ni sedey..

Sabtu, 19 September 2009

DATARAN HAYYU ASYIR SATU TANDA TANYA



INFO DATARAN ASYIR CAIRO 18september 2009: Salam bahagia dan sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Rasanya agak ralat tidak memposting kisah-kisah sehari dua ini, sedang bagi admin terlalu banyak INFO KINI yang boleh dikongsi bersama. Sebenarnya bukan ketandusan maklumat, cuma kekangan masa sebagai hamba Allah ini, banyaklah tugas-tugas hidup yang perlu dilaksanakan seperti memenuhkan masa diri dengan kelas-kelas ilmu yang ada, bersama rakan-rakan medic, dan bertambah pula internet terkadang-kadang tenggelam timbul lagikan terkekanglah masa ini. Al-kisah dihari mulia ini, akhir-akhir ramadhan, inginlah hamba admin pacar yang hina disisi Allah nak bersurah sebentar.

Ha... Al-kisah hari ini (malam tadi/jumaat malam sabtu), bagi admin hangat dan hangin lah juga, hangin sepoi-sepoi bahasa, maksudnya angin tenang bagi admin tetapi angin seribu jenis angin dari kelompok-kelompok tertentu. itu pun bagi adminlah, tak tahu lah pula bagi anda biasa-biasa sahaja tentang hal kisah yang bakal admin tulis selepas ayat ini. Apapun apa yang admin nyatakan ini sekadar berita for You All lah. Tercatatlah sudah kisah tanggal 18september 2009, satu program dianjurkan persatuan besar mesir, apa lagi PMRAM lah, itu pun kalau hangpa nak akui, ikut masing-masinglah, admin akui sahaja ia satu persatuan terbesar malaysia mesir.

Apa yang berlaku, PMRAM menganjurkan satu program penutup bagi sambutan ramadhan kali ini. Khabarnya dari awal lagi pihak PMRAM telah memaklumkan kepada JPMK tentang maksud ingin menggunakan dataran hayyu asyir, nuh kat asyir sanalah, tau kan? Respon dari JPMK pada makluman pertama tiada sebarang masalah. Sedia maklum ISMA menganjurkan katanya program bazar ramadhan, dan penutup programnya 25 ramadhan bersamaan hari khamis baru-baru ni. Kiranya PMRAM bercadang menggunakan dataran pada hari jumaat, ke esokan harinya lah memandangkan ISMA telah tamat programnya pada hari semalamnya (khamis). Apa yang berlaku, pihak PMRAM memaklumkan kepada JPMK kali kedua sehari sebelum program berlansung yang ana maklum, kira ta'kid semula lah nak comferm guna hari jumaat untuk buat majlis khatam quran, tahlil, iftor, terawikh dan pengisian pak syikh arab. Tetapi apa yang berlaku.. jeng..jeng...jeng.. Pihak JPMK menyatakan ISMA nak sambung program, mereka nak buat program iftor hari jumaat (hari yang sama PMRAM nak berprogram kat dataran), jadi JPMK menyatakan, PMRAM tak boleh lah nak buat program sebab ISMA nak sambung semula buat program haritu (kira tetiba secara mufaja'ah nak buka balik program & macam dahulukan ISMA lah).

erm.. Maka berlakulah disini satu perkara yang boleh dipertikaikan. ish..ana yang biasa-biasa ni pun boleh jadi rasa macam pelik juga ni, pasai pa ISMA buat macam ni. Maksudnya, sekarang ni ceritanya ISMA dah buat program penutup pada hari khamis, tup tup... dengar ja PMRAM nak berprogram keesokan harinya, tetiba nak sambung program pulerk. ape ke hel nye ni beng... kira maklumkan JMPK nak sambung semula contrak guna dataran lah tu, JPMK ni sporting, tapi ISMA tak boleh lah ambil kesempatang atas ke sportingan JPMK. Pasai pa ISMA buat macam ni? apa yang ana servey, ramai budak tepi pagar yang tak sokong dan sekadar lihat saja persatuan dan kerenahnya, tetiba menjadi terbuka minda,"ni apa kes... "dorang kata lah.. lagi dorang kata " lah.. ISMA dah habis program, lepas tu ade persatuan lain nak buat program, jangan lah sabotaj, tau lah dia punya program tak dapat sambutan sangat, takkan sebab tu nak sabotaj persatuan lain". macam tulah lebih tak kurang sosek-sosek bebudak tepi pagar dan bebudak baru.

Satu hal yang lagi pelik, timbul dari admin punya kaki-kaki yang hadir kat sana dan tengok situasi, ISMA buat program besar punya MEGA, siap ada nasyid gempak,letop-letop kehebatannya dan macam-macam. Tapi yang tontonnya penasyid dan adhoc program dan adalah beberapa kerat manusia lain. Bazarnya pula ramai lagi penjual dan saling berjual, dari si pembeli. Kira macam takda orag lah. bab ni admin tak komen lah. cuma pelik, pasai pa Program ISMA tiap-tiap kali je, dongau dan di kabau kan, tak do ughang jang( dengar khabar tak da orang lah). Ni satu persoalan dari admin? kat sini ada kelompok masing-masing ke? atau ada kelompok-kelompok kecil buat kepala sendiri?

Di khabarkan bila PMRAM berhujjah nak buat program, ISMA dan ape entah nama persatuan ni, tak pemes admin susah nak sebut kalau salah jangan marah, ISEK yeh.. betulkan? Ha, ISMA dan ISEK (dengar kata ISEK umno) berhujjah juga lah dengan PMRAM tak nak bagi PMRAM ganggu program mereka hari jumaat didataran. dikhabarkan PMRAM tak boleh terima hujjah mereka tu, admin rasa mungkin sebab ISMA dan ISEK dah tutup program, buat apa nak sambung program balik. Maka program penutup ramadhan PMRAM berlangsung, setelah ISMA&ISEK tak ada hujjah kukuh.

ana kebetulan ada datang sat lepas iftor disana, nak tengok jugalah apa yang berlaku, sebab dengar sambutan penutup ramadhannya meriah, memang pun, ramai orang, rasa macam dimalaysia pula, terubat rindu sat. tup-tup, dari kerdipan mata dari jarak jauh, terlihat orang-orang besar ISMA turun, chek tak kenai, ada orang habaq kat chek lah dorang tu pimpinan ISMA, apa dorang buat? Apa lagi clip-clip gambaq lah, satu dua keping sat, pah tu balik. Hai apa pula hal ni, dengaq kata ISMA suka rakam-rakam dan ambik gambaq, lepas tu buat hujjah putaq-putaq sikit, bagi adik-adik baru, n kata ni lah pesatuan. tu INFO yang admin terima lah. Admin tak kata ia atau tidak, sebab pihak berkecuali. tugas i, just ambik info. Tapi kalau betui, admin tak minat lah cara tu.

Ha.. yang best tu pulak, jalaluddin pak hasan (nama samaran) dari zagazig pun ada bersama-sama pimpinan ISMA ambik gambaq seh. kalau kat zagazig, haq sorang dua ni ada lah dengaq sebelum ni, malu-malu bila tanya: " hang ISMA eh?" depa jawab " eh dok eh", tapi malam tadi zahir sangat, depa pon tak sedaq depa zahirkan diri kot, ni kira ISMA dah tak tahan marah kot, sampai semua keluar tunjuk muka. Aku bukan nak cerita pasai dia apit ketua-ketua dia, tapi macam mana boleh pulak dia sorang dan sekerat dua lagi, boleh ada pulak di zagaziq? pasai pa lain tak join? macam persatuan terpencil ja, dak eh, kalau gempak macam PMRAM, mana tau aku tertarik ka, sebab aku tak sempat ikut mana-mana lagi nih,hehe. ikut hangpa lah, aku akan teghuih dengan kija aku.

Laporan diterima: telah berkata seorang yang hadir ditepi-tepi tembok rumah negeri, katanya "ISMA semacam ditaja dan diperintahkan oleh kelompok tertentu. kita ni perjuang dan NGO islam, kalau nak bawa islam, kalau join dan akur dengan pihak-pihak tertentu yang tak sama matlamat (bawak islam), kelak makan diri dan lari dari perjuangan, ni semua sebab nak ambil jalan mudah untuk berjuang. akhir sekali hadaf yang nak dibawa entah kemana hala tuju terciciaq" inlah kalam dan respons dari beberapa orang yang admin sembang.

Admin sempat juga tengok situasi semalam, sajalah datang cairo nak tengok suasana tempat kejadian. ish, macam best ja. tapi malam tadi cool ja keadaan. Apa pun yang penting, admin sempat ambil info by mulut sendiri yang rajin bertemu ramah dan dibantu kaki-kaki yang ada. Banyak lagi info pasai ni, tapi tak larat nak taip. salah silap harap maap. sekian berita utama hari ini.

Rabu, 16 September 2009

HORMATI BUMI ANBIYA', JANGAN MENGHINA BUMI NABI

Gambar: Puncak Jabal Musa Mesir

INFO MANSURAH 15september 2009: Hari-hari dalam sejarah rakyat malaysia di bumi Mesir., tak pernah tergambar sebelum ini kepada dunia islam bahawa rakyat malaysia di ripublik ini boleh memperlihatkan budaya kurang senang dikalangan warga arab dan budaya kurang sedang dibumi anbiya'. Apa yang INFO KINI nak ketengahkan, pemasalahannya senang-senang sahaja pelapis-pelapis bagi penuntut-penuntut terdahulu dibumi mesir ni memperlihatkan akhlak dan peribadi yang kurang senang dipandang dan tidak secocok dengan sandaran nama ummat islam. Ia seumpama buaya bujang senang yang gemar menelan orang dimalaysia satu ketika dahulu, perumpamaan ini samalah dengan mahasiswa/wi malaysia dimesir yang meratah nama mahasiswa/wi Mesir sebagai pelahir generasi rabbani yang begitu sinonim sebelum ini. Ini satu kekesalan yang amat nyata.

Admin menyatakan kekesalan diatas bukan ditujukan kepada semua mahasiswa/wi dimesir, tetapi segelintir siswa/wi yang boleh mengeruhkan nama student disini, ini kerana admin dan ramai lagi kawan-kawan dari merata tempat dimesir pernah melihat akhlak dan peribadi yang ditunjukkan oleh segelintir student contohnya anak-anak didik Agensi GMN mansurah ( Global Medic Net Work ). Apa yang berlaku, pernah Admin sendiri terserempak dengan kelompok ini, yang lelakinya berambut pang bercolor-color, berseluar londeh, bersubang-subang sini sana dibadan, bersikap kurang sopan dikhalayak ramai seperti di airport dan macam-macam lagi perangai, yang temannya perempuan pula, berpakaian seluar londeh sehingga memperlihatkan seluar dalam, seluar yang penuh koyak rabak sini sana sengaja difesionkan yang memperlihatkan daging badan, kain baju yang tak mencukupi untuk menutupi badan dengan baju atas nuh tinggi terkeatas pusat macam pakai baju dalam sahaja itu pun koyak rabak sengaja difesionkan, rambut yang bukan ikal mayang tapi fesion yang meloyakan dan sikap tak ada kewanitaan. Kalau nak gambarkan disini tak tergambar dibuatnya. Semua sikap-sikap negatif ni ditunjukkan dikhalayak ramai, sehinggakan arab pun pelik, mana punya negara agaknya mereka-mereka ni.

Ada lagi kisah, warga mansurah ada bercerita, bukan masalah agensi GMN saja,sesetengah pelajr medic lelaki perempuan selamba sahaja menelan air-air didalam botol arak di pub-pub. Bertukar-tukar pasangan dalam berhubungan sedangkan belum berkahwin. Kisah ni admin rasa dah terlalu kronik, tak bermakna mereka bukan pelajar azhar, boleh berperilaku macam tu. Hamba ni rasa pelik, mereka-mereka yang diatas (Agensi) tak rasa berdosa ke melahirkan generasi macam ni dengan tak mengambil tindakan susulan. Student-student ni tak rasa berdosakah buat sikap yang macam ni. Kalau tak segan nak buat perangai tak senonoh pun, biarlah kene tempat. Maksud admin bukan tempat selain dimesir boleh buat maksiat, maksud admin, sekurang-kurangnya hormatilah bumi anbiya' ni, bila kita tiada segan silu buat dimana-mana tempat maksiat ni contoh buat maksiat kat masjid, tak ke maksudnya kita menghina masjid tempat beribadat, orang kafir lihat pun boleh tafsir masjidlah tempat punca maksiat nanti, kan ke itu memburukkan nama islam. Begitu juga bumi nabi ni, takut-takut pada masa akan datang, penilaian orang kafir bahkan orang islam sendiri termasuk warga islam malaysia akan memandang, bahawa negara yang menjulang islam pun adalah tempat sumber utama maksiat. Jadi kita sebagai mahasiswa/wi perlu memastikan gejala-gejala negatif dan maksiat tak berpusu-pusu menguasai akhlak dan peribadi kita, dan kalau bukan kita yang buat perangai buruk itu pun, sekiranya melihat warga malaysia berperangai hudoh itu, kita harus tegur, amal ma'ruf nahi mungkar tanggungjawab bersama.

Tidak dilupakan juga, teguran buat warga azhar, jangan mengambil kesempatan jalan hina dengan maksiat yang terpampang didepan mata, dengan bersama join maksiat yang dilakukan rakyat senegara yang berlajar disini, akan tetapi bersama mengambil kesempatan mencegah maksiat yang berlaku, amal ma'ruf nahi mungkar. Apa pun baguih juga pihak persatuan ada Unit Pencegah Maksiat macam HISBAH, ha kebaikan ini tak disangkal, dan unit ni perlu berterusan, kalau group2 lain nak komen part ni, suruh mereka-mereka bertaubat.

Peringatan buat semua Mesir Ini bukan amerika, dan juga bukannya London, juga bukan lorong haji taip atau pun sarang pelacuran. Bumi mesir ini bumi anbiya', kiblat ilmu, janganlah mencemarkan nama keluaran mesir yang sebelum ini sudah terkenal melahirkan generasi berakhlak dan menjadi qudwah kepada masyarakat malaysia. Kalau gejala mundur (sosial yang keterlaluan dan akhlak rendah ), berakhlakkan dan berpakaian macam orang zaman batu dulu ini berterusan, dibimbangkan negara malaysia akan diwarisi oleh masyarakat tidak bermoral dan mundur dari segala segi.

Selasa, 15 September 2009

KELUAR MALAM IDAMAN SESETENGAH MAKHLUK, LAHIR DARI HATI KECIL MEREKA

INFO ZAGAZIG 14september 2009: INFO pagi hari ini, biasa-biasa saja. Tapi biasa tak biasa pun, hangin juga kadang-kadang. mahu tak nya, pelik melihat telatah generasi-generasi baru sekarang ni. Mana tak pelik, budak-budak perempuan sekarang dah berani keluar sampai larut malam. Banyak info jugalah yang INFO KINI terima dan dengar dari sebelum ni sampailah sekarang. Ni hah, pasal student perempuan keluar malam-malam, macam-macam alasan mereka bagi. " ala ustat kami bukan keluar sorang-sorang waktu malam, kami taulah jaga diri kami " ha nilah bebudak ni kata, ada lagi katanya " ala ustat, saye tengok tempat kite ni selamat je, tak dengar pun sape-sape kena dibawa lari orang arab " lagi kurang sopan ada yang sebut " ustat ni, asyik cakap pasal jangan keluar malam je, takde ape-ape la ustat, tak pernah dengar pun student malaysia kene rogol kat sini "... ayat ni aku baran, pelik gak aku, bebudak perempuan sekarang ni pandai menjawab, takkan dah kene macam-macam baru nak insap. aduuhh...

Setahu aku lah, student-student lelaki sesebelum ni pun, tak suka buat perangai macam perangai yang student perempuan sekarang buat. Bukan apa, budak-budak lelaki pun nak keluar malam, lagi-lagi sorang diri, fikir banyak kali woo.. ni kan perempuan.. main hentam ja, keluar malam, suka suki. Tapi apa pun, ni spisis sebahagian sahaja, dikalangan student perempuan tak ramai yang suka buat fe'el ghorib ni, yang ramainya baik-baik. Tapi tula pasal, yang sikit nilah susah nak jaga. Bukan apa, cakap menda macam ni, sebab sayangkan sesama rakyat malaysia, yelah, MALAYSIANEGARAKU, lagi sebab apa, take care kerana sesama ummat islam.

Nasihat aku buat rakyat malaysia yang berstatuskan perempuan, harap sangat, supaya faham tentang menjaga maruah diri. Maruah diri, kalau dah tercemar, payah nak pulihkan semula. Admin sendiri dah beberapa kali jumpai student-student perempuan keluar sampai lewat malam dan tegur, yang sadisnya, siap perempuan tu buat muka, kalau lagi advan siap balas balik ayat yang tak sewajarnya.. ha post ni ingatkan: selepas ni jangan ada lagi yang keluar malam tanpa keadaan yang dibenarkan. manusia dikurnia akal untuk berfikir dan jangan lagi ada idealogi fikiran yang tidak menggunakan akal yang dikurnia Tuhan.

Isnin, 14 September 2009

QIAMULLAIL MEMANG BAGUS, TAPI KESELAMTAN BAGAIMANA?

INFO ZAGAZIG 13september 2009: INFO KINI membuat tinjau-tinjau dizagazig. Berita yang INFO KINI dapat semasa tinjau-tinjau menjadi perisik maklumat dikalangan warganya, didapati persatuan dizagazig ini menganjurkan program qiamullail. Satu perkembangan baru juga rasanya, sebab agak jarang didengari program yang bersangkutan dengan arab nih, kalau tak silap lah, persatuan pernah menyebut, kita dilarang keluar malam lagi-lagi dengan berpakaian islamic fesion, larangan keterlibatan dengan arab dalam berprogram dan macam-macam lagi peraturan. Permasalahannya disini, persatuan pula menganjurkan program yang punyai keterlibatan dengan arab, macam mane pula tu? persatuan ni larang orang, tetapi mereka pula buat, ada kuasa VETO ke?

Admin rasalah, i'tiqaf ni memang bagus, tetapi agak tak sesusailah dengan keadaan setempat yang kita tinggal, lagi-lagi bumi yang bernama zagazig, tak pasal-pasal ada student kita yang berpuasa di jail atau bersama amn daulah atau kita kenali dengan nama pak dolah tu. Bukan apa, admin rasa macam risau pula, macam mana dengan keselamatan para akhawat kita, keluar malam-malam untuk beri'tiqaf, memang lah baik, tetapi kalau-kalau apa-apa terjadi macam mana, tentu mak ayah mereka susah hati, yelah mereka itu keluar dah larut malam, dan pulang seawal dua atau tiga pagi, bahaya tu kan.

Apapun, moga-moga Allah menjaga keselamatan kita semua, admin cakap ni bukan apa, maklumlah sayangkan rakyat malaysia, sebab NEGARAKU MALAYSIA. Tapi apa yang bagusnya, persatuan DPM sediakan juadah makanan untuk bersahur, katanya selama sepuluh hari dengan hanya bayaran L.E 10, wow!!! murahnya. Kalau makan dimat'am sahaja L.E10 tu hanya boleh membayar untuk sekali makan dan satu juadah sahaja. Kira gempak juga lah kebajikan mereka-mereka ni. Tapi jangan ada udang disebalik batu sudahlah, sama-sama ikhlaskan niat macam mana yang INFO KINI tunjukkan, blog ni ditubuhkan untuk memberi maklumat, membantu menyampaikan berita kepada anda.

Sabtu, 12 September 2009

HARI INI YANG KURANG INFO SENSASI

INFO TANTA 12september 2009: Kedengaran juga bisik-bisik dari info tanta, dengar kata lebih dari seratus juga pelajar baru akan sampai. Ini maklumat yang admin terima lah, kalau salah jangan marah pula, nama pun just info, maklumat betul pie cari sendiri lah. Rasanya seratus lebih pelajar ni dari jurusan medic, dan jurusan azhar, wallahu a'lam lah, biasanya bilangan pelajar azhar yang bakal ditauze'kan keseluruh muhafazah, agak lewat maklumat diterima. Tapi ini tak bermakna jurusan medic ni lebih teratur dari segi pengurusan, memandangkan makluman dapat diketahui awal disebabkan mereka (pelajar medic) yang hadir awal kemesir ini, menggunakan khidmat Agensi (syarikat buat duit), sebab tu lah kot, nama naik cepat, pihak university nampak duit, semua kerja jadi laju, tapi kengkadang macam kureng juga Agensi ni, ada sesetengah tempat kat muhafazah, sampai sekarang pun student masih tak dapat tasdiq walau dah berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun satu, macam mana nak aply biasiswa MARA ka apa kah kan? Apapun biasalah kan, nama pun arab Mesir dan melayu, you all tak nafikan kan? Buat kerja cincai-cincai, tapi bukan semua arab Mesir dan melayu teruk lah, ramai lagi yang terbaik, kalau nak dibandingkan dengan insan-insan dialam yang akan fana' ni, ni dua keturunan negara ni kira oklah juga.

Apapun Mahasiswa/wi medic dimesir semakin bercambah-cambah nampaknya, diharapkan dengan keramaian jurusan ini, dapat memberi satu impak penuh kebaikan besar buat negara kita. tak gitu you all? Jangan hanya jadi lambakan tak bererti sudah... macam keluaran azhar, ramai bilangannya, tapi, dimalaysia tak dengaq pun suara-suara yang ramai membantu kerajaan mahupun negara. saya ni verry-verry take care my country, bukti dari salah satunya, my email sahaja namanya: NEGARAKUMALAYSIA@YMAIL.COM

Ditanta, maklumat yang diterima, mahasiswa Al-azhar dan medic agak ada kebersamaannya. Kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain seperti mansurah, iskandariah dan Zagazig, jauh ketinggalan rangking ukhuwah antara student dua jurusan ini. Rasanya rakyat malaysia ditanta bolehlah berkongsikan tentang petua-petua yang boleh menyebabkan kebersamaan rakyat malaysia disana agar dapat dilaksanakan dimuhafazah lain, tak kiralah apa jurusan pun semua boleh bersama. Buat mahasiswa muhafazah mansurah, iskandariah dan zagazig, admin rasa bolehlah belajar bagaimana untuk menjalin eratkan hubungan dua hala ( medic dan azhar ). ok, sayonara...

BICARA POLITIK SAT: UMNO parti Islam - PM

UMNO parti Islam - PM

INFO SIK MALAYSIA 12 September 2009 : Petikan dari akhbar utusan malaysia tanggal 10 september ada menyebut: " Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini.

''Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam?

''Walaupun tidak ada label Islam tapi kita telah melaksanakan tuntutannya, melakukan perubahan sehingga mengubah nasib peneroka Felda.

''Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam,'' tegas beliau.

Perdana Menteri memberikan contoh, peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadan, seramai 313 umat Islam berjaya menewaskan musuh yang lebih besar walaupun dalam keadaan berpuasa.

''Mengapa tidak ambil panduan menerusi perkara ini. Kalau menerusi ibadat puasa pada zaman Rasulullah boleh menang, mengapa kita pada zaman ini tidak boleh mencipta kejayaan,'' katanya. "

Kupasan admin:

Bagi admin, islam ini perlu dizahirkan sezahir mungkin seandainya tiada ancaman merbahaya. Sebagai contoh islamnya kita tidak boleh dirahsiakan sekiranya tiada ancaman, tetapi sekiranya terancam andai dinyatakan keislaman kita pada tempat-tempat tertentu, maka boleh lah dirahsiakan. Samalah juga hal pentadbiran. Rasanya kalau tiada ancaman, maka pembawakan syariat islam oleh sesuatu badan perlu dizahirkan. yelahkan... buat apa nak bawa islam sorok-sorok sekiranya tiada ancaman. apa punya mental lah diguna oleh pemimpin alaf sekarang. bercakap kadang-kadang tak guna akal, walaupun belajaq tinggi-tinggi, setakat nak lepas hujjah macam batuk ditangga, baik tak payah berhujjah, buat orang nampak benggap kita saja.. Ingat generasi sekarang ni mudah nak diperkuda-kuda.. hangpa kalau tak pandai nilai, sudah tentu dah diperkuda-kuda oleh pihak tertentu ( dibagi makan pil kuda kot ) huhu..

Boleh pulak pak menteri aku ni cakap: '' Apakah yang kita (kerajaan) lakukan sekarang tidak Islam? Siapa kata perjuangan kita tak selari dengan tuntutan Islam? UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam, Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun lepas berusaha membasmi kemiskinan "

Nak jadikan sesuatu badan itu satu badan islam, kenalah dasar dia islam iaitu berdasarkan Al-quran dan Al-Sunnah, tak silap akulah yang taklah bebal sangat sampai tak tau islam langsung. Semua orang tahu, umno parti melayu. Admin ingat lagi, mantan pak menteri kita mahadiaq ada sebut " melayu mudah lupa " ha... tu tandanya semangat melayu.. betui-betui orang melayu ni sudah lupa, tetiba pulak berubah nama perjuangan parti. Apa pun ikut hangpa la..admin ni tak minat sangat politik, cuma kadang-kadang sahaja, bila orang yang melobi untuk menang pilihan raya guna hujjah bengap.. ha.. tu admin baran, tu pun kadang-kadang. tak kiralah dari parti politik mana pun, UMNO ka, DAP ka, PAS ka, PKR ka.. lantak hangpa semua lah...huhu

I just give to you all info lah kan.. suka tak suka ni INFO hari ini, apa pun bagi tengok la juga.

Jumaat, 11 September 2009

SUNYI SEPI ... PELAJAR BARU YANG DINANTI TIDAK KELIHATAN

INFO ZAGAZIG 11september 2009: Lapan malam waktu tempatan INFO KINI kembali lagi, terkini ketibaan pelajar baru ke zagazig melucukan. Mahu taknya... Maklumat yang diterima " INFO KINI " ternyata meleset, admin menyangkakan seramai lebih dari seratus orang akan tiba, rupanya hanya tujuh atau lapan orang student yang tiba hari ini ke bumi zagazig. Baki sekitar seratus lebih pelajar lagi akan tiba 15 sept ini rupanya.

Apa yang menarik, pelajar yang tiba biasanya akan disambut dengan penuh keteraturan, maksudnya adalah program semacam sambutan-sambutan biasa dibumi mesir ni, bagi pelajar malaysia. contohnya dizagazig, kalau ada mahasiswa/wi baru sampai, pihak adhoc USMB akan menyambut mereka dengan aturan acara program seperti taklimat keselamatan, pengenalan zagazig, slot bersama kepimpinan, ta'aruf siswa baru dan lama, pembahagian msuhrif, penyediaan makanan dan lain-lain, walaupun yang sampai itu hanya sekitar bawah sepuluh orang.

Apa yang admin tertarik hari ini, dengar khabarnya dari sembang-sembang siswa/wi student yang baru sampai dari malaysia terus dibawa ke zagazig baru sebentar tadi, dahlah keletihan disebabkan perjalanan musafir yang jauh, tiada sebarang acara sambutan buat mereka disediakan. Ketibaan mereka sahaja dah mencecah maghrib, and then juadah berbuka puasa mereka disediakan nuh kat mat'am/kedai makan dimahattah, canggih juga, sambutan pelajar baru arab yang sambut. sejak bila pulak pak arab jadi adhoc sambutan pelajar baru zagazig? pelik bin ajaib, tak pernah-pernah berlaku kat zagazig macam ni, semacam ada aura lain yang sedang mencucuk-cucuk supaya pelajar baru ni dipenjara dari masyarakat luaq. Kasihan budak-budak baru ni, macam orang pelarian sahaja dibuatnya.

Admin rasa lah, ada sesuatu yang tak kena disini. mintak-mintak, sambutan 15 sept ni, kalau betullah seratus lebih pelajaq baru ni sampai, janganlah ada lagi adhoc program bahagian sambutan dikepalai oleh arab yang jadi adhoc makanan dorang ni, atau yang sambut mereka ni kat erport, tak pun sambut pelajar-pelajar baru ni kat rumah dorang. Macam tak cukup je bunyinya rakyat malaysia nak tolong sambut mereka ni kat zaazig. Setahu admin lah, rakyat malaysia dibumi zagazig ni empat ratus orang rasanya, atau pun lebih dari tu. And then, dalam ramai-ramai rakyat malaysia kat zagazig ni, rasanya peratus yang mahir dalam bab sambutan dan kebajikan ni cukup tinggi, jadi tak kelapaq lah kot nak ambik arab jadi adhoc program, hehe..

Aduh... muhasabah ni. malu cheq sebagai salah seorang warga zagazig kat pelajar baru. nanti mereka ni jadi senior satu masa nanti, ape mereka jawab dengan pelajar baru yang akan tiba kelak, senang je rasanya jawab bebudak ni macam ni ha: " amboi, kami dulu pun adhoc USMB yang sambut kami, pak arab... jadi you All bebudak baru jangan nak komen-komen pulak kenapa kami tak sambut you Allah. rasa je la ape yang kami rasa ". tak ke naye dibuatnye kalau adad resam baru ni dijadikan satu acuan baru bagi generasi akan datang. malu seh.. lagi malu dengan Tuhan, ape you All nak jawab nanti dengan tuhan.

aduh... aduh.. panas.. nanti ramai yang marah pulak. nak buat macam mana, ni post terkena kat bab sensasi dan panas.. ok.. info semasa lain akan menyusul, harap-harap bukan isu budak baru jelah yang hot. admin nak juga kupas isu lain, tapi kalau isu ini juga yang semasa, ape nak buat, kupas juga lah. salam hormat

SAMBUTAN MAHASISWA/WI BARU ZAGAZIG SATU TANDA TANYA

INFO ZAGAZIG 11september 2009: INFO Terkini dari bisik-bisik Siswa-Siswi, pelajar baru akan sampai ke bumi bertuah ini. Dengar kata Pelajar baru perubatan, akan sampai pada lewat petang ni. Mesti bumi zagazig hari ini akan dibanjiri oleh pelajar-pelajar perubatan, dengar kata lebih dari 100 ikhwah dan akhwat akan tiba, tapi kesemuanya sampai petang ini kah. Kalau kesemuanya sampai lewat petang ni, tak kedengaran pula USMB sibuk mengurus kedatangan mereka. Masalahnya, kalau ada pengurusan USMB, pihak USMB manakah yang mengurus atur kedatangan mereka? Siapa yang menguruskan kedatangan pelajar baru menjadi tanda tanya. Agaknya apa juadah berbuka puasa mereka, adakah terurus, memandangkan semacam tiada pengurusan yang tersusun diatur. Badan manakah yang mengurus kedatangan mereka? Moga segalanya dipermudah Allah.

Admin ada mendengar, kedatangan pelajar baru medic ini sebahagiannya dari AQ, dan sebahagiannya dari agensi lain. Kita nantikan sama ada kedatangan hari ini dari agensi yang mana satu. Tapi alangkah baiknya, kalau kedatangan pelajar baru medic ini, semacam sambutan-sambutan USMB lepas, tetapi bukan yang mutaakhir awal tahun ini. USMB sejak tiga tahun lepas rasanya gabungan kerjasama antara student Medic dan Al-Azhar, maksudnya tak adalah gep pemutus silaturrahmi, tak adalah gelaran Al-Azhar diurus pelajar Azhar, Medic diurus PERUBATAN atau agensi masing-masing sahaja. Seandainya gabungan kerjasama ini dapat dierat jalinkan, rasanya kuranglah sedikit pertarungan sengit persengketaan dan bibit-bibit perkauman.

Admin cadangkan kepada semua pihak agar tidak mementingkan kelompok masing-masing. Alangkah baik dapat bekerjasama demi memastikan mahasiswa kebajikannya terjamin, dan bukan menjamin kelompok tertentu. " waduh-waduh, bisa kaget pak generasi mendatang kalo tidak dierat jalinkan hubungan sesama ummat " .

Khamis, 10 September 2009

KHABAR KAHAR DARI BUMI MALAYSIA

INFO MALAYSIA 10september 2009: Fahaman kahar semakin menular dibumi malaysia, terkini kahar yang menggelar dirinya " rasul melayu " memposting artikel berkenaan penurunan rasul tidak pernah ada pengakhiran. Kenyataan dari blognya memaklumkan setiap generasi semestinya tuhan utuskan rasul. Pandangannya bagi umat melayu sudah semestinya rasul juga diutuskan sebagai perantaraan tuhan dengan manusia. Kahar menyatakan bila ia membaca surah yassin, memastikan bahawa surah tersebut sebenarnya diturunkan tuhan kepadanya. Pastinya, bila ayat yang diturunkan kepada seseorang dari tuhan, maka dia adalah nabi atau rasulullah.


Blog Kahar " rasul melayu " amat mendapat sambutan hangat dari pembaca. Mencecah 3330 sehari lamannya di layari oleh pembaca. Shotbox blog kahar amat menggelikan hati, dengan telatah pengkomen-pengkomen blog, dengan penuh sindirian, hinaa, makian hamun dan lain-lain atas kebobrokan kahar yang amat pelik tingkahlakunya.


Komen dari admin, menyarankan kepada sidang pembaca agar tidak melayari blog seperti blog Kahar, kerana membawa manusia kepada pemikiran serendah fikiran dan otak " pesakit mental/jiwa " . Kiranya benar rasul diutus selepas nabi muhammad, mana mu'jizat yang ada pada Kahar? sedia maklum Rasul itu punya mu'jizat yang dikurniakan Allah seperti nabi muhammad bermu'jizat Al-quran, nabi musa membelah laut dan lain-lain nabi. Mengapa Kahar hanya memakai mu'jizat nabi-nabi yang lain? kepada sidang pembaca, akal dan fikiran yang diberikan Allah hendaklah digunakan sewajarnya, jangan meletakkan diri rendah martabatnya dari binatang.


Diminta kepada pihak yang bertanggungjawab seperti kerajaan, polis, jabatan agama, KDN, dan lain-lain jabatan yang boleh dipertanggungjawabkan dapat mengambil tindakan terhadap ajaran sesat yang lagi menyesatkan ini.

ISMA DIBUMI CAIRO

INFO CAIRO 10september 2009: Diberitakan kemasukan isma kebumi mesir begitu memberangsangkan. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, dari bisik-bisik mahasiswa, isma sedang cuba membolosi ARMA di Abbasiyah. Sembang-sembang admin bersama salah seorang student Al-azhar cairo, diberitakan ISMA sedang cuba menguasai tampuk pentadbiran mahasiswa disana. Menjadi persoalan kepada pelajar tersebut " adakah gerakan ISMA ini secara besar-besaran dibumi mesir dan cobaan menguasai ARMA mendapat restu pihak-pihak tertentu dan apakah niat udang disebalik batu? "

Persoalan yang bermain dibenak fikiran student Al-azhar yang ditemubual admin, juga bermain difikiran admin. persoalan yang berlegar dikotak fikiran ini bukan cubaan penguasaan ISMA di ARMA, tetapi persoalannya " siapakah ISMA ini? apa gunanya ISMA untuk kepentingan sejagat? "

Isma juga sedang cuba memasuki rumah anak-anak negeri di cairo. Satu berita yang sensasi, cubaan Isma memasuki rumah negeri BKAN selangor disambut dengan meriah sekali, wakil Isma yang cuba memasuki rumah BKAN selangor dan cobaan mereka menarik pelajar baru disambut warga Wisma selangor tersebut dengan tengkingan dan dihalau keluar. "Inilah akibat kedatangan yang tak diundang, dan membuat angkara mencari pasal tak tahu pasal " kata salah seorang warga wisma tersebut. Cobaan yang sama dilakukan Pihak Isma di rumah BKAN negeri perak cairo, dengan ziarah mereka ke tempat penginapan pelajar-pelajar baru. Laporan dari pelajar-pelajar baru ini, menyatakan " wakil isma datang naik tunjuk baik tak kena tempat, adakah patut bertanya kami, barang-barang keperluan adik-adik cukup tak?, tentulah barang-barang kami banyak kami bawa dari malaysia, ha ni mesti ada yang tak kena ni, budak-budak Isma. "

Ringkasannya apa yang admin dapat dari berita cairo, Gejala memasuki fahaman Isma sedang menular diserata tempat. Kepada semua pelajar, berhati-hati dengan sebarang ajaran baru, takut-takut jalan diikut penuh dengan ranjau berduri untuk kesyurga. Bagi admin, mengapalah Isma beriya-iya ingin menjadi satu persatuan besar. Jikalau benar berniat baik ingin berkebajikan, sudahkan cukup bersama BKAN dan dimuhafazah bersama DPM untuk berkebajikan. Rasanya BKAN dan DPM sudah memadai cukup membantu mahasiswa. Lagikan baik Warga isma ini jangan menanamkan bibit-bibit perpecahan, dengan menghasut mahasiswa memperlekeh khidmat kebajikan dari BKAN dan DPM.

INFO KINI LAMAN BERITA UTAMA

SALAM SEJAHTERA

" INFO KINI " bakal memaparkan berita-berita sensasi sekitar pengetahuan serta pemerhatian, dan maklumat yang diperolehi oleh admin blog ini.

Blog ini memaparkan segala maklumat tanpa batasan. Pendedahan berita-berita yang sensasi serta benar menjadi keutamaan.

" INFO KINI " bertujuan menzahirkan hal-hal yang difikir perlu, demi memberi kesedaran kepada pembaca.

Sebarang bentuk maklumat dari pembaca, yang berkeinginan beritanya maklumatnya ingin disensasikan atau ingin dikongsikan bersama bolehlah dikirimkan kepada admin melalui alamat email yang diterakan dibawah, dengan syarat ianya boleh diterima pakai oleh admin serta tidak melanggar tatasusila kehidupan sebagai manusia.

Admin lebih memberi keutamaan kepada berita-berita berkisar rakyat Malaysia dibumi Mesir, seperti berkenaan info Cairo, info Zagazig, info Tanta, info Mansurah, info Dumyat, info Syubro, Info Iskandariah dan lain-lain muhafazah. Ini kerana admin sendiri merupakan salah seorang dari anakrantauan direpublik ini.

Sebarang maklumat, berita, info, cerita sensasi yang ingin dikongsikan dan disebarkan bolehlah dikirim untuk disensasikan kepada alamat email admin:

NEGARAKUMALAYSIA@YMAIL.COM

Sebarang bentuk berita dan maklumat dari pembaca, akan ditapis dahulu, serta mungkin diubah suai mengikut kesesuaian dan dijadikan sebagai artikel admin.

Kongsian maklumat dari anda amat dinantikan. selamat berinteraksi di laman blog Beritautama-infokini.blogspot.com


Salam hormat dari " INFO KINI "